...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, December 31, 2009

Ustaz Din?

Kak Su ckp Ustaz Din tak wujud...

ada sapa2 nak jadi Ustaz Din?


**** aku amik gmbo nih dlm tren shuttle Shah Alam - KL minggu lepas...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 29, 2009

Jaja & Din

Barang siapa jatuh cinta, kemudian beliau menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya lalu mati, maka matinya itu ialah syahid...

intipati dr novel Jaja & Din...

pg td, ada org tego aku di stesen komuter... dia tanya best tak novel ni? aku cakap mmg best... tak sabar nak habiskan... dia ckp dia nak beli, tp tatau best ke tak... sila la beli, novel terbitan Jemari Seni tak pernah menghampakan saya...

agaknya dia tgk aku sengih sorg2 baca Jaja & Din...

pesan Kak Suraya dlm autografnya (betul ke kosa kata aku ni) di muka surat ketiga...

"Bacalah cerita Jaja untuk fahami hati Din"

baru separuh, kisah ini mmg manis!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 25, 2009

siri melawat bayi... lagi

al salam alaykum

siri melawat baby yg ke berapa pun tatau laaa...

ptg td, kami berempat... Fidah, Fatimah, Asyha dan aku pi umah Herny... melawat Herny yg baru melahirkan seorang bayi perempuan... kali terakhir kami tgk Herny ialah, majlis kawin dia, tahun 2007... pi kenduri kawin dia, kami sama2 berempat la jugak... huhuhuh... oh ya, Maziah pun ada jugak di sana... tp putera dia, si Aisar takde laa plak...

ni anak sulung Herny, Ayyash nama dia... keletah sangat! geram betul! tak sempat nak melawat si Ayyash ni dulu2...


nama saya Areej Afaf... nama mcm nama junior Ihsan dulu2... si Areej Torla...

tidur jek dia! kecik lg... kalu tak silap aku lahir 6 @ 7 hb 12... tak sempat nak sama tarikh lahir ngn ummi dia... 12hb 12...

insyaAllah... moga Areej menjadi anak yg solehah utk ummi dan abinya!

Auntie Maziah, jangan lupa yek kirimkan gambar kita ramai2 td kat kami yek! tak reti facebook, e-mail mesti pandai kan? hik hik hik hik...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 23, 2009

....

al salam alaykum

terjaga kul 4.30 pagi... nak tgk jam, muka adik lelakiku yg timbul...

dpt panggilan pagi2 hari mmg menyesakkan dada dan fikiran...

"tak baca sms ke?"

tak sedar laa... bakper?

"mak andak meninggal dh pagi td... ni kat segamat dh"

innalillah... pastu, kaklong bertolak pas subuh aaa...

"pa kata takyah balik laa... arituh dh balik dah jumpa pun"

ok... kim salam la belaka...

aku tak ralat aku tak balik... aku dh jumpa dgn arwah hari sabtu dan ahad lepas... kami balik ke gelang patah utk melawat arwah... hari sabtu, keadaan arwah baik lg... pada hari ahad, keadaan nmpk teruk... mmg tak sampai hati nak balik tinggalkan arwah... hanya doa "semoga cepat sembuh" mampu diucap... walopun dalam hati aku lain perasaannya...

kawan-kawan, mohon disedekahkan Al-fatihah utk arwah ibu saudara saya (Mak Andak) yg kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 1 pagi td... semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yg soleh dan dipermudahkan urusannya di sana...

----------------------------------

hari ini hari lahir ayahanda saya Kamaruddin bin Md Taib yg ke 54...

selamat hari lahir Pa!

doa aku, moga dikurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala-galanya utknya!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 18, 2009

salam awal muharram 1431

al salam alaykum

awal muharram di kuantan...

tak keluar rumah, hujan turun mencurah...
batuk tak kebah, suara hilang sudah
...

apahal radio nih main sumer lagu lama2 ni?

cinta azali by nurul
hangatnya cinta by lyana
aku tak bersalah by pearl
ku ingin bahagia by rina rahman

.....

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 17, 2009

pusing belakang sekejap...

al salam alaykum

tiba2 teringt soalan kertas bahasa inggeris UPSR 1993...

If you are ___________, you will be bla bla bla bla (tak ingt la plak ayat penuh dia)

antara pilihan jawapan yg aku ingat: kindly, friendly... lg 2 aku tak ingt sbb mmg tak masuk ngn ayat...

aku jawab, mula2 friendly.... tp aku tanda bulat kat soalan tuh, maknanya tak yakin laa... saat akhir pengawas peperiksaan nak kutip kertas jawapan, aku pi tukar, jadi kindly...

org tak pandai bahasa inggeris la katakan...

keluar dewan, semua pakat berkerumun kat cikgu tanya soalan yg rasa susah dijawab... cikgu cakap: jawapan dia friendly... kindly tak masuk ngn ayat... kalu buang ly jadik kind jek, baru masuk...

nyesal aku!

kenapa tiba2 teringat? skrg nih kalu tulis email, skit2 "kindly"... nak buh "friendly" kang tak kena plak!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 16, 2009

misteri tukar beg

al salam alaykum

ingt tak lg mamat pakai beg galas ANTI ISA, ber earphone putih tuh?

dh lama jugak tak jumpa dia...

pg td nmpk dlm shuttle train...

masih ber earphone putih, tp beg dh tukar beg sandang... takde dah lencana anti ISA... kat beg tuh bersulam "Malaysian Human Rights Day"... itu jek yg aku nmpk utk dibaca... tulisan lain semua kecik2...

dan, dia turun kat KL Sentral la plak kali ni... aku nmpk dia naik eskalator, tp pastu tatau ke mana menghilang... hahahaha...

misteri la sangat! :p

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 14, 2009

sensitif

al salam alaykum

keluar dr touch n go kaunter, ada sorg mamat panggil... nak buat survey...

ok...

dipendekkan citer, sampai laa satu soalan...

"ok kak, ni soalan sensitif skit"

aku dh rasa mcm pucat, apa kemenda la plak survey touch n go ada soalan sensitip ni...

"umur akak berapa?"

"28, apa yg sensitifnya dik?"

"takde laa, ada setengah org tuh tanak bitau umur dia baper, sensitif katanya"

"ooo, yer ker?"

sensitif la sangat...

tp mmg yer pun, bg setengah org, umur adalah sesuatu yg sensitif...

hmmmm!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 10, 2009

hancurr!

al salam alaykum


semalam housemate aku masak lasagna...

lengkaplah satu hari aku semalam menu sumer ala2 barat...

makan pagi: spagheti
tengahari: salad
malam: lasagna

sedap!!!

apa yg penting... diet aku hancur... takut plak nak pi timbang bulan ni... huhhuhu...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 09, 2009

aku masih di sini

tit titt tit titt...

ada sms...

Kak Linda Komuter... Kak Linda nak pulangkan novel ke?

Assalamualaikum kay... lama tak nampak kay... kije kat sentral lg tak?

waalaikumsalam... kije lg kak! tp skrg nih kuar awal balik pas maghrib... bz skit...

ooo... patut laa...

itu kisahnya...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 01, 2009

dah biasa

al salam alaykum

i

dia: hello, bleh bercakap dgn PUAN kay?
aku: yer bercakap...
dia: bla bla bla bla... maaf nak tanya, ni PUAN ke CIK yek?
aku: mana2 pun boleh...

ii

1: kak nak buat apa ni?
2: eh, pesal ko panggil dia kak? umur dia sama ngn adik aku laa...
3: takper2, aku tau, dia hormat kat aku jek...

iii

1: anak awak ni dh umur berapa?
2: erm... tak, ni adik saya... umur dia 10 thn...

iv

1: kaklong makan nasi minyak dh sini (rumah jiran), bila plok umah 'nasi minyak' umah kaklong?
2: raya pertama arituh ma buat dh kan nasi minyak, bakper dop makan?

--------------------------------

aku tau, aku dh umur 28... aku tau, raut wajah aku matang...

aku dah biasa...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::