...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, March 31, 2011

rekod yg tercalar

 al salam alaykum

semalam officemate mintak tlg checkkan saman dia kat MYEG... takde saman...
org lain pun mintak tlg jugak... takde saman...
aku cek IC adik-adik aku ngn ayah aku, pun takde saman...
terlintas dalam hati aku nak cek saman... 
 kot-kot la pecah rekod dekat 10 tahun dapat lesen ni, ada saman...

nak menjerit rasanya! ada 1 saman...


kena di Subang Jaya... kompem la KESAS tu... tp waktu tu aku rasa mcm tak betul je...
diorg suh aku pi cek kat balai trafik Subang Jaya... kat mana tu?

tp masa aku tgk ni... mula-mula sekali terlintas dalam fikiran aku, padan muka, kan Allah dah balas!

kisahnya...

dulu-dulu, masa korang sebok beratur nak bayar saman yg tertunggak nak dapat diskaun 50% tu... member aku ada tanya, macamana nak bayar saman melalui MYEG? aku jawab, "aku tak pernah ada saman, so tatau nak bayar cemana, pi balai la senang cerita..."

takde pun riak takbur bongkak ke apa ke, tp mungkin org baca sakit hati kot...

Allah dah balas, tunai!

aku kena bayar sebelum 6/4 ni, kalau tak naik RM 300...

kawan aku suh gi check dulu kat balai, esok aku akan berada di luar kawasan...

aku hanya ada 2 hari je lagi, Isnin dan Selasa minggu depan...

mak aku suh bayar je, kalu tak buat, takde la kena tembak, kan?

bawak 80km sejam, takkan kena tembak gak kot?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 29, 2011

Tak Perasan

 al salam alaykum

selama pergi Tesco, tak pernah perasan langsung!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 28, 2011

Besarnya Pasar itu...

 al salam alaykum

hari Sabtu, aku ke 3 buah pasar besar... nak cari mug harga 99 sen... sbb kat Giant Kuantan dh habis... tiba-tiba mak aku rasa mcm tak cukup je 100 biji mug utk dijadikan cenderahati kpd tetamu 2 minggu lg...

mula-mula aku ke Giant Seksyen 13 Shah Alam... takde dh mug tuh... amik beberapa keping gambar barang lain yg mungkin boleh menggantikan mug 99 sen tuh...

kemudian ke Tesco Extra Shah Alam... jumpa! tp tak cukup 100 biji... takper laa... amik dulu apa yg ada... nmpk ada sorg pakcik pun dok usha-usha mug tuh... dia berkenan yg aku pegang... aku pesan dgn kak Roza, kak Roza masukkan dulu dlm troli, aku nak pi tanya ada lg tak kot2 simpan dalam stor... dh takde, apa yg ada hanya la 70 biji... 

kemudian, aku mintak kotak... dia ckp kotak takde... kena tunggu budak-budak store bukak susu ke apa ke, baru ada kotak... tny lg sorg, pun jawab, "akak cuba tgk kat store kalu-kalu ada" dia kata... "kalu akak tanya kat customer service, agak-agak dpt tak kotak?" dia jawab: "dia pun kena pi tgk kat store la kak" aku jawab semula "agak-agak kalu akak pi store, tak kena marah ke?" dia diam... aku dh membebel, sapa kerja kat Tesco ni? ikutkan hati nak je tinggalkan mug 70 biji dlm troli tu... tp mengenangkan nak cari mug 99 sen tu susah, aku sabarkan hati saja... pastu nampak la ada org susun susu dan kotak pun ada la 2 3 biji kat situ... aku pi mintak, dia kena tny supervisor dulu... baru la dapat kotak... tp mug susun sendiri dalam kotak ye!

kendian, aku ke Carrefour baru bukak Seksyen 23, Shah Alam... menarik la kat sini... harus akan jadi tempat persinggahan aku lg nnt... aku jumpa mug 99 sen jugak, dan masih lg banyak! "dik, akak nak 30 biji... nak letak dlm kotak" budak tuh, "sekejap yek kak, saya cari kotak" dh dapat kotak, dia pun tlg susunkan dalam kotak, siap letak tisu, seletip dan tlg angkut lg masuk dalam troli... 

 mmg pas nih aku rasa aku selalu p Carrefour laa... tip top!

dan, sbb perkara mcm nih laa yg kadang-kadang pekedai-pekedai anggap hal remeh dan temeh, akan membawa kesan kpd perniagaannya...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 24, 2011

Kerja Gila

 al salam alaykum

bekerja bersama Allah... antara intipati segmen motivasi pagi tadi...

aku teringat plak semalam, "kerja ko senang kan?" terus setan kacau aku, marah! "mari ko duduk kat kerusi aku, tgk senang ke tak?"

sama ada ko tukang tera, ko tukang urus, ko tukang jual, ko tukang kayu, ko tukang lukis, ko tukang mempercepat, ko tukang beli, ko tukang proses, tukang atur, ko tukang cara, tukang taip, tukang tulis, tukang reka, tukang ajar, tukang belajar, tukang padam, tukang niaga, tukang teknik, tukang gegas, tukang nyanyi, tukang lakon, tukang dakwah, tukang bina, tukang rumah, tukang fikir, tukang lawak, tukang masak, atau apa tukang sekalipun, semua jenis kerja itu ada tahap kesenangan dan kepayahannya, sesuai dengan tahap dan kemampuan diri kita masing-masing...

jika kita boleh menjadi tukang lukis yg gemilang, belum tentu kita boleh jadi tukang tulis yg cemerlang... jika kita seorang jurutera yg terbilang, belum tentu boleh jadi seorang cikgu yg gemilang...

jangan perlekeh kerja org lain... kita kerja, saling memerlukan... bkn hanya utk diri sendiri...

percayalah, kita apa yg kita fikirkan...

bekerja bersama Allah, itu matlamat kita... yg susah insyaAllah menjadi senang...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, March 23, 2011

Umat Islam harus cemerlang

 Al salam alaykum

hari ni keputusan SPM ye? SPM Sijil Penentu Masa depan ye? yer ker?

Fidza baru je bitau SPM 98 dia dapat berapa... kalah aku!

Kalu Fidza p amik result lambat, kami p awal², sebabnya nak jumpa kawan²... maklumlah, bercuti 3 bulan, lama tak jumpa kawan-kawan... tp masa tuh budak kelas kami takyah nak beratur ramai-ramai, sbbnya Guru Penolong Kanan II dan siap amik asingkan simpan elok² slip keputusan... maklumlah, kami nih budak² tahun kedua percubaan aliran sains utk sekolah agama negeri Pahang... jadinya, semua berdebar cemana result budak-budak ni... dah laa bermasalah sejak tingkatan 4 lg! kelas sains hanya dibuka pada pertengahan tahun 1997 sbb tak cukup murid... kemudian, utk peperiksaan SMA 1997, kami kena masuk kelas aliran agama, masuk kelas 4 Hijau, sbb jadual kelas ustaz & ustazah penuh, kami budak-budak sikit ni kena berkorban...

utk matapelajaran sains plak, di samping kelas biasa, kami ada kelas malam jugak... cikgu dr MRSM Kuantan datang mengajar... dan, selepas amik SMA, masa cuti sekolah, semua org sedang bergumbira di rumah, kami selama lebih kurang sebulan, duduk berkurung di sekolah, menghadiri kelas intesif utk menghabiskan silibus Sains...

lepas amik exam SPM, rasa lega teramat, walo entah apa-apa yg dijawab, tambahan plak bukan study betul² pun... main je manjang... ingt lagi, aku balik ke asrama malam nak peksa, kul 11 malam, terus masuk tido... org lain dok stadi² lg... esoknya peksa BM 1 & 2 dan Sejarah 1 ke 2 eh? pastu ada gap plak seminggu rasanya, pun balik rumah, tgk cerita hindustan, Kuch kuch hota hai dan Dil to pagal hai... mak aku marah! tp, anak dia degil...

jadinya, masa tuh tak berharap pun dapat aggregat best, cuma berdoa utk dapat pangkat 1 je... tp alhamdullah, kami berjaya dengan agregat yg cemerlang! tp kan Fidza, masa tuh bila dapat result je, tgk separuh dapat A1, terdetik dalam hati, "kenapalah aku tak belajar sungguh-sungguh? mesti boleh dapat 10A1!" menyesal tidak berguna lagi kan?

bg aku, SPM bukanlah penentu segala... cuma, bg org yg bercita-cita utk jadi doktor, nak jadi jurutera, SPM mungkin adalah penentunya... kalu Sains tak dapat A, cuba jawab, ada tak universiti yg nak tawarkan korg tempat utk masuk matriks perubatan? nak masuk matriks kejuruteraan? ikut sistem pendidikan kat Malaysia ni, mmg tak dapat!

mmg ramai kat luar sana, org yg tak berjaya dalam SPM, ramai je berjaya dalam hidup... mereka masuk kelas kemahiran, yg hanya mengambil masa setahun dua, kemudian terus boleh bekerja, cari pengalaman, tak sampai 5 tahun, bukak bisnes sendiri... org2 mcm nih dia mmg tak target nak kerja ngn gomen ke, nak kerja ngn swasta ke, target diorg bekerja dgn diri sendiri dan utk diri sendiri, jadi bos sendiri, dan jadi kuli sendiri, kemudian amik org jadi kuli... silap-silap org yg berjaya dalam SPM nih yg mintak kerja ngn diorg... banyak lg contoh dan tauladan di luar sana...

ada org tanya aku, kenapa aku amik master kalu bukan nak jadi lecturer? itu adalah impian aku, utk belajar sampai ke PHD... cuma, dlm impian aku dulu kala, sebelum 30 tahun aku dh ada la PHD... tp takper, walopun lambat, insyaAllah akan aku realisasikan impian aku tu...

jadinya, kalu SPM tak semenggah mana, jgn jadikan ia satu kegagalan... tp langkah pertama utk menggapai kejayaan!

cemerlang SPM, cemerlang di universiti, tidak semestinya cemerlang dalam kerjaya!

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada ALLAH Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh!

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat
Wawasan dunia dan Akhirat

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan dan Akhirat
Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 22, 2011

apa yg korang cari?

 al salam alaykum

banyak menda yg nak aku perkatakan, tp bila tiba masa, aku buntu...

biasanya time byk idea, time aku nak tido, time tgk tv, time aku buat pemerhatian kpd sikap dan sifat spesis manusia...

tp, pada masa idea yg terlintas tuh, siap mengarang dalam kepala bagai, sampai masanya aku mengadap pc, hilang segalanya... dan kalu terlintas pun, mesti aku mcm berfikir 2 3 kali, nak cakap tanak, nak taip ke tanak... takut menyinggung perasaan semua pihak... mungkin apa yg kita perkatakan umum, tp ada terasa macam kena tuju kat dia... takut jugak!

hari ni aku nak gelak bila tgk feedjit aku nih...

apa yg korg cari eh bila sampai blog ni?

mari kita lihat...

murid dapat 5A 2009 sk sungai isap  - aku pernah ulas, sbb adik aku sekolah kat sini...

jangan bersedih - korg cari pasal buku "Jangan Bersedih" kot?

chempiang.- tajuk je chempiang, isi dalam lain... chempiang nih dulu main kat tv3, kira superhero jugak laa... aku suka tgk, kelakar! 

roti ikhwan.- aku pun baru tau masa pi Miri 

pengangkutan awam klia ke kl /shah alam / klang.- tak pernah la plak aku tulis pasal hal ni... tp kalu dr KLIA/LCCT ke Shah Alam, aku tau ada satu bas tuh, Plusliner...

kuantan masa hadapan.- buat research pasal Kuantan di masa hadapan ke? dulu-dulu masa aku tingkatan 2, buat kajian sejarah, kami buat pasal Bandar Indera Mahkota, yg kononnya pada tahun 2010 akan jadi sebuah bandar satelit... tp sebenarnya, takde la membangun sangat lagi... cuma projek perumahan mmg best la, mahal2 kat situ!

 kehelan - korg cari pasal kecacatan dalam bahan ke, cari pasal kaki yg terkehel ke, ataupun cari blog aku?

Beg silang klasik.- pun akan merjuk kpd entry beg silang yg langsung tidak kena mengena pasal beg silang...

lepas bersenam makan syur kubis goreng.- yg ni mmg kelakar! aku gelak td pasal hal ni laa... tak sangka boleh datang kpd blog aku, jumpa ke apa yg dicari?

KL Tower Explorace 2011 advertisement.- mmg akan datang kat blog aku laa walopun aku takde letak iklan explorace ni...  

kalau kat Nuffnang plak, asa satu je yg buat aku gelak, untuk dapatbaka rusa...tatau la link ke mana...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 21, 2011

luput

al salam alaykum

tarikh luput ialah 28/03/2011... tp saja aku bagi luput awal...


selepas setahun lebih, baru habis hari ni...



eh, tak lagi... aku bancuh dgn air milo, aku masukkan dalam peti kasi sejuk skit... nnt kang aku minum...

nak beli lagi ke? stop la dulu... kang nnt sampai tarikh luput pun tak habis-habis lagi...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, March 18, 2011

cuti-cuti

al salam alaykum

pagi-pagi dapat 2 panggilan dari officemates aku...

yg sorg berada di ofis vendor, dan sorg lg yg baru nak mintak MC...

panggilan pertama:

dlm nada bergurau, dia bertanya... "Kay cuti arini?"

aku pun jawab dengan bersungguh-sungguh... "A ah saya cuti arini..."

heh!

dia tny lg... "PR 0041 dh 100% approved blum?"

"Saya cuti, cemana nak cek? baru nak bangun tido ni"

Dalam nada terkejut: "biar btul Kay cuti, Kay bukannya suka cuti² ni... manjang ada kat ofis je!"

aaarrgghhh!

panggilan kedua:

"Kay, aku tgh breakfast ni pastu aku nak gi klinik gigi nak cabur gigi terus mintak MC... kalu doktor tak bg aku akan mintak jugak!"
"ko bitau aku wat apa Ezam, aku cuti ari ni!"

"Kay cuti? oooo... cuti rupanya!!" (dalam nada yg tak percaya... ampas je) 

"sejak bila pulak ko pandai nak cuti² ni?"

knp cuti-cuti tuh tak sinonim dgn aku?

dah nak masuk tahun ketiga aku kat kampeni ni, satu hari MC pun tak pernah... alhamdulillah, aku sehat!
baru smlm niat nak amik MC arinih, sbb mlm td recet rebet 2 kali, bangun pagi² dh ok...

cuti aku masih berbaki 20 hari... dh tolak cuti adik aku nak kawin bulan 4 nnt, dh tolak cuti raya bulan 8 nnt... 

jom kita bercuti!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, March 16, 2011

Koc Pink

al salam alaykum


aku baru perasan pagi td... ataupun dh lama terpampang, tp aku yg tak peduli!

ini, kalau ada yg sesat lagi, tak tau dah nak kata apa...

letak gambar pun org buat tak reti...
kami jeling-jeling pun org buat derkk je...
kami tego, boleh lawan kami semula!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 15, 2011

Jangan Bersedih

 Al Salam Alaykum

"Apa pun sebab kesedihan itu, ia pasti berpenghujung.
Jangan Bersedih, insya-Allah damai dan tenang akan kembali.
Yakini Ilahi, Dia lebih mengetahui"

- Dia & Dia

aku terkesan pagi ni...
sebenarnya, banyak perkara yg menyedihkan aku...
macam-macam, dr segi semua perkara...

dan utk yg satu itu, dah nak masuk 3 bulan aku bersedih...

walaupun muka aku tak menunjukkan kesedihan itu, tp hati aku nih masih lagi...

aku patut usir semua rasa sedih...

aku patut kembali semula!

kay yg penuh semangat...

sapa kata baca novel tiada manfaat?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 14, 2011

untuk kita-kita aje...

al salam alaykum

adik aku sedang syok tgk tv...
"adik tgk citer apa?"

"tgk TVIQ"

"bakper dop tgk ceria dh?"

"kena kunci... adik tak reti bukak... kdg2 je adik bleh tgk, bila ma bukak"

aku sengeh... menang!

bulan lepas, aku balik Kuantan... aku kunci saluran Ceria... aku geram, asal bukak tv je, dok mengadap Ceria... last-last, aku kunci... password aku bitau mak ngn ayah aku... bkn susah pun... hahahaa, padan muka tak dpt tgk ceria...

bkn aku sekat dia tgk tv... sbb mak ayah aku pun dulu masa kecik2 tak sekat aku pun tgk tv, tp aku pikir saluran ceria tuh byk menda negatif dr yg positif... byk yg mengarut... byk kisah budak melawan cakap org tua je... kalu budak2 yg menengoknya boleh pikir dr sudut positif takper jugak... ni byknya mengikut je apa yg tv buat... geram aku!

jadinya skrg, dia layan TVIQ je... bagus! berkembang skit otak yg nak amik UPSR tahun ni... Sinchan dgn Doraemon pun dia dh tak tgk, dgn aku sekali takleh nak tgk... tv takleh bukak pukul 7 - 8 malam...

tp, ada lg 1 tarikan yg aku tak reti dh nak buat cemana... FB! asal aku balik je, adik nak pinjam laptop, adik nak bukak internet... ingtkan nak cari la bahan2 nak peksa ke apa ke, tp bukak FB... dulu ada sekali, dia menangis bila akaun FB dia kena delete... sapa yg delete? cikgu sekolah dia... hahahaha! cikgu sekolah dia amik setiap emel dan password FB masing-masing... sapa suruh bagi? anak murid yg baik! aku gelak je, padan muka FB kena delete!

tp, skrg nih, ada plak akaun FB... dh buat akaun baru... tp dia boleh online time aku balik je laa... rasa nak tlg delete plak akaun dia tu!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 10, 2011

tujuh tahun sudah

al salam alaykum

gambar ihsan dr Google

dh boleh masuk darjah 1! itulah usia blog aku, pada hari ini...

dulu lain, skrg dh lain...
dulu tak ramai pun yg berblog, skrg sangat ramai...
macam² ragam, macam gaya²...

aku tgk, blog skrg ni lebih kpd commercial...
buat duit dengan blog...
bisnes, iklan etc...

dh ada blog² yg ternama, yg masuk paper, yg masuk majalah...
tp 1 pun blog tu aku tak pernah sampai dan jejak sebelum ni...
bila diorg masuk paper, masuk majalah, baru le aku buka dan baca, sekali je...

dan skrg, byk blog yg buat peraduan...
dan tidak terkecuali aku, gila kpd semua peraduan² tu...
dan, nak hadiah org, kenalah aku follow blog² tuh...
penuh sudah reading list aku, sampaikan nak cari blog yg btul² aku baca, susah btul...
nak buat profil lain, sangat la leceh, dan malas satu hal lagi...

dulu, ko tulis saja apa yg ko rasa, apa yg ko fikir...
skrg, kna fikir betul² sblm ko tulis...
silap tulis, nnt kena saman...
bkn skit², juta-juta!
hilang sudah kebebasan kita...
 
dan, sepanjang aku berblog ni, ada yg btul² aku ikut...
dr zaman dia bujang, bercinta, berkahwin, dan skrg sudah anak 1, seperti Kak Nida...
dr dia sekadar menulis suka², sampailah sudah terbit buku sebuah dua, seperti Suri...
dr zaman dia belajar di Jepun, sampailah skrg dia bekerja di Indonesia iaitu Rudy Bluehikari...
dan, ada sorg dua kawan maya yg pernah aku jumpa, iaitu Cik Afida, tp dh lama tak jumpa dia, last sekali masa melawat Absyar anak si Khairi...

dan, sudah byk blog yg tidak aktif lg, spt Huda Soid, Gild, Azimat, Ghafirah Idris, Kha etc...
di mana agaknya mereka ye?

selamat ulangtahun yg ketujuh utk "Kisah Klasik utk Masa Depan"


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, March 09, 2011

Yang Aku Baca Sekarang

Al salam alaykum

dah lama tak bercerita pasal buku... ni dah masuk bulan ketiga, buku yg aku baca baru 5... 

macamana nak capai 50 buah buku setahun? apatah lagi 100 buku setahun...

antara azam tahun baru aku, hujung minggu nak pergi perpustakaan awam kat Shah Alam, tp sampai skrg blum sampai, kat mana perpustakaan tu  pun aku tatau!

dan, aku gagahkan diri jugak menjejakkan kaki ke MPH di Giant Seksyen 13... hidup tanpa buku, tak cukup tenaga rasanya... mula-mula aku tgk novel-novel, aku angkat 4 buah, nak gi kaunter, aku gi letak semula... 

aku nampak buku tulisan Ustaz Hasrizal, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta, dah lama aku nak beli lepas habis baca Aku Terima Nikahnya, tp tak tergerak hati... kali nih ada Trilogi Aku Terima Nikahnya, gabungan ketiga-tiga buah buku, harga RM 55.00, cantik! tp bg aku yg sering membaca dalam komuter, membaca sambil berbaring sebelum nak tidur, tak praktikal la pulak kalau beli buku setebal tu... 

aku pejam mata, aku ambik dua buah buku, terus bayar!

skrg, , utk buku yg kelima tahun ni, aku baca Bercinta Sampai Ke Syurga... ada 4 bahagian, iaitu pandangan kehidupan, praperkahwinan, keibubapaan, dan kembara mawaddah dan rahmah... 

walaupun kebanyakan artikel dalam buku ni aku dh baca dalam blog Abu Saif, tp aku tak pernah jemu... org kata, buku-buku ni utk org yg sudah berumahtangga... sapa kata? buku ni bercerita tentang kehidupan... buku-buku ni utk kita semua, utk sesiapa sahaja yg dahagakan ilmu...

paling aku suka, bahagian praperkahwinan, artikel yg bertajuk Teori Evolusi Cinta... heehehehe, buat aku tersengeh, terus terkenang kpd kehidupan kami, sahabat-sahabat sejemaah sefikrah sePMI kat USMKKj dulu... semoga korang sentiasa dalam lindungan dan rahmat Tuhan semesta alam, aamiinn...

aku tak niat nak ulas panjang lebar buku ni...  tp, kalau korg mmg mengikuti blog SaifulIslam.com korg patut memiliki buku-buku ni... ataupun, akukah yg terlambat?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 08, 2011

Mengharung Jeram Air Jernih

 al salam alaykum

Aktiviti: White Water Rafting (level 4 & 5)
Tarikh: 27/02/2011
Tempat: Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor
Bayaran: RM 170.00 seorang (utk 10 org ke atas)
Kekuatan: 11 orang wanita yg masih muda belia lagi... hehehe (termasuk jurugambar bertauliah, Ezza)
Gambar-gambar: kredit utk Nurul, Fadd dan Huzz...
Lagi cerita: boleh jenguk Julie dan Nurul

*** Pesanan khidmat masyarakat utk wanita² bujang: sebelum melakukan aktiviti ini, sila beritahu ibu dan bapa anda ye, walaupun setakat cakap "saya nak pi main air"

Nak cerita jugak, walaupun mungkin dh basi... kisah klasik utk masa depan kan?


Mula-mula, kami bersetuju utk ke Gopeng bulan ni, utk mengharungi jeram tahap 1., dan utk budak baru belajar macam kami ni.. tp ntah macamana, kami ke Kuala Kubu Bahru... terus masuk tahap 4 dan 5... 

kami bertemu dengan pihak penganjur di pekan Kuala Kubu Bahru... Kuala Kubu Bahru nih tak asing utk aku... yer la, tempat aku lepak makan-makan tengahari masa kerja kat Rasa selama 3 bulan dulu... cuma tak sempat nak ke tempat² menarik, dek kekangan masa kerja dan belajar...


Selepas makan pagi, kami terus ke tempat kejadian, utk sesi pendaftaran... isi borang tulisan kecik-kecik, macam T&Cs utk apply kad kredit tanak bg org baca dan dan suruh sain je...


kemudian, dengan lori, kami dibawa ke satu tempat lain, utk sesi briefing... di sini kami bermula!

kami diberi taklimat cara-cara utk memakai life jacket dan helmet dengan betul... dan juga arahan-arahan semasa sesi mengharung jeram tu nnt... semua kena ingat dan kena buat dengan betul... 


on the job, jump jump, on hold, boom boom, paddle forward, paddle backward, to the front, to the left, to the right, dan juga, part yg aku ngeri nak dengar, cara-cara nak menyelamatkan diri jika bot terbalik...  kalau bot terbalik, pastikan kaki mengikut arus... dengar mcm senang, bila tiba masanya nnt, semua hilang!

 masih mampu tersengeh ye!

kami dibahagikan kpd 5 kumpulan... masa nih mmg kena bercampur dengan group lain... sbb kami semuanya wanita, diorg macam tak yakin je kami boleh kayuh pedal tu sekuat-kuat hati... setiap kumpulan ada lebih kurang 7 - 8 org, termasuk 2 org guiders... aku, Huzz, Julie, dan 2 org lelaki lain iaitu Jimi dan Mus, jugak guider, Botak dan Ah Yin...

saat dinanti telah pun tiba...


lebih kurang 11 pagi, kami memulakan aktiviti. group aku di tengah-tengah... mula kayuhan ok lagi... tak nampak bahaya yg menanti... Botak dan Ah Yin pun ckp, air tak dalam mana, tak banyak... kalu nak harung jeram, waktu paling best ialah waktu air besar! tp kalu capsized, ibaratnya macam jatuh dalam washing machine yg besar laa... gerun!

Botak dan Ah Yin parking bot sekejap, sementara diorg pi ricky² jalan dan risiko yg ada...

kat sini ada 3 jeram utama... first canyon, chicken drop dan hydraulic...

high 5 (aku guna google translation: kualiti 5!)

bermula la kisah kami... selepas mengharung jeram yg tak berapa nak bahaya... sampailah kami ke first canyon... sebelum tu, Botak dh pesan, ikut arahan dengan betul... dan, ada guider yg menjaga dalam sungai, tak ikut arahan Botak... mimpi ngeri utk kami! tak sempat nak merasa first canyon, bot capsized, dan kami semua hanyut! 

masa hanyut tu, aku tak ingt apa dah, nak pusingkan badan ikut arus pun susah... yg aku ingt... mak ayah aku... yg aku ingat... mati! yer, aku ingt mati! arus sangat deras, batu² di kiri dan kanan! org baling tali, aku tak dapat nak sambut... pedal yg sepatutnya boleh membantu aku, macam menyusahkan, aku campak je! tiba-tiba, aku nampak Julie dan Huzz... terus aku hulur tangan, dan berpaut pada diorg... kemudian, aku nmpk Jimi yg tersengih² melekat ke batu... "dah jangan risau, takde apa²!" aku pun tak ingt cemana, tiba² je kami bertiga dok bertenggek kat batu tu dengan Jimi...

alhamdulillah... kami semua selamat!

dan, bukan kami saja yg hanyut... ada jugak lg yg lainnya...  tp diorg hanyut sekejap je, sempat kot merasa duduk dalam bot kat first canyon tuh... kami ni apa pun tak sempat... cuma Adeq hanyut buat kami berdebar... helmet dia tercabut... sangat bahaya!

aku sedang menunjuk ke arah Fadd yg terselamat!

masa ni, aku rasa macam tanak teruskan! tp membazir RM 170 plak... sekejap je, aku dh pulih semangat... aishh!! tp masing senyap payah nak bercakap... aku, Huzz dan Julie hilang kasut dibawa arus... mujur ada org yg sempat selamatkan kasut2 kami, kalau tak, berkaki ayam la jawabnya... dan, aku plak, contact lens tercabut sebelah... macam-macam!

lepas first canyon, tibalah jeram yg kedua, ialah chicken drop... jatuhan ayam yek! kat sini, alhamdulillah... selepas pengalaman hanyut pertama, aku berdoa moga tak berulang utk kali kedua... Botak dan Ah Yin membuat percaturan yg betul... alhamdulilllah kami berjaya... tp mula kat sini, kalu dengar arahan hold-on, aku terus boom boom... fobia!


dan, tibalah saat yg paling mendebarkan, bapak segala jeram akan tiba, Hydraulic! alhamdulillah! kami berjaya di sini... mmg best! syukur sangat...


Botak hilang dari pandangan, rupanya dia terjun ke dalam sungai, happy sangat la tu gamaknya...

dan selepas itu, jeram-jeramnya biasa-biasa je...


jauh perjalanan ialah 10km, mengambil masa selama 5 jam... tp aku rasa, yg jadi lama tuh sbb byk menunggu, makan-makan, mandi dan sebagainya...  

 saranghae~!

ok, dh dapat kenapa aku pesan suh bitau mak ayah dulu? aku tanak jadi macam aku laa... bila dh hanyut baru teringat mak ayah... sebenarnya, semua aktiviti yg aku lakukan, baik bahaya atau pun biasa-biasa je, aku akan beritahu mereka, sama ada semasa sampai di tempat kejadian, ataupun sebelum sampai... tp tatau la kenapa kali ni aku tak beritahu mak ayah aku... dan, penyudahnya, aku dh rasa sendiri... aku insaf! 

aku nak ulangi semula saat mengharung jeram ni... konon nak pi Gopeng, tp Botak dan Ah Yin cerita, kat Gopeng tak berapa best... takde la jeram pun, dan sungai sesak! byk pengusaha, jadi banyak la botnya! ok, kami takkan pergi Gopeng... Geng Gunung yg lain akan ke Padas, Sabah selepas turun dari Gunung bulan 4 nnt... Botak cerita, Padas pun best, tp ada buaya! selamat maju jaya yek korg! lepas Padas, kita ulang sekali lg, insyaAllah...

Tahniah kpd semua!

Terima kasih kp Botak, Ah Yin, Jimi, Mus, Julie dan Huzz...

lain kali kita pergi, kita nyanyi sesungguh hati...

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulang segera kepada ku
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 07, 2011

bila dan bila?

 al salam alaykum


aku sedang membuat perkiraan ni...

bila dan bila dan bila...


pertama kali, meeting utk Berkelah di Ampang Park...

kemudian, kali kedua di Berkelah, 22/10/2010

kami ke Janda Baik, 05/11/2010, takde tanda-tanda pun!

kemudian, kali ketiga, di Nuang, 14/11/2010

aku tak pergi meeting Jelawang pada 05/12/2010...

aku syak di Nuang la bermula segala cerita, dan meeting Jelawang langkah pertama...


hahahahaha...


aku tulis draf water rafting lg baguss!


doa aku, agar kebahagiaan utk milik mereka jua...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, March 04, 2011

1 Malaysia KL Heritage Explorace

al salam alaykum

tarikh: 26/02/2011 (Sabtu)
tempat: KL Tower dan sekitar bandaraya Kuala Lumpur
bayaran: RM 50 sepasukan
Kredit: Gambar-gambar adalah sumbangan Cik Huzz dan juga Cik Nurul, dan diambil dr web Menara KL

Ntah macamana, sebulan sebelum tu, aku berinternet, terjumpa flyer 1 Malaysia KL Heritage Xplorace nih... aku panjangkan kpd geng treasure hunt aku dan jugak geng gunung... mula-mula Rien nak join, tp sbb ada hal yg tak dpt dielakkan, dia tak jadi... Intan ngn Zureen dh lama lg cakap TANAK... geng gunung plak, Huzz dan Nurul je yg bersuara... mula-mula aku mcm tak jadi join jugak, takde geng, sbb mula-mula Nurul nak berpasang dgn Huzz... tp tiba-tiba ada kawan Nurul nak join jugak, jadilah dia pasangan 'serasi bersama'...

Nurul, bila nak belanja kami kat restoran berputar tu?

pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi... ada 200 pasukan, dan ada artis jugak! tp macam aku tak kenal pun... heheheh... dalam goodies bag ada t-shirt, sebuku roti, setin air milo, sebotol air mineral, majalah sumbangan karangkraf... dlm hati aku, mungkin petang nnt ada lunch/hi-tea... baik sangka itu perlu...



selepas sesi taklimat, tepat pukul 10 pagi kami dilepaskan...

check point pertama adalah trivia Menara KL... kat sini kami diberi 10 soalan... mudah dan senang, cuma, apabila salah, kami kena betulkan dulu dalam masa yg ditetapkan... bagi aku dan Huzz, kalau salah, potong je markah, tak perlu betulkan... seksa ooo nak berebut ramai-ramai nak submit jawapan...

Huzz, cepat Huzz!

kemudian, kami dapat klu seterusnya... oh ya, ada 2 laluan, laluan A dan B... aku dan Huzz, Nurul  dan Nuar, dapat laluan B... berlawan arus... dan, kelebihan ada pada laluan A...

check point no 11, Taman Rimba Bukit Nanas... kat sini ada 2 tugasan... tugasan pertama, tulis nama saintifik pokok... sekejap je siap, dapat 5 markah! utk 5 markah seterusnya, kami ke padang khemah utk tugasan seterusnya... baca kompas dan cari harta karun... 


barisan punyalah panjang... kompas ada 6 je... dan, bergaduh itu wajib! urusetia macam nak mengamuk je, membentak-bentak, relax la kak! kat sini, aku dengan Huzz buang masa selama setengah jam, lepas menggali-gali, dan menguis-nguis rumput, kami tak jumpa harta karun kami... last-last angkat tangan... kami syak, ada kumpulan lain terjumpa harta karun kami, tp tak letak balik...

 klu seterusnya, check point no 10, Muzium Telekom... Nurul dan Nuar lama dh siap tugasan kat sini, diorg skip tugasan kompas... kat sini, kena jawab 5 soalan berkenaan telekomunikasi utk 5 markah pertama, dan 5 markah lg utk sumpitan... Huzz melaksanakan tugasan sumpitan... tp tak berjaya! walobagaimanapun, kami dapat jugak 10 markah...


kemudian, kami ke bangunan Sultan Abdul Samad, check point no 9... beratur panjang utk tarian naga... Huzz jadi naga, aku pandu arah dia... kami dapat 8 markah kat sini, dan buah limau sebiji... jadi laa... aku sebenarnya dh kehabisan minuman... dahaga wehh! tgh panas rembang berlari2 di bandaraya Kuala Lumpur... 


seterusnya, bangunan Dayabumi, check point no 8... sebelum tuh aku dh called Nurul & Nuar, tny apa yg kena buat di check point seterusnya... penting nak budget masa! kami kena sampai semula ke Menara KL sebelum pukul 3... 

kumpulan yg dapat laluan A, kebanyakannya dah dapat 7 cop... kami baru 3... sedih kan? jam dh nak pukul 1... kritikal... aku ckp dengan Huzz, ada 6 cop pun jadi laa... di Dayabumi, kan susun puzzle dalam masa 2 minit, dapat 10 markah... kami lebih dari 2 minit, dapat 5 markah...

kemudian berlari semula ke Dataran Merdeka (check point no 7), utk boling padang... Huzz jugak tukang baling... tangan aku pekar! baling mmg tak tepat... kat sini, dapat 6 markah... dan di sini juga ada tugasan fast forward, utk skip check point no 6 (utk laluan B) dan check point no 8 (utk laluan A), kena bawak chengai atas kepala... mula beratur jugak nak buat, tp abg kat depan tu, macam tak ready je... lama jugak nak tunggu dia ready, aku ngn Huzz amik keputusan, proceed je ke check point no 6, iaitu DBKL...

 check point no 7

aku dapat sms dr Nurul, Nuar bg semua jawapan... sampai je, amik soalan, terus jawab, tak sampai 10 minit... abg urusetia tny kami, awak dapat mana jawapan ni? merujuk kpd soalan tarikh perasmian bangunan DBKL... dgn spontan "saya google map" manis sangat tgk awak tersenyum! hahahaha.. utk soalan tu, ramai yg salah pada mulanya, kami tiba-tiba betul, tak sampai 10 minit plak tuh... mana tak kena soal siasat...

kami ke check point no 5, Jalan Masjid India, Chandran Florist... kena buat bunga malai... masa buat bunga malai ni, aku sebelah dengan pelakon Syed Ali dgn pelakon perempuan Kisah Kaisara... tp bkn pegang watak Kaisara tuh... watak budak sekolah yg musuh dengan Kaisara... comel sgt dia! tp tak sepmat amik gambar... kat sini, cabaran aku ialah, air tebu, air kelapa... sedapnya, nyamannya kalu dpt! 

bunga malai tuh kami kena bawak ke check point no 4, Wisma Yakin... kena pakai baju kebangsaan malaysia, iaitu baju melayu... Huzz la pakai, sbb dia kurus, senang! boleh tak? kemudian, kami ke check point no 3, pre-war building...


kat sini, kena masukkan 50 biji kacang ke dalam mangkuk... kacang je tuh! angkut sekali harung byk2, tak sampai 10 minit siap... tp aku rasa mamat tukang kira tu pun kira melangkau-langkau nombornya, tiba2 je dh 50 puluh...

check point seterusnya, check point no 2, MATIC... masa ni kami dh mula ikut org... sbb tatau kat mana... aku tepon kakngah, dia ckp kat jalan tun dr ismail... pastu dia tepon balik, ckp kat jalan ampang... kaki dh mula sakit, air pun takde nak minum... aku suh Huzz jalan dulu laa... kat sini ada 2 tugasan, yg pertama menari tarian ngajat, yg kedua jawab soalan...

sapa yg kena menari? jeng jeng jeng...

last aku menari masa umur 17 utk persembahan aspuri... keras dan kaku!

lepas menari, pi amik soalan dulu, terserempak dengan Nurul dan Nuar... salin jawapan... hahahahaha... bergegas balik ke Menara KL, jam lagi 20 minit nak pukul 3... aku dh tak berlari dh, kaki aku cramp, aku cuba utk berjalan laju je... tu pun cramp jugak...

alhamdulillah, kami sempat hantar jawapan, sbb masa dilanjutkan ke  jam 3.15 pm... tp aku bertengkar dengan pihak urusetia... mula-mula dia tny soalan, "awak buat abseiling tak?" aku jawab: "tak buat"... dia terus tanda 0 dan tak amik no kami... aku hangin la jugak... jumpa balik, aku tanya lg, knp tak amik no kami... sbb kamu tanak buat abseiling, kamu sudah ilang 10 markah, jadi tak perlu la amik no kamu... "bukan tanak buat, tak buat lg" 

sepatutnya soalan dia: "kamu NAK buat abseillng tak?" dan jawapan kami: "NAK"... padahal tak rasa pun boleh menang...

Abseiling tu Huzz dan Nurul buat... kaki aku sakit, tak larat... lg pun aku tgk rendah je, aku dh pernah buat tempat tinggi... so tak la rasa ralat sgt... kat sini aku nampak pengarah Zulkifli M. Osman buat abseiling...

penyampaian hadiah pukul 4... habis macam tu je... kami tak dapat no pun... tp, takde jamuan makan pun! heheheehehe... bg aku, patut la disediakan jamuan ringan skit...

apa-apa hal pun, aku enjoy sangat2... best! mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur sejauh 15km lebih kurang... kenal tempat-tempat baru... dan, aku nak jejak lg sekali ke semua tempat ni, dengan berjalan kaki je... tp kena ajak org yg ada kamera best laa... kan Fadd kan? Huzz kan? Nurul kan? Julie kan? aku jadi objek je... hehehehehe...

terima kasih utk Huzz, yg sabar dengan aku! tak sangka kita dapat semua cop dalam masa yg ditetapkan!

terima kasih Nurul dan Nuar! 2x membantu kami... 

lain kali kita buat lagi... insyaAllah...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 03, 2011

cukuplah

 al salam alaykum

komunikasi, ada macam² cara... terpulang kpd kita memilih bagaimana...

cuma, apabila ko berkomunikasi dengan pihak kedua, dan pihak kedua, layan tidak layan saja, nak jawab pun mcm lembek tekak, nak pandang muka pun tidak... cukup 3 kali, ko teruskan tidak komunikasi dengan dia?

aku tidak, cukuplah, tiada yg keempat...

dan, apabila org bertanya itu begitu begini, ko dengan baik hatinya berkongsi pendapat dan info dan pengetahuan dan sebagainya, dan apabila ko bertanyakan juga kepadanya, tp dia kelihatan ragu-ragu utk menjawab, ada rahsia di antara kita, semacam meyembunyikan fakta, semacam ko penyebok tentang kehidupan dia dsb, dan berkali-kali mmg dia mcm tu, ko akan berkongsi² lagi ke dengan dia? akan bercerita apa² lg ke dengan dia?

aku tidak, cukuplah, tiada yg seterusnya...

dan, ada banyak lagi perkara yg pernah korang alami, umpama kes-kes sebegini...

aku dh tak larat... nak jaga perasaan orang... bg aku peluang, nak jaga perasaan aku sendiri...

tak, aku tak pernah memutuskan persaudaraan... 

cuma, aku bagi ruang dan peluang utk kita sama-sama membetulkan keadaan...

Surah An-Nisa, ayat 59:
"
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “uli’l Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada (kitab) Allah (al Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya"

ataupun mungkin, aku dh serik, cukuplah sekali ini...

Surah al-Hujurat, ayat 10:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."


"kita harus pandai meletakkan harga diri kita, jangan terlalu rendah hingga boleh dipijak org, jangan terlalu tinggi hingga tidak tergapai oleh orang"

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, March 02, 2011

akukah yg tertewas?

 al salam alaykum

aku rasa nak makan orang je hari ni...
ramai org yg aku nak makan ni...
terutama org kat ASTRO!

geram... saja je nak bg syaitan bermaharajalela dalam hati aku nih...

bila nak marah je, mula rasa nak makan macam²... yg aku nak makan sangat yg inilah...
dari tengahari aku sabarkan hati, sabar kay... baru nak mula... jgn tewas...

adalah pulak org updated blog dia citer pasal makan subway...


harus aku dapatkan esok!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 01, 2011

isi borang

al salam alaykum

aku dh siap isi e-filing... korang dh? smlm dpt EA form, arinih terus isi... kalu takde apa aral, aku akan dpt pulangan cukai, insyaAllah... "kerajaan tak sanggup nak amik duit org gaji kecik ni..." hehehehe...

selepas sebulan, akhirnya, ASTRO ckp diorg dh courier cek aku... letih aku dok memfollow-up hari2... aku nekad, aku isi form kat malay mail hotline, nak buat aduan... borang semua dh siap isi, aku call lg sekali ASTRO, mujur dia ckp diorg dh courierkan cek tuh... kalu tak, aku tekan butang SUBMIT je kat form malay mail hotline tuh... siap aku buat luahan ayat sedih lg kat call center tuh, "kalau awak jadi saya, apa perasaan awak? saya follow up tiap-tiap minggu, tiap-tiap hari, awak janji nak call sy balik, tp tak call-call pun"


dan, aku jugak dh isi borang komplen utk KL Tower Explorace tuh... harap2 tahun depan kalau diorg anjurkan lagi, dh ada penambahbaikan... apa yg aku komplen? ada 4 je... aku rasa akak yg tudung biru tuh mesti isi jugak borang komplen... eh, tiba-tiba teringat Syed Ali laa... Syed Ali join explorace pakai seluar panjang tau! Syed Ali pelakon tu laa...

dan, aku setelkan hutang kad kredit yg kononnya aku nak setelkan bulan 5 tahun lepas, tp terbabas pakai melampaui batasan, pastu baru tahun nih dapat setel... bebas! tinggal lagi satu kad, tp mmg nak simpan sbb senang nak buat cermin mata baru dan claim kat kampeni...dan sebenarnya utk saat2 kecemasan... dan, aku kena kenalpasti semula apakah makna kecemasan itu...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::