...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, August 29, 2011

Berakhirnya...

Al salam alaykum

Hari ni insyaAllah hari terakhir kita berpuasa pada tahun 1432H

Serius aku ckp, aku sedih skit tahun ni... Aku buat checklist Ramadhan x byk thn ni, ada 5 je, tp hanya 4 je yg aku pikir dh tercapai... Aku takdelah letak tinggi sangat piawaian aku, yg rasa-rasa aku mampu je... Tp alhamdulillah, aku pikir boleh buat lebih lg...

Yg aku tak tercapai tu ialah nak hafaz juzuk Amma dan jgk surah-surah yg pernah aku hafaz zaman sekolah dulu... Berat rasa bahu ni! InsyaAllah, moga tercapai hasrat aku nak menghafaz semula surah2 tu...

Aku berdoa agar kita semua dpt mengecap nikmat Ramadhan sekali lg pd tahun hadapan... Semoga kita semua dpt beristiqamah dgn amalan2 yg kita lakukan di bulan Ramadhan pada bulan2 akan datang...

Esok, insyaAllah 1 Syawal, selamat menyambut hari kemenangan utk semua... ampun dan maaf dipinta utk semua kesalahn samada yg sengaja ataupun tidak sengaja...

Oh ya... Selamat ulangtahun kelahiran yg ke 31 utk aku pada 1 Syawal 1432H




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, August 24, 2011

yg tak terbeli lagi...

al salam alaykum

hari ni, meja sebelah aku yg kosong selama sebulan ni, dh berpenghuni... org KANAN... ganti kan org KANAN yg dh berhenti bulan lepas...

dan, tak disangka-sangka, hari ni, bos sendiri yg dtg memperkenalkan org KANAN ni kpd kami... dan, yg paling best, boss ckp, nnt takde la korg nak merungut kerja banyak kan? 

hahahahaahahahahahahahaaa.... kita tgk je la nanti...

------------------------------------------------------------------------------------

Kak Gie, nak beli kamera baru, utk kembara dia ke bumi kanggaru bulan 10 nanti... dia selalu ajak aku teman survey kamera... bulan lepas dh survey DSLR Nikon... mcm dh berkenan, tp tangguh lg.... 

kendian, keluar iklan tv Lumix GF3... aku tgk pun, cam menarik, tertarik kau memang da boom.... so, aku plak ajak Kak Gie singgah Fotokem KL Sentral ni, nak tgk GF3... tp takde stock lg... dan, itu leng chai cakap, kamera lain lagi best! GF3 tak best!


terbayang-bayang iklan kat TV tu... 

harga pasaran GF3 dalam RM 2,500.00... mahal!!! 

dan, itu leng chai suh kami amik kamera lain, yg lagi best! katanya lg best dr Olympus PEN... iaitu Sony NEX...


kalu tgk luaran, mcm kamera lama je kan... tp kalu kaler merah atau pink, mmg nampak funky laa... tp yg penting, kamera tu mesra pengguna tak? oh, tersangatlah mesra, sesuai la utk org yg baru nak belajar guna kamera yg canggih manggih ni... harganya, RM 2,199.00... mahal jugak! 

semalam, aku ngn Kak Gie ke Ampang Park... org ckp, harga kat Fotokem Ampang Park lg murah... so, smlm dptlah RM 2,070.00, termasuk tripod, beg, memori kad 8G, dan warranty 1 + 2 tahun... baru je mcm nak setuju, tiba-tiba dtg si tauke dgn sombongnya ckp, harga tu salah, sepatutnya RM 2,199.00 dan tak dpt tripod... dan tiba-tiba boleh dia ckp, takper, you boleh pakai kad kredit, kami boleh terima kalu takde cash pun... 

menyirap laa mendengarnya! bkn pasal ada duit ke takde, masalahnya awal-awal td dh ckp RM 2,070.00, tiba-tiba lain plak... so, dgn ucapan terima kasih, kami pun blah je laa... 

hari ni nak ke Fotokem KL Sentral semula... ehehehehe... bukan aku la yg nak membelinya, Kak Gie laa...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, August 22, 2011

korang tgk apa tu?

Al salam alaykum

Suatu pagi, Husna menego aku dan Kak Roza, korang tgk apa tu? Khusyuk sangat kami berdua…

Ni rancangan Lau Kana Bainana… bahasa Arab… dia buat mcm candid camera nak tgk umat Islam hari ni ikut sunnah rasul tak lg…

Ye, kami setiap pagi setiap hari, pukul 5.30 am, sambil berkudap-kudap dan menghabiskan air masing-masing menunggu imsak dan azan, selepas tgk Upin Ipin 2 minit, kami akan mengadap Lau Kana Bainana, di TV Al-Hijrah… salah satu rancangan yg aku suka… tp aku rasa, Ustaz Akhil Hayy pun ada jgk buat kat Oasis, “Cubaan”….

Aku tak pernah lg kalu tgk ceramah agama kat TV, kalu bercerita sirah Nabi SAW, sampai org bercucuran air mata, rindunya dia kpd kekasih kita, Rasullullah SAW… sayu, pilu… betapa kita semua begitu rindukan utk berjumpa dengan baginda… semoga dgn syafaatnya, kita diberikan rezeki utk berjumpa baginda di syurga firdaus… insyaAllah…

Ada satu episod tu, tentang menghormati kanak-kanak… ada seorg penjual tu, bila ditanya jika Rasulullah berada di sini skrg, apa yg akan penjual tu buat? Dia cakap, dia akan pergi bersolat dgn Rasulullah, dia mengaku dlm seumur hidup dia, dia tak pernah bersolat… begitu sekali kesan rancangan ini kpd setiap individu yg terlibat…

Korang cuba cari kat Google, banyak blog dh kongsi lagu Lau Kana Bainana ni, hayati maknanya…

Selain rancangan Lau Kana Bainana, kami jugak suka tgk rancangan Ihya Ramadhan, terutamanya bila Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid mengelolakannya… beliau ialah seorg pensyarah muda di KUIS… minggu lepas aku googled, Ustaz ada blog, tp lama dia tak update… boleh baca di sini….

Pendekatan Ustaz ni sangat berkesan… Beliau menjawab setiap persoalan dengan cara tersendiri, tp org mudah faham… alhamdulillah… bila rancangan habis, korg boleh tgk aksi Ustaz ni yg aku rasa nak gelak… jiwa org muda, mungkin… Rancangan Ihya Ramadhan ni aku tak tau bila sebenarnya waktu siaran langsungnya… aku cuma tgk ulangan pada pukul 5.00 pagi Sabtu, Ahad dan Isnin… aku cuba jgk tgk pagi2 hari Sabtu takde pun… ptg2 Sabtu pun tak pernah terserempak dgn rancangan ni…

Apa lagi yg aku suka tgk ek kat tv sepanjang Ramadhan ni?

Drama… antaranya Geng Mengaji, aku tgk ulangan hari Sabtu kat Astro 105… kisah pasal budak2 pergi belajar mengaji, tp tak byk sgt pasal mengajinya, byknya pasal kenakalan diorg… kendian aku suka jgk tgk Moreh, di Astro 106… drama Kasih Alia… layan la jugak bila aku berbuka di rumah…

Tp drama yg mmg aku tunggu-tunggu, Ramadan Terakhir… cerita tu mcm lebih kurang cerita tahun lepas, tak ingt plak tajuk… mungkin sbb pengarahnya sama dgn pelakon utama tahun lepas… pelakonnya takde la glamer mana pun, tp kisah tu menarik… dan kena plak dgn lagu temanya…

Terpikir, andai ini Ramadhan Terakhir, bersediakah aku?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, August 19, 2011

Fasa 3 - Pembebasan dari api neraka

Al salam alaykum

Insya Allah kita akan memasuki fasa yg ketiga dalam bulan Ramadhan, iaitu Fasa Pembebasan dari api neraka…

Fasa sepuluh malam terakhir… semoga kita semua mampu dan berupaya utk menerangi 10 malam-malam terakhir Ramadhan tahun ini…

Semoga kita semua telah beroleh rahmat dari Yg Esa, beroleh keampunan Allah dan dibebaskan dari seksaan api neraka, dan seterusnya beroleh ketaqwaan…

Rahmat Allah + keampunan dr Allah + pembebasan dari api neraka = TAQWA

spt dalam firman Allah, surah Al-Baqarah, ayat 183…

“Wahai orang-orang yg beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat yg terdahulu, mudah-mudahan kamu beroleh ketaqwaan.”

Taqwa? Cemana tu?

Aku teringat siaran motivasi pagi semalam di IKIM.fm, Ustaz Hasrizal kata, definisi taqwa menurut Ubai bin Kaab, apabila ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab, Ubai menjawab dgn pertanyaan lebih kurang mcm ni “Bagaimana keadaannya andai kita sedang melalui jalan yg penuh dgn duri?” Saidina Umar menjawab, “ Tentulah kita akan lebih berhati-hati” Ubai jawab, begitulah halnya dengan taqwa… kita akan berhati-hati melalui segala ujian yg Allah turunkan utk kita di dunia ini…

Ustazah Siti Bahyah ada memberitahu, utk menghidupkan 10 malam terakhir, cuba kurangkan kerja-kerja yg berat di siang hari, kurangkan makan dan minum yg berat semasa berbuka, tidur awal, insyaAllah akan dipermudahkan utk bangun malam…

Jom, kita rebut peluang yg Allah berikan kpd kita, umat pilihanNya!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, August 18, 2011

Temuduga

Al salam alaykum

Semalam, aku pergi temuduga yg kelima pada tahun ini… dekat KLCC sana, sebelah hotel traders… membetis aku pagi-pagi smlm nak sampai sblm pukul 8… alhamdulillah, doa diperkenankan, komuter takde masalah… aku tunggu komuter dr pukul 6.20 pagi!!! sampai KLCC, tny makcik guard, jalan mana yg dekat nak ke bangunan tu, sekali dia bg jalan yg aku kena tawaf KLCC... adoi laa...

Sebenarnya, aku hanya jangkakan interview tuh sekejap je… hanya conversation antara interviewers dan candidate… tp rupanya, dia panggil 5 org satu group... dan group kami semalam group yg keenam... calon ada 30, yg nak diisi cuma 4... dalam masa 3 jam ada 3 stages… stage pertama, conversation… stage kedua, jawab esei, ada 4 soalan, setiap satu soalan 50 patah perkataan… stage ketiga, case study, dlm group… patut la dia mentioned dlm e-mail dr pukul 8 – 12… tp langsung pun tak ckp ada sebegitu byk stages… ini baru session pertama… kalau lulus sesi pertama ni, dapatlah panggilan kedua, lulus yg kedua, kena datang plak utk yg ketiga, yg kedua & ketiga nih mmg aku tak nmpk baying la cemana interviewnya… mungkin dgn MD la plak kot… sbb yg pertama nih semuanya mmg dgn HOD dan department staff…

Dlm byk2 interview yg pernah aku pergi, inilah yg paling byk sekali peringkatnya… yg paling lama pernah aku rasa, semasa interview kat Kerteh tahun lepas kot… ada 3 stages jgk, conversation, presentation dan case study… cumanya berlangsung dalam 1 hari je laa… dari 8 pagi hingga 4 petang… aku lulus semuanya, tp offer tak berapa nak menarik, aku tolak…

Yg paling pendek pernah aku rasa, interview dengan proton tahun 2004 dulu, kat Concorde Hotel… sesi pertama, 15 minit je… tp lepas 3 bulan baru panggil utk interview yg kedua… lulus, dan esoknya interview yg ketiga, aku tak lepas dgn HR… interview dgn proton tahun 2006 dulu, 2x je, aku lepas dgn HR… tp masa tuh, aku mcm takde hati nak masuk industri automotif, mcm nak stay jgk dlm industri dan bidang yg aku buat skrg ni…

Interview paling mencabar, bulan 2 hari tuh, kat Gebeng Kuantan… sampai aku nak gaduh-gaduh dgn interviewers, aku sentap gila masa tuh… sampai satu peringkat aku ckp kat diorg, aku tanak cakap apa-apa… sebenarnya aku tgh tahan dr nak ngalir air mata… aku mmg marah diorg masa tuh, tp mana bleh nak lepas… sbb tahan marah, aku nak nangis.. cengeng!

Eh, ada lagi satu yg tak kurang mencabarnya… interview kat Dayabumi… first interview aku lepas, sbb nih borak-borak kosong je… yg second tuh, aku dh tny dulu, kawan aku yg kije kat sana, dia ckp take it easy, jgn panic, jgn gabra… tenang je! Tp, lepas dpt soalan case study, aku gabra gila, dh takleh nak jawab… dah la interviewers tu buat muka garang, blank giler! Lepas tamat sesi temuduga, boleh plak diorg sengih2 kat aku dgn mesranya, knp tadi blank sgt! Senang je ni… keputusannya: aku gagal!

Aku suka pergi temuduga, tp selektif la jugak… 

bagaimana temuduga dgn organisasi yg besar, organisasi luar negara, organisasi tempatan, organisasi kecik… semua ada persamaan, semua ada kelainan… Ada yg mmg direct terus suh citer apa yg kita buat skrg… ada yg tersangat teknikal… ada yg hanya mintak bercerita ttg kehidupan… sbb dia ckp, apa yg awak buat, sama je apa yg kami mahu… Cuma nak tahu life awak cemana, apa yg awak suka… macam-macam! Tu yg kadang-kadang aku amik mudah perkara interview ni…

Utk interview semalam, hanya kpd Allah aku bertawakkal, jika ada rezeki aku, insyaAllah dptlah panggilan interview yg kedua… kalau takde pun, hikmah yg Allah bagi itu sangatlah banyak!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Wednesday, August 17, 2011

Gagal

Al salam alaykum

Susu sejat ialah susu cair ye kawan-kawan... Jgn gagal ye!!

Aishhhh... Nak tergelak aku!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan 1432

al salam alaykum

alhamdulillah, selepas setahun, aku berjaya khatam al-Quran... malu!! sbb amik masa setahun... mula baca 1 Ramadhan tahun lepas, 13 Ramadhan 1432H baru tamat... aishhh... salah satu checklist dh berjaya... cuma nak kna tambah lg penghayatan terhadap maksud setiap ayat, insyaAllah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, August 11, 2011

Ternama

al salam alaykum

hari ni dh masuk Fasa yg kedua -  keampunan dr Allah swt... moga kita semua mendapat keampunan Allah swt... aamiin

------------------------------------------------------------------------------

semalam, berbuka puasa di JW Marriot, atas tajaan officemate aku... sbb kitorg sampai ke sana awal, so, jalan-jalan cuci mata la kat Pavilion sana... kalu kira-kiranya, ini kali ketiga la aku masuk Pavilion tu...

ikut officemate aku masuk butik Coach... officemate aku ni kiranya head to toe mmg Coach laa... ni butik Coach yg ketiga aku pernah masuk... 1st time masuk kat KLCC... yg kedua masuk masa Coach ada sale kat The Gardens, yg ketiga, kat Pavilion laa... semua nih aku masuk ngn officemate aku yg sorg ni laa... nak masuk sendiri, tak berani weiii!! tak mampu den... lgpun takut kena jeling ngn SA, org kampung mana la sesat masuk butik mahal-mahal ni kan...

tp kat Pavilion nih, SA dia baik hati laa... melayan je kami nih... aku nak pegang semua menda kat situ pun tak la rasa malu sangat... telek-telek harga, tertelan air liur rasanya... tp, aku ada berkenan satu... uwwaaaaa!!! mahal weh harga dia... RM 2,050.00... uishhh.... kalu la tiba rasa nak beli, habis duit ansuran kereta, rumah, bilik sewa, duit bagi mak, duit hutang kad kredit, duit minyak, apa lagi, semua tertunggak bulan tuh... aisshhh!!!

tp mmg cantik laa... aku suka! agak-agak kalu yg imitation, ada tak eh? tak pun, beg pasar malam je ke, yg ada ala-ala beg tu... oh ya, cerita pasal imitation... dulu ada pasar la kat bangunan MIDA... ada la org jual imitation punya beg segala ni... byknya yg Coach laa... harga bleh tahan gak mahal... utk triple A punya gred, ada la jgk capai 4 ratus... bg aku, baik ko pi butik Sembonia ke, Carlo Rino ke, Charles & Keith ke... dpt dh yg original sebiji dgn harga 400 tuh... tp, yg aku kagum, beg imitation nih, ada pakej sekali dgn care card, dan jgk beg kertas Coach! mmg sebijik laa... sampai tahap mcm tuh sekali... 


harga kat web USD 398.00, dlm RM 1,194.00 laaa... masih lg mahal maa!! dr beli beg nih, baik beli emas eh?

uish.... berpeluh! aku try jgk racun officemate aku beli utk dia... hahahaha... tp dia tak makan racun la plak...

lepas kuar dr Coach, pergi ke Braun Buffel plak... officemate nak amik membership card... kat sini aku sekejap je, x sempat nak telek-telek... cuma ada la terberkenan wallet... harga pun ok, kira mampu la utk beli kalu aku start simpan RM 100 sebulan dr skrg... bulan 12 nnt baru nak beli... lgpun, officemate aku akan dpt 20% diskaun... tumpang je la sekali... insyaAllah kalau murah rezeki...

kendian, ke Star Hill Gallery rasanya... officemate ajak masuk butik LV plak... aish.... dpt jgk la aku merasa memegang beg-beg tuh... tp yg LV nih, aku mcm tak rasa teruja sgt... sbb yg imitation mmg bersepah kan? kat sini, aku racun officemate aku beli kasut... termakan jgk! harga? terjojol biji mata aku... tp bila dia pakai, nmpk sweet... kena je ngn gaya dia... kebetulan plak, dia mmg nak beli kasut pun... cuma tak tersangka la terbeli LV punya...

itulah pengalaman aku masuk butik org-org ternama ni... nak masuk sendiri, aishhh... pikir 10x laa...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, August 10, 2011

komen

al salam alaykum


aku ada komen kat barang jualan sahabat baik aku di FB, tiba-tiba dia sentap...


dushhhh... dpt sekali kat aku "aku nak jatuhkan perniagaan" dia...

tersentak sekejap...

permohonan maaf telah dibuat... setakat ni takde response lagi... dan naik status di FB sebegini:

"Hormati cara dan pandangan setiap orang adalah lebih mulia drp membuat statement yg boleh menjatuhkan orang lain... Semoga kita semua diberkati oleh-Nya... Peace No War!"

bagi aku, salah cara pembacaan, salahlah interpretasinya... mungkin ayat aku tidak betul, dan dibaca dengan salah, dan jadi salah la pemahamannya, lalu terkeluar masalah-masalah lainnya...

hmmm... satu iktibar utk aku... 

kawan-kawan takleh lawan naaa!

buat sahabat aku, Saliza Diana Salleh, sekali lagi, Kay mintak maaf banyak-banyak... takde sekelumit niat pun nak jatuhkan sahabat-sahabat... apatah lagi sahabat yg baik dgn Kay... sekali lagi, dengan rendah diri, Kay mintak maaf banyak sbb mengguris hati Sally...

wassalam...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 09, 2011

surat baru diterima


 al salam alaykum

sedang sibuk bekerja dan berbalas-balas e-mel dgn GGK (ada masa tuh?), tiba-tiba telefon kat meja berbunyi... timbul-timbul, nama bos... alahai, apa la plak bos aku ni nak? suh jumpa dia rupanya... sampai bilik dia, dia suh tutup pintu... ish... aku ada buat salah ke eh? itu yg terpikir dulu... maklumlah, baru minggu lepas budak IT ada called aku ckp aku surf internet by pass diorg punya line... apa hal plak? terer bebenor aku ni, sampaikan IP aku bleh ilang dr pandangan budak-budak IT... aku cuma tukar proxy je, tu pun diorg mesti tau la kan? ish, takkan la hal nih diorg ketengahkan ke pihak bos...

jeng jeng... boss bagi surat... aku dh berdebar, dh ramai yg masuk bilik boss dapat warning letter... aku hari-hari berdoa jgnlah aku salah sorg drpnya... tp tak buat salah, knp nak takut kan? MC pun baru 2 hari tahun ni, kalu mintak cuti selalunya lagi 2 hari nak cuti aku dh mintak siap-siap... tang kerja plak, walopun tak terbilang lg, tp rasanya gemilang tu dh gapai dh... rasanya mmg takde salah apa2 lah kalu nak dpt warning letter tu...

alhamdulillah, bkn surat peringatan... tp surat yg kiranya best la jgk... alhamdulillah... takde la byk pun, sama je mcm awal tahun dulu... tp bak kata boss, dia sebenarnya "nampak dan tahu" apa kerja aku, apa aku buat, apa yg aku sumbangkan... cuma dia buat tak tahu je...

terawang-awang la sekejap... opss, bos tak kasi bgtahu org lain, sbb tak semua org dapat... so, aku nak share kat sini la, kat blog kesayangan aku, nnt nak telek-telek kisah kerjaya aku ni kan... ada pahit, ada manis, ada masin, ada segalanya...

ptg smlm, aku dpt panggilan interview dr KLCC... tarikhnya esok, tp hari yg dia letak hari Khamis... aishh... aku tak prefer nak p esok, sbb aku masih lg selesema yg menyakitkan kepala... tambah lg dgn bersin, menyebarkan virus je nnt kang... sebenarnya, 2 bulan lepas, aku dh dpt offer dr satu kampeni ni Shah Alam, contract basis, dan aku akan di"sub"kan ke kampeni yg nak panggil aku interview esok ni laa... tp utk interview esok lusa ni katanya utk permanent... pelik jugak aku rasa, kawan aku yg dpt offer ni dulu pun dpt contract, sbb kampeni tu skrg ada satu projek je skrg ni... tp takper laa, tunggu confirmation dulu bila masa interviewnya... kalu esok, aku tak pi kot...

cuma, skrg ni, sejak USD jatuh... aku dapat rasakan, ekonomi dunia mcm nak gawat je... walopun ada menteri kata, takkan jejaskan Malaysia... tp hati-hati tetap kena ada... last ekonomi gawat, tahun 2008 kan? so, kena rehat dulu laa aktiviti nak berhenti kerja ni... kecuali, kalau dpt btul2 dr kampeni yg kukuh, betul dpt offer yg walllaaaahhhhh... tp itu semua kan dugaan...

alamak... harga emas naik lagi hari ni!! makin tak mampu la aku nak beli emas...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, August 03, 2011

nombor telefon

 al salam alaykum

semalam, aku ada menerima beberapa sms ucapan hari lahir... dalam beberapa sms tuh, ada la yg takde nama... hanya nombor sahaja... 

nombor yg pertama, datang dr utara... ikut dr lenggok bahasa, aku yakin, itu adalah Firuz, sahabat baik aku... tp aku saja tanya, siapakah gerangannya? Firuz, ko jgn sedih tau! bkn aku buang nombor ko, tp sbb dlm telefon baru aku nih mmg byk nombor yg takde... nombor yg ada nombor lama-lama zaman kita belajar kat USM dulu... lg nak tambah best, yg aku ada nombor telefon rumah mak ayah ko kat Kuala Kangsar sana... jgn marah ek Firuz...

dan, lepas je sms Firuz yg sedih itu sbb aku takde nombor dia... dtg lg beberapa sms lain yg tidak bernama... dr gaya nombor telefon dan lenggok bahasa, aku rasa aku tahu... tp aku dah tak tanya, takut tuan punya nombor kecik ati...
salah satu sms tuh, aku pikir datangnya dr ex-musuh aku... walopun aku dh setahun tak ber'sms, aku kenal lg gayanya... cuma, malas nak tanya, nnt kang dpt ayat sedih... naya jek!

hilang nombor telefon, mungkin lumrah bg org yg menukar telefon... tp bg aku tak... sbbnya aku nih spesis rajin menyalin semua nombor dr telefon lama ke telefon baru... tp kali ni, aku tak dpt buat... telefon lama aku tu kan dh terpadam buat selama-lamanya... kalu nak bukak jugak, kena hantar kedai pergi baiki, yg kosnya bleh buat aku sakit jgk laa nak bayar tunai pada masa itu... 

sblm aku beli telefon baru ni, aku pakai telefon nokia harga RM 99... ok la boleh sms dan call org... tp bg aku yg sukakan teknologi tuh, sangat sakit hati pakai telefon tuh... aku takleh nak compose ringtone "Buat aku tersenyum"... aku ingtkan telefon tu ada la mcm Nokia 3310 dulu, boleh compose ringtone, ampess je... aku takleh nak kunci jam banyak-banyak waktu... aku suka kunci jam pukul 6.00, 6.15, dan 6.30 pagi, senang skit nak bangun pagi... tp, telefon tuh tak boleh... yg lagi tak tahan, aku takleh nak snap gambar tiba-tiba, dan nak mms gambar tu kat mak ayah aku... bila nak beli barang nak tunjuk kat mak ayah atau adik, aku mati kutu... ada sekali terpaksa pinjam telefon housemate... sedih!

oleh sbb itulah aku terbeli telefon baru yg berteknologi la jgk org kata... kisahnya, aku pergi nak marah pembekal perkhidmatan tuh, sbb bil telefon ayah aku sgt la tinggi... tah apa2 yg dia caj... tak semena-mena, aku terpandang kan telefon canggih ni, terus aku takde ragu-ragu "saya nak la satu"... selama bertahun aku ragu-ragu nak buat keputusan, tp dalam masa sesaat, boleh terbeli... sbb tu la org ckp, kalu time marah, jgn keluar marah, jgn pergi membeli-belah... kan?

tp aku terbeli secara ansuran mudah la selama 2 tahun... habis warranty, habis lah bayaran, habislah kontrak... heheheheh.... aku boleh ber'sms, boleh berborak, boleh bergambar, boleh ber'mms, boleh berinternet... tp nak buat panggilan video je tak boleh... benci! ahahaha, sampai satu tahap aku rasa aku nak terminate je kontrak... tp mana la plak nak cekau duit nak bayar denda kan? pakai lah sampai 2 tahun yek, sabar yek!

bila aku belek-belek, telek-telek semua sekali nama-nama dalam telefon aku ni, byk yg takde... cuma, bila yg dh biasa ber'sms tu, aku boleh la cam sapa... tp kalu dh bertahun tak sms, sms sampai pun masa hari raya, masa hari lahir, susah la jugak... sejak pakai telefon baru ni, aku dh jarang ber'sms dengan nombor yg bukan dr pembekal perkhidmatan yg sama, sbb mahal wehh nak bayar bil... aku ber'sms dgn pembekal perkhidmatan yg sama je... dpt percuma 300 sms... hheheeheheh....

panjang lebar plak... yg sebenarnya, nak mintak maaf kat Firuz je... Firuz, sorry eh! jgn sedih-sedih... walopun kita jauh di mata, tp dekat di hati... bkn niat aku tau! eh, tp kalu ko ada nombor telefon ex-musuh aku tuh, sila bagi, aku nak kompemkan btul tak sms dia tuh... :D


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 02, 2011

Sanah Helwah, Ya Ukhtie!

al salam alaykum

aku masih lg teringat, semasa tingkatan 5, ada kem motivasi di Taman Pertanian Indera Mahkota... kena tulis atas kertas putih matlamat dan cita-cita mengikut tahun umur...

cita-cita aku? cita-cita aku nak jadi doktor... sampai skrg cita-cita tuh masih melekat dalam hati...

dan seingt aku lg, dalam pada umur aku 30 tahun... aku dh layak mendapat PHD, dah jadi doktor pakar... kiranya aku masa tuh mmg pencapaian bukan cukup-cukup makan laa... mmg cemerlang, gemilang dan terbilang la kiranya...

dan pada masa umur 30 juga, cita-cita yg aku lakarkan di kertas putih itu... aku ialah seorg doktor pakar yg telah mendapat Ijazah Kedoktoran  dan telah berbahagia dengan kerjaya di samping suami dan seorg anak, dan membahagiakan ibu dan ayah dan adik beradiknya...

tinggi tak cita-cita?

hehehehe...

tp, alhamdulillah... pada hari ini, aku genap 30 tahun...

aku tahu, aku belajar, aku mengerti...

apa yang paling kita nak, itulah yg kita takkan dapat...

walaupun, tanpa Ijazah Kedoktoran...
walaupun tidak mendapat kerjaya idaman...
walaupun hanya seorg eksekutif biasa di sebuah syarikat asing...
walaupun masih berada di ketiak ibu dan ayah...
masih sendiri, tanpa suami dan anak di sisi...
walau tanpa segalanya...

aku bahagia... aku di sini...

nikmat bahagia itu letaknya di hati kita sendiri kan?

alhamdulillah... terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan utk hambaMu ini... jadikanlah aku manusia yg bersyukur... aamiinnn....

Ar-Rahmaan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


bertambah lagi nikmat usia utk aku...

semoga, pada usia 30 ini, aku hanya mengimpikan yg baik-baik sahaja, dr segala segi... Aamiin...



kek yg dikongsi dgn Nurul & Julie...


Selamat Hari Lahir, Khairini Kamaruddin!


(alamak... tiba-tiba termenitik air mata, apabila "imam muda" komen kat FB hape besday Kay..semoga pjg umur, murah rezki dan dipertemukan jodoh... mari kita aminkan ramai-ramai)

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, August 01, 2011

Fasa Pertama - Rahmat Allah

al salam alaykum




lagu asal ialah dari kumpulan nasyid Nadamurni... selalu diputarkan di Pahang fm semasa bulan puasa... dan aku suka!


Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa

Membaca Al-Quran jangan dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia…


Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan

Isilah Ramadhan dengan sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


sudah ada checklist utk bulan Ramadhan ini? bkn checklist nak bukak puasa dengan juadah apa ye!!!

dan, syaitan semua telah pun dikurung... jadi, jgn kita plak yg menggantikan diorg ye?

di dalam fasa yg pertama bulan Ramadhan ini, moga kita mendapat kerahmatan Allah swt... moga kita sampai ke fasa yg kedua nanti, insyaAllah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::