...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, July 30, 2010

semalam

Al salam alaykum

 

Semalam aku rasa tak best dan down sangat-sangat!

 

Hari Isnin arituh, ada dh org bitau aku…

“Kay tau tak… dia bla bla bla tengah tahun bla bla bla, dh dpt surat

Kitorg rasa down sangat… akak terus update resume…”

 

Masa tuh, aku tak rasa apa2 pun… biasa jek…

 

Pastu, kelmarin, ada mamat call aku…

“Wei kay, aku dgr ko dpt bla bla bla bla bulan ni…

Gossip je la semua tuh… kalu ada, aku dapat surat la wei…”

 

Dan semalam, aku bercerita kat akak yg bitau citer tu kat aku…

“Kak, mamat ckp dia dgr kay dpt bla bla bla bla sama ngn org yg akak citer tu…

Mana dapat gossip pun tatau la dia ni…

Sebenarnya, akak dh tanya dh LB, kay dapat tak… LB jawab, surprisingly, kay tak dapat!”

 

Tiba-tiba aku rasa down! Tiba-tiba!

 

Tu la, lain kali jangan suka nak bergossip dalam ofis… pastu sedih sendiri2, kecewa sendiri2…

 

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku hati yg cekal… dapat merawat hati sendiri… tahu pujuk diri sendiri…

Tahu mana kekurangan diri…

 

Hari nih semangat semula! Alhamdulillah…

 

 

 

 

 

Eh, resume dh lama tak berupdate… Nak update plak ke?

 

 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yg Maha Esa :::

 

 

 

Thursday, July 29, 2010

Jalan Pulang?

Al Salam Alaykum

Selepas menonton Tilawah Al-Quran semalam... aku tukar channel ke 8tv, Popcorn & Wednesday... dh lama kan 8tv mentiadakan slot ni... minggu lepas filem Hugh Grant... smlm pun dia lagi... filem Music & Lyrics... smlm aku layankan aje... 

aku baru tahu Hug Grant nih menyanyi jugak rupanya... dan lagu ini best laa!

- way back into love -

I've been living with a shadow overhead
I've been sleeping with a cloud above my bed
I've been lonely for so long
Trapped in the past, I just can't seem to move on

I've been hiding all my hopes and dreams away
Just in case I ever need em again someday
I've been setting aside time
To clear a little space in the corners of my mind

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
Oh oh oh

I've been watching but the stars refuse to shine
I've been searching but I just don't see the signs
I know that it's out there
There's got to be something for my soul somewhere

I've been looking for someone to shed some light
Not somebody just to get me through the night

I could use some direction
And I'm open to your suggestions

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
And if I open my heart again
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end
oh, oh, oh, oh, oh

There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
And if I open my heart to you
I'm hoping you'll show me what to do
And if you help me to start again
You know that I'll be there for you in the end
oh, oh, oh, oh, oh
 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 27, 2010

berjalan-jalan

al salam alaykum

hari ni hari lahir adik aku, Khalilah Kamaruddin... Selamat hari Lahir...

semalam, adik aku, Iman, eksiden kat Kuantan... dia ok, tapi moto abang tak ok... 

---------------------------------------------------------------------------

baca komen Julie yg kata aku nmpk kurus, buat aku tersengih... hihih... so mari kita update blog, edisi Jacob's Walk of Life...

hari ahad 25/07/2010, sesudah subuh, dalam kul 6.15 am, kami bertolak ke FRIM... selepas setahun nan lalu di Taman Metropolitan, Kepong (korang kena klik tgk perbezaan pipi aku... hihihihi) 

registration bermula dari pukul 6.00 am - 7.30 am... dgn jalan yg sesak, dan jugak parking takde, kami kena parking kat luar, dan menapak ke registration kaunter... jauh ke dalam! isk isk isk... sampai ke kaunter, diorg cakap kaunter dah tutup utk pendaftaran... aku mengamuk... marahkan diorg... ingat kami ni suka ati ke nk dtg lmbt! ada Chinese tu lg best, siap jerit2 bgtau kenapa dia lmbt! akhirnya dapat jugak mendaftar dan dapat t-shirt... sbb nak cepat, aku malas nak bertekak ngn awek tuh, aku mintak sumer saiz XL... sori la korang, terpaksa pakai baju besar!

muka happy lepas bertekak....

acara perasmian dh bermula, Huzz pun dh call ckp dia dh start berjalan... jumpa dia sekejap, pastu suh dia gerak dulu... aku pun start berjalan ngn Aizah... thn lepas Aizah tak join, sbb dia kena pi umah mak sedara dia kot... aku tinggalkan kak Roza, Husna ngn Kak Ira... sbb aku nak kejar Fara Fauzana, bleh? aku tak pernah jumpa Fara Fauzana in person... tu yg nk tgk, aku sama besar tak ngn dia...

org ramai sgt! katanya dlm 8,000 orang

cute budak nih! tgk dr tepi, cam baby girl... rupanya boy! 

kenapa la ibu dan abah Ammar Darwisy tak bawak Ammar datang sini kan?

selepas beberapa jauh berjalan... barulah Husna, Kak Ira ngn Kak Roza nmpk kelibat aku ngn Aizah... dan, aku tak jumpa pun Fara Fauzana... FBI je laa ada... aku tego FBI, setiap thn abg Faizal ni mmg lmbt berjalan eh? hihihihihi...

sekejap je berjalan 5km nih... adalah dalam 45 minit... Timbalan Menteri Kesihatan pun dh balik... lepas amik Goodie Bag, kami ke padang... sbb nak buat pemeriksaan kesihatan dan tulang... maklum laa, thn lepas tulang aku dapat markah -3.00 jek... so nak tgk la jugak, selepas setahun minum tak minum Anlene Coklat tuh, ada tak perubahan...


pemeriksaan kesihatan, yg asas2 je... tinggi (tinggi aku naik 1cm, ajaib), berat, masih lg maintain tak berubah lepas turun 2kg sejak balik dr gunung, dh 2 bulan berat yg sama (asal jgn naik sudah)... BMI tak ok lg, masih obes, kena turunkan lagi berat... tekanan darah ok, bacaan nadi mantap... alhamdulillah...

jom, buat pemeriksaan tulang plak!

aku gerun! bkn sakit pun, dia cuma sapu krim, pastu letak kaki kat mesin tuh... pastu amik bacaan... alhamdulillah! bacaan -2.5... kira ok la tuh, meningkat skit... tp masih dlm zon merah... spt biasa, nasihat yg pelbagai, kena aktif main sukan, kena makan makanan byk kalsium, dan minum susu berkalsium tinggi... promot Anlene la ni... 

aku dh start minum Anlene dr thn lepas, yg perisa coklat punya, campur dgn Milo, tp rasa dia mmg tak sedap... dia syorkan minum Anlene concentrate... semua paksa aku cuba... aku try skit jek, tp nak lagi! best! rasa aiskrim cornetto... tp mahal laa... 4 kotak RM 6.00... kena minum 2 kotak sehari... isk isk isk... takyah makan nasi ke?

diorg kat atas pentas tu masuk pertandingan pakaian 1 Malaysia...

hari dh panas... perut pun dh lapar... tibalah masa utk pulang dan mencari makanan... kami singgah di PJ... kita makan....


Nasi Lemak Cikgu!

sekali sekala takper kan? hihihihhi


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 26, 2010

Pemburuan seorang Pengguna

al salam alaykum


hari sabtu, 24/07/2010 yg lalu... kami: Rien, Intan, Azureen, dan aku... menyertai Consumer Hunt anjuran KPDNKK, bermula dari Putrajaya hingga ke Dataran Pahlawan, Melaka... ada 20 kumpulan... kami kumpulan ke 08, membawa nama FPSO...

 no 8!

kami berkumpul di Presint 2 Putrajaya seawal 6.00 pagi... jangan tak tau, semasa Intan ambik aku pagi2 tuh, terus dia suh aku baca semula pasal tayar2... ulangkaji balik maklumat2 semasa briefing hari khamis tuh... aduish!!

Aku sebenarnya dapat tau pasal Consumer Hunt ni pun dr Huzz... keputusan nak masuk acara ni pun dibuat dalam masa kurang dari 2 jam! rasa nak gelak pun ada... agaknya, sindrom bertreasure hunt tak habis lg semasa Family Day bulan lepas...

geng Gunung: Cik Huzz, Cik Intan dan Cik Kay...

acara perasmian

kami diberi RM 100, utk membeli barang2 perburuan, mengikut etika dan hak2 pengguna yg betul... semuanya ada 7 check point... yg pertama di Petronas Presint 16, kemudian di R&R Seremban... kemudian ke hentian Sebelah Senawang... speed trap la plok! Marsyal yg bertugas cakap kami nih mesti laju, sbb sepatutnya kami mesti sampai di Senawang pukul 10.00 pagi sekurang2nya... kami sampai 9.30 pagi... yg lain yg awal2 tuh, mesti laju lagi kan?

Lepas tuh, Rien drive dalam 80 - 90km sejam... alahai!

Check point seterusnya... di R& R Jejantas Ayer Keroh... kat sini kena beli dodol rupanya... mula2 kami beli kuih pintal Twisted... sbb pembayangnya ialah "Tuis"... tny akak kaunter, dia menggeleng, salah! jawapan yg betul ada kat kaunter... kami tak nampak, dodol Twizz It... terima kasih kak kaunter sbb bitau kami!

Kemudian, kami ke R&R Ayer Keroh... soalan seterusnya ialah, isinya putih bersih, luar sama, dalam pun sama... aku terpikirkan buah manggis... tp bila tanya makcik tuh, dia jawab takde org pun beli manggis, diorg beli tembikai susu dan jambu batu... kami beli tembikai susu je laa... sbb luar dan dalam putih... hahahaha... 

utk soalan seterusnya, tak dapat jawab lg... kitorg amik lunch pack dulu... budak bertiga tuh makan... tp mcm tak lalu je... aku tak makan lagi, aku dok resah pikir soalan seterusnya... sambil melilau2 sekeliling nak cari clue nak dptkan jawapan... Intan tiba2... jambu batu wei!! patut la makcik tuh ckp ada org beli jambu batu!

selepas itu, kami ke stesen petronas ayer keroh 3... kat sini kena isi minyak RM 20... ada lagi 2 barang nak kena cari... Akhbar Sinar Harian dan jugak pemberi tenaga utk KMM... aku bertanya kat adik kaunter tuh, apa yg budak2 baju oren nih beli... ada tak org beli bateri energizer? dia jawab takde... ada org beli paper, long jack, power root, livita etc... kek kukus pun ada! adik tuh perli aku, sbb aku beli kek kukus! nampak sedap jek... utk yg ini, kami tak dpt markah penuh! sbb kami beli Extra Power Root... yg patut dibeli ialah:


Barang seterusnya yg kami perlu cari terdapat di Pasaraya Borong Sakan di MITC Melaka... masa nih masing2 dah panas dan baran... tak jumpa pasaraya borong sakan, Rien suh masuk Mydin., sbb Mydin kan tempat org berborong sakan... aku tak puas hati, aku tepon kawan2 aku kat Melaka... Tepon Edd, Edd tatau... Mujur Fendi tau kat mana... kat sini kami mmg lama... lilin dapat beli, lagi satu soalan kami hilang punca... tanya adik kat kaunter, adik tuh ckp ada dekat2 ngn lilin... aku cuba kut2 budak2 baju oren nih, intai2 tgk diorg beli apa... tp diorg pun mcm hilang arah jugak... marsyal plak, dok gelak2kan kami... cakap kami nih dh lmbt... dapat, masa bayar, tny adik kaunter, dia geleng kepala... tp kami dh bayar! isk... panas! kami guna duit sendiri, beli barang betul...

seterusnya, kena ke Dataran Pahlawan, bandar Hilir... jalan dh sesak, hari pun panas... ni mmg menguji kesabaran! lepas parking, terus ke Guardian utk 3 barang terakhir... Dettol, Dequadin, dan jugak paracetamol... kami beli panadol Actifast, tp jawapannya ialah Milidon... mana pernah tgk! uwwwaaa!

selepas penyerahan hasil barang buruan, kami dok relax bawah khemah sementara nak tunggu penyampaian hadiah... 

abang kementerian ini sangat jambu... lembut jek bercakap dan bertanya soalan kuiz. utk adik2 sekolah.. buat aku teruja utk menjawap... asal ada soalan, aku pun angkat tangan nak jawab... akhirnya, aku dapat jugak hadiah t-shirt dan baucer Jusco RM 20...

Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tempat ketiga... hadiah disampaikan oleh Datuk Tan Lian Ho, Timbalan Menteri KPDNKK...

time amik hadiah nih aku gugup... YB Datuk ucap tahniah, aku pi tahniahkan dia semula... isk isk isk... bersalam ngn Datuk la katakan...

Aku dan hadiah tempat ketiga...

Apa yg kami dapat sebenarnya? jeng jeng jeng...

Wang tunai berjumlah RM 500.00... tempat pertama dapat RM 1,000.00!

Sijil penyertaan...



dan plak... cantik!

alhamdulillah! first time mencuba di peringkat kebangsaan, dapat tempat ketiga! Huzz dan gengnya dh byk kali join peingkat kebangsaan ni... 

lain kali Huzz, kalu ada lagi treasure hunt nih, bitau kami lg yek! teruja...

 Huzz dan geng Suam-suam Kuku

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, July 23, 2010

buat nakal lagi

Al salam alaykum

Hari Rabu, aku dah umumkan kepada rakan2 ofis sekalian, hari Khamis, aku nak keluar dari ofis pukul 4.30 petang, tajam!
Jangan nak ngada2 buat meeting pukul 3 – 4 ptg… kalu aku sampai ofis kul 8.30 am, lunch hour pun aku akan bekerja utk cukupkan 8 jam…

Semalam, hari Khamis, awal2 pagi sebelum kul 8.30 pg, aku dh sampai! Mmg biasa laa, aku akan sampai sebelum kul 8.30 pun, kalu komuter tak delay laa…

dan sekali lagi, aku ulangkan lagi… aku nak keluar pukul 4.30 pm!

Kenapa aku bitau semua orang?
Sbbnya, aku tanak org lain carik aku, pastu kawan2 sejabatan aku cakap tak tahu!
Itulah yg selalu terjadi, kalu orang takde, org tny aku, aku jawab tatau… sbb diorg tak inform apa2…

Kak Anor menego… knp kay diam arinih? Senyap jek!

Ni byk plak nak kena revise ari nih… si hanafiah plak, nak buat meeting kul 3 la plak… nak kena call dia nih ckp tanak masuk meeting…

Hanafiah plak… knp tak ckp je ko nak balik kul 3? Cess…

Dh pukul 4.15, Intan dh call, siap2 ajak turun… ok, jap nak shutdown pc… Cik Wan, saya nak balik dh nih eh… yg lain2 sy sambung esok!

Kak Lydia menego: aikss… tak biasa buat, tiba2 buat jahat nih kenapa nih?
(sambil saja2 menjeling utk buat aku rasa bersalah)

Amir: ada temuduga ke?

Orang lain: kay, ko nak ke mana? Baru kul 4.30 dh angkut beg, musykil ni!

Aku sengih jek!

(apa la diorg nih… tak senang aku nak buat nakal sekali sekala)

Dekat lif… alamak!

Boss aku!

Ye, aku lupa nak inform kat boss (dengan sengaja tak inform boss) aku nak kuar awal…
Sbb biasanya, dia tak cari aku… heheehehe

Boss dh tersengih2…

Where are you going, Khairini?

Erm… ulangkan sekali lagi!

Nak balik awal, ada hal, dh ganti 1 jam kul 12.00 – 1.00 td… maaf, tak bitau boss bla bla bla…

Boss: takper2… saya tau hari2 awak balik lmbt… lagipun awak tak pernah buat hal… awak rajin (koya sekejap, pesanan utk boss, simpan pujian2 itu utk appraisal akhir thn nnt yek!)… jumpa lagi esok!

Lega!

Aku nak ke mana?

Aku nak pi taklimat jek sebenarnya… kat Putrajaya… taklimat bermula kul 5.00 katanya…

kami berempat ketagih utk berburu… jadi kami berburu lagi… kali ini, sampai ke Melaka!
(oh Edd, kali nih pun aku tak bleh nak singgah umah ko lg)


oh, baru aku tau, dalam taklimat semalam, ada cerita pasal tayar... kalu korang tukar tayar, tayar baru tuh kena letak belakang yek! bukan depan!jangan ikut cakap cina kedai tayar tu!

Huzz, jumpa kat simpang esok!



::: Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 21, 2010

senang

Al Salam Alaykum


Ada 4 perangai manusia:

  1. Lambat Marah, Cepat Memaafkan
  2. Cepat Marah, Lambat Memaafkan
  3. Cepat Marah, Cepat Memaafkan
  4. Lambat Marah, Lambat Memaafkan

Maka, jadilah yang pertama yg sebaik-baiknya...





Untuk senang hati...


....lupakanlah kesalahan orang pada kita, ingatlah kesalahan kita pada orang lain...





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 20, 2010

cukuplah bagiku

Al Salam Alaykum

Demi mengharungi dunia aku...
ruang lingkup kerjaya aku...

Walaupun kadang2 aku nak jerit:

"Aku bukanlah superman!"

Tapi, janji Allah itu pasti....


 Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya.-

Al-Baqarah, ayat 286.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 19, 2010

melimpah atau berkat?

Al Salam Alaykum

 

Aku cuba menaip entry melalui e-mail office aku…

 

Aku ada terbaca kisah, seorang sahabat di zaman Rasulullah S.A.W… namanya Tsa’labah, seorang yg soleh, tetapi hidupnya miskin… jadi dia memohon Rasulullah mendoakannya dikurniakan kekayaan… awalnya Rasulullah S.A.W menolak kerana bimbang Tsa’labah akan menjadi org yg lalai dan lupa diri… tapi Tsa’labah yakin jika dia kaya, kekayaan yg dia dapat tuh akan menyebabkan dia lebih rajin utk beribadah dan membuat amalan… Rasulullah bersetuju lalu mendoakannya dikurniakan kekayaan…

 

Tsa’labah menjadi pengembala haiwan ternakan… semakin lama ternakannya semakin membiak dgn banyaknya… ladangnya pun semakin luas… Tsa’labah mula berubah, pekerjaannya membuatkan dia menjadi sibuk… jarang hadir utk solat berjemaah di masjid… kemudian, tak pernah hadir utk berjemaah bersama Rasulullah S.A.W…

 

Kemudian, turun ayat yg memerintahkan org2 mukmin utk berzakat, Rasulullah S.A.W meminta Tsa’labah supaya menunaikan zakat utk hartanya itu, tetapi dia menolak utk berzakat… dan Allah S.W.T telah menurunkan ayat sebagai kutukan kepadanya… kerana takut dengan kutukan Allah, dia nak tunaikan zakat, tp Rasulullah S.A.W menolak zakatnya… pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a dan Umar Al-Khattab r.a, pun zakatnya turut ditolak…

 

Satu kisah yg sarat dengan pengajaran, Tsa’labah diberi nikmat dan lalai… kekayaan yg diberi hanya menjadikan dia seorang yg kufur nikmat…

 

Ini dinamakan Istidraj

Firman Allah dalam surah al-An'am ayat: 44 bermaksud: "Maka tatkala mereka melupakan apa yang diberikan kepada mereka, Kami pun kemudian membukakan pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan tidak disangka-sangka, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ".

“Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yg beriman dan istiqamah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari putus asa terhadap RahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yg selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yg sentiasa bersyukur kepadaMu. Dan gantikanlah kami apa-apa yg hilang dari kami dengan yang lebih baik dari sisiMu”

 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

 

 

 

Friday, July 16, 2010

Jumaat

 al salam alaykum


hari Jumaat hari yg mulia... penghulu segala hari...


kita tak patut nak marah2 kan?




aku nak tergelak menonton berita semalam...

takde dengar langsung perkataan "kenaikan"

semua cerita "pengurangan"


harga gula naik kerana isu kesihatan?


oh... tak sangka plak ramai yg setuju dgn pengurangan subsidi...




errmmmm....

astaghfirullah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 15, 2010

Bila Allah Menduga

 Al Salam Alaykum

dalam hidup kita, semua manusia tak dapat lari dari segala dugaan dan ujian... tidak semestinya diuji dengan kesusahan, malah juga kesenangan... tidak dapat ujian dan dugaan yg kecil, diujiNya kita dgn sehebat2 ujian...

tipulah kalau ada yg mengatakan, dia tak pernah diduga... tak pernah diuji...

kata John F. Kennedy: Do not pray for easy lives. Pray to be stronger.

cuma, yg membezakan ialah bagaimana kita menerima dugaan dan ujian yg ditakdirkan itu? ada yg positif, ada yg negatif dan terus berputus asa dgn rahmat Tuhan...

bersyukurlah... dgn setiap ujian dan dugaan yg menimpa, tandanya kita masih lg dalam Rahmat dan Kasih Sayang Yg Esa... ujian dan dugaan yg dtg bukan sia-sia, bukan saja-saja...

aku tak habis lg baca buku ni... cuma sahabat aku, Saliza Diana a.k.a Sally yg baru mendirikan rumahtangga bulan lepas sedang diuji... ibunya, diserang angin ahmar sebelah badan... aku pikir mungkin sbb kepenatan selepas kenduri... skrg terlantar di HKL...

aku juga pernah mengalami situasi begini... ayahanda tersayang, diserang angin ahmar ketika memandu lori, 30/08/2003... aku ingt lg! tp alhamdulillah... selepas beberapa bulan, ayah aku perlahan2 kembali pulih... walopun tak seperti dulu, semakin hari semakin baik... malah, semasa upacara konvokesyen aku pada 06/08/2004, ayah aku dapat datang... alhamdulillah!

org tua kita mmg akan hilang semangat... akan rasa down sangat2! sbg contoh, semasa ayah aku di rumah menjalani proses pemulihan, rutin dia pagi2 selepas mandi dan sarapan, mesti dia duduk di depan rumah... aku mengintai! aku tgk matanya basah bergenang... tugas aku, ajak ayah aku berborak... tanya apa perkembangan... jangan bg dia ruang utk bersedih! kita bg dia semangat utk jalani hidup macam biasa... tanamkan azam utk tidak berputus harap... dan yg paling penting... doa dari kita utk org tua kita...

dan utk Sally, aku titipkan perkara yg sama... moga Sally tabah...

dugaan datang dan pergi...

Firman Allah:

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yg kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah, ayat 216...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 14, 2010

tulis surat

 al salam alaykum

itulah hotchat pagi di hot fm...

aku tak ingat kali terakhir bila aku tulis surat dan jugak terima surat...

mungkin setahun lepas... mungkin 4 - 5 tahun lepas...

oh... ada satu waktu, ketika di USM Tronoh, kami di desa lembaran ada kotak merpati... so aku tulis surat kat Dang Fatihah, dan tinggalkan di kotak merpati dia... dia balas letak kat kotak merpati aku plak... begitu la seterusnya... tulis surat saja2... meluah perasaan... dgn Cik Deng... inilah surat yg paling dekat jaraknya takyah nak pakai setem bagai...

Sally pun rajin gak menulis kat aku... lepas habis belajar... tp tak la byk sgt surat... tak sampai 10 kot... sbbnya time tuh aku dh malas nak tulis surat... aku baca aku sengih, pastu aku sms sally...

eh, baru aku teringat! aku ada penpal laa masa zaman sekolah menengah dulu! rajin jugak anto surat kat dia, pastu dia balas... tp stop kot masa nak amik PMR... nama dia pun aku lupa... dia dok kat Ireland... balik Kuantan harus kena cari surat dia semula ni dalam kotak sakti aku...

ada lagi tak yg rajin menulis surat zaman sekarang ni? maksud aku surat yg kena pakai sampul surat, tampal setem, tulis alamat, pastu pergi pos...

e-mail pun surat jugak kan?

 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 13, 2010

Flori@

Al Salam Alaykum

Pagi Sabtu yg minggu lepas kami berempat, Kak Roza, Aizah, Husna dan aku sempat ke Floria di Putrajaya...

belajar tentang bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan... yer la sgt tuh!

orkidlah! byk spesis orkid di sini... baru aku tau, ada orkid yg berbau wangi!

bunga-bungaan yg aku tak berapa kenal sgt dengan nama saintifiknya...


periuk kera pun ada... padi pun ada... padi nih bleh dijumpai di landskap Sungai Petani...


Orkid... best hybrid dan best species...

bunga lily kesukaan...

pelbagai bentuk karakter yg menarik!

selain itu, kami mengasah bakat kami dalam seni melukis tempurung... yg berseni sorg jek... si Husna...


nak suh teka pun malu... sbb key-chain aku jelas terpampang di situ...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 12, 2010

tutup

 al salam alaykum


dalam sebuah dewan di sebuah masjid di ibukota...


cuba tgk dinding tuh, gambar ketua agama Islam ada... gambar isteri baginda ada...
knp gambar PM sorang2? mana gambar isteri dia?

Kak Ros tak tutup aurat, mana bleh masuk masjid!







:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, July 09, 2010

Thursday, July 08, 2010

semalam ku bermimpi...

 al salam alaykum

alkisahnya aku kunci jam 3 pg nak bgn tgk Germany vs Spain... tp aku tak bgn daaa!
tp aku ingt, aku mimpi tgk bola ngn kawan2 kat mana ntah... pakai projektor lg...

yg penting! dlm mimpi aku Spain 3 - Germany 0... terjaga dr mimpi, aku sengih laa... Germany mesti menang nih... mimpi kan biasanya terbalik!


sekali... Spain yg menang! huhuhhu...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 07, 2010

Oren

al salam alaykum

Ronald Koeman berpesan:

"Hati manusia itu seperti bola yang bulat, mudah bergolek ke kiri dan ke kanan walaupun hanya dengan sentuhan lembut. Jadi hati-hati  semasa cuba menyentuh hati manusia"

 
Sarat dgn falsafah...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 06, 2010

It Has To Be You?

 Al Salam Alaykum

Cinderella's Stepsister... dh pun habis bersiaran di Astro 303 minggu lepas... malam esok tatau la citer apa plak...

aku suka hero dia... karakter lain dr yg lain...

Hong Gihun...

aku merinduimu!!!


dan lagu dia best...


tajuk lagu: It Has To Be You!

Oneuldo nae gieogeul ttarahemaeda
I gil kkeuteseo seoseongineun na
Dasin bol sudo eomneun niga nareul butjaba
Naneun tto I gireul mutneunda
Neol bogo sipdago
Tto ango sipdago
Jeo haneulbomyeo gidohaneun nal
Niga animyeon andwae
Neo eobsin nan andwae
Na ireoke haru handareul tto illyeoneul
Na apado joha
Nae mam dachyeodo joha nan
Geurae nan neo hanaman saranghanikka
Na du beon dasineun
Bonael su eopdago
Na neoreul itgo salsun eopdago
Niga animyeon andwae
Neo eobsin nan andwae
Na ireoke haru handareul tto illyeoneul
Na apado joha
Nae mam dachyeodo joha nan
Geurae nan neo hanaman saranghanikka
Nae meongdeun gaseumi
Neol chajaorago
Sorichyeo bureunda
Neon eodinneungeoni
Naui moksori deulliji annni
Naegeneun
Na dasi sarado
Myeot beoneul taeeonado
Harudo niga eobsi sal su eomneun na
Naega jikyeojul saram
Naega saranghal saram nan
Geurae nan neo hanamyeon chungbunhanikka
Neo hanaman saranghanikka


Translation:

Today, i wander in my memory
I’m pasing around on the end of this way
You’re still holding me tightly, even though i can’t see you any more
I’m losing my way again
I’m praying to the sky i want see you and hold you more
that i want to see you and hold you more
It can’t be if it’s not you
i can’t be without you
it’s okay if i’m hurt for a day and a year like this
it’s fine even if my heart’s hurts
yes because i’m just in love with you
i cannot send you away one more time
i can’t live without you
it can’t be if it’s not you
i can’t be without you
it’s okay if i’m hurt for a day and a year like this
it’s fine even if my heart’s hurts
yes because i’m just in love with you
my bruised heart
is screaming to me to find you
where are you?
can’t you hear my voice?
to me…
if i live my life again
if i’m born over and over again
i can’t live without you for a day
You’re the one i will keep
you’re the one i will love
i’m…yes because i’m happy enough if i could be with you

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 05, 2010

Break - A - Wave

 al salam alaykum

Sabtu, 26/06/2010, ada Family day kat Thistle, Port Dickson, Negeri Sembilan... best, mandi pantai!

 tema tahun ni, Pirates of The Caribbean... aku dpt geng Kapten Barbossa... 


 registration time

Aku, Rien, Intan dan Azureen masuk Treasure Hunt... mula dari Tol Sg Besi ke Thistle, pastu sambung plak dgn Explorace... gambar mula dr Tol Sungai Besi, ajk tak masukkan lg dlm server... layan gambar kat Thistle je la dulu...

Check point pertama Explorace, Origami... kena buat kapal terbang pastu kasi dia terbang laa...

Check-point kedua, kena main batu seremban... tp diorg cp takyah main, amik signature je pastu proceed ke check point no 3... 

kena main card... kad mesti berjumlah 21... aku mcm tak pernah main pun...

Kemudian kami  ke check point seterusnya... check point no 4, kena makan buah naga yg kami beli kat gerai buah Serdang... kedai Fai Fai tau!

kendian, check point no 5, kena terjun kolam, amik sticker SBM... kami dh pesan kat Intan siap2 suh dia pakai swimming suit kot2 ada acara terjun kolam... yg lain tak reti berenang weh!

tp kan, aku suh anak sapa ntah, tlg berenangkan dptkan sticker tuh... alang2 dia dh berendam dlm kolam...

Intan selamat takyah berenang!

Check point terakhir, serahkan semua tugasan dan barang yg kami beli td... alhamdulillah... dalam hati, ada harapan tak nak menang no 1 nih? hihihihi...

Kemudian, kami pi register dulu, td tak register lg...

Perut lapar dan tekak rasa dahaga... jom cari makan dulu!

ada cupcakes dan ABC!

Rien, Azureen, Rini... hak hak hak

 kapten2, Kapten Hook, Barbossa, Blackbeard dan Jack Sparrow bergambar bersama ajk

kanak-kanak yg riang gembira... 

 semasa acara perasmian... pantang nmpk kamera!

selepas perasmian, marilah berpoco-poco pada waktu tengahari terik tuh...

selama nih korg buat FPSO, bila buat rakit sendiri, senget benget jadinya...

Drunken Monkey

berkelah di pantai yg indah, bermacam acara digubah, bermain berkawan2...

adalah jugak aku main 2-3 permainan sukaneka tuh... pastu aku pi pantai, main jet ski dan banana boat... kemudian berendam dlm air... muka aku tak sempat cerah turun gunung arituh, dh itam semula...
kemudian, acara penyampaian hadiah...

alhamdulillah, kami dpt tempat ketiga utk treasure hunt...

kami target nak dpt no 1, tp rupanya byk jawapan kami tak menepati kehendak para juri... ada yg salah terus... huhuhhu...

selepas Maghrib, kami bertolak pulang ke KL...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::