...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, February 28, 2011

penat

al salam alaykum

lelah Sabtu...

kat bangunan DBKL...

"kat mana awak dapat jawapan ni?" tanya urusetia...

"saya google map"

soalan tu adalah tarikh perasmian bangunan DBKL... kebanyakan peserta akan salah jawab dulu, katanya tarikh yg terpamer di situ ialah tarikh yg salah... alih2 aku dan Huzz betul dlm cubaan yg pertama... hahahahaha... menjawab kelima-lima soalan tanpa salah dalam masa 10 minit plak tu... sapa yg tak curiga?

aku masih ingt lg senyuman manis encik urusetia itu apabila mendengar jawapan aku...

terima kasih Nurul dan Nuar utk jawapan tu!

membetis sepanjang 15km pusing bandaraya KL... 

nak pusing-pusing KL? ajak aku, aku tau boleh jadi pemandu pelancong, tp jalan kaki saja ye!

terima kasih Nurul utk gambar ini...

ngeri Ahad... 

air yg tenang jangan disangka tiada buaya ye... buaya mmg tiada, tp bahaya yg menanti...

apa perasaan, anda hanyut dibawa arus deras?

alhamdulillah, aku masih lg di sini, menaip entry ini...

ngeri, takut, fobia, trauma... semua ada...

selepas insiden hanyut, "hold on" pun aku "bum bum" kan...

dan, perkhabaran hanyut ni aku hanya bitau kat mak aku pg td... ampun!!



hasil mahsul:

betis aku sakit... hasil berjalan 15km...

hasil water rafting di KKB, kepala lutut sakit... lebam takde... fobia ada... tp mungkin nnt akan sengal2 tangan dan leher...

::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 25, 2011

idaman?

 al salam alaykum

semalam, kawan aku tanya "lelaki pilihan ko yg macamana? mesti macam Fira ngn Thirah kan?"

knp mcm Fira ngn Thirah?

"suka lelaki ala-ala Korea... isteri aku, selalu pinjam cd Korea ngn diorg, mesti ko pun sama"

aku gelak tak dpt nak jawab...

tp, bila tgk cerita Single Daddy In Love, dpt mcm Oh Jiho pun ok jugak!

hehehehehe



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 23, 2011

Lupa

al salam alaykum

peringatan buat kita yg lupa...


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih" Surah Ibrahim : Ayat 7

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 22, 2011

bertambah

 al salam alaykum

malam tadi, Husna mengira duit tabung rumah...

byk lg balance Husna?

byk... knp?

jom makan Pizza!

tak payah nak mengada-ngada... ko diet je, berat naik, ada hati nak makan pizza...

aikss!

-------------------------------------------------------

tengahari semalam, aku bancuh Usana Nutrimeal, mmg azam berazam betul la ni...

dan kak Gee... "kay, ada  coklat kat dalam bilik!"

kenyang aku makan coklat...


Usana Nutrimeal perisa oren aku masukkan dalam peti...

so, tengahari ni, lunch saya ialah Usana vanilla oren... terbaik!

cedappp!

dan, semalam juga, Kak Anor bg aku lg satu produk food supplement utk weight control...

dan, sebelum tu, aku ada dpt hadiah cabutan bertuah, dari Suffah Beauty Shop juga utk weight control...


apa-apa hal pun, aku kena habiskan Usana Nutrimeal dulu, sbb tarikh luput akhir bulan 3...

dan, ada Contest Diet plak... nak join ke tanak?


selamat menurunkan berat badan ye Cik Kay!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, February 21, 2011

Bukit Tabur

al salam alaykum

hari Sabtu, 19/02/2011, kami ke Bukit Tabur, Taman Melawati... Fikri, Julie, Husna, Nurul, Huzz, aku, Meeza dan guider kami, Uteh... dengar cakap2 org, dan baca blog org lain, Bukit Tabur ini berbahaya... tp pemandangan sangat cantik! kami akan saksikan sendiri...

 sarapan pagi itu penting!

 skodeng rumah org pagi2 sambil menunggu yg lain!


 kami memulakan pendakian kira-kira jam 8.00 pagi... mula pendakian, bg aku ok-ok saja... tapi, makin jauh pendakian, makin bahaya... jauh lg hebat dr mendaki ke Pinnacles! tgk tepi je, jurang yg sangat dalam... bahaya!

 bukit apa yek?

 empangan... mcm gambar pada poskad...

memanjat batuan...

 kuala lumpur... kuala lumpur...

 bg org yg bercinta, nmpk la bentuk hati, kot!

menurut Uteh, utk sampai ke puncak dan turun semula dr Bukit Tabur, akan mengambil 4 jam perjalanan, itupun kalau turun ikut jalan lain... tp kalau turun ikut trek yg sama semasa mendaki, berapa jam la agaknya ye?

tp, persoalan lainnya, sanggup ke nak turun ikut trek mendaki tu?

 kami mahu ke sana!

 utk ke sana, kena turun pakai tali dulu yek! tp ada jalan pintas tanpa tali... tp tak thrill laa kan? hik hik hik...

Uteh dan Meeza ke depan, kemudian Husna, Julie, aku... Huzz dan Nurul dengan Fikri di belakang... bergambar tanpa aku la tuh...

 UIA

selain UIAM, aku nmpk jugak rumah Dato Yusof Haslam setinggi 6 tingkat tuh... tp tak dpt nak amik gambar, aku zoom tak nmpk jelas... dan kami juga berjumpa dgn seorg Uncle tua tp gagah perkasa, memakai t-shirt, Save Taman Melawati Hill, kami mendaki, Uncle dh turun... bukit-bukit di sini diancam bahaya arus pembangunan!

 tiba-tiba, aku rindu Gunung Kinabalu!

 macam di Sayat-Sayat pun ada jugak!

 setelah sampai di puncak, kami berehat sebentar utk acara makan-makan... perut aku lapar sangat... makan itu adalah penting... jangan lupa, utk mendaki Bukit Tabur ni, sekurang-kurangnya bawalah 2 liter air... sengasara!

Meeza dan Uteh...

kami turun melalui jalan lain... agak santai sbb landai... melalui kebun-kebun orang... sambil bercerita tentang perancangan cuti-cuti masa hadapan...

insyaAllah... akan kupastikan sampai sekali lg ke Bukit Tabur...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 18, 2011

kalut

al salam alaykum

semalam, lebih kurang pukul 2 lebih... tiba-tiba...

"Kay, meh kejap masuk dalam... Amarjit pengsan, ko pompuan, bleh tlg angkat dia"

suara takde mcm benda yg gawat, baik relax je...

aku mcm caya tak caya "Apa dia?"

"Amarjit pengsan!!"

masuk ke dalam bilik, Amarjit terbaring...

dh tepon HSE? dah...
dh tepon admin? dah...

Amarjit kaku... aku ngn kak ita tlg gosokkan tangan... sbb tangannya sgt sejuk, leher dia panas, kaki dia panas... tp masih bernafas...

aku panggil nama kat telinga, takde respons...

kami tatau nak bg rawatan macamana, pernafasan dia ok, tak perlu CPR...
dh tepuk2, kaku tak bangun2...

nak kata dia pengsan sbb gastrik/tak makan, mmg nmpk dia makan...
nak tak sehat, pagi2 dia ceria berborak dgn aku...

buntu... kalut...

HSE pun dh dtg... telefom doktor...

aku masih lg di sisi Amarjit, menggosok tapak tgn dia, bg haba skit...

doktor datang, cek tekanan darah, cek paras gula dalam darah...
masa tuh nmpk air mata berlinang...

doktor cakap semua ok, takde masalah...

dan dengan tiba-tiba, Amarjit meraung, menjerit, menendang...

Histeria!

kalut kami... aku terus mintak org lelaki pegang dia...
takut wehhh!

kemudian, pengsan semula... aku ckp, ko tidur la Amarjit!

bila ambulans datang, Amarjit lg sekali mengamuk... terpaksa diikat pada stretcher...

mula-mula mintak perempuan yg ikut, tp mengenangkan kekuatan yg luar biasa yg Amarjit ada, kami mintak lelaki yg ikut ke hospital...

Amarjit dh kembali ke rumah malam tadi...

pernah tak korang alami kes sebegini?

ni kes pertama yg aku alami melibatkan histeria di tempat kerja...

aku ialah wakil HSE di dept aku... tp, bila keadaan kalut mcm nih, aku pun kadang2 hilang punca...

kami sepatutnya boleh bawak sendiri Amarjit ke klinik berdekatan, kat sini mmg byk klinik...

yg jadi kekangan, kami tiada walaupun sebuah kerusi roda pun utk saat2 kecemasan mcm ni... apatah lagi pengusung/stretcher...


itulah yg selalu kami bangkitkan bila sesi borak-borak sesama kami...

dr segala hal, walaupun nampak gah, tp tetap bermasalah...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 17, 2011

besar

 al salam alaykum

hari Selasa 15/02/2011, aku tgk rancangan Explorasi Gunung... episod kali nih Datuk Khalid Yunus berada di Dabong, ekspedisi ke Gunung Stong dan Jelawang...

sebelum mendaki, aktiviti yg beliau lakukan sama la jugak dgn apa yg kami buat, masuk gua...

sambil tgk rancangan tuh, aku bercerita kpd mak dan ayah aku, maklumlah, baru je merasai pengalaman yg sama 2 minggu lepas...

"batu tu mcm gambo yg ma ngn pa tgk dlm kamera kaklong"

"yg ni kaklong dok gi"

"tgk batu tuh, mcm berlian, kaklong amik gmbo kan dop napok cahaya2 tuh"

aku bercerita dgn gembiranya...

dan, tiba satu babak, dalam Gua Gelap, diorg kena masuk ke dalam lubang yg kecik utk ke Gua Gelap...

aku: "Kaklong dop masuk gua ni, sbb dok cukup masa"

ayah aku: "Kaklong mana boleh lepas masuk lubang tuh, Kaklong besar... lubang tu kecik je, mana muat"


heh! tensen jek!

aku nak pergi semula nak ukur badan aku boleh masuk ke tak!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 16, 2011

lambat

 al salam alaykum

pagi nih aku mmg niat nak lambat sampai ofis... tp istilah lambat aku ialah sebelum pukul 9 laa... biasa, aku sampai ofis dalam pukul 8.00 - 8.30 pagi... 

seperti biasa, kalu keluar lmbt, tempat parking di stesen komuter mesti penuh... aku parking tepi jalan, dan bila aku balik mlm nnt, kereta aku je la yg tertinggal di situ...

aku terlepas satu komuter sbb sibuk cari parking... dan komuter seterusnya sangat lambat! takper lagi, aku boleh agak yg aku akan sampai di ofis sebelum 9.30...

lepas naik komuter... dan tiba-tiba di stesen Jalan Templer, komuter mengalami masalah... masalah yg buat aku nak tergelak...

"Komuter ini tertahan buat seketika kerana mengalami masalah persemboyanan"

Semboyan tu apa?

Semboyan = signal

semboyan telah berbunyi, menuju ke tempat kerja medan bakti...

akhirnya, pukul 10 pagi aku sampai ofis... mmg btul2 lambat...

berapa lamakah lagi aku akan menggunakan komuter utk ke tempat kerja?

syabas kpd mereka yg tahan dgn sistem komuter kita...

masuk tahun yg ketiga ini, tiba-tiba aku berasa penat...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 15, 2011

Saturday, February 12, 2011

LIKE LIKE LIKE

Ini ialah entri melekat, utk entri terkini, sila skrol ke bawah lagi...

 Al Salam Alaykum

Aku masuk peraduan lagi... 


dan nak mintak tolong kawan-kawanku dan pembaca yg budiman...

Cara-caranya:

1. Klik LIKE di link ini...



 kemudian...

2. klik LIKE di link ini pula...



 terima kasih utk setiap LIKE anda!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

balik kampung

 al salam alaykum

aku di Kuantan... tiba-tiba! 

hari isnin ni ada hal... doakan aku yek utk hal hari isnin ni...

dan, skrg nih aku berseorangan di rumah melayan hindustan...

ayah aku, ke Bukit Rangin, ada kematian... mak aku, ke dewan, buat laksa...
kalau tak biasanya, ayah aku mesti di kebun... mak aku plak, mesti ada majlis berzanji, ataupun kelas mengaji...

adik aku, kerja tak balik-balik... Nisa plak, main je manjang...

tp aku ok walopun keseorangan...
kadang, ada terdengar kawan-kawan, cakap kat aku, balik kampung pun tiada siapa di rumah... jadi tak seronok balik kampung...

aku pun mcm tu jugak... kalu balik ari sabtu, kompem makanan akan dibeli di pasar malam... dpt makan masakan mak aku pun, ari ahad pagi... kemudian kenduri kendara segala...
tp arinih aku makan nasi goreng... ayah aku goreng pg2 td... best!

aku suka duduk kat rumah... ni rumah mak ayah aku... perasaan tu lain bila duduk sorg2 kat rumah sewa kat shah alam... lain sangat!

td pun tak sempat cakap byk ngn mak dan ayah aku... masing2 bergegas ke tempat tujuan masing-masing... tp takper... aku ok! cukup lah aku dapat tatap wajah mereka...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 10, 2011

Jelawang - Bahagian Akhir

al salam alaykum

03/02/2011 - Kem Baha - Taman Negeri Gunung Stong - Stesen Keretapi Dabong

bangun pagi-pagi, selepas Solat Subuh, kami ke tebing air terjun lagi sekali... kami sang penanti awan... tak sabar nak tgk permaidani awan... tp, bila tgk langit, macam takde harapan je...


kami bersiap utk bersarapan... kemudian kemas-kemas barang... dan, acara mandi manda di air terjun Jelawang, utk yg terakhir kalinya... selepas makan tengahari, dalam pukul 2 ptg, kami bertolak turun... tp kakak doktor dan suami dia tak ikut sekali, diorg tinggal lg satu hari, sbb diorg ikut geng lain nak takluk Gunung Stong, Gunung Baha dan Gunung Ayam... 

utk turun ke Taman Negeri, kali nih kami akan guna jalan lain, menyeberangi air terjun seperti yg Uncle Adam janjikan... 

alhamdulillah, dapatlah jugak merasa menyeberangi air terjun yg deras...

terima kasih Nurul utk gambar ini...

selepas kami bersiap salin pakaian bersih dan solat, pukul 5.30 ptg kami bertolak ke stesen keretapi Dabong... keretapi lambat lg, pukul 9.00 malam... abang van yg bawak kami sangat baik hati, dia berhentikan kami di tepi jalan utk mengambil gambar pemandangan air terjun Jelawang dari bawah...

korang nmpk tak? mcm muka orang... air terjun jatuh dari dahi dan mengalir di atas hidung....

 lepas makan di satu restoran dekat dengan R&R Dabong, abang van bawak kami berhenti lg tepi jalan... nak tgk pemandangan 9 puncak gunung yg ada di Taman Negeri Gunung Stong... tp, awan dh tebal, tak nmpk sgt lah puncaknya...

 tinggal berlima, Huzz dh balik Tanah Merah

sampai di Stesen Keretapi Dabong, duduk lepak2 di kedai Uncle Adam... amik baju yg kami dh tempah, dan sessi bergambar... kami berenam, aku, Nurul, Huzz, Julie, Fad, Adeq beli t-shirt warna yg sama, dan tidak lupa jugak utk Thirah dan Yatt... tp aku terlupa lagi sehelai utk Intan! aarrgghhhh...

satu hari nanti, aku nak jejak kembali ke sini... salah satu sbbnya janji dgn Uncle Adam... dh dekat nak naik keretapi pun, dia ingatkan lagi janji nak daki gunung dengan dia... insyaAllah, kami akan tunaikan janji tersebut...

dan lagi satu yg utama, aku nak jugak tgk permaidani awan dari puncak Jelawang...

Subhanallah, indah sangat! gambar dicilok dr FB Azli


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 09, 2011

Jelawang - Bahagian 2

Al salam alaykum

01/02/2011 - Kem Baha, Air Terjun Jelawang

lepas melawat gua, kami makan tengahari kat stesen keretapi Dabong... makan nasi berlauk... jangan tatau kat Pantai Timur glamer dengan nasi berlauk... nasi putih + gulai ikan aya (ikan tongkol) + sambal lada yg sgt pedas... gambar? masing2 lapar, tak ingt amik gambar nasi... tp aku makan nasi lauk ayam, amik kuah gulai ikan aya je... hehehehehe...

kenyang perut, hati pun suka, kira-kira jam 3 ptg, kami ke Taman Negeri Gunung Stong... di sinilah kami bermula utk pendakian ke Air Terjun Jelawang... air terjun yg setinggi 303 meter, tertinggi di Asia Tenggara... spt biasa, Julie dan Nurul akan berada di depan, diikuti oleh Adeq, Huzz, aku dan Fadd di belakang sbg penjaga barisan... tp sebenarnya ramai lg kat belakang... kalu geng kami berenam, gitulah susun aturnya... aku ngn Fadd mesti amik tempat kat belakang...


trek nak ke Kem Baha, tempat perkhemahan kami, ok ok saja... kadang2 tgk macam trek kat Mesilau pun ada bila jumpa batu-batu tuh... pastu trek tanak liat + selut ada sekali... sbb time kami pergi tuh, lepas hujan agaknya... licin la jugak... kalu tak licin, takkan Fadd tergolek 2x, Huzz sekali... aku pun nyaris jugak... cuma aku pandai berpijak di bumi yg nyata dgn kasut berpaku tuh...

Uncle Adam cakap, nak sampai ke Kem Baha akan mengambil masa paling lama 2 jam setengah... alhamdulillah, kami sampai dalam masa 2 jam... sampai2, Julie ngn Nurul dh siap turun dalam air... jeles-jeles... Azli pun dh sampai jugak, dan sbg seorg yg berpangkat chief segala chief, kami kena la menurut segala perintah... cari kayu! baik tuan! dirikan khemah! baik tuan... potong sayur! baik tuan... basuh kuali! baik tuan... goreng sayur! baik tuan... hehehehe...

khemah pun dh berdiri, mandi pun dh sudah, solat pun dh sudah... tiba utk makan malam... menu yg sama mcm kat Berkelah, nasi putih + ayam masak merah + kobis goreng + air teh... menu ayam masak merah tuh patutnya utk makan tengahari, tp kami kan terlewat sampai sbb keretapi rosak tuh... jadi tukar utk makan malam laa... dan, aku rasa lain dh pada ayam tuh, tp kawan-kawan lain tak bising pun, aku senyap je laa... sambil berdoa, jgn la terjadi apa2 kat perut aku yg super sensitif ni... aamiin...

masing2 pun dh keletihan, selamat malam kami ucapkan, masa utk tido... aku, Huzz, dan Nurul tido dalam satu khemah purple, tiga beradik lg, Julie, Adeq dan Fadd satu khemah merah... akak doktor dan suami dia tidur dalam chalet... RM 10 satu malam... akak Niza dan suami dia dalam 1 khemah, dan yg lain2 tidur dalam khemah dan gantung hammock kat pokok... mcm menarik je tidur dalam hammock, tp perempuan mcm tak manis la plak...

02/02/2011 - Kem Baha, Air Terjun Jelawang

pukul 6.00 pagi Nurul gerak aku utk solat subuh... tidur malam tak berapa nak lena sbb sgt sejuk... lain kali kena bawak jugak la sleeping beg... kali nih aku tinggalkan sbbnya beg aku dh terlebih berat takde ruang nak masuk dan aku andaikan bahawa tidur nnt panas, mcm kat Berkelah dulu... dan, sesuatu yg tak disangka terjadi, perut aku memulas! uwwwaa.... aku mcm dh nak nangis... terima kasih kat Fadd sbb tlg aku!

lepas solat Subuh, kami ke tebing nak tengok keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan di awal pagi... dh ramai rupanya yg menunggu... yg ada kat Kem Baha ni bukan kami je, ramai lg, rombongan budak sekolah pun ada... dan Kem Baha nih merupakan tempat bermalam bg para pendaki Gunung Stong, Gunung Ayam dan lg 8 buah gunung yg ada di sini...

yg membuatkan kami teruja utk ke Jelawang ialah utk menyaksikan sendiri permaidani awan di puncak air terjun... pagi pertama kami tunggu, awannya menipis, dan kebanyakannya menuju ke lain, tidak ke arah kami... sedih! takper, ada lg satu hari lg... mana tau ada rezeki yg Allah bg, kami dapat lihat dengan mata sendiri pada esok pagi...

dah lama menunggu, tp tak dapat nak tgk permaidani awan gemawan, kami kembali ke khemah... acara seterusnya ialah masak-masak sarapan pagi... menu pagi nih, nasi lemak buah bidara, sayang selasih kami lurutkan... selain sambal nasi lemak, ada lauk sampingan lain, daging burger goreng, sambal kentang, dan jugak telur dadar mayonis... aku yg mintak nak telur dadar mayonis... gila ah, dlm hutan pun nak makan best2!

semasa makan, Uncle Adam turut menyertai kami... dia tny, apa aktiviti yg kami nak buat... dia bimbang kami rasa tak puas kat situ... sebenarnya, berborak dgn Uncle Adam ni sgt best! bersemangat! mcm bercakap dgn pakcik makcik kat kampung... byk menda yg dia kongsi bersama... dan sgt merendah diri... dia bg pilihan utk kami, nak buat aktiviti santai-santai ke atapun aktiviti yg berat skit... yg santai-santai itu kami akan ke air terjun 2 puncak... yg berat itu, nak daki Gunung Stong yg mengambil masa 6 jam utk pendakian dan turun balik...

akhirnya kami memilih yg santai-santai, kami berat hati utk melakukan aktiviti yg berat... aku sendiri pun berat hati sbb aku tak bg tau mak aku plan nak panjat Gunung Stong... tanpa izin dr mak, tanak laa... aku bg tahu kat mak ngn ayah aku pergi air terjun jek, bukan nak mendaki... tp, Uncle Adam tetap ajak kami berenam jugak satu hari nnt utk daki Gunung Stong dan Gunung Ayam... dan jugak kalu larat, 8 buah gunung lain yg ada di sekitarnya... insyaAllah, satu hari nnt kami akan berkumpul lg...

selepas makan, kami bersiap utk aktiviti santai-santai... sebelum tuh, tgk2 sekeliling di Kem Baha... ada tempat shopping... harga bleh tahan murah, tp takleh nak tawar menawar... standard harga t-shirt, RM 25 sehelai... aku beli badge sbb kat kedai Uncle Adam takde badge... utk Kak Roza satu, aku satu...  kemudian, kami dibawa ke satu tempat utk acara sliding nnt... wajib kena buat! Uncle Adam cabar kami! aishhh! malas nak bayangkan lagi... karang-karang laa...

perjalanan diteruskan utk ke air terjun 2 puncak... dinamakan 2 puncak kerana air terjun ini datangnya dari 2 puncak yg berbeza, satu dr Gunung Stong dan lagi satu Gunung Ayam... aktiviti yg santai-santai tuh jd mcm berat jugak walopun tak berat sangat... jauh jugak la mendakinya... tp kami puas... sampai air terjun, kalu tak mandi manda, mcm tak sah jadinya...

lepas air terjun 2 puncak, kami turun ke bawah, ke Telaga Tujuh... dan kemudian ke tempat sliding td... masing2 kena buat... tp ada jugak yg tak buat... tp kami berenam dh mmg diwajibkan kena buat... terketar2 aku... masa kat atas tuh, aku tanya adik Afnan, umur dia 8 tahun... best tak? dia ckp best, tak takut pun, dh 2 kali buat, ni nak buat lg ni... aishh! alhamdulillah, kami berenam berjaya buat lagak ngeri kat air terjun tuh... 

kat kamera aku takde gambar Telaga Tujuh, gambar sliding, sbb kamera aku sdg buat hal... tp korang boleh usha kat blog Huzz, Nurul, Julie... kalu diorg letak laa gambar kami sliding tuh...

malamnya, kami goreng jemput-jemput cap Adabi, sosej dan jugak BBQ ayam... dan tido dgn nyenyaknya...

ingtkan nak buat 2 bahagian jek, jadi 3 la plak...

bersambung lagi la yek...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 08, 2011

Jelawang - Bahagian 1

al salam alaykum

idea nak menakluk Jelawang nih dtgnya dari Abg Zul, masa kami berkhemah kat Berkelah tahun lepas... selepas sepakat, kami memilih tarikh 31/01/2011 - 04/02/2011... senang nak mintak cuti kan... 

seperti biasa, rombongan diketuai oleh Pakcik Azli... dialah porter, dialah chef, dialah segalanya... tp nak dijadikan cerita, Abg Zul tak jadi ikut, dan Cik Intan juga... Abg Zul sbbnya tak diketahui, aku syak dia nak nyanyi lagu Patah Hati sorang2... Cik Intan plak, kerja terlampau banyak sbb nak kena p FAT kat Glasgow... kami semua berjumlah 16 orang...

aku plak, alhamdulillah ada rezeki dapat beli beg baru tepat jam 12.00 am, 31/01/2011... tak ada beg itu, aku pun kena ucap selamat jalan je laa kat org2 lain...

31/01/2011 - KL Sentral

oleh sbb KL Sentral tu ibarat rumah ketiga aku, so aku tak mintak cuti laa 31/01 tuh... aku jumpa Fadd & Julie kat surau tambahan KL Sentral utk upacara mengemas beg aku yg beratnya berganda dr beg Fadd dan Julie... ada barang terpaksa aku tinggalkan mintak Thirah jaga...

selepas solat Maghrib, kami berjumpa dengan ketua rombongan kat KFC KL Sentral... amik ration sorg skit dr Azli... mmg tak byk mana pun tinggal, semua angkatan tentera Azli yg tolong bawakkan... terima kasih ye adik-adik dan abang-abang semua! sila lihat perbezaan beg kami dan beg otai-otai yg bawak segala macam barang dan makanan...


sepatutnya, perjalanan kami menuju ke Dabong akan menaiki keretapi jam 8.30 malam... tp berita-berita pasal banjir dan jadual perjalanan keretapi yg banyak dibatalkan buat aku cuak jugak... Kak Gee plak dok menakut-nakutkan aku jugak, sampai ke tak aku ni ke Dabong... tp sebab tak dpt apa berita dr Azli, aku beranggapan kami akan naik keretapi jugak...

bila dh berkumpul ramai-ramai, baru la aku tau kami kena naik bas ke Mentakab dulu... kemudian dari Mentakab akan naik keretapi ke Dabong... dpt jugak naik keretapi... sambil2 tunggu bas, borak-borak bergambar-gambar tak ingat dunia, KL Sentral tu aku yg punya... kami bertolak ke Mentakab jam 9 malam lebih kurang... sampai Mentakab dalam pukul 11 rasanya... walopun aku dok kat Pahang, ini kali pertama  rasanya aku sampai Mentakab...

sambil nak menunggu keretapi Senandung Wau yg bakal sampai pukul 2.05 pagi tuh, spt biasa laa, acara bergambar adalah perkara wajib... mcm org tak pernah tgk landasan, nak bergambar je kerjanya... padahal hari2 naik komuter tgk landasan... heheheehe... sambil bergambar kat landasan tu, dlm hati aku tertanya-tanya jugak, kenapa batu2 kat landasan ni ada hitam, ada nmpk mcm basah... rupa-rupanya, kalu korang qadha hajat kecik atau besar korang dalam keretapi, bahan buangan tu terus jatuh atas landasan... geli sekejap!

kami dapat naik keretapi pukul 2.30 am... aku dan Huzz duduk koc biasa, lg 4 org puteri dapat katil... dgn perjanjian, tidur separuh perjalanan, kemudian datang gerak kami pukul 4 pagi utk tidur di sana plak... tunggu punya tunggu, takde pun diorg tepon... sedap sgt tidor tu agaknya... tp aku tak kisah pun, sbbnya kerusi dlm koc skrg dh boleh laras mcm kerusi dalam bas ekspress... pastu plak ada TV tayang cerita zaman VCD dulu-dulu... tak paham cerita apa, lakonan Sharifah Shahira, Zizie Ezzette dan lain-lain...

dulu, masa pertama kali aku naik keretapi dr KL Sentral - Parit Buntar tahun 2004 dulu, kerusi tegak jek, takleh nak laras, mcm kerusi dlm komuter beratur kat line merah... tak selesa sungguh nak tido... tp Adeq called jugak kami ajak tidur sana, sbbnya byk katil kosong... kan ramai yg cancelkan tiket... masa tuh dh sampai Kuala Lipis dh...

aku terjaga pukul 6.30... tgk2 kat Kuala Lipis lg... aku gerak Fadd utk solat Subuh... cari surau dalam keretapi... tp tgk pegawai2 KTM ni mundar mandir mcm ada masalah je, aku pun tanya, knp kami kat Kuala Lipis lagi... rupa-rupanya keretapi rosak... aku dan Fadd turun solat Subuh kat surau stesen je laa... ni juga pertama kali aku sampai Kuala Lipis... sambil menunggu keretapi beralih landasan, aku borak2 ngn budak Cina yg nak balik raya, nama dia Jessica... kesian dia, nak balik raya keretapi plak rosak... tp takper, raya lmbt lg...

keretapi bergerak semula jam 8.30 pagi... masing-masing perutnya dah melapar la plak... mari kita mencuba makanan yg ada kat kantin... duduk kat kabin kantin nih, aku rasa mcm dlm cerita hindustan plak, yg buat penggambaran kat Scotland, Switzerland... hahahaha... 

keretapi ni mcm lambat jek bergerak, kami amik keputusan utk tido lagi... kemudian Pakcik Azli datang gerak, katanya dh nak sampai ke Dabong... tp lagi sejam nak sampai rupanya... sepanjang perjalanan, aku dan Huzz dapat tgk air terjun Jelawang tuh... mmg tinggi, mmg cantik! tak sabar nak sampai... sampai di Dabong lebih kurang setengah jam lg kul 12.00 pm... stesen Dabong ni kecik je... aku tgk staff KTMB pun duduk borak2 je...


01/02/2011 - Dabong

kami singgah kat Kedai Uncle Adam yg letaknya mmg betul2 depan stesen Dabong nih... ada jual souvenir lagi... Uncle Adam nih guider kitorg utk ke Jelawang... sebelum ke Jelawang, kami melawat gua-gua dulu... barang-barang semua ditinggalkan di kedai Uncle...

selepas sesi penerangan, kami memulakan langkah kami utk ke Gua Batu Pagar dulu... sbb kami baru balik dr Mulu, jadinya kebanyakan info adalah sama, cuma hasil pembentukan tu lain laa... dan mendengar penerangan dari Uncle nih buat aku rasa dekat je ngn gua-gua tuh...

sebahagian bentuk yg kami lihat... ada muka yg menakutkan... batu berlian, dan jugak kasut Michael Jordan...

ada bentuk rahang harimau, katak dan jugak mini pinnacles spt di Mulu...

kemudian, kami ke Gua Keris... knp dinamakan Gua Keris? sbbnya ada bentuk keris di dalam gua ini...

Gua-gua kat sini mmg berbeza sedikit dr gua-gua di Mulu ataupun gua-gua lain yg pernah korang pergi... kat sini, tak nmpk pun mcm ada usaha dari pihak berwajib ataupun badan2 bkn kerajaan utk memelihara dan memulihara gua-gua tersebut... sangat sayang, ada contengan di sana sini, yg aku kira hasil perbuatan dr budak-budak remaja yg baru belajar nak bercinta... sangat sedih!

bersambung lagi...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, February 07, 2011

kali pertama

 al salam alaykum

Julie & Nurul dh updated pasal Jelawang, aku nnt2 laa...

aku sampai Shah Alam pagi tadi, pukul 4.30 pagi... bertolak semalam dr Kuantan pukul 9.00 malam... berapa lama perjalanan aku? tak pernah aku alami perjalanan sejauh 8 jam dr Kuantan - Shah Alam atau Shah Alam - Kuantan... paling lama pun ada sekali, tp itu pun sbb aku saja berhenti kat R&R utk tido yg lena dan lama...

dr tol Gambang ke Temerloh, kereta mmg byk, tp jalan ok lagi tak jam... sampai tol Karak, mmg sesak laa kat lorong tunai... mujur aku pakai touch n go... 

tak sempat nampak signboard Bentong, jalan dh jam... yg amat teruk dan dahsyat! dulu2, kalu jam kat bentong tuh, mesti lepas bayar tol... bayangkan, kereta aku hanya bergerak selaju 0 - 20km sejam... tensennya!

pukul 11.35 pm dari tol Bentong, aku sampai ke Petronas Genting Sempah pukul 3.30 am! kereta pun dh byk yg tersadai sepanjang jalan nak sejukkan enjin dan jugak hati yg panas mungkin! ada yg kena beli minyak isi dlm botol lagi... org yg beratur nak menunggu giliran dalam tandas pun tak terkira panjangnya... lebih 5 minit, pintu tandas kena ketuk!

Parking lot kat R&R Genting Sempah lengang... semua dh cop parking tepi jalan... kereta aku pun parking tepi jalan je... yg menambahkan rasa tensen, kalu dr Bentong dh mula jam, lorong tambahan di laluan bertentangan mmg terus dibuka... tp kali ni lambat sangat! aku sedar ada lorong tambahan tu bila dh nak sampai Genting Sempah...

dan, selepas Genting Sempah, masuk terowong, jalan dh ok... nak kata lengang pun ada... dan, aku sampai ke Shah Alam pukul 4.30 pagi...

sbb apakah jam yg sgt teruk tu yek?
fenomena apakah ini?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::