...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, November 28, 2010

kita pula entah bila...

 al salam alaykum

semalam, sedang bersiap utk solat maghrib, aku dapat panggilan dari Kak Aini, isteri sepupu aku...
Sepupu aku sedang tenat di HTAA Kuantan... dia cuba nak telefon mak aku tak dapat...

lebih kurang pukul 12 malam, aku bertolak pulang ke kuantan dgn kakngah sekeluarga...

kami singgah di rumah dulu utk berehat sekejap, lebih kurang pukul 4 pagi mak aku telefon, cakap Abg Lah dah takde, terus bergegas ke hospital...

Mohamad Sidik Hussin atau kami memanggilnya Abang Lah, pergi meninggalkan kami semua dalam usia 50 tahun...

arwah disahkan mengidap penyakit kanser darah beberapa bulan yg lalu, dan tahap kesihatannya semakin merudum selepas itu... aku sempat berjumpa dengan arwah pada cuti hari raya aidiladha yg lalu, hari Khamis minggu lepas...

arwah sangat baik dengan keluarga kami... sumber inspirasi aku... utk bekerja keras menjadi seperti dia... 

seorang graduan USM tahun 1985 dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik... arwah selalu sangat membantu kami sekeluarga saat susah dan senang... pernah menjadi penjamin utk biasiswa aku, adik2 aku yg lain dan mcm2 urusan lagi laa... apa saja yg kami perlukan, Abang Lah sentiasa ada utk menghulurkan bantuan... 

kata-kata nasihat arwah dari aku kecil sampai la aku bekerja ni, tetap terpahat dalam ingatan aku...

al-fatihah utk arwah

doakan arwah semoga dosa-dosanya diampunkan Allah dan tergolong dalam golongan yg soleh... Amiin...


arwah pergi dengan senyuman manis terukir di bibir...
damai utk kita yg melihatnya buat kali terakhir...


kita pula entah bila, entah bagaimana...

 semoga kita semua dipermudahkan utk bertemu dengan Yg Maha Esa...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, November 25, 2010

pekasam lesen

Al salam alaykum

Adik aku si Iman, dh lulus lesen kelas D… alhamdulillah, takde la aku balik Kuantan kena drive sorang-sorang… boleh la aku suruh dia drive, aku plak tido…

Kakngah pun dh lulus lesen kelas D, 2 – 3 bulan yg lalu… tp keupayaannya belum tercabar… suami dia tak bagi drive lagi… bahaya katanya! Ada lesen simpan buat pekasam…

Kawan aku, Faridah binti Ismail, dapat lesen awal 2 – 3 bulan daripada aku… pun tak reti bawak kereta sampai sekarang… sbbnya, suami tak bg kepercayaan… takut eksiden la itu la ini laa… lesen simpan jugak buat pekasam…

Kakngah dan Faridah binti Ismail amik lesen kat KL tau! Jadinya, aku mmg heran laa kalu alasannya tak berani! Lain la aku, amik lesen kat kuantan tahun 2005 dulu… ujian jalan JPJ pun yg mencabarnya kat jalan berbukit kat Indera Mahkota, simpang kiri nak ke Jalan Sungai Lembing, ke kanan nak pi pusat bandar Kuantan… yg lain jalan clear je... alhamdulillah, ok jek bawak kereta… ni plak, amik lesen kat KL, jalanraya yg penuh dengan dugaan dan cabaran, takkan la tak terer kot…

Lepas aku dapat lesen, ayah aku mmg suh aku praktis bawak van nissan vannette dia… sampai eksiden pun ada… jadinya, aku suruh la jugak si kakngah try bawak van ayah aku yg sterengya susah nak pulas tu, takut katanya! Ek elleh… takkan trauma kot, sbb masa eksiden dulu tuh, dia pun ada sekali…

Jadinya, aku berpendapat, kalu wanita2 nak amik lesen, amik la masa bujang… kalu amik bila dh kawin, gitu la jadinya… suami tak percaya anda seorang pemandu berhemah…

Tapi, kalu lulus cemerlang ujian memandu pun, tp hati tak cekal, ada perasaan takut, ngeri dan sewaktu dengannya, mmg tak gi mana-mana laa… lesen simpan buat pekasam dan perhiasan dalam dompet anda…

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha ESA :::

Wednesday, November 24, 2010

tangga dan lif

Al salam alaykum

pagi tadi ada latihan kebakaran utk block aku… tp masing2 ramai dh tau… sbb dh ada pengumuman awal2 dr pihak pengurusan Plaza Sentral…

pagi2 lagi org dh tny aku:

“Kay, pukul berapa fire drill ni?”
“Kay, kat mana tempat nak berkumpul?”

Kay itu… kay ini…

Ek elleh… ni yg malas nak jadi warden ni…

Bila loceng berbunyi, masing-masing lambat je bangun nak bergerak… siap ada yg bleh turun dgn lif dulu sblm lif tuh dimatikan…

Yg turun ikut tangga, kalu tgk kadar pergerakan masing-masing tuh, mmg kompem rentung laa… mmg santai habis laa… siap ada ber’sms, berborak-borak, minum2… alahai! Tu dr aras aku, tingkat 20… kalu dr tingkat 25? Mmg kompem laa rentung…

Aku plak nak kena turun cepat, sbb aku kena amik kedatangan… tp dh masing2 kat depan jalan santai-santai, nak mencelah pun tak dapat… aku pun turut sama la bersantai-santai sambil mengira anak tangga… ada la lebih kurang 500 langkah sblm sampai ke ground floor dan nak berkumpul kat simpang ke Brickfield tu… tak sampai lg 10,000 langkah sehari kalu nak ikut kempen kerajaan

Seingat aku masa aku kat USM dulu pun, setiap kali ada fire drill, aku mmg salah seorang mangsa rentung pun… tak kuasa aku nak bangun keluar dari bilik nak pi berkumpul kat padang tgh2 malam… aku bangun tutup kipas kunci pintu rapat2 pastu sambung tidur semula… setiap kali fire drill, mmg itulah yg aku buat…

Bila exercise turun tangga ni, teringat masa aku kecik2 dulu duduk kat rumah pangsa PAKR Bandar Indera Mahkota… aku duduk kat tingkat 5, tingkat paling atas sekali laa… tp masa tuh budak-budak, tenaga pun banyak… setakat lari2 naik turun tangga dr bawah ke atas itu 4-5 kali dlm satu masa main nyorok-nyorok kejar-mengejar itu adalah perkara biasa…

Skrg pun aku menyewa kat pangsapuri 8 tingkat, aku kat tingkat 7… tp ada lif… pernah sekali jek lif rosak, so terpaksa naik guna tangga… tp hari2 aku turun guna tangga, naik guna tangga je kadang-kadang… mcm nak putus nafas je kalu naik sampai tingkat 7 tuh…

Tp td bila bercerita dgn member aku kat surau tadi, dia punya pengalaman lagi menarik! Duduk kat rumah pangsa Cheras tingkat 16… pernah pada bulan puasa lif rosak banyak kali… bayangkanlah nak balik rumah naik tangga ke tingkat 16! Puasa plak tu! Dugaan btul… dan ada lagi satu cerita, masa arwah ayah dia ada lagi dan kaki dh kena potong, so nak bergerak pakai kerusi roda… ceritanya, ayah dia tiba-tiba sakit, dan lif kebetulan rosak… dia usung dgn mak dia atas kerusi roda tu nak bawak ayah dia turun ke bawah… sedih kan?

Sekian sahaja cerita tangga dan lif saya pada hari ini

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, November 21, 2010

baiti jannati

al salam alaykum














alhamdulillah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, November 18, 2010

Salam Eiduladha

al salam alaykum

Eiduladha, bukan setakat korban lembu...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 15, 2010

tiap-tiap minggu kena naik bukit ke?

al salam alaykum

tiba-tiba teringat soalan officemate aku...

tiap-tiap minggu kay kena naik bukit ke?
hihihihihih... takde la byk pun bukit aku daki... lurah aku turuni...

semalam kami ke Gunung Nuang...

Gunung Nuang boleh didaki melalui 3 tempat... di Pangsun, Hulu Langat, di Gombak dan jugak di Janda Baik, Pahang... tp kebanyakannya macam ramai yg daki dari Pangsun je...

tapi kami nih kira mendaki bukit ke laa... tak sampai ke puncak... kami daki sampai kem Lolo je... 

sebenarnya kami bercadang nak berkhemah kat sana, lain kali...

tp sbb byk sgt dgr cerita, so, kami pergi dulu uji ketahanan diri sampai kem Lolo dulu...
aku baca dr blog2 yg bercerita pasal Nuang nih, mmg tough sangat!
tp takper, kita tgk dulu...

yg menyertai kali ni

Julie (aku suka sgt), Athirah, Intan, Huzz, Nurul, Husna, aku dan Abg Zul sbg guider, hehehehe...

sebelum tuh, dpt info dr pakcik yg jaga registration tuh, utk sampai ke Kem Lolo, akan mengambil masa 2 jam... jaraknya adalah 5km... dan utk sampai ke puncak dr Kem Lolo, lebih kurang 4 - 5 jam...  utk pendakian satu hari ke puncak dan turun ke bawah, mengambil masa 10 jam... oh  kena mula awal laaa kalu nak daki satu hari... dari bawah, jarak utk sampai ke puncak Nuang, lebih kurang 9 km... oh, mcm nak sampai puncak kinabalu je...
kami mula mendaki kira-kira pukul 8 pagi...

 gunung tertinggi di Selangor

 amik gambar adalah perkara wajib...

 sepanjang perjalanan ke kem Lolo, kami banyak jumpa pokok buluh...

 lagi dan lagi...

 dan lagi...

 kami bertujuh...

 pondok orang aslikah?

 tasik apakah di sana?

trek nmpk macam senang kan? sila cuba baru tau! sekejap mendaki, sekejap menurun... sekejap landai... kalu fikirkan stamina, mcm susah ke nak sampai... mujur la aku nih selalu fikir utk santai-santai je... hahahah... 

daki Kinabalu aku pikir lg ok kot... tak hairanlah ramai yg datang berlatih di Nuang dulu utk ke Kinabalu... dan bila sampai Kinabalu, rasa relax je... yer ker?

 ulat gonggok gergasi

 saluran paip...

 sapa tau? tlg bitau aku...

 berehat sebentar utk mencari jalan ke kem Lolo

Husna dan tongkat saktinya...

sepanjang perjalanan, aku perasan ada kertas2 putih atas tanah... rupa2nya kertas2 putih bersaiz empat segi tepat yg dipotong kecik2 tuh adalah petunjuk jalan utk sampai ke puncak... insyaAllah, tak sesat...

 licin dan curam...


akhirnya, selepas beberapa kali menukar haluan, kami sampai ke Kem Lolo pukul 11 lebih...

kat sini, kami terserempak dgn otai gunung... kot! Pakcik Saiful... (terlupa plak copy gambar pakcik Saiful nih kat FB Athirah, Nurul & Huzz)... byk nasihat yg diberikan... yg aku ingat... utk mendaki, jangan pakai baju warna hitam! pantang betul bg dia... kemudian, bawak air banyak2, jgn bg org pegang, sendiri la kena bawak...

lepas makan-makan, Huzz. Husna, Nurul, Julie dan terjun masuk sungai...  aku, Intan, Thirah tgk sambil telan air liur... hahahaha... tp sbb aku terjatuh sekali dlm sungai, aku turun jugak laa join diorg...


 rama-rama cantik, ikan keli sayang, mak minah cantik, suami sayang!
(ntah btul tidak lagu tuh)

 ayam panggang terbaik di kem Lolo... atas tajaan Abg Zul

 roti2 yg aku dan Nurul bawak...

makaroni goreng... Sayang Huzz!

 
lebih kurang pukul 1 pm... kami bertolak utk turun... lebih kurang pukul 2.45 pm kami sampai ke pintu pagar mula dalam keadaan basah sbb hujan... memori daun pisang (takde gmbo)

kami pulang dengan pertanyaan...

bilakah nnt kami akan sampai ke puncak Nuang?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, November 12, 2010

Kualiti Teras Kejayaan

 al salam alaykum

pagi tadi DJ Siti Rohani IKIM.fm mengingatkan aku kepada satu lagu...

dan terus aku mencari lagu nih...

Kualiti Teras Kejayaan

Apa saja yang susah
Akan menjadi mudah
Sekiranya semua...
Bersatu berusaha...

Kualiti teras kejayaan
Bertambah keuntungan
Kerja seikhlas hati
Sempurna pekerjaan

Kita bantu-membantu
Bertukar-tukar fikiran
Bersatu kita maju
Ke arah kemakmuran

Kita tegur-menegur
Kerana kebaikan
Berusaha dengan jujur
Mencapai kejayaan


 motivasi pagi jumaat...

:)

::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, November 10, 2010

Cuti - Bukit Tinggi

al salam alaykum

selepas berpisah di simpang jalan, aku, Nadiah, Intan, Rien dan Zureen meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi, Pahang... tempat yg famous tu! Colmar Tropicale, Berjaya Hills... sbb dulu2 aku pernah tgk gambar kawan2 kat tempat yg menarik tertarik je... so alang2 dh ke Janda Baik, terus je laa ke Bukit Tinggi kan...

mula2 rasa seronok sangat... pastu pas pusing Colmar dan Taman Jepun tu, aku pun tanya Rien, ini je ke yg ada? hahahaha... tak best pun... amik gambar 2 - 3 keping, dh bosan...

bayaran masuk RM 12.00... boleh masuk Colmar Tropicale, Taman Jepun dan Taman Botani... Taman Arnab harga lain, RM 3.00... aku tak masuk... sbb aku tgk dr luar sama jek arnab tu kat mana2... Nadiah ngn Intan jek masuk...
aku tak jumpa surau kat sini... kami bersolat di Berjaya Hills Resort... selamba jek masuk tanya kat mana surau... tp kan, rate dia bleh tahan murah... RM 110.00 sebilik include sekali dgn 2 breakfast... murah lg dr Cherengin Resort tuh...

harga makanan sangat mahal kat Colmar... contohnya, air tin RM 6.00 setin.. pastu aiskrim Cornetto RM 5.00 satu... blum lg makan2... Rien ckp, ada la dlm RM 20 sepinggan... masing2 tahan lapar, makan cekedis lebihan semalam... sampai KL dalam kul 4, terus singgah Restoran Periuk Belanga kat Setapak kot, utk makan tengahari!

tp aku ada tgk teko cina satu set harga RM 180.00 kat Taman Jepun tu... sama plak harga kat Pasar Seni... hmmm...

tapi kesimpulannya, tempat nih tak sesuai nak bawak mak ayah aku jalan-jalan...

ok lah, layan gambar je la yek!




pukul berapa datuk harimau?

berjaya menciluk Intan sekejap dari genggaman Nadiah... hahaha

aku dh kenyang, takyah bg aku makan!

sakit jugak tangan aku kena sudu ngn angsa putih ni


atas tram nak ke Taman Jepun...


kalu nak pakai kimono, kena sewa RM 20 seorang... amik gambar ngn amoi je laa...

aku suka tgk menda ni...


Rien: ko amik gambar apa tu kay?
Kay: pokok...
Rien: ingtkan ada org kat atas sana...

dh habis dh cerita jalan-jalan...

nnt nak carik cerita utk pembangunan jiwa plak...

insyaAllah kalu rajin nak perah otak...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, November 09, 2010

Cuti - Janda Baik

al salam alaykum

05/11/2010, tol Gombak jam... ramai org nak ke pahang rupanya!! ingatkan kami je dua buah kereta...

kul 12 kami dh sampai ke Riverside... tak sabar nak berkelah... tp khemah yg kami book pukul 2 - 7 pm tuh, ada org guna dulu...

terpaksa la kami ke Cherengin Hill & Resort dulu utk check in...


Intan dan Nadiah di hadapan pintu bilik sementara kami... sbb lepas tuh black out kami kena kena tukar bilik lain...

perut masing2 dh lapar... lepas check in, berkumpul kat bilik Huzz utk sessi beramah mesra... hahahaha.... sessi makan-makan bekalan kami... aku goreng mihun singapore, Intan bawak nasi goreng cina ngn segala buah... Huzz goreng nugget dan buat sandwich... sedap!!

pukul 2 kami ke Riverside sekali lagi... tak sabar2 nak berendam...

reserved utk kami!

adik Huzz dh siap siaga utk menghidupkan api... utk pembakaran ayam dan sosej... aku first time tgk arang utk BBQ... lain bentuknya dr bentuk arang biasa... boleh beli kat Carrefour yek Huzz? biasanya kami kalu berBBQ guna arang jual katk edai RM 2.00 sebungkus...




api dh hidup... sessi pembakaran pun bermula...

tp diorg la membakar, aku ngn Amy ngn Intan dh terjun masuk sungai... sakit bahu aku, buat terjunan ala tarzan... lupa plak amik gambor tali yg aku guna nak terjun tuh... air dia deras tp tohor... budak2 ramai guna pelampung... ala2 water rafting gitu... asal budak2 tuh lalu je, dik, pinjam pelampung... dapat la merasa sekali...



aku jeles tak dapat sewa pelampung!

pukul 5 kami dh tatau nak buat apa... nak berendam air makin laju dan sejuk... ayam & sosej bakar pun dh nak licin, kami balik ke resort la utk membersihkan diri... jumpa pakcik Riverside kejap nak bayar duit khemah, pakcik bg RM 10 je, harga asal RM 12... terima kasih pakcik...

malam tuh takde aktiviti apa sangat... Rien dan Zureen join geng Kak Jijah berBBQ lagi kat tepi kolam... aku ngn Huzz ngn Kakak (adik Huzz) berjalan-jalan amik angin malam...

saja menyebok nak bergambar dgn Rien & Zureen

air pancut yg cantik...

baru jek naik ke bilik, Rien tepon suh turun main pool... first time main ni... dapat pulak adik2 rajin nak tgk kitorg main... terima kasih ye dik atas sokongan korang semua yek... tlg tiup bola masuk lubang lg...

esok paginya, aku ngn Kakak ngn Huzz jalan-jalan amik angin pagi plak... sambil2 tuh mestilah bergambar kan...

kolam renang di waktu pagi

bukit bukau saujana mata memandang

 lepas berjalan, kami bersarapan... sarapan biasa2 jek... alhamdulillah, rezeki dapat makan... tp aku pikir pihak pengurusan Cherengin Hills kena improvekan lagi menu sarapan tuh... dan jugak fasiliti2 yg lain... dan jugak diorg kena bg training kat staff diorg... sbbnya, sblm tuh aku tny receptionist, breakfast start pukul berapa yek dik? bleh dia jawab, pagi la kak! geramnya aku rasa nak jerit dlm telepon tuh...

dalam pukul 10 lebih, kami pun meninggalkan Cherengin Hill...

Huzz, Kakak & Amy terus balik KL...

Aku, Nadiah, Rien, Zureen dan Intan ke destinasi seterusnya...

tunggu!


tibalah kini, saat berpisah
di simpang jalan kita bercerai

gambar yg tak berapa cantik, kamera aku
gambar yg cantik, terima kasih yek Huzz!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::