...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, September 30, 2010

lapang

 Al salam alaykum

Ingat lima perkara sebelum datangnya lima...

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sibuk
5. Hidup sebelum mati

skrg nih boleh dikatakan aku lapang la jugak di tempat kerja... kebanyakan package aku dh settled... kalu ada pun, nak ubah itu ini je laa...

tp baru 2 hari aku merasa lapang, aku dah rasa mcm apa jek...
sibuk pun salah, lapang pun salah...

Ya Allah, jadikanlah aku manusia yg bersyukur!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, September 29, 2010

semua

 al salam alaykum

"semua wanita kat dunia ni mmg layak jadi isteri seorang lelaki"

petikan dr 26 Episod Gosip




Aku sedang mencari buku ini...

Ya Allah Aku Tak Ingin Sendiri


ada info? kongsi dengan saya yek!


wassalam...






:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, September 28, 2010

letup-letup?

al salam alaykum

sementara nak menunggu kak awin datang amik aku, aku melilaukan mata melihat sekeliling...
sekali terlihat pokok nih...

masa kecik2 dulu, suka makan buah dia... kitorg panggil pokok letup2... tp taktau laa nama dia yg sebenarnya apa...



 korang pernah makan tak?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 27, 2010

ziarah raya

al salam alaykum

alhamdulillah, semalam kami berempat dapat berkumpul utk agenda berjalan-jalan... tp dapat pi 4 buah rumah je, memandangkan ramai yg keluar kawasan rumah... insyaAllah sabtu nnt plak agenda berjalan-jalan lagi...

Kak Awin datang amik aku, kemudian ke beraya rumah Kak Zack + Pidot dulu... Pidot beli nasi lemak dari seremban, katanya kedai tuh tempat Nabil kerja part time dahulu kala sebelum dia glamer lebih2 skrg ni...

sblm berjalan, bergambar itu wajib... Kak Zack, aku, Kak Awin & Fida... aku sesat sorg budak bahan... yg bertiga tuh budak EE... tp kawan aku, kawan mereka juga... kawan mereka, kawan aku juga...

kemudian, kami ke umah Kak Sha kat Seksyen 7... makan nasi tomato... Kak Sha baru lepas pantang... tp gigih menyediakan juadah utk kami... Kak Sha juga budak EE...

bersama anak Kak Sha Syazwan & Shahir...

 lepas rumah Kak Sha, kami singgah di Masjid Negeri utk solat Zuhur...  

oleh sbb jemputan ke rumah Lini pukul 4 petang... aku ajak kawan-kawan aku nih singgah sekejap ke rumah Pak Ali, penghulu Course EM 774 UiTM zaman dulu kala... duduk sejam jugak laa, kebetulan Puan Bulan dan Supian pun ada sekali... dekat kul 3.30 pm, kami bertolak ke rumah Lini di Seksyen 8...

Lini sama jek macam zaman undergrad yg aku kenal dulu, kecik melidi jugak... itu anak kedua Lini, Wafi... baru bangun tido tuh...

lepas rumah Lini, kami pun pulang... 

alhamdulillah, pertemuan kami petang semalam, pertemuan yg berisi... pertemuan yg penuh dengan perkongsian ilmu-ilmu... sepanjang masa, bertazkirah je... kadang serius, kadang bergelak ketawa, kadang sinis... alhamdulillah...

jumpa lagi edisi jalan-jalan sabtu ini...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, September 24, 2010

Ki Saram

al salam alaykum



cuti panjang selepas raya arituh aku sibuk download cerita Kim Takgu... byk jugak terlepas tgk kat tv sepanjang ramadhan...

lagu yg paling aku suka, "That Person" carik MP3 tak dapat... so download video je laa...

seperti biasa, terjemahan lirik jiwang yek!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, September 23, 2010

buka

Al salam alaykum

Sana-sini org berkunjung ke rumah terbuka utk hari raya eidulfitri…

Ini adalah fakta: Hari Raya Eidulfitri hanya disambut sehari sahaja, iaitu pada 1 Syawal… harap maklum.

Tetapi, dah menjadi adat di Malaysia, hari raya disambut sebulan… tidak mengapalah, utk kunjung mengunjung mengeratkan silaturrahim mungkin… Ustaz yg mengajar mak aku mengaji kata, takper, kalu kita ikut menda yg baik dan tak salah di sisi agama (taqlid)… Kerajaan pun bagi cuti 2 hari kan? Baju raya pun, mmg kurang-kurang 2 pasang kena ada kan?

Pasal kunjung mengunjung dan rumah terbuka… sekarang tak macam dulu… nak pegi beraya pun takut2… takut2 rumah yg dituju takde orang, buang masa dan buang tenaga je… telefon kan ada? takut2 kalu tuan rumah tak bersedia nak menerima kunjungan tetamu… sbb nnt nak buat rumah terbuka, khusus utk semua orang… penat dan lelah satu hari je…

Aku pun dh dpt sindrom tuh… sbb ada sekali, tuan rumah ckp kat aku, jgn dtg lg, nnt dia buat rumah terbuka dia akan panggil… ooo begitu!

Bercerita lagi pasal rumah terbuka, dulu kat USM, persatuan kitorg pernah buat majlis Rumah Terbuka kat Pusat Islam… gotong royong masak memasak sama-sama… seronok sangat masa tuh…

Pengalaman yg kelakar ialah, ada satu geng kena buat ketupat… masa nak rebus ketupat buatan sendiri… lepas isi beras dalam plastic yg dah ditebuk2 tuh, kendian rebus la dalam periuk… ketupat pecah… sbb beli plastic tak tahan panas… mujur sempat cari ketupat Nona buat ganti… pengalaman pengalaman…

Pastu, ada lg satu geng buat agar-agar… bila siap, agar2 keras giler… tp boleh makan lagi… makan dengan tersengeh-sengeh, sapa la yg buat agar-agar ni? Dr. Nurul pun bg resipi, 1 cawan agar-agar, tambah dengan 3 cawan air… barulah agar-agar tak keras, tak lembik… terima kasih doctor!

insyaAllah, Sabtu dan Ahad ni aku akan berjalan beraya dgn kawan-kawan… hari Sabtu dgn budak-budak office, hari Ahad dengan budak-budak USM kat Shah Alam… Mok Pah, kalu mu baca entry ni arini, nk join dop? Aku, Kak Zack, Kak Awin & Pidot…

Wassalam

::: Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Yang Maha Esa :::






Wednesday, September 22, 2010

cari

al salam alaykum

aku saja2 carik nama orang, tanya pakcik Google... tp nama org itu mcm tak femes jek di alam maya... 
biasa kalu search nama orang, kalu org tuh ada FB, pakai nama penuh la plak, kompem first sekali keputusan carian ialah akaun Facebook korang laa...

peringatan utk korang: jangan share macam2 sangat hal peribadi korang kat internet... 
penskodeng ramai...hihihihi

dh putus asa dgn keputusan carian nama org yg tak femes tuh, aku saja search nama aku...
kan dh kata... akaun facebook tempat pertama, akaun friendster tempat kedua...
mcm takde menda lain yek! 


tp terkejut plak tgk... ada thesis aku wehhh tahun 2004 dulu...


banyak lagi thesis budak2 Kejuruteraan Bahan lain... bila baca balik tajuk2 thesis tuh, buat aku tergelak...

huhuhuhuh...

kakisan pembopengan?

teknik potentiodinamik?

silika terubahsuai?

rawatan pengerasan aruhan?

struktur apit?

agen gandingan?



ok, boleh rujuk sini..

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, September 21, 2010

merah

 al salam alaykum


banyak sangat aku jumpa merata-rata nama Humairah @ Umairah...

yg dikatakan maknanya kemerah-merahan...

diambil sempena gelaran Sayyidatina Siti 'Aisyah r.a iaitu "pipi yg merah"

sebenarnya sebutan yg betul utk membawa maksud yg betul ialah Humaira'

 aku tak bleh nak taip Arab la plak kat sini...

sekian, wassalam...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 20, 2010

dua

 al salam alaykum
terbaik di hari raya! 

nama dia oren bodo... bleh dijumpai di kelate & terengganu saja... tp tiba2 ada kat kuantan plok...
 Faris Irsyad sedang menerai kodoks hijau Ammar Darwisy... Ammar tak puas ati, nak jugak naik sama2... berkongsi kenderaan amalan mulia...

aku dok menghabiskan emel2 utk dibaca... pastu nak archive plok... dr pagi ke petang... sambung esok la plok... insyaAllah...

wassalam

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, September 18, 2010

kodok hijau

al salam alaykum

kodok ngorok rokotok2
di pinggir kali rikitik2
dia jatuh sekotok2
lalu mati rikitik2...

takde kaitan....

hadiah hari lahir Ammar Darwisy!

 kaki dop sampai nok gateh kodok... cik su dia tolong tolakkan...


gohek jgn dop gohek!


gateh = kayuh


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, September 17, 2010

cerita raya - Terengganu

al salam alaykum

5 syawal, pukul 11 pagi lebih kurang kami tiba di tanah perkuburan syed yahya, dungun... itulah rutin kami setiap tahun apabila ke dungun... kalu pegi ke belah terengganu, bukan balik kampung dh namanya sejak 2 tahun lepas... rumah arwah nenek pun dh tak nmpk gaya rumah, aku pun tak paham la krisis diorg nih... sian aku tgk umah nenek aku yg tak bersalah tuh...

lepas melawat kubur, kami berziarah ke beberapa rumah saudara-mara... rumah wajib, rumah Che Da Yah, Mak Ngah jual nasi lemak kat Alor Tembesu, dan Cik Tipah kat rumah murah depan sekolah Sultan Omar... singgah jugak kat umah Makcik Pah nak bg gambar kawin adik aku 2 thn lepas kat Kaklong Yati... gila punya lmbt gmbo kawin tuh... 

kali nih tak bleh nak melawat satu kampung sbb nak kena balik Kuantan malam tu jugak...

kemudian, kami bergerak ke Teghanung (Kuala Terengganu)... rumah pertama yg kami singgah, Flat Batas Baru, melawat Toksu Wok yg dok sorang2... spt biasa, kami takleh masuk umah dia, berkunci dr luar... Toksu Wok nih takmoh duduk ngn anak dia... dan nyanyuk dh skit, kesian jugak kat dia... tp kalu dia bleh kuar umah, susah nak cari la jugak... Toksu Wok ni sepupu arwah moyang aku...

cerita Toksu Wok.. mak aku nmpk ada org bakar sate kat bawah, dia pun tanya la Toksu Wok nak makan tak sate, nnt dia belikan... Toksu Wok siap mintak dgn ketupat lagi... sekali, sate kat bawah tuh cukup2 jek utk org yg dh tempah... kesian Toksu Wok, satu bandar Terengganu kami pusing, tp tak jumpa sate... harap2 Toksu Wok lupa pasal sate tuh...

kemudian, gi umah Teh Semah kat Pangsapuri Gemilang... dulu dia duduk tepi masjid Ladang... tp kerajaan amik tanah kat situ, bg umah kat Pangsapuri Gemilang... sekejap je pun kat sini, sbb tujuan utama ke Terengganu nak melawat Poklong aku yg sakit kat Maras...

melawat Poklong... sedih sangat... dia dh tua, dlm 80 thn lebih, sakit sbb kena angin ahmar... bercakap tak berbutir dh... lepas bercakap dua tiga patah, dia menangis... tak tahan aku... kat sini kami lama, 2 jam... ayah aku siap tolong mandikan dia... doa aku, moga Poklong urusannya dipermudahkan...

lepas umah Poklong, kami ke rumah Moksu di Padang Kemunting... mandi2 makan2 solat2 kat sini... pastu ke rumah Pokngoh...

adik beradik mak aku tak sehat semuanya... mak aku 4 beradik, ayah sama, lain mak... muka diorg lebih kurang jek, tp mak aku dapat baka tinggi sebelah arwah nenek aku... dan beza umur mak aku ngn Poklong, ialah lebih kurang 40 tahun...

kemudian, kami gerak ke Padang Midin... umah Long Aroh... Long tepon mak aku pada 2 Syawal, tanya kenapa kami tak sampai2 lagi ke Terengganu... Long ngn kami kiranya dh 4 pupu kot belah arwah nenek... tp hubungan tuh tak pernah putus, alhamdulillah...

jalan jalan terengganu kali ni, soalan cepumas:

"doh hok sulung nih bila lg?"
"nok mari jemput makan pulut ke?"

soalan last dr Long Aroh: "Mu bila lg Kay?"
soalan Long je aku jawab: "tahun depan malas doh la mari sini... hehehehe"
hok soalan lain aku sengih jek...

sampai Kuantan kul 2 pagi...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, September 15, 2010

Raya di Johor

 al salam alaykum

hari nih dh 6 Syawal... siapa yg dh mula puasa 2 Syawal, esok last puasa la yek...

plan asal, 2 Syawal kami akan ke Dungun dan Kuala Terengganu, tapi ntah cemana, ayah aku ajak balik Johor dulu...

2 Syawal, kami memulakan perjalanan ke Johor... 

mula2 singgah di Batu Pahat, umah Chik... ni pun plan berubah jugak... plan asal, umah Chik akan jadi destinasi terakhir, tp sbb lapar dan tak jumpa kedai makan, singgah umah Chik la dulu...

Jalan yg sangat sesak di Batu Pahat
 Chik plak ajak jalan2 pi Semerah... melawat atuk2 & nenek sedara... last sekali aku pi Semerah, raya tahun 2005 kot... 

sempat la kami melawat Tok Da, Tok Andak & Tok Chik...

Semerah ialah tempat kelahiran ayah aku... borak punya borak, rupanya kami ada keturunan Arab... dan kami bukan orang Jawa yek... Melayu + Arab... sepupu aku, "ooo patut laa hidung kita nih mancung2... hahahaha"

Makan-makan kat rumah Tok Da
malam tuh jugak, kami ke Gelang Patah... bermalam kat rumah Mak Ngah... Chik pun ikut sekali balik lagi sekali ke Gelang Patah... tiba-tiba, Makteh pun dtg dr Muar... yg takde, Paklang & Pak Anjang je... hari raya pertama pun diorg kena kerja...

yg menarik, aku dapat 2 anak sepupu lelaki sempena Syawal ni... sempat tgk sorg je, yg sorg lg thn depan la kot insyaAllah dpt tgk... 

Mohamad Aidil Zikri... cucu pertama Mak Tam, lahir pada 3 Syawal 1431... 


oh, ini mungkin raya terakhir kat rumah Mak Ngah... tahun depan mungkin di rumah lain... alkisahnya, tapak rumah Makngah, Maktam (tak sempat nak jenguk umah mak tam) dll kerajaan ambik nak bina lebuhraya... bg tanah kat lain... lain kali balik, tatau laa rumah mana plak... oh, sedih btul... nak raya umah Paklang ngn Pak Anjang, tak best laa... umah diorg dalam taman perumahan... bak kata sepupu aku, takde suasana kampung la lepas ni...

harap2 nnt kenduri Linda anak Mak Tam, insyaAllah bulan Jun 2011, masih lg di rumah lama ini...

Pak Tam dgn ikan keli bersirip enam... 











kisah ikan keli bersirip enam nih pernah keluar Sinar Harian thn 2008... Mak Ngah masih bela ikan nih sampai sekarang...

dan Mak Ngah aku jugak tanam temulawak... first time aku tgk rupa temulawak... dulu aku pakai jek krim muka jenama temulawak... tp skrg produk temulawak dh diharamkan...

mak aku makan buat ulam makan mentah2 macam tu jek... kenapa halia, lengkuas & kunyit tak makan mentah2 mcm tu jugak eh?

temulawak

petang 3 Syawal, kami ke Kota Tinggi.... singgah di Sungai Mas, umah Tokteh... aku suka sgt, sbb dpt makan mi soto... aku nak makan sgt raya kali ni, alhamdulillah, dapat! lepas umah Tokteh, ke Bandar Penawar, bermalam kat umah Pak Andak... 

4 Syawal, balik Kuantan...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, September 08, 2010

29

al salam alaykum
insyaAllah, hari nih hari ke 29 kita berpuasa... dah capai matlamat utk bulan Ramadhan kali ni?
aku sendiri pun ada yg tak tercapai... salah satunya khatam al-quran...

aku pun dh nak masuk 4 hari di kuantan... kerahan tenaga dh bermula seawal hari ahad...

ramai officemates aku bertanya, knp la aku nih amik cuti awal sangat? ada yg menambah, puasa bukan penuh pun, sebok nak beraya... apa aku jawab? aku nak beribadah... senyap masing2...
-------------------------------

hari isnin, aku keluar ke bandar kuantan... dan terpacul pertanyaan utk diri sendiri...
aku kat kuantan atau kat kl ni? serius jalan sgt sesak! mungkin, bukan aku sorg jek yg dah bercuti awal...

aku mencari bank utk tukar duit baru... tp semua bank dh habis duit baru... sangat sadis! tak pernah terjadi lagi!

akhirnya, ada 1 bank tak ternama sangat ada lagi tukaran duit raya, tp kena catu... dia suh aku datang ari selasa... smlm kul 9 pagi aku dh tercongok kat depan bank... kul 9.30 bank bukak, aku yg pertama ke kaunter... alhamdulillah urusan selesai...

hari selasa, aku bawak motor je, tak daya aku nak pusing2 nak cari parking kereta...
----------------------------------

setiap malam aku masih ke surau... jemaah tak berkurang... dan bertambah lagi... ramai dh anak rantau pulang agaknya...

dan, insyaAllah, dalam masa 2 tahun, kami akan mendapat masjid baru... aku berdoa semoga kami diberi kesempatan utk mengecap nikmat ibadah Ramadhan di masjid baru tersebut...
---------------------------------

persiapan raya... tak beriya sangat kali ni... cuma buat 2 jenis kuih, 1 dh siap semalam... coklat badam kegemaran, dan hari ni insyaAllah cornflakes... oh, popiah simpul, seperti biasa, sakit belakang2 nak menyimpulnya...

baju raya aku 2 pasang je... mak aku suh pi cari lg sepasang.... yg terkejut, kali nih baju raya siap awal... tahun2 lepas, maalm raya baru siap... tp, cik Zie dh ckp, dia tanak amik upah jahit baju dh... dia nak bersara dh...

aku tanya: doh tuh kaklong nok upoh mana baju nnt?
cik zie: mana cik zie tau... pandai2 laa carik...

sedih aku... Cik Zie jahitkan baju2 kami sekeluarga dari aku sekolah rendah, sampai la aku skrg dh kerja kat KL... terima kasih cik zie, tp nnt kaklong nk buat tak reti je, anto je nnt kat cik zie...
------------------------------------

aku ada belikan kad raya utk famili aku... tp aku tak jumpa setem, so aku bawak balik kad tuh, baca la sendiri... kalu nak gantung pun takper gak...

adik aku tanya, knp kaklong tak tulis apa pun? takyah tulis panjang2, tu byk dh kata2 dia...
----------------------------------

raya kali nih juga, adik aku si kakngah pertama kalinya akan beraya di kedah... thn pertama kat sini... tahun lepas pun kat sini, sbb dalam pantang lagi... thn nih kena balik kedah laa...
---------------------------------

aku tak paham la kenapa, walopun aku cuti, aku masih lg bukak emel ofis... masih lagi membalas emel2 ofis, skit2 laa... sindrom suka kerja ke aku ni?
---------------------------------

semalam aku plan nak bukak posa ngn Dang Fatihah, USMmate aku, yg skrg nih kerja kat Gebeng... tp diskas punya diskas, tak jadi la plak... pertama: plan asal nak bukak posa kat padang MPK, tp ari nak hujan... pastu plak, jalan nak ke bandar kompem sesak! tempat yg paling ideal utk aku dan Dang berjumpa ialah di bandar laa... jarak perjalanan yg sama... takper laa, niat nak jumpa semula selepas raya sekali ngn Mariam...

ptg tuh, aku tido sekejap... dan aku bermimpi aku dh siap berbuka posa ngn dang, pastu kami mengalami kejadian yg menakutkan dalam mimpi tersebut... apakah? setan sumer kena ikat pun aku masih lg bermimpi perkara yg menakutkan...
-------------------------------

akhir kesempatan...

Selamat mengecap nikmat 2 hari terakhir Ramadhan 1431... Semoga Ramadhan kita semua kali ini adalah Ramadhan yg paling baik berbanding tahun sebelumnya... 
Semoga kita juga diberi kesihatan dan kesempatan lagi utk berjumpa Ramadhan 1432... 

Selamat Menyambut Hari Kemenangan... 
Maaf dipinta utk segala kesalahan... 

oh ya, selamat hari lahir juga utk saya yg ke 30 pada 1 Syawal 1431... insyaAllah...






:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, September 05, 2010

sakit

al salam alaykum

alhamdulillah, aku sudah selamat sampai di bumi kuantan kul 1 pagi td... aku ingt nk bertolak malam nih, tp mak aku dh tepon, lepas servis keter, kalu kete dh ok, sila balik terus!

yer... aku diperlukan di rumah... aku tau!

smlm pi perodua seksyen 15, servis kereta sbb enjin malfunction... kena tukar oxygen sensor!

bakal jadik harta karun lg la ni!

aku ingt mula2 harga dia ok jek, aku pun gatal la buat servis biasa + servis aircond sekali... sekali total dia sama harga macam home theater yg En Keri nak jual!

aku tambahkan lagi amount dalam bil kad kredit aku... huhuhhuhu...

dugaan di bulam ramadhan...

pengajarannya... jagalah si hitam manis tuh dgn sebaik2 jagaan... selama nih dh baik dh.... up kan lagi!

cuma cik kay, bila la ko nak tukar wiper cermin tuh? dh 4 thn dh tak bertukar-tukar...

tak mahal pun, RM 20 jek sepasang... isk isk isk...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, September 02, 2010

tiba-tiba

Al salam alaykum

 

Lagi 2 hari nak balik kampung…

 

Tiba-tiba pagi ni, enjin malfunction…

 

Kena masuk klinik dulu la jawabnya sabtu nih…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

::: Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Yang Maha Esa :::

 

Wednesday, September 01, 2010

ConTeST SENyuMan @ HaPpy BIrThDay FarIsyah

 al salam alaykum

hari ni 1 September 2010... anak saudara saya, Ammar Darwisy genap setahun... alhamdulillah! moga Ammar Darwisy menjadi anak yg soleh, kebanggaan ibu dan abahnya...

Ammar Darwisy dah pandai berjalan... dah tumbuh gigi 2 batang, satu atas satu bawah... dh pandai panggil ibbbbuuuuu... bbbbaaaahhhhh.... pandai main "cakkk... cakkkk"... ber"takteh" sendiri...

sempena ulangtahun kelahirannya, saya nak masuk peraduan utk Ammar Darwisy...





dan senyuman paling menawan si Ammar Darwisy ialah....



Ammar Darwisy bin Ibnu Fitri
Umur: 1 tahun
Nama ibu: Khalilah Kamaruddin


doa2kan terpilih yek!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::