...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, May 31, 2011

kepala blog

 al salam alaykum

korg nampak tulisan header blog aku nih yg mana satu?

yg nih kalau aku bukak guna Mozilla Firefox

yg ni plak bila bukak guna Google Chrome

aku download Google Chrome td sbb aku tak boleh bukak Dashboard blogger kat Firefox & Internet Explorer... tp sama jugak, Google Chrome pun aku takleh bukak Dashboard jugak... agaknya ada yg tak kena dgn e-mail aku agaknya...

oh, korg nmpk yg mana? header sebenar aku ialah yg bukak guna Google Chrome... penat aku pilih tulisan utk header aku dulu kat Kuantan (laptop aku pun guna Firefox gak), tp bila buka Mozilla Firefox kat ofis, jadi tulisan yg biasa2 je... 

mulai hari nih aku nak guna Google Chrome laa... best skit tgk tulisan tuh... heheheeh...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 30, 2011

perkahwinan yg dirancang

al salam alaykum

semasa interview tadi...



umur 30, masih single... hmmmm.... ada merancang utk berkahwin dalam masa terdekat?


aku dh tergelak... sambil mata aku membuat soalan, perlukah ditanya?


beliau menjelaskan: bukan apa, takut nnt kerja setahun dua, lepas tuh berkahwin, kena pulak nak mintak berhenti, nak tukar kerja ke KL... kalau boleh kami tanak org berenti2...

buat masa ini, takde lg perancangan utk berkahwin



malu btul masa nak jawab cam tuh....


::: hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, May 27, 2011

Kecewa

 al salam alaykum

"Kita kecewa kerana kerana apa yg kita harapkan tidak terjadi spt yg kita kehendaki. Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Tetapi kehendak Allah lebih tepat dan baik. Apabila Allah berkehendak lain, adakah kita perlu kecewa? Kecewa pada kehendak yg lebih tepat dan baik? Hanya orang pendek akal yg kecewa. Tetapi tidaklah kita berkata ia semudah itu bagi menerima. Ia dapat dimulakan dengan sabar dan insyaAllah  sabar akan membantu kita menerima dan memahami kehendak Allah utk diri kita"


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, May 25, 2011

8 jam

 al salam alaykum

hari Isnin, bos aku tiba-tiba keluarkan memo pasal waktu bekerja... agaknya dia tgk byk sgt org ilang time office hour...

walopun waktu bekerja kami adalah flexible, masul kul 8 kuar kul 5, masuk 8.30 kuar kul 5.30, masuk kul 9 kuar kul 6, kami wajib berada dalam ofis dalam masa tertentu iaitu dr pukul 9 - 12, dan dr pukul 2 - 5...

masalahnya, bila bos keluar memo, ckp pasal waktu bekerja, ramai yg melenting... bos tak patut laa, itu laa ini laa...

aku tny, knp nak melenting, kalu btul kita ikut peraturan... aku pun bknnya setuju sangat dgn boss, tp kalu menda yg dibangkitkan menda yg betul, kita tetap akan salah...

asal kul 9 je, ramai pi minum pagi... naik tak naik pukul 10... kemudian, minum petang, kul 3 dh hilang... time boss cari semua tak dijumpai... bos mana yg tak marah? cuba kita plak jadi boss, apa perasaan, bila cari pekerja, MIA? kalu sekali sekala tak apa, tp setiap kali bos cari, manjang je takde... sampai ada satu masa, hampir satu dept lesap dan sunyi...

tu belum lg, yg dtg kerja lewat, balik awal kemain... tgk2 dh ilang dr pandangan... 

blum lg hari Jumaat... kalu pekerja lelaki Islam, wajib ganti 2 jam solat Jumaat tu... samada datang kerja awal ataupun balik lewat... tp, tepat pukul 5, mmg semua ilang... dan, pekerja2 perempuan Islam dan yg bukan Islam pun, buat jugak waktu rehat sendiri lama-lama... kadang2 mcm bg reputasi yg buruk je kpd kampeni, bahawa org Melayu mmg malas nak kerja...

ada org ckp, duduk ofis lama-lama pun, kalu kerja takde, buat apa? tp dalam kontrak kan ada tulis, kita dikehendaki berada di dalam ofis selama 8 jam... tak kira la buat kerja ke tak, janji duduk dlm ofis 8 jam... sendiri nak kena ingt laa... 

kami takde guna sistem punch card... guna access card je... tp tak dipantau pun... tp nnt kalu pindah ofis baru, kalu berterusan cenggini, harus management tukar sistem...

dh, aku nak balik, dh cukup waktu aku duduk kat ofis dr kul 8 pagi sampai 6.30 ptg...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, May 24, 2011

sama tapi serupa

al salam alaykum

selepas aku membuat kerja gila pada hari Khamis minggu lepas, diikuti oleh si Kakngah, pada hari Ahad... adik ipar aku mengeluarkan kenyataan:

"korang ni sama je kan? sampai tak bulih nak pikir dah... main sambar je..."

***ayat di atas telah diedit demi menjaga akta kerahsiaan dalam negeri, tp maksud mmg sama...


adik aku dh bulih tidor lena, aku belum... aisshhh!!!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, May 18, 2011

telor

 al salam alaykum

aku tak tahu la knp, bila aku berjumpa dgn org yg bercakap kelantan, secara otomatiknya, telor aku pun berubah... tak semena-mena jadi oghe kelate... 

cthnya, semalam... ada budak jual tuala tebal, dan budak tuh mcm tak reti nak cover slang kelate dia... dia kecek kelate ngn aku... aku pun apa lagi, sambung la kecek kelate...

"oghe kito jugok ruponyo" kata dia...

aku ckp, takde laa, aku org "pehe", eh salloh... orang pahang... hahahaha

dia tak percaya sampai ke sudah... takkan nak kena tunjuk IC kot? IC aku 11, alamat Kuantan la kan...

ada org pening kalu dgr org kelantan bercakap, pening sbb tak paham, ataupun dia anti dgn org kelantan...
tp bg aku, ada kelembutannya di situ... setakat hari nih, kalu bahasa kelantan mudah-mudah tuh, aku paham laa... tp kalu dh yg susah sgt atau jarang-jarang sekali dengar, aku pun angkat tangan!

spt juga org yg berbaahsa terengganu, kalu btul2 org tuh mmg dr ganu, lembut je dia bercakap, mcm cik Afida kita... aku nih ganu celup, ckp kasar la skit, kalu org tak kenal kita dgr, bunyinya mcm nak ajak gaduh je... kdg2 lemah btul aku dengar org teganu yg spesis ckp lembut ni... hehehehe...

tp dulu-dulu, ada je kawan-kawan aku yg tak sudi berbahasa ibunda negeri mereka, ada yg malu, ada yg takut org tak paham... tp sejauh mana pun nak sorok, tetap boleh cam jugak asal negeri mana...

walopun aku duduk Kuantan lama, aku tak reti-reti nak berbahasa Pahang... sbb kat Kuantan, ramai org Terengganu dan jugak Kelantan... loghat kat Pahang plak byk, org kat Pekan lain bunyinya... org Temerloh lg laa lain... blum belah Kuala Lipis lg... walopun budak sekolah aku kebanyakan org Pahang, tp bila dh bergaul, semua telor ditinggalkan, cakap bahasa Malaysia standard org bandar laa... 

dop sabo eh nok tgk Peteh Ganu Peteh lawan Kelate Gomo Kelate final Piala FA nnt... aku nak sokong Ganu laa... muge IC no 11 kang?

p/s: nak tny, cemana aku nak unfollow blog dgn cara mudah dan senang?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, May 13, 2011

ingin, suka, perlu


al salam alaykum

“Jangan lakukan sesuatu itu itu sbb “ingin” sbb “ingin” tu sampai bila pun tak pernah habis. Dan jangan lakukan sesuatu sbb “suka” sbb “suka” itu mudah berubah. Tapi lakukan sbb “perlu” sbb “perlu” mengundang banyak manfaat”

Quartet - Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah…


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

p/s cubaan utk tulis entry dr e-mail, sbb blogger buat hal…

Thursday, May 12, 2011

keturunan

al salam alaykum

FB berjaya juga menemukan kami dengan saudara-mara yg jauh dan dekat... ada yg kami tak pernah bersua muka, tp sbb adanya mak-mak dan ayah-ayah saudara yg juga berFB, menyebabkan kami kenal ibu/ayah sepupu kami, 2 - 3 pupu kami... terutamanya yg belah-belah Johor laa...

dan, semasa hari raya tahun lepas, kami dapat tahu kami ni ada keturunan Arab... dan ada pak sepupu kami buat kajian, kami ni asalnya dari belah moyang perempuan, ada darah Arab keturunan Sheikh/Syed Rahman Yaakub dari Hadramaut, Yaman... kiranya takde la kuat mana, sbb belah perempuan... aku sempat dengan arwah moyang perempuan aku ni, mmg rupa dia putih, mmg ada iras org Arab... kalu aku dapat gambar dr Chik aku, aku letak kat sini...

dan, tiba-tiba aku rasa nak siasat keturunan sebelah mak aku plak, hidung mak aku mancung lain macam... heheheh...


 gambar arwah moyang kami, Tok Idris (duduk), yg berdiri belakang tu, arwah Atuk aku, Tok Taib, ayah aku, yg muka macam Ammar Darwisy tu, atas riba, Mak Ngah aku... al-fatihah utk mereka yg telah tiada...

tp, rasanya kalu dalam famili ayah aku, belah arwah Tok Taib ni, tak ramai la yg muka ala-ala Arab, kecuali hidung kami, mancung la jugak... yg ada iras Arab pun, Chik aku laa, mcm Arab skit... yg lain-lain, mungkin ikut muka arwah Tok Taib, yg diwarisi dr moyang lelaki kami, Tok Idris...
 
aku dan Chik

tp, walau apa pun keturunan kita, bangsa kita, yg membezakan kita semua adalah iman dan takwa kita, amalan kita... yg akan menentukan tempat kita di mana, di akhirat sana...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, May 11, 2011

Kuching - 03/04/2011

al salam alaykum

03/04/2011 - Waterfront - Kuching Airport

hari terakhir, pukul 8 kami daftar keluar dr Laila Inn... jalan-jalan di kedai-kedai berhadapan Waterfront... jalan-jalan cuci mata dan bershopping lg, kalu ada duit lg laa... Husna, kalau ikut hati dia, dia nak pi lg sekali Pasar Serikin... haippp!! mana bulih...

Kg Budaya pun tak dapat pergi... bila lg la nak sampai Kuching ni...


aku lupa nama tugu ni...


kedai-kedai di Waterfront, ada jugak yg dh bukak awal... kalu korg nak beli ikan bilis atau udang kering, kat sini la tempatnya... tp harga mahal la jugak skit... kat Pasar Satok ok skit harga... tp, udang kering kat Pasar Serikin lg murah...

antara kedai cenderahati

Jalan India


Lepas sarapan + makan tengahari kat restoran mamak kat India Street, kami ke replika burung enggang tu lagi sekali... utk sesi penggambaran di waktu siang pulak

gelap

pemandangan waktu pagi


kemudian, ke replika kucing tu lg sekali... nak tgk sangat perbezaan kucing pada waktu siang dan malam...


jam baru pukul 11 pagi... tatau mana dh nak pusing... flight pukul 4 ptg karang... nmpk ada shopping complex baru bukak, terjah je laa...


kemudian, bosan dok dalam tu, kami pusing-pusing bandar Kuching dgn kereta, dan singgah di Muzium Islam sekejap... dapat la masuk utk melawat... tp masa kami melawat tuh, Muzium Islam sangat panas... aircond tak berfungsi... rupa-rupanya, masih dalam pembaikan... sbb nnt bulan Rejab nnt, ada tilawah Al-quran peringkat kebangsaan... jadinya, semua menda nak diperbaiki... gambar kat Muzium tak ada, sbb tidak dibenarkan utk bergambar...

pukul 2 ptg, kami ke airport...


mungkin akan ada trip ke Kuching lg, sbb Kak Roza tak puas hati tak dpt masuk Kg Budaya, aku pun... hehehehe...

insyaAllah... ada rezeki lg, akan sampailah kami ke sana...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, May 10, 2011

Diari Mat Despatch

 al salam alaykum

buku ke 16 saya tahun ni ialah, Diari Mat Despatch... pinjam Kak Roza punya, beli masa PBAKL11 dulu... aku pujuk Kak Roza beli sbb tertarik dengan kulit buku ni...

dan, aku pernah membaca novel karya Bahruddin Bekri dulu, Lelaki Berkasut Merah.

mmg satu cerita yg menarik!

kesukaan aku dulu-dulu, aku suka tulis dalam diari aku pepatah petitih yg aku jumpa atau aku dengar di mana sahaja... tp skrg dh tak tulis diari, aku nak catitkan dalam blog aku la plak...

1. Hidup jangan dianggap satu perjuangan, kerana perjuangan itu menuntut menang dan kalah. Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba

2. Hidup umpama jalan, ia bukan sesuatu yg dkejar, tetapi hidup adalah sesuatu yg dilalui. jadi tidak perlu terkejar-kejar kerana lambat atau cepat, pasti kita akan melalui juga jalan itu.

3. Hidup ini umpama jalan. Bukan cepat ataupun lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yg salah, kita pasti tetap akan binasa.

4. Apabila tidak mampu meninggalkan sesuatu kejahatan, janganlah seluruh hidup didedikasikan utk membuat jahat. Sekiranya tidak mampu membuat sesuatu kebaikan pula, janganlah pula langsung tidak membuat sebarang kebaikan.

5. Fahami diri sendiri dan sedar siapa diri kita sebelum meletakkan apa-apa harapan.

6. Apabila hati sudah mahu, hati mesti berani mati.

7. Sentiasa bersangka baik kpd Allah kerana bersangka baik itu adalah harapan.

8. Manusia yg berjaya adalah manusia yg bekerja kuat dan juga bekerja cukup waktu.

9. Tanda amanah ialah tidak malas.


ok, itu saja...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 09, 2011

Kuching - 02/04/2011 - Bahagian 2

 al salam alaykum

02/04/2011 - DBKU (Muzium Kuching) - Pantai Santubong - Pasar Satok - Waterfront

bersambung lagi, masih hari kedua... lepas makan Nasi Ayam Penyet yg sedap di Kafe Bunda, kami balik ke hotel, utk berehat... agenda petangnya, kawan si Farisy, aku lupa namanya sapa, akan bawak kami jalan-jalan...

dalam pukul 3, kami gerak dgn dua buah kereta...


kami ke Muzium Kuching yg terletak di Dewan Bandaraya Kuching Utara

itu SUV kawan Farisy...

DBKU

sampai di DBKU, hari pun dh mula hujan rintik-rintik dan bertukar menjadi lebat... terus masuk dalam Muzium laa...


tiada bayaran masuk utk Muzium ni... tp utk setiap kamera kena bayar... termasuklah handphone berkamera anda... jadinya, kami ni jujur belaka, bawak masuk kamera Husna... kamera lain semua kena tinggal kat kaunter...

ni jer la gamba yg ada, sbb Husna tak bg lg gambar dia kat kami semua... 

dalam muzium nih takde menda lain selain dr cerita pasal Kuching je semata-mata... muzium pun mcm dh nak kena tutup, kami pun keluar... kawan Farisy nak bawak kami ke Santubong plak...

kalu tak memanjat, mmg tak sah

dalam perjalanan ke Santubong, kami singgah sekejap kat Jabatan Kimia Sarawak... rupanya tempat kerja kawan si Farisy...

sambil menunggu kawan Farisy, ni kerjanya...

Gunung Santubong dari kejauhan

kalu korang nak daki, sila telefon ini nombor...

nak daki Gunung Santubong, menurut kawan si Farisy ni, amik masa 5 jam... tak perlu bermalam katanya...

kemudian, kami ke Kg. Budaya, yg dh ditutup... plan nak ke Kg Budaya esoknya, tp kawan Farisy ckp, rugi! lain kali kena datang lg la gamaknya... kawan Farisy ckp, kalu pi Kuching tak p Kg Budaya, bknlah datang Kuching namanya... hehehehe...

amik gmbo buat penghibur hati...

 
 ada jugak muka kawan si Farisy ni...

kemudian, kami ke Pantai Santubong...


cantik! tp yg kami pergi ni cam kotor skit... mungkin sbb pantai awam... bkn yg diurus dan diselanggarakan oleh mana-mana resort...

takde keroje di ptg2 hari

ni hasil kerja Husna... org seni la katakan

dh puas lepak di Santubong, kami ke Pasar Satok... punyalah ramai org... tak larat aku nak mencelah-celah... tujuan utama, nak cari ikan terubuk masin...

aku dapat 3 ekor RM 10...

aku ralat tak beli masa tuh...


Husna sebok nak makan durian, dr semenanjung sampai ke Sarawak, tak dpt2 lg  dia nak makan durian, jadinya, layankan aje... diorg makan bertiga... ni Durian Sarawak... Husna ckp lain rasanya dr Durian Semenanjung... tp aku tak rasa pun walau seulas... hehehe

perut aku lapar menda lain sebenarnya, so takde nafsu la nak makan durian... kami ke sebelah kafe Bunda, aku tak ingt apa nama restoran tuh, tp mmg betul2 sebelah Kafe Bunda... utk mengisi perut yg telah mendendangkan lagu keroncong utk ana...

mee kolok, aku share dgn kak Roza

laksa Sarawak, Kak Roza share dengan aku...

rasa mee kolok sedap la jugak, walopun rasa cam makan maggi, tp bg aku ok dan best jek... laksa Sarawak tak berapa sgt laa... aku rasa yg aku makan kat Miri tu lg best!

Pisang berkeju

kemudian, kami ke Waterfront lg sekali... nak amik gmbo dengan replika Kuching tu...

jumpa burung kenyalang...


ramai jugak org kat sini... lama jugak la nak menunggu giliran... sambil2 tuh aku usha sekeliling, aku ternampak Izwan Azir Saleh kat depan hotel apa ntah... dia kan kat Sarawak sbb ada rancangan Sayang Sarawak, kempen pilihanraya la tu...

penat, balik hotel utk mengemas dan tidur...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, May 06, 2011

Orang

 al salam alaykum

entry pasal Kuching aku dh drafted dh, minggu depan la plak publish

aku sdg membaca novel dalam siri Si Manis 17... hahahaaha... mcm budak sekolah baca novel sblm exam SPM...

aku nak petik ni je:

"Orang yg jadi orang dia akan tahu siapa dia dan siapa Tuhan dia. Orang yg jadi orang akan jaga hubungannya dengan Tuhan dia dan akan jaga juga hubungan dia dengan makhluk yg Tuhan cipta"

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, May 05, 2011

Kuching - 02/04/2011 - bahagian 1

 al salam alaykum

 02/04/2011 - Pasar Serikin - Gua Angin - Tasik Biru

sepatutnya, plan kami pada hari kedua, kami akan ke Kg Budaya... tapi, oleh sbb beberapa hal dan keadaan, rancangan diubah, kami ke Pasar Serikin... kami sampai di Pasar Serikin jam lebih kurang pukul 8.30 pagi... awal kan? kedai pun baru nak bukak... pi awal sbb malas nak berpanas nnt...

aku tau pasal Pasar Serikin ni dalam satu novel terbitan Jemari Seni, tajuknya aku lupa... pergi pun saja nak tgk-tgk, bkn nak memborong pun...

mula-mula sampai, macam "waaaahhhhhh bestnya!!" siap pasang niat nak bawak mak dtg jalan-jalan ke Serikin tu... tp bila jalan-jalan, biasa je...

harganya tak la semurah yg dikata... dan ada lg mahal dr Semenanjung... cuma, aku dapat la beli baju 2 helai RM 50... kat semenanjung, harga baju tuh mau 80 inggit selai! kalu kain batik ke apa ke, harga sama mcm kat Mydin... telekung pun, utk cotton paris, mahal jugak dia letak harga, bila tawar pun masih lg mahal... 

kawan aku, Cik Fatimah pesan, kalu ke Serikin kena ada org tempatan, takut ditipu je... mcm terkena jugak! hehehehe

perniagaan baru bermula...

key chain

tabung

tergugat iman tgk baju2 nih

tembaga pun ada...

kraftangan

LV murah-murah!

perhiasan diri

kereta pun dh mula banyak...

pengsan? JPA 3 ada...

aku berjalan dgn Kak Roza... kami round-round, dua kali pusing, dh bosan... hahahaha... mcm tak caya je... last-last, lepak kat kedai makan kat mula-mula masuk Pasar Serikin, sambil menunggu si Husna & Farisy... dalam hati, mungkin tidak aku datang utk kali keduanya...


kemudian, kami ke Gua Angin... alang-alang dh sehala tu, singgah je la kan!



nak masuk Gua Angin kena bayar RM 3 sorg... dan, sbb aku ada kad pelajar lg, dpt la separuh harga... hehehehe...


tahun nih aku pikir mcm byk sgt dh gua aku masuk... jadinya Gua Angin ni biasa-biasa je la bg aku... kemudian plak. takde guider yg mengikut... 

apa yg ko suluh tu Husna?

kami terlepas jalan dh nak ke Gua Pari-pari... jadinya, plan nak balik semula ke Kuching laa...


kemudian, aku nmpk papan tanda ke Tasik Biru... aku suh je Husna masuk ke jalan tuh... hehehe... ni adalah agenda yg mengejut laa... cantik Tasik Biru ni... tgk dgn mata sendiri, nmpk la jugak kebiru-biruan... dalam kamera, jadi hijau la plak...

tinggi arsenik

budak-budak nih mandi dengan selambanya...

kemudian, aku nmpk lg papan tanda tentang Kolam Air Panas... cari punya cari, tak jumpa pun simpang masuk... terus kami balik ke Kuching... perut pun dh lapar...


kami makan nasi ayam penyet kat Kafe Bunda... bg aku terbaek laa di Kuching... cubalah!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::