...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, December 30, 2010

Bokuga Iru

 al salam alaykum


Bokuga iru... 
Bokuga kimi wo mamotte ageru... 
Eien...
 
I'm here... I will protect you... Forever...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 29, 2010

kerja?

 al salam alaykum

kalu org tanya, kerja apa... aku akan jawab, executive...
kalu org tny, kerja di mana? aku jawab, kat KL...
KL tu luas, kat mana? aku jawab, KL Sentral...
oooo, kerja dengan kampeni KL Sentral yek... aku sengih...

kalu ada org tny, kat KL Sentral kat mana? office belakang KL Sentral...
apa nama kampeni? S*M Malaysia...
S*M kampeni apa? kampeni swasta...
Kampeni tu buat apa? Engineering...
ooooo... aku sengih lg...

ada jugak akan tny... S*M tu apa maksudnya? aku akan jawab: S*ng**-***y M**r*ng...
oooo... buat apa tu? ermmm... buat kapal...
kapal apa? erm... kapal minyak...
ooooo... aku diam...

tu kisah kat KL...

kalu duluuuuuuuuuuuuuuuuu kat Kuantan...

kerja mana? kat gebeng...
oooo... kilang apa? kilang besi...
takper... slow-slow... skrg nih mmg susah nak carik kije, kije kilang pun takper, masuk jugak bulan2... aku senyum je...

aku kerja di mana?

Tambatan Pelampung Tunggal Lepas Pantai Malaysia Sdn Bhd

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 28, 2010

Marry Me, Mary!

 al salam alaykum

semalam ada Marry Me, Mary di KBS World... dan juga 3 Idiots di Astro Fiesta...

3 Idiots lakonan hebat dr Aamir Khan... aku peminat setia Aamir Khan... tp, Aamir Khan dh tua, jadinya aku pilih utk menonton Marry Me, Mary... hehehehehe... ini tidak adil! aku tak tgk 3 Idiots sbb nnt mesti ada ulangan lg sekali... walopun Marry Me, Mary nih aku pun boleh download kat Soju.com, tp tak sama dgn tgk kat tv selama 2 jam berturut2...

aku terima sms dr kawan sekolah, dia tgk Aamir Khan, dia teringat kat aku... thanx Ika! :)

Sinopsis Marry Me, Mary! korang bleh google jek... ataupun bleh baca sini...


Edd, ko patut tgk citer ni! :D

kebanyakan kawan-kawan aku suka hero dia... Jang Geun Seok.... dia pegang watak Kang Mugyeol... lawak giler!

 suara dia best bila nyanyi!

aku pun suka jugak... sbb dia ada iras Takuya Kimura...

feberet aku sejak dulu!

tp yg aku paling suka ialah Kim Jae-wook.... watak dia cool giler dlm cerita ni... namanya Jeong In... watak seorang mamat pelindung kpd awek yg dia suka sejak kecik lagi...

yg nih tak berapa cool sangat...

heroin plak, Moon Geung-Yeong... pegang watak Wi Mary... aku suka dia sejak cerita Cinderella Stepsister lagi... comel jek!

aku tak sabar nak tgk cerita ni habis... dan nak download lagu jugak! kena tunggu petang skit laa... skrg nih mcm kena blocked lagi line download nih...

bokuga iru!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 27, 2010

bola

al salam alaykum

aku nak cerita pasal pi bukit gasing, tp sbb aku tak dpt lg gambar dr Nurul, Huzz dan Thirah, nnt2 la dulu....
--------------------------------------

aku rasa la ramai yg tgk bola malam td... 

sapa yg tak gembira Malaysia menang 3-0, korang mmg la tak patriotik... hihihi... takde laa...

Tengku Abdullah sendiri dah pesan, kalu dapat 3-0 tuh, sedap la skit nak pi melawat Indonesia sana...

tp, sapa la yg gatal tangan pi suluh laser hijau tu?

dan, apabila aku tgk kelibat Bambang... eh knp mamat nih aku pernah tgk kat Malaysia eh?
rupa-rupanya Bambang Pamungkas, yg pernah main ngn Selangor dulu...

dan, lagi sorg pemain Indonesia yg menarik perhatian aku, Irfan Haarys

lincah la jugak mamat ni... cuma bila kat tgh2 padang tuh, terkejut nmpk ada sorg pemain, tgn sebelah putih, sebelah lg hitam... rupa2nya Irfan Haarys... ada tatu kat tangan... ok lah, dh tak minat dh... bleh?

aku rasa mcm terdengar jugak pengulas sukan mcm tersalah sebut Irfan Haarys jadi Irfan Bakti... ataupun Irfan Bachdim? dekat-dekat tak sebutannya...

tak sabar nak tunggu 29hb ni, tgk final kedua langsung dr Indonesia...

aku tatau bila aku nak berhenti tgk bola...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 24, 2010

Warna Pagi

al salam alaykum

pagi-pagi aku layan Warna Pagi, IKIM.fm... suka dengar celoteh DJ Pian dan Siti... topik pun menarik... cuma aku berpendapat setiap panggilan dari pendengar patut dirakam dahulu kemudian diedit mcm radio swasta yg lain... 

DJ Pian dan Siti ni low profile... tak pernah la aku tgk gambar diorg kat akhbar utama... mungkin kalu ada kat majalah Al-Islam yg dh lama aku tak beli tuh... mungkin laa kalu ada...

aku pun baru tau DJ Pian tu anggota kumpulan Saujana rupanya... 

aku suka dengar Warna Pagi di IKIM.fm... selain dari topik yg menarik, ruangan motivasi pun best jugak... setiap bulan bertukar motivator... skrg nih motivasi bersama Ustaz Amin Idris... cuma pagi td aku tak dapat dengar dengan jelas sbbnya earphone aku mcm rosak dan bunyi berdesir2... tunggu ulangan la ptg nnt nmpk gayanya...

dan jugak, "mari pelajari bahasa arab, bahasa indah bahasa al-Quran, mari pelajari bahasa ini, bahasa yg suci dan murni" itu lagu... ayat-ayatnya mudah... sesuai utk adik2 yg belajar bahasa arab... aku utk memperkasakan lagi... seingt aku, dh beberapa tahun tak ckp arab... last sekali aku ingat masa ada org Iraq datang ke AMB, Kuantan... tu je la ckp skit2...

aku buka facebook Warna Pagi, baru aku kenal DJ Siti dan Ustaz Amin Idris tu... comel orgnya DJ Siti tuh...

DJ Pian, Ustaz Amin Idris dan DJ Siti... (gambar dicopy dari FB Warna Pagi...)

dan IKIM.fm byk menyiarkan lagu2 nasyid yg aku tak pernah dengar... baik yg lama dan baru... al-maklum laa skrg nih aku dh menghentikan aktiviti mencari dan mendownload lagu2 di internet... macam pagi td, aku dengar lagu Kasih Kekasih dendangan Suhaimi, bekas ahli kumpulan In-Team...


pagi-pagi, korang layan radio apa?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 23, 2010

selamat hari lahir

al salam alaykum

selamat hari lahir yg ke 55 utk ayahandaku En. Kamaruddin bin Md Taib...

hari terakhir dia bekerja... lepas nih tak kerja dh kot...

tp ayah aku bukan bleh dok diam...

aku doa semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik utk ayah aku...

 duduk jauh2 nih tak sanggup rasanya nak dengar berita ayah demam seminggu sebab berhujan pegi dan balik kerja

dengar cerita ayah eksiden...

kena strok...

strok mata...

aku mahu ayah aku rehat-rehat saja di rumah...

tp aku yg tak mampu lagi...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 22, 2010

tttuuuuuttttt

 al salam alaykum

aku jugak mengambil kesempatan masa kepulangan aku ke kuantan arituh, aku keluar jumpa Fatimah dan Asyha... setahun tak jumpa diorg walaupun tiap2 bulan aku balik Kuantan... masing2 ada komitmen masing2... tambahan plak, Fatimah mengajar kat Sarawak dan Asyha walopun duduk sebelah taman perumahan aku je, takde jodoh utk kami berjumpa...

aku takyah nak update apa2 cerita kat Fatimah sbb dia baca blog aku... Fatimah tlg updatekan kehidupan aku kat Asyha... hahahaha... Fatimah ngn Asyha kena update kat aku perkembangan diorg sbb kami mmg jarang ber'sms dan Fatimah mmg tak update blog dia sampai sudah...

pukul 2 petang Ahad, aku pi amik Asyha dan kemudian amik Fatimah... bg org yg dh 'tua-tua' mcm kami ni, Megamall Kuantan adalah tempat lepak yg paling best laa... sbb tempat makan byk sampai tatau nak pilih kat mana... Kuantan Parade takde tempat makan menarik... ECM, aku malas mcm tak best pun... hihihihhi...
Fatimah mengajar kat Kuching... sekolah menengah kat bandar... so, dia tak dpt la elaun susah hati... tp kesian kat dia, dia amik major Pendidikan Islam masa DPLI, tp sampai sana kena ajar Pendidikan Khas... Asyha plak, akan tamat kontrak GSTT dia akhir bulan ni, harap2 akan disambung lg laa... tak pun dia nak cari kerja semula kat KL/Selangor... bg aku, baiklah dia datang kerja kat sini, sian suami dia sorg2 kat sini, anak dan isteri kat Kuantan... 

tgh dok best bercerita, tiba-tiba Asyha tanya... 

Kerini, ttttuuuuttt ada FB jugak kan?
A ah... sy add dia, tp smpi skrg dia tak accept...
Awak add dia? knp dia tak accept?

Fatimah dengan rasionalnya menjawab...
ada baiknya dia tak accept...
knp plak? kita kan kawan-kawan dia, Herny, Kak Tonah, Kak Yanti ada jek dlm friendlist dia...
ko kan suka dia dulu, jadinya baik dia takyah accept...
eh, dia tau ke?
mananya tatau... asal jumpa je ko jadi lain...
oooo... sbb tu la agaknya dia tulis no IC dia dlm buku autograf aku yg aku tertanya, aku nak buat apa ngn  no IC dia tu... hahahaha

dalam hujan petang, kami berpisah... jumpa lagi ntah kapan...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 21, 2010

Alif

al salam alaykum

antara sebab dan tujuan utama aku kena balik Kuantan Sabtu dan Ahad minggu lepas ialah, teman adik bongsu aku, si Nisa tu... dia kena tinggal sbb dia ada Majlis Khatam Al Quran & Yaumul Ihtifal anjuran SAR KAFA Alif

sampai Kuantan pukul 2 pagi, kena tolong alterkan dulu jubah yg Kakngah beli di Jalan TAR utk Nisa... Saiz S nak dialterkan jadi saiz budak... 

Jubah kena pakai masa nasyid...


kemudian adik aku naik pentas utk ambil hadiah kecemerlangan UPKK... macam2 la peperiksan skrg... adik aku dapat 8A... katanya, UPKK ni akan melayakkan mereka yg lulus utk masuk ke Sekolah Agama... oooo! nnt aku nak mintakkan masuk sekolah agama la walopun dia dh ckp tanak...

aku dulu-dulu, nak masuk Al-Ihsan, kna amik exam khas kat sekolah Ihsan tuh... lulus baru dapat tawaran... skrg tak perlu dh yek...

dapat piala la plak...

untuk nasyid, mereka mendendangkan nasyid lagu Teman Sejati... yg jadi solo tu anak sepupu aku yg meninggal dunia baru-baru ni... bleh tahan jugak suara...

video

SAR KAFA Alif nih dahulunya dikenali sebagai Akademi Alif, ditubuhkan oleh Ustaz Zubir dan isterinya, Ustazah Wan Maiha... aku dh lama tak jumpa diorg... sesekali ada la terdengar suara Ustaz Zubir di radio Pahang.fm... kemudian Akademi Alif diambil alih oleh pengurusan baru dan sekarang, di bawah seliaan JAIP dan ditukar namanya kpd SAR KAFA Alif...

dan dahulu, aku juga pernah menjadi tenaga pengajar dari Jan 1999 hingga Mei 1999... tp, ntah ke mana semua students aku... mungkin dh kerja pun ataupun masih lg bergelumang dengan buku di universiti... kalu terserempak pun, aku tak kenal...

 tenaga pengajar sementara

Muallimah Siti Aisyah dan Muallimah Zaharah pun aku tak pernah jumpa dah sejak tahun 2000... dah 10 tahun berlalu...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 20, 2010

entri melekat: nak mintak tolong kawan-kawan

ini adalah entri melekat...
sila skrol ke bawah utk entri terkini...



al salam alaykum

saya menyertai contest

dan sy ingin meminta jasa baik rakan-rakan sekalian utk mengundi anak saudara saya


cara-caranya:


akan terpapar

kemudian sila klik "LIKE" (spt di dalam gambar)


2. kemudian klik link ni  

 akan terpapar

kemudian klik "LIKE" spt di dalam gambar...

ok, itu saja....

setiap klik anda begitu berharga utk si Ammar Darwisy...


terima kasih daun keladi...
:) 






:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

ahli

al salam alaykum

ahli baru keluarga kami


insyaAllah April 2011 nanti

moga sampai jodohnya... Aamiin...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, December 19, 2010

Happy Newly Wed

al salam alaykum

kedua-dua majlis aku tak dapat pergi...

aku kena balik kuantan sbb adik aku ada hari penyampaian hadiah...

keluarga aku semua balik johor, ada urusan penting 2 hari...

Selamat Pengantin Baru utk kedua2 pasangan ini...

Baarakallah!


Mashithah dan suami bersama Niko dan Shera... gambar dr FB Shera...

Mashithah ni sahabat aku di AMB dulu... alhamdulillah, akhirnya bertemu jodohnya...

ni plak sepupu ayah aku... Sabariah dan Faiz... gambar dr FB Chik aku...

dr gambar Chik aku, mcm semua org dr Johor berkumpul kat umah Tok Da kat Semerah, Batu Pahat... termasuk laa mak ayah dan adik-adik aku, si Abang dan Iman... aku jek jadi penunggu kat Kuantan ni... hihhihhi...


harini diorg berkumpul kat Muar plak, umah Makteh aku... ada agenda penting utk si Abang... aku sedih sbb tak dapat ikut...

lagu Selamat Penganti Baru yg popular...

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.

Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say


بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 17, 2010

bahasa jiwa bangsa?

Al salam alaykum

Pukul 11.30 malam tadi, Thirah telefon aku semata-mata nak cakap ni

“Kay, terernya ko ngn Julie cakap French!”

Dia baru je baca status Julie d FB dalam bahasa perancis dan aku pun turut menambah komen dalam bahasa itu…

“Aku pun tahu bahasa perancis gak, tp tak la seterer korang dpt berbahasa dgn betul” tambah Thirah lagi…

Aku tergelak dengar Thirah cakap mcm tu… dan tambah nak gelak lagi, cutenya Thirah telefon malam-malam semata2 nak melahirkan kekaguman dia terhadap kami… hahahahahaha….

“Thirah, kay guna google translator laa… pastu susah plak nak paham apa yg Julie cakap bila translate ke BM, jadi kelakar giler”

Heh, aku satu patah perkataan perancis pun aku tatau, kecuali bonjour…

Walopun delivery manager dan bos aku org perancis, dan diorg mmg kerap berbahasa perancis, suka ati korang la nak cakap apa…

Tak berminat nak belajar… delivery manager pandai ckp melayu skit2… susah la nak kutuk jugak… tp bos aku pandai banyak jugak la cakap bahasa melayu, sbb isteri dia org melayu…

Aku plak…

Bahasa Melayu pun dh tak berapa nak baku

Aku nak cakap Inggeris pun susah… hahahaha…

Bahasa Arab aku pun dh berkarat…

Bahasa hindustan pun dh byk aku lupa maknanya…

Bahasa tamil dan cina pun aku dh lupa macamana nak mengira 1 hingga 10…

Walopun selalu tgk korea dan jepun, yg aku tau cuma 2 3 patah je… tp yg aku ingat ialah saranghe (Korea) dan Aishiteru (Jepun) sahaja… yg lain kdg2 ingt kadang2 lupa…

Apatah lagi aku nak tambah bahasa lagi…

Tp belajar banyak bahasa adalah satu perkara yg menarik…
Apatah lagi kalau dapat menguasainya dengan fasih, baik pertuturan mahu pun penulisan…
Aku fikir mereka dapat menggunakan kelebihan otak mereka dengan seimbang…

Antara org yg aku kagum dgn kemahiran bahasanya yg pelbagai ialah Dato’ Mahadzir Lokman…
Kalangan kawan-kawan aku, Husna, housemate aku sendiri pandai berbahasa Cina… Intan Masayu juga…
Dan, aku ada seorang kawan yg mmg terer bahasa inggeris, Adnin
Kalau masa sekolah dulu, kagum dengar dia bertutur… kalu nak buat karangan, Adnin la tlg betulkan…
Kalu yg pandai berbahasa Arab, mmg ramai laa… lepas keluar sekolah, semua sambung kat kolej/universiti yg menggunakan Arab sbg bahasa pertuturan…

Aku, masih lg belajar dan memperbaiki kemahiran berbahasa Inggeris aku…
Walopun dh 18 tahun belajar bahasa Inggeris, penguasaan aku biasa-biasa saja…
Tp alhamdulillah, walopun biasa-biasa sahaja, aku bleh berbahasa Inggeris jugak dengan orang-orang putih kat kampeni aku ni…

Ada satu peristiwa…

Kami called service provider kami… kebetulan dia ada kat UAE, jadinya operator pun cakap bahasa arab dulu laa…
Delivery Manager, sengih2…

Dia tny aku, do you understand Arabic Khairini?
Yes, a little bit…
You read the Koran in Arabic right? No translation in Malay?
Yes, we read in Arabic. We do have in Malay and English translation as well…
“And, in French too” (dalam hati aku je)
Dia mengangguk faham…

Aku sengih…


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yg Maha Esa :::

Thursday, December 16, 2010

mak cakap...

al salam alaykum

mak aku pernah cakap, kalu tak biasa nak masuk wayang, tak payah la buat... tak payah la biasakan...

tp semalam, aku pergi masuk wayang buat kali 3 kot...
kali pertama masa aku kecik2 dulu la ngn mak ayah, tgk citer Azura...
kali kedua, masa Kak Roza dapat tiket free citer Syurga Cinta...
dan tak pernah jejak dah walopun si Husna dh berpuluh puluh kali mengajak...

dan semalam, kali ketiga, aku mmg sendiri nak pergi sbb nak tgk cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah...
sbbnya, aku dh tgk skit kat Astro Prima kot, selama setengah jam, aku tak sabar nak tgk sampai habis...
teruja betul! segila-gila aku kpd kumpulan KRU, tak pernah pun terasa nak pi tgk filem diorg main kat wayang, sanggup aku tunggu VCD keluar nak tgk cerita diorg... konsert diorg pun aku tak pernah pi tgk, kecuali satu, diorg buat konsert free kat Megamall Kuantan tahun 2001 dulu... itu mmg aku pergi dan amik gambar ngn Yusry... dulu bangga laa, skrg dh insaf...

sambung cerita semalam, Husna mula2 dh confirmedkan yg dia dh booked tiket... tp bila balik rumah, rupanya tak bleh book sbb line internet dia rosak... jadinya, aci kena redah je laa pi TGV Bukit Raja, kot2 tiket ada lagi... tiket kul 9.15 habis... ada 3 seat lagi utk tayangan pukul 11.15... tp 3 seat tuh satu kat depan sekali, satu lg kat tepi sekali, lagi satu kat belakang... nak tgk cerita hantu, apa barang duduk jauh2 ngn kawan-kawan, nnt takleh nak over acting emosi terlebih...

kemudian, kami beli tiket Ngangkung tayangan pukul 11.15 malam...
cerita Ngangkung pun best jugak... mmg lawak berperisa laa... seram wajib ada, tp takleh nak takut2 sangat sbb adik kecik sebelah aku tgk dengan selambanya... macam takde perasaan langsung...
cuma bab ending jek kureng skit...

dan, Hantu Mak Limah Balik Rumah aku akan tonton minggu depan... jadinya, buat kali ke4 laa masuk wayang lagi...
sbb Hantu Mak Limah, aku terlupa apa yg mak aku cakap...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 14, 2010

hadiah

 al salam alaykum

sepanjang au bergiat cergas dalam bidang peraduan ni (191 peraduan dan Giveaway yg aku pernah sertai), alhamdulillah, berhasil...

walopun tak banyak, tak sampai 10 pun, tp aku gembira...

antara yg aku dapat ialah:

 http://nazzcoco.blogspot.com/

 http://danielzaidi.blogspot.com/

 http://wansteddy.blogspot.com/

http://craftbybea.blogspot.com/

yg korang tgk cursor nama timangan aku ni adalah sumbangan dari

http://nadia1589.blogspot.com/

nanti aku akan dapat watermark utk gambar-gambar aku... sumbangan

http://nadiadania.blogspot.com/

aku sedang menunggu mouse pink... hahaha... kay dan pink, mmg jauh! tp takper... :)


http://atieaizam.blogspot.com/2010/10/hadiah-sampingan-s1r2-ld1aa-sudah-di.html

kemudian Baucher Pizza Hut anjuran

http://amfosix.blogspot.com/

dan hadiah saguhati dari
http://ezanidmacontest.blogspot.com/

dan 

http://keyphochee.blogspot.com/


yg lain-lain, aku tak bertuah lagi laa...

biasa laa, takkan semuanya kita nak bolot kan?

eh, bila aku senaraikan, dah 10 la plak...

terima kasih kpd pihak penganjur yg bermurah hati mengadakan peraduan dan GA di blog korang!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 13, 2010

Dinner 2010

 al salam alaykum

seperti biasa, tiap-tiap tahun mesti ada dinner kan...
kali nih, kat Westin Hotel, KL...

tema: It's Salsa, Hot! Hot! Hot!

apa aku kisah nak ikut tema ke tak...
hihihihi

ini Dinner kali ketiga aku dgn kampeni ni...
tahun pertama, ok...
tahun kedua, buhsan! mcm dinner tu utk committee syok sendiri...
tahun ketiga, ok... tp tak ok jugak sbb byk sgt lagu2 salsa... dan, aku menikmati makanan dengan sebaiknya... alhamdulillah...

cabutan bertuah.... seperti biasa, matlamat aku tv LCD 32"... tp buat kali ketiga, bukan rezeki aku lagi...
no aku kali nih 121, yg dapat tv tuh no 122! Bazli dan isteri, boleh hadiahkan kpd saya? hehehehe

tahun pertama, aku dapat speaker...
tahun kedua, takde apa-apa
kali nih aku dapat, coffee jar... tatau lg cemana rupa...

tp, aku dapat amik gambar ngn Ning Baizura...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 10, 2010

maaf

al salam alaykum

baru habis meeting...
lama aku tak cerita pasal kerja aku...

skrg nih dok bz appraisal... mcm tahun lepas, department aku mmg paling lambat sekali...
aku pun dh lepas appraisal, alhamdulillah, feedback yg aku dapat baik la dari PPM...
pastu kena isi borang nak comment macam2... tp bila nak start taip, jadi blur tatau nak comment apa...

td meeting utk logistic... dalam meeting tuh ada 3 org putih, 2 org melayu... 2 org melayu itu, seorg lelaki dan seorg wanita...
sorg org putih td adalah dok marah2 kat supplier pastu mmg keluar semua caci maki dan menc*rut itu... setiap kali mencarut, dia pandang aku dia mintak maaf... aku tersentak! bkn sbb dia menc*rut (dia menc*rut tuh mmg dh buat air muka aku berubah), tersentak sbb dia mintak maaf...

tp, 10x menc*rut, 10x kali mintak maaf... org, kalu mintak maaf tak ulang dh... ni dok ulangkan sekali lagi bisikan manismu tadi adakah aku bermimpi adakah ku di syurga... opss... lirik lagu KRU la plak...

aku paling kuat pun marah supplier - apa lah supplier nih bangang ngokngek sangat...

itulah lumrah kerja dlm department aku ni...

sebenarnya aku ingat ini sudah akhir tahun masehi, kerja aku berkurangan... tp sebenarnya makin bertambah...

berbalik pada cerita aku tatau nak comment apa tu... bleh tak aku nak comment nak letak tentang yg satu itu?

aku dh taip dh sebenarnya, tp segan plak nak validate...

PPM dh kasik reminder suh validate cepat...

PPM dh datang tego la plak... dia dh baca apa yg aku taip nih, dia suh validate jek...
dengan lafaz bismillah, aku dh validated dh...

padamu Allah aku berserah...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 08, 2010

berkelah di....

al salam alaykum

serius tak ingat nama tempat kami berkelah

hutan lipur nuang? ke sungai congkak? ke pangsun? yg pasti, di Hulu Langat, bukan gabai atau tekala... nnt tanya Huzz...

aku saja mengikut Huzz dan geng dia berkelah di tepi sungai... 4 buah kereta semuanya... 12 org peserta... ada yg baru aku berkenalan...

Huzz, Amy, Munirah, Siti, Ezza, Meeza, Julie, Fadd, Ateh, Kak Roza, Husna dan aku...

 khemah pun dh berdiri... makanan pun banyak sekali...

 gotong royong amalan mulia... kelihatan ateh sedang memotong Red Velvet sumbangan Cik Meeza... mmg terbaik laa di awal tahun baru!

 sungai yg deras airnya... sakit badan!

dalam perjalanan pulang, aku terlepas simpang ke shah alam... jadinya, kami ke pusat bandaraya utk mencari jalan ke petaling jaya... nmpk Istana Negara, jom kita berenti amik gambar jap... hahahahah

abg yg jaga istana ni muka dia serius sepanjang masa, tak senyum pun tak bergerak-gerak pun... mata dia je yg bergerak2 tgk telatah pengunjung di halaman Istana...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 06, 2010

Sabtu kita ke Parit

al salam alaykum

Sabtu minggu lepas, kami ke kenduri kahwin kak Ira, besfren Husna kat Parit Perak... Dalam peta tulis alamat Kg Baru, tp bila sampai nama Kg. Senin la plak... Kg Senin ni kira glamer jugak laa utk budak2 USM sbb diorg buat program baktisiwa kat sini... tp bkn batch aku laa...

perjalanan yg sangat jauh dan lama... adalah 4 jam nak sampai... penat! jadinya, aku takde mood nak bergambar dgn pengantin...

Husna dan Kak Ira dan kawan diorg...

Duduk kat kenduri tak lama mana, kami mesti bertolak pulang...

nampak signboard ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung), aku pun suh Husna belok masuk, nak tgk... boleh masuk dengan percumanya tanpa ada escort mana-mana pegawai... baca jek penerangan yg ada... tp sayang, pusat ni tak begitu terjaga... nampak sangat terbiar... tp aku nmpk kuarters utk staff dalam pusat ni...

siri lawatan tiba-tiba ke pusat tuntung ni...

nmpk tak kepala tuntung tu?

selepas meninggalkan tuntung2 tuh berehat, kami meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam... pastu aku nmpk plak signboard menara condong Teluk Intan... hahaha, Husna jom la kita pi... rugi kalu tak singgah!

menara conding nih siap pada tahun 1885 kalu tak silap aku baca... nama lain bg menara condong nih ialah Jam Tinggi... fungsi dia dahulu kala sbg penunjuk waktu dan jugak sbg tangki air... menara ni mula condong sejak banjir besar pada tahun 1889...


kebetulan plak masa kami singgah tuh ada Astro Gempak Desa plak... penin aku tgk anak2 remaja kita skrg ni... semua sibuk nak masuk pertandingan karaoke yg dianjurkan...

kat Teluk Intan pun kami sempat shopping... Husna jumpa kedai pancing, dia pun beli joran... aku plak beli life jacket... RM 25 satu... kat KL kawan aku ckp RM 45... tp tatau laa ok ke tak tu... esok insyaAllah aku nak test...

Esok, 1 Muharram 1432H...

korang nak doa akhir dan awal tahun, klik sini...
pengertian Hijrah, klik sini

Salam Maal Hijrah utk semua!

apa azam anda semua?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 01, 2010

mula

al salam alaykum

akhirnya aku dah mula semula utk berUSANA...
selepas tadi aku berasa lapar yg amat sangat...
aku ajak Kak Gee p makan...
Kak Gee suruh aku mula USANA...
aku tanak....

tgk bawah tin, USANA aku akan expired bulan 3 thn depan...
dh laa ada separuh tin lagi...
nnt kalu tak minum, sayang laa...
mahal tuh beli setin!

dgn lafaz bismillah...
moga aku berjaya buang lagi lemak...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::