...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Loading...

Monday, June 06, 2011

hari bahagia pasangan mempelai

al salam alaykum

selepas 3 malam menemankan si Intan tidur di rumahnya di Setia Alam, akhirnya pada hari Sabtu, 04/06/2011, selamatlah Intan Masayu Mohd Salleh diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Zulkifli Abd Aziz, di Masjid Negeri, Shah Alam...

sebelum akad nikah, dengan Kak Roza

tak dapat bergambar dengan bakal pengantin, dengan bunga tangan pun jadi laa...

selepas akad nikah

lepas majlis akad nikah, dan makan-makan di rumah pengantin perempuan, aku balik ke Batu Tiga... sebenarnya, ada majlis berinai, tp aku dh takde mood nak ikut majlis tuh, lepas makan terus balik...

tiba-tiba, semasa aku sedang berjimba-jimba dengan Aizah, Saliza dan Kak Roza kat Kg Melayu Subang, Intan sms mintak tlg aku & Kak Roza teman dia bermekap kat Setia Alam pagi 05/06/2011... aku niatnya, aku nak p makan kenduri je kul 12 tengahari, org mintak tlg, aku ok je...

tart nenas strawberi dan kek buah mentega

pukul 10 pagi lg, aku dh berada kat Setia Alam... Intan menjamu kami dengan  hantaran dr pihak lelaki... tart nanas strawberi, buah anggur, dan kek buah mentega... sedapppp! lepas Aleng Tohara dan Sharul Aimer (aku googled td nama photographer yg cute tu) datang, kami kena gerak ke homestay di no 89, Jalan Kristal 78, Seksyen 7, Shah Alam... nak kena bermekap kat situ plak... 

aku suh Intan dan Aleng jalan dulu, aku ank isi minyak... kendian sesat kat Seksyen 7... tiba-tiba aku nampak Azlan, budak UiTM dulu tgh nak keluar jalan-jalan, tny dia, dia ckp kat belakang lg... tgh-tgh cari rumah tuh, aku nampak 2 buah kereta yg aku kenal siapa pemiliknya... dh setahun aku tak jumpa... walopun duduk kat Shah Alam dan kerja di KL...nmpk je kereta tu, terus aku takleh nak drive... gila kentang!

dh nak siap dh... Sharul Aimer yg berbaju biru tu... muka Aleng tak nmpk...


sempat jugak amik gambar dengan pengantin semalam...

kul 12.30, aku menjadi pemandu kepada pasangan pengantin ni menuju ke dewan SIRIM... alhamdulillah, selamat sampai... aku pandu Honda City tuh... takyah berangan dah la nk pakai Honda City, dh pernah rasa bawak kan? kita cari keter lain plak utk dipandu uji...

Geng Gunung Ke?? yg tak cukup korum...

di pelamin nan indah...

Selamat Pengantin Baru buat pasangan Intan Masayu Mohd Salleh dan suami Zulkifli Abd Aziz... aku doakan semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

12 comments:

whooz said...

wahh Kay betul2 orang kuat majlis ni. nak book nanti eh :D

Kehelan said...

kuat lg gagah perkasa...

bulih aje, ikut turutan eh...

Kak Roza dh booked, member lg sorg pun dh booked utk akhir tahun...

nnt bulih plak nak rasa bawak MR. D... hahahaha...

tp kali nih nak buat T&Cs laa... hehehehe

Yanti Suhaini Binti Ibrahim said...

Khairini nampak kuruh la ^_^..cantik:))

Kehelan said...

nmpk je kak... byk lg nak kena buang lemak ni... moga2 dpt kurus masa mcm sweet 17 dulu... hehehehe

whooz said...

wah2 dan2 nak buat T&C tu..kena sign contract ye

Afida Anuar said...

kenapa kay, tak best bawak honda city eh? ada orang kata bawak vios lagi best...entah, cuba kay bawak vios pulak, mana tau nak beli vios lps ni;)

ohh btw, tengok kereta je pun dah tak leh drive eh? mmg gila kentang!..hik!

Kehelan said...

Fida... honda city, driver je a best, yg dok kat tempatp enumpang, rasa tak best... myvi best lg... :) tp tatau la City Fida, kay tak pernah naik... yg kawan kay City baru... Vios duduk kat belakang pun best... Civic baru pun bila dok kat belakang pun tak best...

Fiza said...

Last2 ko juga orang kuat majlis ye Kay... OK lah tu tolong kawan... lepas ni nk minta tlg juga lah

Kehelan said...

tak kuat mana laa... setakat teman tido... teman pakai mekap... teman kat masjid, jadi driver...

ko pun nak khidmat aku ke? tunggu giliran naa... nnt aku gubal T&Cs... :D

aNNdiNN said...

Nikah kt masjid negeri, sh. alam? 4 jun? Eh, adakah salah seorg dr mempelai ini ade sedare area Sekinchan?
Kek buah mentega tu kek avocado lah kan? Menariknyer!

gerbera said...

Cantik Intan

Kehelan said...

Adnin... yg tuh tatau la plak sy... kek buah mentega tuh mmg sangattt sedap!

Meeza.. cantik sgt~!