...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, June 30, 2011

Ibu... kuingat dahulu, menyisir rambutku, kemas selalu...

 al salam alaykum


mak aku pernah tanya, aku pernah buat isitikharah tak?


pernah laa...


dpt jawapan macamana?


yg kaklong belajar amik sains, masuk USM, yg kaklong kerja kat tempat skrg ni, semuanya istikharah laa...


yg org istikharah pasal jodoh tuh, kaklong pernah buat?


aku diam...


....ada kes mak aku tny pasal isitikharah tuh... aku tak amik pusing pun...


---------------------------------------------------------------


hari isnin lepas, selepas menonton berita... mak aku telepon...


tanya pasal hal itu hal ini... kendiannya, kaklong tgk tak berita td? org menyamun depan rumah tu? jgn lah bawak duit byk2 dlm beg tuh, jgn la pakai rantai... jaga diri tuh... tutup tingkap kereta, kunci kereta... jgn jalan sorg2...


baik ma...


---------------------------------------------------------------


selamat hari lahir utk ibu saya, Puan Kamariah binti Ahmad... hari ini genap 50 tahun...
yg aku pohon kpd Allah, moga ibu saya dikurniakan kesihatan yg baik, dan sentiasa dalam rahmat Allah... aamiinn...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, June 29, 2011

tanda amanah tidak malas

 al salam alaykum

salah satu kata-kata yg aku ingat dalam Diari Mat Despatch ialah


tanda amanah ialah tidak malas...



pagi tadi, angin kuat, langit mendung...

aku nampak, seorg kakak, pekerja MPSJ menyapu jalan...

sapu daun, sapu bunga yg berguguran...

dapat kumpul di tepi jalan...

angin bertiup kuat...

semua daun dan bunga-bunga berterbangan semula, bersepah-sepah di tepi jalan...

akak tu berhenti sekejap menyapu... dan, dia mula menyapu semula...

kalu ikut normal manusia, "buat apa aku sapu? buang masa, buang tenaga, tunggu angin takde laa baru sapu semula..."

bagi aku, akak itu amanah...

tanda amanah, tidak malas...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 28, 2011

Temasik - Pengangkutan & Penginapan

Al salam alaykum

Selepas kami berempat pusing sampai lelah di Universal Studio, dengan menggalas beg masing-masing... nak mencari jalan  ke tempat penginapan sangatlah menyeksakan... sampaikan aku berfikir, adakah kami akan tidur di masjid? backpackers sejati la katakan...


mula-mula naik bas dr Sentosa Island ke Vivo... kemudian, bertanya adik gerek sehh, bagaimana nak ke The Hive, Serangoon Road, dia suruh naik bas bernombor 65 (kalu tak silap aku) di stesen bas... kami ke sana, hentian bas berpindah ke Telok Belangah Road... 

Bas dari Sentosa Island ke Vivo... takde tambang...

Tanya pakcik bawak bas, pun tak tau kat mana The Hive...

tahan teksi, takde satu pun yg nak berhenti... akhirnya, teksi yg gagah perkasa telah berhenti... kami menelan air liur... berapa la cas teksi ni ye?

alhamdulillah, pemandunya seorg wanita, Auntie Sally namanya... sangat baik! mmg first class, tip top... dan dia mmg ckp, teksi dia mahal skit... harga permulaan, SGD 5.00... kalau teksi biasa, SGD 2.80 - SGD 3.00... tambang perjalanan dari Telok Belangah Road ke Serangoon Road, ialah SGD 14.00... ok sangat!! berbaloi2 dgn layanan yg kami dpt, Auntie Sally pun ramah mcm pemandu pelancong, habis semua pasal Singapore diterangkan... ditambah lg kerusi teksi yg empuk, mcm kerusi urut... penat berjalan seharian la katakan...

alhamdulillah, kami sampai dgn selamatnya di The Hive...

no plat teksi Auntie Sally

 dh dua kali re-uploaded, masih lg senget... pandai la korg baca... itulah rupa teksi yg kami naik...

The Hive plak... harga utk satu malam utk 1 bilik ialah SGD 50.00, kami amik dua bilik... bilik kecik je, tp ok laa buat tidur... bilik air dan tandas kongsi ye! sarapan pagi juga disediakan... roti bakar, dan jugak cornflakes... jgn risau, ada halal JAKIM... tp, kena basuh sendiri ye pinggan mangkuk gelas cawan sudu garfu... ada lagi, WIFI percuma, dpt la berFB sekejap kat Singapore sana...

 katil kami

 panduan tempat menarik di Singapore

 penginapan kami

 Jalan Serangoon

 poskad percuma

 tempat makan + pool

 cenderahati

 internet percuma

 sarapan pagi percuma

ruang menonton

tuan tanah nak posing jugak

lain-lain gambar, tunggu aku dapat kabel kamera adik aku dulu, tak upload lagi... gambar2 di atas adalah ihsan dari telefon aku...

Kemaskini


Utk pengangkutan di Singapura, oleh sbb kami hanya berempat, perjalanan amat mudah... makcik yg jual tiket bas Singapura - Melaka, menyarankan kami mengambil teksi... teksi mmg mudah... ada di mana-mana, walopun perjalanan singkat, mereka ok... tambang permulaan SGD 2.80 - SGD 3.00...

Makcik tu jgk cakap, naik bas pun senang... tp bimbang kami sesat... lagipun, nak naik bas, tambang kena cukup2, baki tidak akan dipulangkan... mereka menggunakan sistem kad...

MRT, tak cuba pun... sbb mcm jauh je dr tempat yg kami nak pergi...

tp bg kami, teksi adalah pilihan yg terbaik... di samping pemandunya yg ramah, dan mereka juga boleh berbahasa melayu dengan baik...

kita tetap dr rumpun yg sama...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, June 26, 2011

Akhirnya...

Al salam alaykum


Akhirnya, aku bertentang mata juga dgn Khairyn Othman...

Tak sabar nak mengembara ke Sepanyol bersama Shuaib dan Salma

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, June 24, 2011

berita

al salam alaykum


kadang-kadang, aku tak cam sapa yg add aku di FB... 


cthnya pagi td... ada friend request, tp takde mutual friend, tp sbb dia perempuan, aku accept je... aku tgk gmbo, aku tak cam sapa... dan dia PM aku...


dan, sebenarnya, dia ialah anak kawan mak ayah aku... dia mmg cari aku di FB, mujur lagi dia ingt nama penuh aku... tujuan, nak mintak no telefon mak ayah aku, sbb henset ayah dia dah hilang... 


ada berita yg hendak disampaikan...



KUANTAN: Tiga pelajar lelaki adalah antara empat yang maut dalam kemalangan berasingan di Pahang semalam, kata Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman.
Beliau berkata dua pelajar yang masing-masing berumur 14 dan 12 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bergesel dengan sebuah motosikal lain di Simpang Balok Baru, Jalan Kuantan-Kemaman dekat sini kira-kira 7.30 malam tadi.
Katanya keadaan itu menyebabkan motosikal yang ditunggangi Mohd Daniel Mustakin Zulkifli, 14, dan pemboncengnya Mohd Aiman Azmil Nordin, 12, terbabas ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kereta.

adik bongsunya meninggal dunia pada Isnin yg lalu akibat kemalangan... al-Fatihah utknya...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, June 23, 2011

Ada sejarah ke???

Al salam alaykum

Apa disentuh sejarah dulu
Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kamu berdua
Dialah sinar hidupmu...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 22, 2011

Temasik: sebelum & selepas

 al salam alaykum

sebelumnya, berpoya-poyaan sampai malam, sampai lebam badan, sampai sakit pinggang...

18/06/2011

kemudian, setengah hari mengerang di Hospital Melaka... muntah sampai hijau dan cirit-birit...

20/06/2011


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 17, 2011

Resipi

Al salam alaykum

 

Korang ada buku resipi tak? Mak aku ada… buku tuh diari tahun 1983 ataupun 1984 rasanya… lebih kurang usianya 27 tahun pun… tp tak penuh lg… yg tukang tulis, ayah aku laa, sbb mak aku tak pandai menulis… kendian, aku dan adik aku plak jadi tukang tulis… resipi-resipi dari keratan akhbar dan majalah pun ada mak aku simpan dalam plastik buku resipi dia… oh, yg tak tahan, cerita pasal Allahyarham Sudirman  dan isterinya pun ada…

 

Aku pun terikut sama… apa2 resipi yg kawan aku tuliskan, aku simpan… resipi kawan aku bg masa tingkatan 3 pun ada lg… kek coklat lembap, kek oren dan pizza… yg aku buat, kek coklat lembap je, tu pun aku ubah resipi dia… hehehehe…

 

skrg lg maju, simpan dalam folder dalam laptop… nak resipi, mulalah menggagau bukak laptop…

 

masa raya tahun lepas, aku nak buat biskut apa ntah, aku cari kat internet… malas nak salin, bawak laptop masuk dapur… jiran dtg tgk, advance sungguh nak masak skrg…

 

dan, dulu2 aku joined newsletter Nestle product… setiap 2 – 3 bulan dia akan hantar surat bg resipi… boleh tahan mudah jugak laa, guna bahan segera je semua, siap ada pengiraan kalori lagi… tp tak pernah cuba pun… aku simpan buat koleksi… bila ayah aku nak buang, aku tak kasi… sampai ayah aku bunyi “kalu simpan tp buat takper gak” cemana nak buat, masa tuh dok kat rumah, mak mmg masak hari2…

 

Sejak tahun 2006, aku mula beli majalah Nur… dalam majalah Nur pun byk resipi mudah-mudah dan sedap-sedap… ada yg aku dh cuba, ada yg blum… pagi td, tiba-tiba aku rasa ralat… sbbnya, aku tak gunting pun resipi tuh simpan dalam plastic resipi mak aku sekali… yg ralatnya tiba-tiba tuh, semua majalah Nur tuh aku dh pindahkan ke rumah sewa adik aku… aku tumpang rak buku kat rumah dia… uwwaaaaaa!!!! Aku teringat resipi kek coklat yg sedap tu… aku teringtkan resipi homemade coklat tuh… aku teringatkan resipi biskut almond London versi campak2 tuh… uwwaaaaa!!!! Macam-macam lagi laa…

 

Pihak Majalah Nur, tak ada rancangan ke nak bukukan semua resipi2 tuh menjadi sebuah buku?

 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

 

 

Wednesday, June 15, 2011

sayang menyayang

al salam alaykum

secantik cantik bunga, bila dh hilang warna, ke tong sampah jua akhirnya...



sayangkan? walopun bunga tuh bkn org bg kat aku...

bunga konvo aku tahun 2004 dulu aku simpan sampai tahun 2009... pastu ayah aku buang... sbb dia ngemas rumah... sob sob sob aku sedih sangat!!

bunga konvo tahun 2009, aku simpan jugak, tp balik baru2 nih aku tgk takde belakang pintu... tp aku malas nak tny, aku takut dpt jawapan, "Pa buang"... aku harap ada laa tuh tersimpan dalam almari bilik kecik ke...

masa adik aku kawin dulu kala, sirih junjung semua, mak aku guna bunga plastik je, sayang nak buang, dh la mahal... bunga plastik tuh dh selamat mak aku gubah letak atas meja ruang tamu...


sayangkan bunga, bungakan layu,
sayangkan manusia, manusiakan mati,
sayangkan Allah, kekal abadi...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 14, 2011

gembira

 al salam alaykum

majlis pertunangan Kak Zack...

Kak Zack, kawan aku sejak USMKKj... lain jurusan... tp sbb sama2 masuk silat cekak, sama2 balik naik bas raya ke Pahang, aku jadi kacik dengannya... sampai laa banyak saat aku selalu dpt interview kat Shah Alam, rumah Kak Zack la jadi persinggahan aku...

aku dh tukar kerja 2 kali, Kak Zack masih setia di sana...

cuma bila sama2 duduk Shah Alam ni, jarang plak kami berhubung... kadang2 je bila rasa rindu nak berjumpa... asal jumpa je, kami bertazkirah sama-sama... alhamdulillah...

Sabtu, 11/06/2011, majlis pertunangan Kak Zack... dia mintak aku temankan dia dalam bilik, dr saat mekap hinggalah habis majlis...

aku ada amik gmbo guna kamera aku, tp sampai ke sudah kamera aku legam, tensen!!! kamera rosak, sabtu nih nak berjalan-jalan...

amik pakai hp, jadi tak cantik, aku lupa nak buka plastik cover belakang... tensen...

tuan punya badan dh kasi gambo, kita letak dlm blog, sebagai kenang-kenangan...



ceria & gembira... alhamdulillah... aku doakan moga sampai jodohnya hingga ke jinjang pelamin... aamiinn...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 13, 2011

manfaat

 al salam alaykum

member aku tny, apa manfaatnya awk beli menda alah tu?

dengan bayaran bulanannya, akan membuatkan sy tak cukup utk makan dan beli baju baru...
dan sy akan kerempeng... agaknya aaaa

dr dulu lg package manager aku nih tak setuju kalu aku nak beli menda alah tuh...

ye lah, dia bercakap dr pengalaman hidup dia kan... 

hmmmm.... aku dh beli pun... pas ni aku kena pikir cemana nak bayar la plak kan?

ehehehehe

--------------------------------------------------

2 minggu berturut2 aku menghadiri kenduri...

1 kenduri kahwin, satu lg kenduri bertunang...

kedua-dua kenduri, melibatkan perbelanjaan yg besar...

aisshhh... takut aku memikirkan kos perkahwinan dan kos pertunangan yg sgt besar tuh....

jika aku dipertemukan jodoh, serius aku ckp aku tatau nak korek duit kat mana...

menakutkan!!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, June 12, 2011

Cubaan 1 2 3

Al Salam alaykum

Cubaan 1 2 3

Kelate tadop rezeki nk menang piala FA thn ni...

Tahun depan piala FA akn digantikan dgn yg lain plak

Penonton Kelate ramai kuar stadium awal...

Mungkin 1 peringatan utk Kelate

Friday, June 10, 2011

serupa sendiri

 al salam alaykum

adik aku dh pecah lubang kat mak aku...

aku pun pecah lubang dia jugak laa kan...

tp kan, hari nih aku dh membuat satu lg perkara, yg aku pun tak berpikir panjang...

jangan terkejut, nnt tgk baju aku tak bertukar, makan tak bertambah, dan aku slim... bkn sbb diet, sbb membayar hutang...

nampaknya, aku mmg tak reti nak berpikir panjang...

dan aku buat lagi...

baca buku pasal hutang pun, masih sama jugak yek!

tak sedar2 yek!

guna dulu, bayar kemudian ye???

sorry Huzz... kelas renang kay kansel yek!


makin tidak lena tidurku!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, June 09, 2011

pupus

al salam alaykum

semalam aku...

mencari-cari teman, wanita yg masih bujang, utk agenda hujung minggu depan...

baru aku sedari...

seorang teman...
seorang wanita...
seorang yg bujang...
telah banyak yg pupus dalam kehidupan aku...



aarrghhhhh.... kena mulakan salam persahabatan yg baru ni...


mari kita berkawan-kawan!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, June 08, 2011

sack da boss

al salam alaykum

makan tengahari berkisarkan hal-hal ofis... lalu teringat lagu ini

CHORUS
Sack da' boss, sack, sack da' boss
Sack da' boss, sack, sack da' boss
Sack da' boss, sack, sack da' boss
Yeah Rastaman tell ya to sack da' boss
Sack da' boss, sack, sack da' boss
Sack da' boss, sack, sack 'em

It's da' man, da' one that ya know who's got da' plan
Da' muthas recommend; yes, I'm da' man
Never, never take me like a wet food stamp
Ready to pull da' trigger and bang!
E'nuff, e'nuff of da' big fat hustlas
Da' one you wanna kick cause da' brotha's getting sick
But I'm slick, take from da' man who's got da' cool
We gotta shut them up, gotto blow, gotta stop
Abuse… I've heard e'nuff of horrid child abuse

Da' brotha's got da' blues, confused manic on da' loose
Da' poor young kiddo, always on da' low
Took da' blow at da' stroke of da' sick bad bloke
So he warned; Son, don't tell this to any man
"Cause if you do, no one gives a damn!"
Ya betta get this straight, ain't da' one giving ya da' break
Here's da' line that ya have crossed, it's time to sack da' boss
Sack da' boss

Repeat CHORUS
Yeah Rastaman tell ya to sack da' boss

Yes, I'll do da' funky zest
Will put ya to test while I'm hitting out my best
Will ya stop da' mess or do da' look and stare unaware
Let da' hustla beat 'em up cause ya just don't care
Da' kid, da' kid, I'm telling ya about da' kid
"Mac daddy, daddy please could ya please stop it"
"Cause I can't stand it da' hit and da' kick"
What did he ever do to get all that *#?
Say wanna ya, wanna ya, wanna ya, wanna ya, wanna ya, wanna ya
Wanna ya, wanna ya, wanna ya, wanna ya, wanna ya
Wanna ya, wanna ya, wanna ya, wanna ya, wanna ya, wanna ya
Wanna ya, wanna ya, wanna ya, wanna ya stop and quit
Stop and quit to all da' hustlas
Better do it quick or we will bust ya
E'nuff of da' sleepless nights, da' flip and toss
Da' hustla is da' boss, so ya betta sack da' boss, sack da' boss

Repeat CHORUS
Yeah Rastaman tell ya to sack da' boss

Wake up, wake up or we will hit ya hard
Hustlas in da' hood, ya better get smart
Stop da' hitting, beating, kicking ya dirty big bully
Never get silly, willy or face da' G
Praise me or insult me, give it to me son
Da' mission's to get da' message through to everyone
Young punks shouting out that my record sucks
Hard luck, sonny, Buck cause we don't give a…
Stuck da' kiddo never bust it
Curled up in a boa and he knows he's gotta stop it
Da' boy is in a fix, ya know it makes me tick'
Cause da' hustla hit 'em harder when da' kiddo's getting weak
"Oh, man, what a freak!" ya said, retreat instead
Step up, step up, come on let me hear ya say it
Stop da' hooligan before life is lost
Time to sack da' boss, say "Sack da' boss", sack da' boss

Repeat CHORUS
Watch out hustlas!!!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 07, 2011

Maaf & Dendam

al salam alaykum

mudah marah, dan mudah memaafkan...
itulah aku...

aku harap, suatu hari nanti...
aku tidak mudah marah, dan mudah memaafkan...

hilangkanlah sifat mazmumah dalam diri...


Kemaafan Dendam Yang Terindah

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam bagai salju
Tidak sedingin kehangatan mu
Kau sengaja membina
Dinding pemisah diantara kita
Tak lagi bersemuka

Kekasih ku..
Kurasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku...
Tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...
Kemaafan... kemaafan... dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salji
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti terbuka kembali
Hatimu yang terkunci...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 06, 2011

hari bahagia pasangan mempelai

al salam alaykum

selepas 3 malam menemankan si Intan tidur di rumahnya di Setia Alam, akhirnya pada hari Sabtu, 04/06/2011, selamatlah Intan Masayu Mohd Salleh diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Zulkifli Abd Aziz, di Masjid Negeri, Shah Alam...

sebelum akad nikah, dengan Kak Roza

tak dapat bergambar dengan bakal pengantin, dengan bunga tangan pun jadi laa...

selepas akad nikah

lepas majlis akad nikah, dan makan-makan di rumah pengantin perempuan, aku balik ke Batu Tiga... sebenarnya, ada majlis berinai, tp aku dh takde mood nak ikut majlis tuh, lepas makan terus balik...

tiba-tiba, semasa aku sedang berjimba-jimba dengan Aizah, Saliza dan Kak Roza kat Kg Melayu Subang, Intan sms mintak tlg aku & Kak Roza teman dia bermekap kat Setia Alam pagi 05/06/2011... aku niatnya, aku nak p makan kenduri je kul 12 tengahari, org mintak tlg, aku ok je...

tart nenas strawberi dan kek buah mentega

pukul 10 pagi lg, aku dh berada kat Setia Alam... Intan menjamu kami dengan  hantaran dr pihak lelaki... tart nanas strawberi, buah anggur, dan kek buah mentega... sedapppp! lepas Aleng Tohara dan Sharul Aimer (aku googled td nama photographer yg cute tu) datang, kami kena gerak ke homestay di no 89, Jalan Kristal 78, Seksyen 7, Shah Alam... nak kena bermekap kat situ plak... 

aku suh Intan dan Aleng jalan dulu, aku ank isi minyak... kendian sesat kat Seksyen 7... tiba-tiba aku nampak Azlan, budak UiTM dulu tgh nak keluar jalan-jalan, tny dia, dia ckp kat belakang lg... tgh-tgh cari rumah tuh, aku nampak 2 buah kereta yg aku kenal siapa pemiliknya... dh setahun aku tak jumpa... walopun duduk kat Shah Alam dan kerja di KL...nmpk je kereta tu, terus aku takleh nak drive... gila kentang!

dh nak siap dh... Sharul Aimer yg berbaju biru tu... muka Aleng tak nmpk...


sempat jugak amik gambar dengan pengantin semalam...

kul 12.30, aku menjadi pemandu kepada pasangan pengantin ni menuju ke dewan SIRIM... alhamdulillah, selamat sampai... aku pandu Honda City tuh... takyah berangan dah la nk pakai Honda City, dh pernah rasa bawak kan? kita cari keter lain plak utk dipandu uji...

Geng Gunung Ke?? yg tak cukup korum...

di pelamin nan indah...

Selamat Pengantin Baru buat pasangan Intan Masayu Mohd Salleh dan suami Zulkifli Abd Aziz... aku doakan semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 03, 2011

beli belah... dan BLAH?

 al salam alaykum


aku nak pergi ke satu tempat yg tak memerlukan aku utk tertarik dengan segala iklan dan jualan murah....



kat KL ni, mcm2 jualan murah, warehouse sales laa... potongan 89% laa....

kadang2, tahan iman, kadang2, isk... terbabas!


bukan keperluan pun kan? pujuk akal...
ala, apa salahnya kalu berkehendak, sekali sekali, seumur hidup pernah merasa... hati plak berkata....


nak tanya sama pokok?
nak tanya sama hati?
nak tanya pada akal?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, June 02, 2011

naik bas

 al salam alaykum

bila korg last naik bas? bas ekspress? bas lompat-lompat?

aku last naik bas ekspress hari Isnin lepas laa... dr Larkin ke Shah Alam... perasaan, seram jugak laa... naik bas kul 11 malam... dan bas tak penuh langsung! aku pandang kiri, depan, belakang, nmpk ada sorg perempuan Cina... harap2 dia sama dgn aku, ke Shah Alam... naik bas, sorg2, bas plak tak penuh, ramai lelaki, mana tak seram... tp aku mmg selalu je naik bas ekspress sampai skrg... kalu nak balik Kuantan sorg2, rugi balik naik kereta sendiri... rehat pun rehat skit... nak naik kapal terbang? mana ada dh kapal terbang dr KL/Subang ke Kuantan skrg ni... membazir minyak kapal terbang je kot...

bas lompat-lompat... bas runcit... mmg dh lama tak naik... last aku naik masa zaman belajar kot... masa tuh bas park may ada masuk lg ke Sungai Isap... lepas tuh, bas Park May tu ada masalah, mcm takde bas masuk Sungai Isap...  yg ada pun, bas hitam putih, bas Bee Huat... tak pernah naik... sbbnya, aku dh ada lesen moto... pastu tahun 2006 aku pun dh beli berhutang dgn bank sebuah kereta yg gagah perkasa... mana nak tau ada bas lg ke tak... tp aku rasa mmg takde bas dh masuk ke Sungai Isap tu... teksi pun kdg2 je nampak...

tp masa aku nak ke Gelang Patah hari Ahad lepas, aku naik bas lompat-lompat dr Larkin ke Gelang Patah... perasaannya... suka! dh lama tak naik bas runcit la katakan... bayar tambang duit masuk mesin tiket tuh... dulu kalu bas Park May tuh pakai duit syiling je bulih, pastu tiket panjang2... kalu naik satu famili, tiketnya panjang mcm bulih buat macam main lompat getah...

pastu, bila ada org tekan loceng nak turun... suka sgt dengar! hahahaha... bunyinya macam jakun je kan? dh lama tak rasa... macam kat Shah Alam takde bas kan? Rapid KL tu bersepah... aku tak berani nak naik... takut aku sesat tah ke mana-mana... bkn tempat aku kan? yg berani naik nak ke Gelang Patah tuh, sbbnya bas tu mmg kompem akan berenti kat stesen bas Gelang Patah... pastu Mak Lang aku dh tentu tunggu aku kat situ...

kat Kuantan, masa aku kecik2dulu, ada bas Sihat, warna merah putih... bas tu biasanya pergi ke belah2 timur, sampai lah ke Kemaman, destinasi terakhir la tu... tp macam dh pupus je bas Sihat tu...

kemudian, ada bas warna hijau jalur merah, bas Seng Huat... yg ni bas ke Cenderasih, Bandar Indera Mahkota, Bukit Goh, Bukit Kuantan, Bukit Kuin, Bukit Sagu, Sungai Lembing, Gebeng... bas kaler nih ada lg kat bandar Kuantan, cuma tak pasti laa ke Gebeng ada lg ke tak...

kemudian, Kooperasi Bukit Kuantan... bas nih menghala ke sana laa, kawasan sekitar Felda Bukit Kuantan... mcm dh lama tak nmpk, mungkin ada lagi kot...

ada bas Kuantan Town Services, bas nih kaler biru jalur kuning/oren rasanya... bas nih akan bawak kami jalan-jalan bandar Kuantan, sampai la ke Teluk Chempedak... kemudian, dh pupus jugak... bas nih aku selalu naik masa sekolah rendah, pi sekolah Galing petang2, kalu ada aktiviti sukan...

ganti plak dgn bas Park May, warna merah putih... bas nih masuk kawasan pinggir bandar, macam Kuantan Town Service gak, termasuklah kat kawasan perumahan aku, Sungai Isap... selalu guna jugak, nak gi aktiviti ko-k hari Sabtu, masa sekolah Ihsan dulu...

bas hitam putih, bas Bee Huat... tu ke belah-belah Gambang dan Pekan sana.... aku tak pernah naik rasanya...

stesen bas kat Kuantan? 

ada byk, kat pasar, kat tapak Kuantan Centre Point skrg... kat benteng... tp kat Pasar mcm dh tutup... kat tapak Kuantan Centre Point tu, dh roboh laa, bina Centre Point... kat benteng ada lg... dulu, sblm ada Terminal Makmur, nak naik bas ekspress, pi Benteng je laa... sesak dengan asap hitam... 

kira-kiranya, dh dekat 5 tahun aku tak naik bas jalan-jalan bandar Kuantan...

motor dan kereta menjadi pengganti...

tu yg bila naik bas ke dr Larkin ke Gelang Patah, sentimental je jadinya...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, June 01, 2011

kasih yang suci

 al salam alaykum

sekarang ni mesti ramai yg balik rumah awal sbb nak tgk cerita Nora Elena kan?

aku tgk la jugak episod awal², pastu rasa macam nama Seth Tan tu familiar sangat²... jalan cerita pun familiar sgt²... yg terlintas dalam pikiran aku, nama Meen Zulaikha je...

tunggu sampai habis, tgk kredit, betul, cerita tu dari novel karya Meen Zulaikha... novel yg pernah aku baca tahun 2008 dulu, masa kerja kat Jord, Hulu Selangor...

tp novel tuh aku lupa sapa yg beli, sama ada aku ataupun Erna, masa kitorg pi Kinokuniya sama-sama...

kelmarin, Erna tiba-tiba sms aku tanya pasal cerita Nora Elena ni... betul tak dr novel yg pernah dia baca? dia lupa yg novel tuh dia yg beli...

skrg nih aku takde la terkejar-kejar balik nak tgk cerita ni... dh tau pengakhirannya cemana...

tp ada kemungkinan tak akhir cerita diubah?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::