...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, July 28, 2011

tak real langsung

al salam alaykum

bagi org yg mmg hobi dia menonton tv... semua cerita bleh tgk walopun cerita tu ampess...

satu cth cerita yg bg aku hampas adalah cerita minggu lepas, di TV9, hari Rabu 8.30 malam... aku lupa la plak tajuk cerita... tp yg berlakon tuh Memey, Faizal Hussein, Normah Damanhuri, yg aku ingt je laa...

cerita dia camni lebih kurang... Memey tamat SPM pergi KL cari kerja, sbb ayah dia masuk penjara... dia hantar mak dia pi umah org tua... kat KL dia eksiden dgn Faizal Hussain pastu Faizal rekemen dia kerja kat kampeni Faizal kerja... 

sepanjang dia ada kat KL bekerja tuh, dia tulis surat je kat mak dia, tak balik-balik jenguk mak... dia sambung belajar... pastu lepas 4 tahun dpt degree, dia balik ke rumah orang-orang tua tu amik mak dia dok ngn dia kat KL... mak dia mcm dh mengamuk sbb dr hari ke hari surat pun dh tak dpt, Memey pun tak pernah sekali pun balik jenguk dia...

yg aku musykil... sepanjang 4 tahun tuh takkan la tak mampu nak beli tiket bas sebulan sekali balik jenguk mak? ataupun balik setahun sekali semasa hari raya? tak mungkin sambung belajar kat oversea, sbb dia tulis surat kat mak dia, dia sambung belajar separuh masa...

yg kedua, yg aku rasa nak gelak... lepas ko dpt degree, terus dapat jawatan pengurus projek... yg ni aku tak gelak, sbb mmg ada pun lepas degree dpt jawatan pengurus, tp gaji bukan la terus 10k kan? sama jgk dpt 2k je... yg aku nak gelak, lepas ko kerja 4 tahun, terus dpt beli rumah sebesar istana, pakai kereta mewah, BMW kalu tak silap aku.... uwwwaaaaaa!!!!

selepas 4 tahun!!! dgn kerja makan gaji?
kalu keja kat malaysia nih, nak pakai keter mewah dalam usia muda, tak mak ayah yg belikan, mesti dia join MLM ataupun bidang insurans dan jugak unit trust... yg ni btul sbb ada junior aku buat unit trust, dh pakai CLK... harus la kan, nak tunjuk dia berjaya...

kalau kerja makan gaji selama 4 tahun... yg aku perhati kat Malaysia ni... dapat la pakai Proton @ Perodua sebuah... kendian, kalau dpt beli rumah, harga dalam 100k - 200k laa... dan yg kompem bayar PTPTN yg tak habis2 tu... 

aishhhh... kdg2, menyampah tgk cerita Melayu kat tv yg tak pernah bercerita betul tentang realiti... byknya fantasi...

tp, kalu nak tgk cerita melayu yg pelakon dia berlakon pakai Proton @ Perodua, bleh tgk cerita kat TV2... walopun kdg2 tak berapa nak realiti jgk...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 26, 2011

percubaan

al salam alaykum

semalam dapat sms dr adik bongsu aku...

"adik dpt 4A dalam percubaan"

lagi 1 dapat apa?

"x dpt lagi"

tunggu lagi 1 la baru cakap, subjek apa x dpt lg?

"BI.. adik nak laptop mini"

baru percubaan 4A dh mintak hadiah, tunggu la peksa betul dapat brp

"percubaan pun ok. adik leh mintak asrama kalu percubaan"

mintak asrama mmg la boleh mintak hadiah je yg tak boleh

"boleh laaa nak laptop"

dpt 5A UPSR btul dulu baru kaklong beli

"Kalu lagi satu adik dpt A kena bagi"

Sori tak pernah janji



terus senyap!


dia nak laptop tu bukan apa... 24 jam ngadap facebook... tu yg aku tak tinggalkan laptop kat rumah... abang pun, pindah rumah dgn komputer sekali dia angkut... 

adik aku, kalu dia dapat nombor terbaik dalam kelas, kalau dpt banyak A, takyah ditanya, laju je dia akan ckp sendiri...

cuba kalu dpt B, C, D... dapat nombor puluh2, senyap tak ckp apa... silap2 tak ckp pun kat mak ayah aku kena p sekolah amik report card...


baru dapat percubaan 4A sebok nak hadiah laptop... aku beli laptop pun tahun 2008, sbb susah nak buat assignment... kalu depan aku aku semalam, aku dh seligi dulu...

syukur, adik aku dapat 4A... aku dh boleh mula cari borang masuk sekolah agama berasrama... nak ajar dia berdikari... duduk rumah manja sangat... nak goreng telur pun tak pandai lagi... kasut sekolah nak kena bersuruh baru la dia basuh...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, July 24, 2011

Belanja

Al salam alaykum

Perkumpulan wanita bujang...



Pesan salah sorg yg bakal berkahwin...

Nak kahwin kurang2 kena ada 30 ribu kay... Byk belanja... penin ni nak cari... baik ko simpan duit nak kawin kay...

Aku takde duit sebanyak itu...

Ada 2 pilihan...

Yg pertama - buat yg wajib... Akad nikah & kenduri doa selamat kecil-kecilan

Yg kedua - pihak lelaki bg hantaran tinggi-tinggi


Ehehehehehe...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 21, 2011

perkataan pada hari ini...

al salam alaykum

GGK... perkataan pada hari ini ialah...

"Please clarify WHY?!!"

dan, aku sangat sedih!

sangat.... sangat sedih!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 19, 2011

Jalan-jalan lagi

al salam alaykum

hari ahad, 17/07/2011... aku sertai lagi aktiviti Ikrar Hidup Sihat bersama Jacob's kat Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam... 6 km plak kali ni... konon mcm jalan santai-santai... mendaki wehhhh!!!! dh la lama tak mendaki...

masuk kali nih, dah tiga tahun la aku joined...

bkn bersih ok!

nak tgk tak perubahan fizikal aku?

boleh klik sini dan sini...


dan pada hari ahad lepas, begini rupanya aku:

tp pipi mcm tembam skit...

kali ni, aku tak jumpa FBI, sbb dia dh tak jadi duta, jumpa Fara Fauzana dgn dua DJ radio Flyfm & Myfm kot...


Pembantu Fara Fauzana sgt kerek ok! aku pikir, Faizal Ismail lg ramah berbanding Fara... dan tahun nih, aku rasa Fara tak berjalan sampai habis... sbb aku pintas Fara semasa berjalan-jalan tuh sbb org nak bergambar ngn dia... tiba-tiba, dia plak yg sambut aku kat depan garisan penamat...

dan, spt biasa laa... mesti ada Anlene jgk sebagai penaja bersama... tahun nih tak ketinggalan aku buat pemeriksaan tulang... masih lagi di bawah garisan merah, tak berubah pada tahun lepas... nak beli kalsium, berapa eh sebotol? tak minum susu gini la gaya... pakar tulang tu tanya, aku ada tak makan yogurt, bersenam, makan ikan bilis, makan taufu, kuar pagi2 kena cahaya matahari utk vitamin D dan seterusnya membentuk kalsium? semua aku buat... huhuhhuhu... kna minum susu Anlene kot baru tulang kuat?

semalam aku sakit kaki, dh lama tak mendaki, gitula jadinya...

kalau tahun lepas, aku marah organizer sbb tutup kaunter awal, tahun nih aku marah pakcik mana ntah... tiba-tiba potong barisan aku masa nak amik goodies... penat beratur wehh! tahun ni takde aktiviti pentas... so lepas cek tulang, cek kesihatan, balik laa...

tahun depan kalu ada lagi aktiviti jalan-jalan ni, tp ada bukit-bukit lagi... aku nak pi register, amik t-shirt, malas nak berjalan nak mendaki bukit... buat pemeriksaan tulang, periksa kesihatan, pastu beratur amik goodies, kendian balik... awal tu dh plan! heheheehe...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 18, 2011

Pertemuan...

al salam alaykum

Takdir yg menentukan, pertemuan yg tak disangka, takdir jua yg menentukan perpisahan...

itu lagu...

salah satu sbb kena aku tahan hati dari delete FB ialah, aku bertemu dengan sahabat-sahabat lama...

alhamdulillah...

dan buat sekian kalinya, mari kita bertemu sahabat-sahabat lama di majlis perkahwinan mereka...


ini Farhah, kawan sekelas aku darjah 6R... masa sekolah pendiam giler... tp skrg, btul ke Farhah ni? heheheh... aku pernah jumpa dia semasa exam KPLI, exam PTD, exam JPA dan sewaktu dgnnya waktu lepas grad dulu... masa tuh dia tak berapa nak cam aku, sbb aku membesar tak berapa nak johan... pertemuan terakhir semasa As & Aris bertunang tahun 2009 dulu, masa nih aku membesar bagai johan, dia langsung tak cam... skrg, tak sempat aku tpn, dia dh dtg tego aku, sbb dh cam, katanya sbb aku kurus skit, walopun aku tak kurus lg macam darjah 6 dulu...

dan, yg ditunggu, aku bertemu kembali dengan sahabat yg terpisah sejak darjah 5 dan darjah 6, Sekolah Kebangsaan Galing...

Selamat Pengantin Baru Saadah Baharudin

Saadah... byk jgk kenangan dgn dia ni... terutama sekali bila kami ada kelas & latihan sukan belah petang, rumah dia la kadang-kadang kami tuju... dekat je dgn sekolah... arwah mak dia masak mmg best! kat rumah dia pun byk majalah dan buku cerita, tu yg aku suka tu... kemudian, darjah 6 dia tukar sekolah ke Jerantut... jumpa tak jumpa semula, dalam FB laa... 

Siti Nora Hayati Abdullah Habib... ni kawan-kawan takleh lawan... paling aku takleh lupa, aku dan dia pernah bergaduh bertumbuk bertarik-tarik rambut, kalu tak silap masa darjah 4... heheheheh... gaduh pasal apa aku tak ingt... darjah 5 baru mula kawan semula... kenangan kan? dia tak berubah, kecik macam dulu, cara jalan, cara bercakap, semua mcm dulu... aku ckp kat dia, aku rasa berat ko pun tak berubah kan sejak darjah 6? hehehehehe

alhamdulillah... 

pertemuan kita di suatu hari, 
menitipkan ukhwah yg sejati, 
bersyukur ku ke hadrat Illahi, 
di atas jalinan yg suci...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, July 16, 2011

Umpama

Al salam alaykum

diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :

Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Perumpamaan orang beriman yang membaca al-Qur’an seperti perumpamaan buah al-utrujah iaitu buah yang berbau harum dan enak rasanya.
Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca al-Qur’an adalah seperti perumpamaan buah tamar, rasanya manis tetapi tidak ada baunya.

Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang membaca al-Qur’an adalah seperti ar-raihanah yang berbau harum tapi pahit rasanya.

Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang tidak membaca al-Qur’an adalah seperti buah al-hanzhalah iaitu buah yang pahit rasanya dan tidak ada baunya.

Perumpamaan mendampingi orang yang salih adalah seperti mendampingi pemilik minyak wangi, sekalipun engkau tidak terkena minyaknya engkau tetap mendapat harumnya.

Perumpamaan berdamping dengan teman yang jahat adalah seperti mendampingi orang yang menggunakan ububan (alat menghembus api), jika engkau tidak terkena hitamnya (daripada percikan api), namun engkau tetap terkena asapnya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, July 14, 2011

Lagi Best!

al salam alaykum

sapa yg rajin tgk tv, mesti tgk iklan Lagi Best kan?

iklan yg buat aku terbakar!

kali pertama terbakar, bila keluarnya Edisi Istimewa beberapa tahun yg lalu... btul² terbakar!

kemudian, edisi-edisi pembaharuan, aku biasa-biasa jek...

tp bila edisi penghabisan, Lagi Best ni, mmg kebakaran dahsyat la dalam hati ni...


heheheheheh....

aisshhhh... mmg smart, kacak bergaya!

pertama kali aku tgk, ahad malam lepas, ada penghuni di pangsapuri aku duduk nih beli, plat WVM, plastik pun tak bukak lg...

aku dok menelek malam tu, kereta org... dh la ada CCTV kat blok! gasak laa...

mmg elegan... aisshhhh....



meletup!!!

LAGI BEST!!!

best best pun, bkn kereta aku...

tp takdenya aku nak tukar kereta!!



biarku dengan si gagahku!


tahun 2007

edisi pertama tetap di hati...

 :::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 12, 2011

apam kecut

al salam alaykum

balik rumah, lepas bukak posa, Husna pun dh beli barang...

"Kak Roza, jom buat apam polkadot"

"bila?"

"sekarang la sambil tgk Lee So Yoeng"

aku kepuk telur... Kak Roza ayak tepung... buat kerja bersama-sama, berangan pun bersama-sama...

apa yg penting, kerjasama!!


aku berangan nak tunjuk kat Huzz... "kay pun dh buat, jadi je polkadot" berangan...

Kak Roza berangan, "bolehlah aku bawak p ofis, bg kawan-kawan rasa" berangan jugak...

Husna plak, "weh, tlg buatkan aku inti strawberi!!" baik....

aaahhhh... comelnya!!! khas utk Husna, inti strawberi...

tak sabar nak kukus ni... siap tunggu depan pengukus letrik kak Roza tuh sambil tgk Lee So Young...

Kak Roza, knp pelik je nmpk dr luar ni?

sabo, tak masak lg tuh... jawab kak Roza...

bila dh cukup 15 minit... tak sabar nak tgk hasilnya...


tadaaaaaa...................................



































knp jadi cam ni?


Kak Roza tgk kecewa, "nak masuk tidur laa, awk tunggu la sampai habis"

Husna sudah memberikan komennya... 

aku??? takper, kita buat lg lain kali, nnt tny Huzz cemana jadi begini... (selagi tak jadi polkadot tuh, lg tu la aku akan buat)

selepas bermuhasabah diri:

1. Jgn berangan dulu... buat biar bersungguh...
2. Ikut betul2 resipi, jgn memandai nak potong buat separuh adunan je, bahan-bahan yg lain diseparuhkan, susu ko letak secawan penuh...
3. usaha tangga kejayaan...

Huzz, buat lg eh, sampai jadi polkadot, bukan celoreng... hehehe...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 11, 2011

down

al salam alaykum

org sebelah aku, tak sempat habis tempoh percubaan, hari ni dh hantar surat letak jawatan...

tertekannya!!!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, July 08, 2011

Cobaan

al salam alaykum

minggu lepas, hangin je satu badan tgk laporan Karam Singh Walia kat TV3... berat sebelah... sedih dgr komen2 penduduk, yg bg aku mcm tak berapa nak kena je...

kendian, aku masuk Jobstreet, tgk ada iklan jawatan kosong kat situ...

aku saja je applied...

semalam, dapat panggilan, perasan nombor tu mmg nombor kawasan Gebeng, tp tak sangka, panggilan interview...

alahai! aku tolak dgn cara halus, kononnya aku tak dapat pergi sbb aku kat KL, interview plak tengah minggu... susah...

tiba-tiba, dapat e-mail, tempat interview telah di tukar di Kuala Lumpur...

cobaan betul... aku tak balas lg emel tuh...

bolak balik nak pergi ke tanak...

kalau pergi, dan kalau ada rezeki, dapat, tak ke susah aku nak buat keputusan...

baik aku tolak awal-awal kan?

ke cemana?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 07, 2011

KRUmania

al salam alaykum

semalam kawan aku sms, ada KRU kat ERA...

terus bukak radio yg selama ni aku mmg tak layan dh... habis dkt 30mb jgk laa dgr, dr kul 7.30 sampai 9.30 pagi... uuhuhuhuh...

tp, yg penting, lagu2 mmg nostalgia btul... paling tak tahan, lagu Babe... tiba2 teringat kawan aku nan sorg tuh...

semua pendengar menelefon bercerita ttg kenangan2 lama... aku pun jugak menerawang...

teringt kat Ayang, yg sanggup balik awal ke asrama, singgah kat Terminal Makmur, nak jumpa KRU, dan salam dgn Norman... berapa hari Ayang tak basuh tangan sbb salam ngn Norman...

teringt aku dan mak sepupu aku, buat buku bergambar pasal KRU... tiap2 hari gunting artikel dalam majalah dan akhbar, tampal dalam buku...

teringat member2 buat sendaloka masuk majalah tahun 1997, yg bunyinya cam ni:

Herny & Khairini pegang penyapu
Lain yg disuruh lain yg dibuat
Asyik menyanyi lagu KRU
Laili & Adnin naik meluat

heheheheehe...

aku beli novel bertajuk "Bintang Hati Rappers" cerita pasal KRU...

setiap aksi KRU kat tv, aku rakam... pastu ulang tayang tgk sampai lebam...

dan, bila aku masuk universiti, masuk je duit biasiswa, aku pergi kedai kaset, beli kaset KRU yg tak pernah aku dpt beli masa sekolah...

dan, aku sanggup balik dr Tronoh, ke Kuantan, sbb minggu tuh ada show KRU kat Megamall Kuantan... Show mula pukul 4, lepas Zohor aku dh terpacak depan pentas, terima kasih Idah, sbb sudi teman aku masa tuh...

dapat amik gambar dgn Yusry, terketar-ketar jiwa dan raga... nak senyum takleh senyum... amik gmbo tak nmpk gigi... tensen je tgk gmbo tuh...

tp, aku takde laa sampai pergi semua konsert dia... yg berbayar aku tak pergi laa... lg pun mak aku tak kasi...

kalau skrg KRU nak buat konsert, aku ingt nak p la sekali...

lagu baru KRU, Tiga Kata mmg menarik laa...

tp takleh nak download kat mana-mana, tau la KRU ni kan...




dan, KRU mengadakan peraduan utk menamakan album terbarunya... kena ada perkataan KRU jgk...

nak masuk ke tanak eh?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 06, 2011

Diari Mat Despatch - Lelaki Baik

 al salam alaykum

buku yg ke 32 pd tahun ini... 

aargghhh... dh Julai, baru 32 buah buku... cemana nak capai 50 buah buku setahun ni?

1. Salah satu sifat org yg beriman adalah tidak mendedahkan aib & malu org lain.

2. Sekiranya kamu terpaksa memilih antara dua susah, jangan pilih mana-mana pun.

3. Lelaki perlu berani. Menangisnya bukan di mata tetapi di hati.

4. Cara mudah bg mendapatkan idea baru adalah dgn menyongsangkan apa-apa sahaja idea yg ada dalam fikiran kamu sekarang.

5. Sekiranya kita mahu benar-benar berubah, cuba songsangkan dosa-dosa yg selama ini kita lakukan kpd Tuhan.

6. Hindari perkara yg samar-samar.

7. Apabila kamu diminta pendapat oleh org lain mengenai dua perkara yg perlu dia pilih dan kamu tidak ada pengetahuan mengenai perkara itu, oleh itu suruh dia solat istikharah.

8. Dunia ini sendiri adalah hadiah utk manusia, dan manusia adalah hadiah utk dunia. Ini kerana antara manusia dan dunia itu, wujud perasaan yg kita gelar kasih dan sayang.

9. Semangat cinta menyatakan, org yg mencinta hanya mahu org yg dicintainya itu bahagia.

10. Jangan menghakimi, maka kamu tidak akan dihakimi.

11. Hati wanita itu, umpama telur ayam.

12. Bahagia itu bkn kerana kita ketawa dan gembira, tetapi bahagia itu adalah melihat org yg kita sayang ketawa dan ceria walaupun kita sendiri berada dalam derita.

13. Hidup kita ini mmg betul adalah sebuah ujian. Namun walaupun hidup kita ini adalah sebuah ujian, jgn sesekali mencuba kuatnya diri kita dan kukuhnya iman kita dgn mengharapkan ujian yg datang. Sedangkan ujian yg sedia ada pun tidak tertanggung, apatah lagi kita sengaja mahu mencabar ujian yg lebih besar. Kuat manakah kita? Ujian Allah jgn dibuat main. Nanti terduduk kita

14. Allah akan memudahkan urusan kita sekiranya kita membantu memudahkan urusan org lain.

15. Hati manusia spt awan. Tidak terbentuk dan boleh hilang. Namun pd saat ia terbentuk, ia menjadi indah dan juga meneduhkan. Pada waktu yg lain, hati-hati apabila hati manusia itu terbentuk sbg awan hitam yg sarat dgn hujan dan ribut petir.

16. Menunjukkan ketakutan kita adalah umpama membunuh diri sendiri.

17. Antara punca masalah manusia dalam dunia ini ialah takut berterus-terang dan teragak-agak.

18. Ikhlas itu pula sukar, ia spt semut kecil di atas batu hitam pd malam yg gelap. Ia ada di situ, tetapi kamu tidak akan mampu melihatnya. Tetapi jgn pula kamu beranggapan kamu tidak ikhlas, kamu tidak mahu berbuat baik. Teruslah berbuat baik, dan teruslah mencuba ikhlas krn Allah, dan insya Allah kamu akan menjadi seorg yg baik.


tamat sudah bacaan aku utk koleksi Diari Mat Despatch...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 05, 2011

Menjemput Bidadari

al salam alaykum



Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia 
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa 
Memberikan makna

terima kasih Mimi!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 04, 2011

Friday, July 01, 2011

gamsahamnida

 al salam alaykum

semalam teman Thirah berbuka puasa... dia ajak makan kat Food Garden, The Garden...

Sam Sam Korean Food... halal...

pertama kali ni makan Korean food... kalu tgk cerita korea, meleleh je air liurnya...

ni dpt rasa sendiri...

sedapnya Kimchi tuh...

Thirah makan bibimbap... nasi goreng Korea... sedap! gmbonya tak masuk pc lg yek...

aku makan Chicken BBQ... sedap jugak!

kak Gie makan Beef BBQ...

tiba2 Rien & Zureen pun datang, makan sama ngn kami...

harga berpatutan... kami amik set... so datang sekali dgn nasi, sayur kimchi, dan sup kimchi...

tp ajhumma tu mmg kenal sangat dh ngn Thirah... so, kami dapat hidangan percuma, suhun goreng bijan kot...

sedap sangat!

nnt nak ajak kak Roza pi jugak merasa makanan Korea

BBQ Chicken...

Thirah yg ceria... tu yg berspek tu Ajhumma dr Korea

terima kasih Thirah!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::