...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, January 29, 2010

bagi lagi...

PM: awak dh turun baper kg sejak dec?

aku tunjuk 4 jari...

PM: LB, bg lg dia packages.... biar dia turun byk2 lg...

----------------------------------------------------------------------

pg nih, dlm tren...

ada pakcik Cina nak turun kat Subang Jaya... kepadatan komuter tak dpt digambarkan...

pakcik tu cakap: Batu Caves masuk dlm lg.... lmbt lg mau turun...

buat lawak plak pakcik nih...





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, January 28, 2010

i love my career?

al salam alaykum

tajuk takde kaitan dgn bebelan aku di bawah...

hari nih sepagi aku masuk kelas "Piping Stress Analysis"... ilang semua stress aku... walopun aku bukan budak yg bergelar jurutera, tp masuk kelas budak2 engineering adalah nilai tambah dalam diri aku... basicnya sama jek masa aku belajar Kejuruteraan Bahan dulu, Material Stress Analysis...

masuk kelas Stress, ilang stress aku.... oh ya! aku tak pernah stress kepada kerjaya aku, kerja aku yg berlambak2 nih... tak pernah! aku stress kepada yg satu itu saja... satu itu saja... org bagi kerja aku buat... sbb setiap kerja yg aku dpt itu, adalah pelajaran baru utk aku...

tp, yg satu itu, kdg2 buat aku terpikir, kampeni tak sayang aku! wakakakaaka...

aku pikir2 semula selepas setahun lebih aku kat kampeni nih... satu hari MC pun tak pernah amik... Medical claim aku pun tak sampai 10% drpd apa yg kampeni beri... mmg aku sayang kampeni btul laa! tahun nih, buat aku berpikir... apa kata, kalu sakit skit jek, aku pi klinik, dpt MC, dpt claim lg... tp, masalahnya, aku mmg tak suka nak pi klinik, tak suka nak jumpa doktor... beli ubat kat farmasi, telan je laa... tp beli ubat kat farmasi, tak bleh claim plak...

parking pun aku tak pernah claim, sbb tempat parking tak berbayar kat stesen komuter batu 3...

cuti tahunan aku tahun lepas berbaki 6 hari... di bawa ke tahun ini, aku ada lebih kurang 30 hari cuti tahunan... best tuh kalu niat nak kawin dimakbulkan tahun ni... tu pun kalu jodoh aku ngn kampeni ni panjang lg laa... doa2 panjang laa jodohnya, sbb aku suka kije sini...

knp aku jadi mcm ni? berkira betul!

paras motivasi aku rendah... lg bawah dari bawah par... tp kerja aku tetap jalan... itu tanggungjawab beb! nak kena soal gaji ko nnt, halal ke, syubhah ke, haram ke?

jadinya... aku kosongkan fikiran... merangka apa yg perlu aku buat utk setahun ini... apa aktiviti, apa keinginan aku... insyaAllah aku cuba sedaya upaya nak lakukan dan nak tunaikan tahun ini...

dan lagi... utk mencari motivasi dan semangat aku yg hilang itu... aku cari masa utk membaca dalam komuter buku2 yg aku suka... membaca buku Sis Zabrina... buat aku tersengih, tersenyum, tiba2 jumpa pedoman... buku Jangan Bersedih jek aku takleh nak baca, sbb aku beli edisi kulit keras dan besar... tak sesuai nak bawak jalan2... nak baca malam2 tak sempat... aku smpi umah dah dekat kul 9 mlm... rehat2 tgk tv, kul 12 masuk tido...

bergaul dgn org2 yg bermotivasi... bkn yg lg menjatuhkan motivasi kita...

bg aku... walopun kecewa dan sedih macam mana pun... cukup laa sehari dua... jgn lama2, tak baik utk kesihatan...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 27, 2010

busy!

al salam alaykum

Baltasar Gracian:
All that really belongs to us is time, even he who has nothing else has that.

Mary O'Connor:
It's not so much how busy you are, but why are you so busy. The bee is praised. The mosquito is swatted.

Al-Asr 103: 1 -3:
I swear by the time. Most surely man is in loss. Except those who believe and do good, and enjoin on each other truth, and enjoin on each other patience.

Hadith Rasulullah:
There are two blessings which many people lose: Health and free time for doing good. (Al-Bukhari)


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 26, 2010

4 tahun laa...

44 tahun!





patut la org panggil makcik!





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 25, 2010

nak bgtau...

masih di ofis lagi ni...

huk huk huk huk...

nak balik!

tgk citer korea...

taming the heir...

uwwaaa!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 19, 2010

kufikir-fikir

al salam alaykum

menurut kajian aku, utk master thesis aku setahun yg lalu (sekejap je kan?), di antara factors yg membawa kepada "intent to leave" ialah:

1. Competency development
2. Negative workplace relationship
3. Job satisfaction

yg no 1 dan no 2 tuh, aku ok jek... takde hal...

job satisfaction, ok jugak...

tp jika diluaskan scope of job satisfaction tu... ada jugak laa aku tak berapa nak puas hati dan menyumbang ke arah pemikiran seterusnya... "nak carik kije lain la"

aku suka dgn kerja aku skrg... dgn karier aku skrg... aku gembira, hari2 belajar byk menda baru (atau baharu?)

tp, tentang yg satu itu, buat aku berfikir... rata2, kawan2 aku, dgn position yg sama, experience yg sama, di dalam industri yg sama... dh pun mencapai tahap yg aku idamkan tu... tp aku masih lg keciciran... keciciran dlm perkara yg satu itu...

manusia tak pernah puas kan?

tp, tak salah kan kalu kita berusaha utk memuaskan hati kita?

atau bagaimana?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 18, 2010

Putrajaya + Laksa

al salam alaykum

semalam makan tengahari + makan malam kami ialah laksa terengganu... resepinya, aku tepon mak aku... sbb aku ingt2 lupa bawang putih ngn halia kena bubuh atau tak...


tukang masak ialah kak roza, aku tukang arah jek merangkap tukang makan... oh ya! laksa kuah putih ini tidak dimakan dengan kicap yek! hahahaahah....

ari sabtu pi teman kak roza pi kenduri kat putrajaya....

singgah kat masjid, terjumpa Azriman sekeluarga... jauh kami berjumpa.... :)

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, January 14, 2010

siapa sang mantan itu?

al salam alaykum

pagi td dgr lagu nih kat radio... pengajaran dr lagu ini ialah:

serahkan cinta anda kepada Allah Yg Maha Esa... cinta yg kekal abadi selamanya...

dulu aku kau puja
dulu aku kau sayang
dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
kini roda telah berputar

kini aku kau hina
kini aku kau buang
jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
roda memang telah berputar

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan

sakit terhiris sepi
ketika cinta telah pergi

akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji manismu
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi
saat ku jatuh dan sendiri

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji-janjimu

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 13, 2010

kipas

al salam alaykum

korang pasang kipas camnih eh kat rumah?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 12, 2010

jumpa - jumpa sahabat lama

al salam alaykum

apa la topik pagi hotfm nih... citer pasal bestfren plak... menitik air mata aku dengar cerita Ima yg meninggalkan bestfren dia si Ina tu...

mana la bestfrens aku ni pegi? sala sorg dia Puan Firuz laa... dia pernah tulis, aku nih no 1 bestfren dia, walopun dia tah no berapa bestfren aku... itu dia yg tulih... sedih! baru2 ni, aku sms dia, gagal utk sampai ke no hp dia... dh tukar no tak bitau pun! sedih! sedih! sedih!

(inilah caranya utk bg Puan Firuz bersuara... aku rasa dia dh lama tak jenguk blog ni... sbb takde capaian dr http://tufulah.cjb.net/... dia sorg jek dtg blog aku guna address tu...)

------

semalam aku jumpa Kak Sue... sahabat sekelas aku 5 Sains kat Ihsan... susah senang belajar dlm kelas sains tuh diharungi bersama... belajar ke? kami tak belajar mana... baca buku, tido... buat latihan, tgk org sebelah... sorg jadik mastermind, tukang selesai masalah... yg lain pakat tgk jeling2, tanya2 cemana dpt...

masuk exam SPM, tulis jawapan, tatau jawapan, pandang kiri kanan, sengih2... kuar dewan, pi makan... sampai ckp kat mak, kalu dpt pangkat 1 aggregat 24, kira bersyukur sgt la tuh... pehal plak nak amik byk2 sgt? tak belajar ke? tak! hahahahah... tp alhamdulillah, walopun tak belajar sangat dan belajar dlm suasana yg celaru dan ntah apa2, kami berjaya jugak utk dpt aggregat yg best, walopun tak terbaik... dan yg penting... jadi ORANG!

------

kak sue, sahabat kami ini, brutal orgnya... tp dlm brutal2 dia, jiwang jugak! cepat tersentuh... sesuai la dgn karier dia sebagai seorg doktor... sdg berbual, teringat kat Kak Nurul, kami called dia... rupanya anak kak Nurul tak dpt diselamatkan, lemas dalam kandungan... kak Sue terus mengalirkan air mata... itulah Kak Sue...

kak sue bercerita tentang tugas2 dia sbg seorg doktor... yg aku buat aku berkata, alhamdulillah, saya tak ditakdirkan menjadi seorang doktor!

------

kak sue mengingatkan aku satu kisah, pasal apa kak sue? ko pernah ckp camnih... aku pun teringat kisah itu...

dalam makmal, kami berlima... aku, kak sue, kak yana, kak lia, ngn as... sedang mencuba labcoat baru...

aku: kenapa saya pakai labcoat nih tak rupa cam doktor eh? korang gaya cam doktor?

yer, aku sorg jek tak jadi doktor, yg berempat tuh semua doktor!

kak sue kat tawau, kak lia kat raub, as kat muadzam, kak yana doktor haiwan kat muadzam jugak...


------

kak sue: aku nyesal la masa sekolah dulu aku tak ngorat org... buat hal sendirik jek... crush pun takde... ko ada kay?

aku: ada...

kak sue: ada? ngn sapa? aku tatau pun?

aku: ramai la tau kak! ngn tutttt.... dia coupled ngn kak tutttt.... tp diorg dh clashed masa habis sekolah... tuttt kawin ngn org dia jumpa kat Mesir... kak tutttt kawin org lain...

kak sue: dia ke? takde taste la ko nih... dh la dia tuh p*nd*k!

aku: takde taste pun, suara dia sedap kak! time dia azan tuh paling best! h*fiz lg!

kak sue: a ah... suara dia sedap!

tuttt ada menulis dlm autograf aku... yg tak tahan, dia bleh tulis siap dgn no IC dia... dulu aku hafal laa... skrg yg aku ingt 800614-06-5***.... lg 3 nombor belakang tuh aku tak ingt dh...

-----

secebis kenangan lama....

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 11, 2010

kecik

al salam alaykum

ari jumaat dulu pi Chocolate Fair kat Mid Valley...

Jumpa Deanna Yusof, sbb aku tny dia coklat dia halalan toyyiban tak...

coklat buatan malaysia lg sedap dan nikmat... tp kenapa tak pernah jumpa di pasaraya2 besar dan kecil kat malaysia ni?

solat maghrib kat Jusco Mid valley... kali pertama bersolat di sana... punya la kecik bilik surau dia... sebesar2 Mid Valley tuh, buat la surau yg besar dan selesa utk umat Islam...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, January 08, 2010

pergi tak kembali

al salam alaykum

berita tentang kematian sahabat kami, Hafizullah Zulki (USMKKj, Bahan 00/04) dalam Kosmo, 07/01/2010...


Al-Fatihah utk arwah...

insyaAllah, kita jua bakal menyusulnya ke sana...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 04, 2010

pusing KL...

al salam alaykum

sabtu harituh kecewa berganda...

1. aku pi career show kat KL, nak drop resume... tp kena tahan kat pintu masuk... FEMALE tak dibenarkan bekerja di Saudi Arabia... yg itu aku tau laa... tapi Middle East lain kan boleh? peluarkerjaya yg ditawarkan bukan setakat kat Saudi Arabia je kan? lagi satu, kalu FEMALE tak dibenarkan, kenapa dlm iklan tak sebut awal2, peluang kerjaya yg ditawarkan tu utk MALE sahaja... kenapa masa briefing kat registation desk tak tahan pun kami? kenapa semasa kami called pun tak sebut? cakap OPEN to all... kenapa semasa aku e-mel kat diorg, diorg replied email suh dtg ke career show tu? kenapa?

2. tiket nak ke KLCC skybridge dh habis dlm masa sejam, aku sampai kat KLCC kul 9.30 pagi... dan kakak yg tukang bg penerangan tu suh kami dtg seawal jam 6 pagi... uhuks!

oleh itu kami ke KL tower dengan berjalan kaki dr KLCC... mahal la jugak nak naik ke dek pemandangan tuh... tp alang2 dh sampai... bayar je laa... tp berbaloi2 laa!

dapat masuk taman haiwan, F1 stimulator, dan juga pony riding... hihihih....


kodok apa ntah nama dia, dalam taman haiwan...

KL tower...


pokok jelutong yg berusia 95 thn... baca kat signboard...

selepas setengah hari kat KL tower, kami ke Sogo plak... aku window shopping jek, Intan membeli belah btul2...

niat nak jalan kaki lg, tp kaki pun tak larat dh, sbb pakai kasut kerja yg bertumit... mana tak sakit kaki...

tp mmg best!

sebulan nih aku kena betul2 diet laa... poket dh nipis sangat2...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, January 01, 2010

azam?

al salam alaykum

aku pernah cakap kat diri aku, kalu cukup 3 org tego aku kata nampak kurus, aku akan pi timbang...

aku pun timbang laa... turun la 2.6 kg...

tp ramai tak caya, termasuk laa mak aku...

siap tanya, tang mana yg mengurus tuh? tak nmpk pun...

takper...

jadinya, azam tahun baru aku...

lg mau tanya ke?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::