...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, July 31, 2009

tak bersalah

Al salam alaykum

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah...

* supaya kita dapat menjadi penilai yang baik...
* supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah...
* supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA...
* supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
* supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya...
* supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA...
* supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH...
* supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL...

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…

PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

**petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January**

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 30, 2009

mujur tak kena pijak

al salam alaykum

situasi 1:

kat pasar malam kat Sungai Isap, Kuantan, beberapa thn dulu... ikut mak aku pi beli barang... sambil aku tgk2 baju... ada la berkenan jubah seluar sepasang...

KHR: makcik, harga jubah nih berapa?
Makcik: RM 80...
(mahal, tak setara dgn material, tp cantik)
KHR: takleh kurang lg ke makcik?
Makcik: tak bleh la dik... baru smpi ni... design baru...
Mak aku: bleh laa... bg laa RM 70...
KHR: takpe laa... lain kali la makcik...
Makcik: takpe laa... kat sini cikgu2, doktor2, misi2 ramai dtg beli... diorg suka beli... tak kisah harga berapa pun... arituh ada cikgu beli bla bla bla bla (panjang lg laa)
Mak aku: takper laa makcik, engineer tak beli baju kat pasar malam...

aku terkulat2... mak aku dh bebel... tujuan mak aku bukan nak tunjuk sgt pasal aku ni... masa aku kije jadi engineer pun gaji aku tak besar pun, cukup laa nak sara hidup aku, sbb dok ngn mak ayah lg masa tuh... tp makcik tuh mmg pandang aku takde mata... sbb aku pi pasar malam pakai t-shirt lusuh, seluar track ngn selipar jepun... pakai tudung pun senget benget, sememeh je... agaknya pd mata dia minah kilang pun cantik lg...

-------------------------------------------------------------------------
situasi 2:

kat PKNS, van bergerak "Karnival Pekerjaan"

aku jenguk2, apa jawatan yg dia offer... hanya ada operator pengeluaran lelaki/wanita utk sektor automotif, niat hati, nak tny utk adik aku...

KP: Assalamualaikum kak... akak bleh tgk dulu, gaji kira hari, RM 36 sehari... ada shift... dlm sebulan bleh dpt RM 1000 plus OT
KHR: Waalaikumsalam... kilang apa?
KP: Kilang automotif... skrg nih ada kosong mmg nak pakai org kat seksyen 26... akak isi duduk dulu, tgk2, bleh isi borg skrg...
KHR: boleh ke nak isi borg utk pihak adik?
KP: oh, utk adik ke? ingtkan akak yg nak kije... akak amik kad sy ni, nnt suh adik kontek... akak tanak mintak ke?
KHR: takpe laa... terima kasih, kalu ada kerani nak ler...

mmg muka aku muka kampung sgt kot!

==> kita harus pandai meletakkan diri kita di mana... jangan terlalu tinggi, sehingga tak tercapai dek orang... jangan terlalu rendah, sehingga mudah dipijak orang...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 29, 2009

kawan aje...

al salam alaykum

kawan2 aku dr pelbagai lapisan umur...
ada muda, ada sebaya, ada yg tua skit dr aku...

biasa la kawan2 ofis... housemates, kawan sekuliah, kawan lama, kawan baru...


apabila aku bersama dgn yg muda, aku rasa tua...

apabila bersama dgn yg sebaya, aku suka...

apabila bersama yg tua, aku rasa aku tua...



uwwaaaa!!!!



dgn yg tua, aku rasa aku tua...

dgn yg muda pun aku rasa aku tua...

apabila dgn yg muda, aku rasa penuh dgn sifat kekakakan... bersifat utk melindungi...

dgn yg tua plak... aku berasa aku pun sama umur ngn diorg, diorg plak yg rasa muda bersama ngn aku...

berkawan dgn yg tua, yg seronoknya, diorg buat aku cam adik diorg...
byk nasihat, panduan utk menempuh hidup yg berliku...

skrg nih, kawan2 aku ialah:
1. housemates aku
2. officemates aku
3. commutermates aku (kalu ada)

mintak maaf yek akak2 MLMmates, walopun sy tanak buat MLM tu, kita tetap kawan kan?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 28, 2009

katakan!

al salam alaykum

aku dh mula serabut!

aku kena belajar katakan tidak!

aku kena belajar katakan tanak!

aku mesti tahu apa itu tak mahu!

tidak!

tanak!

tak mahu!

katakan!!!!!

dlm ati jek boleh...

susah rupanya!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 27, 2009

praktis aje!

al salam alaykum

kena asah skill pandu kereta manual di jalan2 yg sesak, jalan2 yg jam, jalan2 yg byk traffic light, yang berbukit bukau, jalan2 kampung... supaya aku menjadi pakar! bkn hanya berani pandu kereta manual kat highway jek! supaya sejarah kat bulatan kecik tak berulang lg!

kalu adik aku takde, moto dia pun takde, Encik Hitam Legam aku pun kena tinggal kat Shah Alam ni... takkan aku nak harap ayah aku plak yg pandu, kalu nak ke mana2 dlm bandar kuantan tu... kesian ayah aku!

bila agaknya aku bleh suh ayah aku berenti kerja? macamana dia nak bawak lori, dgn penglihatan sebelah mata je? bkn senang nak agak dan anggar jarak... yg dh dekat, dia nmpk jauh lg...

semoga Allah mempermudahkan urusan kami! Aamiinn...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, July 26, 2009

itupun letih...

al salam alaykum

hari nih beraktiviti lg... sepatutnya aku pi kelas MLM yg aku "masuk" tuh, tp housemate ajak pi kenduri sepupu dia kat Pandan Indah...

pagi2, kami ke PKNS Shah Alam dulu, pi Pesta Buku Selangor... masih awal, org pun tak ramai... aku tak dok lama2 kat satu2 booth... sbb nnt byk la buku aku nak beli, tp byk laa kecewa yg aku rasa, sbb poket aku sesak...

sempat la amik 3 novel, 1 novel Jemari Seni, 2 lg novel PTS... 5 buah buku kisah Nabi utk adik aku... nak beli buku Ustaz Hasrizal, tunggu gaji masuk akhir bulan nnt, insyaAllah sempat minggu depan lg sekali singgah...

singgah kat Jemari Seni ingtkan En Keri ada la kot, takde pun... kat PTS plak kot2 Akhi Jiwais ada kat situ, takde jugak... singgah kat Inteam Record, kot2 Kak Yanti ada, takde jugak dia... tp Ustaz Zamri ada...


secara keseluruhannya Pesta Buku Selangor thn nih tak macam thn lepas... aku rasa mcm ada menda yg kurang jek... booth pun tak byk mcm thn lepas... mmg tak best laa...

lepas sejam kat PKNS, kami pun ke UKM Bangi dgn komuter, pastu ngn akak kpd Kak Roza, kami ke Pandah Indah, ke kenduri sepupu mereka...

arinih mmg letih!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, July 25, 2009

Kajang kali kedua...

al salam alaykum

aku smpi ke Kajang kali kedua... meneman kak Roza ke rumah sepupunya... alang2 dh sampai Kajang, apa kata kita round sat kat Pekan Kajang... pekena sate kajang sat...

ada lg 1 nama, selain Haji Samuri, Nooriwan tak silap aku... tp sbb tak berani nak cuba, kami ke Haji Samuri juga, walopun Haji Samuri dh merata kat Selangor ni...

aku tny kawan aku, budak jati Kajang tuh, smpi sudah tak balas sms aku... aku nak call dia, aku takut mengganggu, yer la kan, org baru bekeluarga, so aku sms je laa... nak tny org lain, hanya dia saja budak Kajang yg aku kenal... dari sisi yg baik skit, dia ada hal penting la tu...

sudahnya, Haji Samuri pun Haji Samuri laa...

insyaAllah, lain kali, ada rezeki, sampai lg, kami ke gerai sate Kajang yg lain pulak... sambil2 nak mandi manda kat Sungai Tekala... cantik tak kat situ? kawan2, bg la pendapat/cadangan yek!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, July 24, 2009

lama tak jumpa

al salam alaykum

lama tak jumpa...
kawan aku...
jumpa2... ajak aku join MLM...

lg sekali!

dia bawak kawan...
kawan dia tgk aku atas bawah...

eh, mcm Ustazah!

lama jgk aku tak dgr org ckp cam tuh...

Pesta buku dh mula kat PKNS Shah Alam...

aku suka!
aku tension jugak!
poket kering... nak bli buku pakai apa?

Kak Jie ckp, yg ko gatal pi ikut kawan ko ceramah MLM smlm knp?
tak pasal2 terbang 68...
kalu tak, baper buah buku ko bleh bli...

Kak Jie tau tak, nama sy maksudnya kebaikan sy?
sy kena tunjukkan laa sifat2 yg seiring dgn makna nama...
wakakakakakaaa...

heh!

dh laa... tension!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 23, 2009

rindunya...

kat laptop aku!!!


huhuhhuhu...

Kay
1 Syaaban 1430H

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 21, 2009

tambang nak naik?

al salam alaykum

harga tambang pengangkutan awam akan dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos nnt... oleh itu, ramai yg meminta, seiring dgn kenaikan tambang, kualiti perkhidmatan juga mesti ditingkatkan...

sbg seorang pengguna pengangkutan awam yg tegar, aku kurang bersetuju dgn kenaikan tambang pengangkutan awam ni...

malam td, aku pulang ke shah alam menaiki bas kuantan - kuala lumpur - shah alam - klang...

kita lihat pra-peningkatan yg dilaksanakan sblm harga tambang naik:

1. sebelum2 nih, kalu menaiki bas, paling cepat akan smpi ke shah alam dalam masa 4 jam... tp malam td, bertolak pukul 12.40 am (sepatutnya 12.30 am), sampai ke shah alam pukul 3.40 am... aku tido pun tak lena! asyik brek mengejut jek!

2. seorg pakcik, warga emas aku kira, destinasinya ialah Shah Alam... tp bas yg aku naik ni akan berhenti di Klang dahulu sblm Shah Alam... aku agak pakcik tuh tak pernah naik bas ke Shah Alam... dia pun tny la kat pemandu bas tuh, dh berenti ke kat Shah Alam? drebar tuh pun menjawab dlm nada yg kasar, mula2 klang dulu la pakcik, kendian baru shah alam... tak bleh jawab elok2 ke?

3. oleh sbb perkara di atas, suka la aku nak nasihatkan lain kali tukar laa papan tanda kt depan bas tuh, jadik camni: Kuantan - Kuala Lumpur - Klang - Shah Alam, baru laa org tak kompius!

4. ada dua org Indonesia sdg nyenyak tido sampai ke Klang, drebar tuh pun dtg gerak diorg, nak turun mana ni? diorg jawab: nak turun Pudu... laaa, td kan sy dh jerit Pudu Pudu, knp tak turun sekali ngn org dakwah ramai2 td (ada sekumpulan pendakwah Siam, diorg nak turun Gombak, tp tak sedar, turun Pudu la plak) org Indonesia berdua tuh pun tny, cemana nak pi Pudu semula? korg turun sini, tny la diorg kat bawah tuh! sy smpi Shah Alam nak balik umah, nak tido!

5. lg 1, aku tak pernah kalu turun kat Shah Alam kat tepi jalan... mesti bas masuk ke stesen bas... tp kali ni, first time, kena turun tepi jalan, seberang plak tuh... huhuhuhu...

mcm ni nak naikkan tambang pengangkutan awam? sungguh tak berbaloi... pengusaha bas awam ckp diorg tak pernah naikkan tambang sejak beberapa thn yg lalu... yg aku musykil tuh, beberapa thn yg lalu tambang mmg tak naik, tp sejak setahun yg lalu, surcaj 30% tuh utk apa eh?

aku tak dpt bayangkan kalu tambang komuter plak yg naik... cemana la agaknya?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 20, 2009

hari yg Isnin

al salam alaykum

ada beberapa perancangan yg terpaksa dibatalkan... antaranya, berjumpa dgn pakar mata yg rawat ayah aku... kena called semula hari khamis nnt, utk set masa temujanji yg baru... hari jumaat aku called, dia ckp pakar mata ada, cuma staff dia jek takde nak setkan temujanji... tp hari ni called semula ckp takde 3 hari, kena kursus... harap2 dpt la sblm puasa, aku pun kena balik semula selain drp temujanji ayah aku, jugak urusan aku yg lain...

bulan ogos, takde aral melintang, jika kesihatan mak ayah aku mengizinkan, diorg akan turun KL time cuti sekolah, nak meneman adik aku yg sarat menunggu masa... tak sabarnya!

ada kisah yg tak sabar itu...

kakngah: takper la kaklong, anak aku lahir kekgi mu main la puas2...
kaklong: masa ni mu ckp la gitu, kekgi kang mu jadi kedekut jugok...
suami dia jawab: kita ikat jek anak kita... huhuhhuhu...

ampas laa...

malam ni naik bas balik shah alam... esok kena kije! minggu kerja yg sangat sibuk akan bermula!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, July 19, 2009

sekejap je kan?

al salam alaykum

sapa eh yg menang tilawah peringkat kebangsaan? aku tgk malam yg pertama, pastu skit2 masa tgh2 tilawah... aku smpt la tgk 3 org yg masuk akademi Al-Quran tv9, wakil negeri masing2 utk tilawah peringkat kebangsaan nih...

td sdg tunggu2 keputusan, aku dh tertido2 ayam, kambing ke, gajah ke... smpt tgk juara qari sdg memperdengarkan bacaan, tp tak perasaan td negeri mana... yg qariah, juara ialah Sharifah Khasif, wakil negeri Perak sdg memperdengarkan bacaan... pastu terdengar2 kat telinga nih penyampaian hadiah, pastu aku terus hanyut... ilang nak tgk citer babysitter kat tv3...

jaga2 dh kul 2 pg, tgk2 mak ayah aku tak balik lg ngn adik dan adik ipar aku... diorg pi berubat kampung... nak ikut tak muat keter, takkan laa nak pi 2 kete plak kan? adik aku si mak buyung dh takde kat depan, dh masuk tido dlm bilik... called ayah aku, tak siap lg, org ramai... aku bgn bukak pc, tny pakcik gugel, takde lg result utk tilawah kebangsaan... cek utusan online sat... ok, terselit2 jauh beritanya dalam sisipan Dalam Negeri, juara qari dr Sarawak... Awangku Omar Asfuaddin...

nnt Tilawah Peringkat Antarabangsa plak... pastu Ramadhan pun tiba... sekejap je kan?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, July 17, 2009

warna warni kehidupan

al salam alaykum

masuk lif nak menuju ke bilik meeting...

RYS: harini sumer baju kaler coklat...
CYF: khairini hari2 kaler coklat...
KHR: ampess laa ryan ni...

meledak ketawa dlm lif

tengahari pi makan kat restoran puteri kat brickfields, first time pi makan kat situ... pekerja dia dok kira2 laa harga makanan kitorg, tp dia tak bg pun, selit ke kertas harga tu kat pinggan kitorg... terus bg kat kaunter... dlm hati, cemana nak bayar nnt, nak tau harga baper...

kat kaunter, awak baju pink, harga RM bla bla bla... awak baju hijau, harga bla bla bla... awak baju hitam, harga bla bla... awak, harga RM bla bla bla...

KHR: baju sy kaler apa?
RP: takde tulis kaler apa...

wakakakaakaa...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 16, 2009

cuba cuba jangan cuba...

al salam alaykum

aku dpt dr forwarded email... dh lama dh... aku called no tu... mmg wujud laa agensi ni...

dan iklan ni pun mmg iklan btul... ada sapa2 nak mencuba??

ada org ckp, giler aar mu kay, bleh dia tepon... aku tepon bukan berminat, tp nak tau btul ke tak iklan ni, wujud ke?

mmg wujud!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 15, 2009

tentang mata

al salam alaykum

siang td ayah aku kena buat pemeriksaan susulan pasal mata dia... aku dpt bercakap dgn doktor sendiri, tp dia tak bitau detail sgt pasal penyakit ni, dia ckp ini adalah strok mata, salur darah pada mata mengalami tekanan dan pecah/bocor... dia juga menerangkan kaedah rawatan dan kos utk rawatan tersebut...



ayah aku dpt penyakit mata nih, disebabkan faktor usia yg meningkat, darah tinggi (ayah aku kan pernah kena angin ahmar dulu) dan juga tabiat merokok, walopun dh berhenti merokok selepas pulih dr angin ahmar...


kos rawatan sgt la mahal, terkejut aku! walopun kat spital kerajaan! kalu p swasta, aku tatau la berapa kosnya tu... kena bawak berbincang dgn family... kaedah rawatan, ayah aku kena amik 3x kali suntikan, sekali sebulan... kesan rawatan samada berjaya atau tidak hanya dapat diketahui 3 - 4 bulan selepas selesai sesi rawatan... bila ditanya percentage utk sembuh atau dpt melihat semula, doktor tuh tak jawab, dia suh tunggu dan bawak bersabar... takde cara lain ke? pembedahan dan laser tak sesuai sbb usia...



aku tak sabar nih nak balik kuantan! nak carik kos utk rawatan... walopun time kejadian ayah aku sdg bekerja, tp aku tak pikir insurans tempat ayah aku kerja bleh cover kos rawatan ni, sbbnya penyakit ni disebabkan oleh faktor kesihatan ayah aku...



aku tny pakcik google, setelah membaca beberapa artikel, ini yg aku dpt dr sini...



1. Penyakit Degenerasi makula



Penyakit degenerasi (kemerosotan) makula merupakan salah satu punca masalah buta di kalangan individu berumur antara 55 hingga 60 tahun di serata dunia.


Sebanyak 3.5 peratus daripada individu berusia antara 40 hingga 80 di kalangan bangsa Melayu di Singapura dilaporkan mengalami masalah ini.


Kaum lelaki merupakan majoriti yang mengalami penyakit ini berbanding kaum wanita.


Kajian di kalangan warga Australia di Sydney juga menunjukkan peratusan yang sama. Walaubagaimanapun, kita masih tidak mempunyai data untuk prevalens (sebaran) penyakit ini di Malaysia.



Penyakit ini juga berlaku akibat faktor peningkatan usia. Namun, para penyelidik telah mengenal pasti hubung kait yang jelas di antara amalan merokok dengan penyakit degenerasi makula.


Mengikut laporan yang diterbitkan dalam salah satu jurnal perubatan antarabangsa pada awal tahun ini, mereka yang merokok pada usia muda dan telah berhenti merokok berisiko lebih tinggi untuk mengalami buta akibat penyakit degenerasi makula berbanding mereka yang tidak merokok.


Dalam satu kajian yang berasingan, mereka yang merokok mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi mengalami penyakit ini berbanding individu yang tidak merokok. Penyakit ini juga didapati berlaku 10 tahun lebih awal di kalangan mereka yang merokok.



Pesakit degenerasi makula biasanya mengadu kabur penglihatan pada bahagian tengah dan mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, menonton dan memandu.


Keadaan ini bagaimanapun tidak menyebabkan rasa sakit atau kemerahan pada bola mata. Lama-kelamaan pesakit boleh menjadi buta sepenuhnya.


Ubat untuk merawat penyakit ini melibatkan kos yang mahal. Penglihatan pesakit juga sukar dipulihkan sekiranya terdapat parut pada bahagian makula.


Sekiranya ini berlaku, pesakit akan mengalami buta secara kekal dan perkara ini pasti menjejaskan satu kehidupan yang berkualiti dan berwarna-warni.


Penyakit ini boleh dicegah pada peringkat awal. 'Jangan merokok' merupakan langkah pencegahan yang utama dan sepatutnya menjadi amalan kita.


Banyakkan pengambilan sayuran hijau seperti bayam dan sawi. Khasiat sayur-sayuran ini memberi kebaikan kepada salur darah pada lapisan retina.


Senaman sebanyak tiga kali seminggu juga dilaporkan dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit ini sebanyak 70 peratus.



2. Saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina


Saluran darah arteri yang tersumbat pada lapisan retina juga menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba.


Penyakit ini juga dikenali sebagai 'strok pada mata'. Ia merupakan satu keadaan kecemasan dan perlu diberi rawatan segera bagi mengelakkan pesakit menjadi buta.


Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan berkait rapat dengan amalan merokok.


Di Amerika Syarikat, penyakit ini berlaku pada kadar 0.85 bagi setiap 100,000 individu pada setiap tahun. Penyakit ini juga lebih banyak berlaku di kalangan pesakit lelaki berbanding pesakit wanita.


Pesakit biasanya mengalami masalah jantung atau saluran arteri karotid yang sempit selain amalan merokok dan tahap kolesterol yang tinggi.


Darah beku dari jantung atau saluran arteri karotid menyebabkan saluran arteri pada lapisan retina tersumbat secara tiba-tiba.


Ini menyebabkan kekurangan oksigen yang ketara pada lapisan retina dan mengakibatkan mata menjadi buta.


Pesakit boleh menjadi buta secara kekal sekiranya rawatan kecemasan tidak diberikan dalam tempoh empat hingga enam jam yang pertama atau lambat mendapatkan rawatan doktor setelah mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas.


Penyakit ini perlu dicegah sebelum berlaku. Sebanyak 65 peratus pesakit menjadi buta kekal akibat penyakit ini.


Amalkan cara hidup yang sihat. Pesakit perlu mendapatkan rawatan perubatan yang konsisten dan teratur bagi memastikan penyakit jantung dan paras kolesterol berada pada tahap yang terkawal.


Berhentilah merokok atau jangan merokok merupakan asas yang penting untuk mencegah mata anda daripada buta.



3. Saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina


Saluran darah vena pada lapisan retina yang tersumbat menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba. Pesakit biasanya tidak mengalami gejala sakit atau bola mata yang kemerahan.


Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan juga mempunyai hubung kait dengan amalan merokok.


Selain itu, pesakit juga turut mengalami masalah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi dan paras kolesterol darah yang tinggi.


Amalan merokok menyebabkan saluran vena mengalami kecederaan dan mengakibatkan berlaku tindak balas sel-sel darah pada tempat tersebut. Keadaan ini menyebabkan saluran vena menjadi sempit dan mudah tersumbat.


Saluran vena yang tersumbat ini menyebabkan kekurangan peredaran darah pada keseluruhan lapisan retina. Ini diikuti dengan terjadinya pendarahan dan bengkak pada lapisan retina.


Keadaan ini menyebabkan pesakit menjadi buta. Rawatan laser ditawarkan dalam kes-kes tertentu yang melibatkan bengkak dan timbul salur darah baru pada lapisan retina.


Sekali lagi, rawatan pencegahan amat penting. Dapatkan rawatan moden bagi memastikan penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal, serta pengawalan paras kolesterol yang optimum. Tinggalkan tabiat merokok yang terbukti menyumbang kepada masalah buta.



"Strok mata berbeza dengan penyakit mata yang lain. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit tidak mengalami kesakitan. Strok mata boleh dikenal pasti apabila mata menjadi kabur, gelap dan menyebabkan penglihatan seseorang itu hilang secara tiba-tiba pada satu atau kedua-dua bahagian mata," kata pakar mata Hospital Ampang Puteri, Datuk Dr. Baljit Kaur. -Harmoni 15-31 Mac 2007-



kawan-kawan, CEGAH SEBELUM PARAH!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 14, 2009

cinta fotokopi

al Salam Alaykum

peribahasa apa laa yg sesuai utk ibu dan anak ini?

kuah tumpah ke nasi?

bagaimana acuan, begitu laa rupa kuihnya?

apa lg???

tak puas aku tgk Aisyah ni...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 13, 2009

menuju bintang!

al salam alaykum

ok, buku yg sy tunggu2 dh smpi ke meja sy... alhamdulillah! tp takde laa autgoraf penulis... ada kang tahan penulis kat dlm komuter suh bg autograf...

pas baca, kalu rasa nak komen sy komen la yek!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, July 11, 2009

Hari utk keluarga

al salam alaykum

sbb aku tak bleh nak bali, ayah aku called smlm pun tak bg balik... aku kembali semula ke perancangan asal, ke Fun at The Park, Taman Botani, Putrajaya... pi dgn Kak Lydia...

Aku geng kungfu panda... sebesar2 kungfu panda... kami la juara!!! keseluruhan plak tuh...

macam2 game ada... game yg selalu ada kat funfair pun ada... aku dok main baling bola pingpong masuk dlm bekas telur ayam... asyik dok ulang yg tuh je... takde org main sgt yg nih, pas aku, org lain, prg lain, pastu aku balik... pastu org lain yg, org lain yg td lg, aku semula... hihihih... smpi adik yg jaga tu ckp, akak tak main yg lain ke? dh, dh dpt adiah pun, kecik2 jek... sy nak dptkan frog tuh... cantik giloss kaler ijau!

last2, org lain yg dpt frog tuh... pastu gerai tutup sekejap, bukak balik aku pi main lg... hahaahahah... last2 dia bg aku Barnie, sy kasik adiah la utk akak... dh bosan la tuh tgk aku jek yg beratur... member yg ikut aku dia bg ikan ke duckling ntah...

pas abis main2, kami makan kat Putrajaya seafood restaurant... alhamdulillah... tp makan tak byk mana, sbb byk main...

ni anak2 kak llydia yg aku jaga sekejap jek... dok melukis kat tgn... ada org melukis kat muka... aku tak buat laa...

ayah aku dh bleh kuar dr spital, tp keputusan apa penyakit tatau lg... diorg bertolak balik johor... Mak Tam tepon aku tny tak balik johor gak ke? bersalah plak aku rasa... Along pun dh selamat nikah, alhamdulillah!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, July 10, 2009

:-(

al salam alaykum

perkhabaran yg aku terima tengahari td, ayah aku mengalami pendarahan dalam mata kanan... malam ni kena tahan dalam wad... mak aku ckp, ayah aku nmpk objek mcm gerhana matahari... doktor ckp, mungkin kesan strok thn 2003 dulu... kena tahan dlm wad semalaman, sbb pg esok doktor pakar mata akan memeriksa mata ayah aku...

aku nak balik pg esok, sbb bateri kereta aku tak ganti lg, tak berani nak drive mlm2... tp mak aku ckp tak payah laa... kalu ayah bleh kuar awal dr wad, diorg tetap akan balik ke Gelang Patah, Johor utk meraikan perkahwinan sepupu aku... kalu tak dpt keluar wad, baru laa aku bleh balik...

berharap segalanya akan baik belaka! Aaamiiin!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 09, 2009

makan utk berpisah...

al salam alaykum

sob sob sob... sedih gak!

baru balik pas makan2... meraikan (???) perpisahan ngn housemate kami ni.. Cik Aizah kita yg akan kembali berkhidmat di Gurun... tp sorg lg housemate takde, sbb sdg berlibur dgn team building dia kat langkawi (bapok beh!!!!)

yg berdua kat bawah ni ex-kawan2 seofisnya... turut sama utk meraikan perpisahan ini... cam jauh jek bunyinya nak pi...


kami bermakan2 di restoran di bawah... hmmm... boleh la tahan, tp servis tak best...

antara hidangan utama ialah tomyam seafood dan tomyam campur... aku tatau pun apa beza kedua2 tomyam tuh selain dr sebutan dan ejaannya... yg lain sumer sama!

kerabu mangga... eh lupa amik gmbo sotong celup tepung ler... sotong celup tepung dia pelik skit, sbb tak makan ngn sos, dan mmg la pelik sbb langsung takde nak rasa pedas2 ke apa ke... bila aku panggil abang tukang antar pesanan tuh nak mintak sos, dia bleh pi kat meja lain... aduish!!! takkan nak kena panggil adik baru nak dtg kot! huhuhhu... mujur ada cili api...

sate nih pembuka menu kami... sedap! alhamdulillah...

Cik Aizah dan Along sedang menunjukkan cara2 utk makan otak2...

oh ya! otak2 nih ialah otak2 yg ikan dan tepungnya dan santannya dan segalanya yg telah dkisar bersama2 dijadikan pes, dan dibungkus dlm daun kelapa, di bakar dan dimakan... mati2 aku ingt otak2 yg mmg ada ikan dan kelapa tuh, yg byk dijual di kampung halamanku di terengganu dan juga di daerah pembesaran, di kuantan... ikan btul ler! bukan rasa ikan! yg otak2 ada rasa ikan ni aku pernah jumpa kat kg halaman aku yg lg satu, kat gelang patah, johor...

oh, kami hanya tersengih menunggu hidangan sampai... hhuhhuhuh...


ok, insyaAllah akan ada sessi kedua, doakan dikurniakan rezeki yg lebih... sesi kedua itu ialah sbb nak tunggu lg sorg housemate balik dr langkawi tuh laaa... tp bila dia balik, Aizah pun dh selamat tiba di Gurun...

insyaAllah, ada jodoh jumpanya!!!

utk Aizah... walo di mana pun kita tercampak... kita tetap berkongsi bulan bintang dan matahari yg sama...

selamat maju jaya di kampung halaman sendiri!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 08, 2009

gali lubang tutup lubang

al salam alaykum

dua tiga minggu lepas, tgk website junior aku, dia join unit trust... kira tuh website utk kumpulan dia laa... dr website gaya2nya mcm dh jadi jutawan! huhuhuhu... buat unit trust, kalu btul2, mmg membuahkan hasil... dulu dia rajin gak dtg kat kampeni lama aku kat kuantan sana, promote unit trust... terkojut den! kawan2 dia citer, mmg dia minat, dia nak jadik jutawan dlm usia muda, nak pakai CLK... dan skrg, dia berjaya! tahniah!

pastu plak tgk rancangan bijak wang, pengurusan kad kredit... terkesan jugak aku! walopun hutang aku ngn kad kredit takde laa mencapai 3k, tp bg aku sgt la byk! dh serabut dh aku! tu laa... elok2 takde utang ngn jpa, takde utang ngn ptptn, ko amik plak utang ngn kad kredit... mula2 dulu niat nak pakai sbb nak bayarkan servis keter je dulu kalu takde duit, pastu takut kang kena pi kerja luar dr daerah kuantan... mula2 niat yg murni tu mmg btul jek lurus, tak pernah la pakai utk tujuan lain... bila dtg kl nih, mcm2 menda aku suka, mcm2 menda aku nak, semua hulur kad... itulah perbelanjaan tidak baik! pastu ada lg, bila dpt panggilan ntah apa2 tu kan, tensen! kita tak setuju pun, jadi setuju!

tgk plak 3R, pendapatan pasif... duduk depan pc buat duit... dgn macam2 kemahiran yg ada, ada jual tudung kat internet, ada tulis lagu, ada tulis novel, ada buat kraftangan, ada jual kek... apa la yg aku nak buat nak jana pendapatan pasif?

nak menulis, aku mmg tak reti, merapu aku pandai... nak jual kraftangan? makin keras la tangan aku... nak bakar kek? terbakar la kek tuh hangus jadinya... nak menjahit? aku belajar menjahit tak habis, sempat belajar siap baju kurung sepasang, baju melayu sehelai, itu pun aku jahit baju kurung utk mak aku 1, aku 1, adik bongsu aku 1, baju melayu 1 utk adik aku, tu pun 7 - 8 thn dulu... nak mengait? aku kidal, so bunga yg timbul pelik la skit dr yg org normal, aku kait guna tgn kiri laa... lg pun, sapa la nak upah kait2 ni, org skrg sumer main beli kat kedai jek... benang minlon pun susah nak dpt skrg... tak mcm zaman mak aku dulu, ada jek org upah dia mengait macam2, alas meja laa, alas kerusi la, alas kabinet laa... nak ajar budak ngaji? best jugak tuh... teringt masa mengajar kat akademi alif, 10 thn dulu, tp kat sini budak2 dh pi sekolah agama waktu ptg... nak jual tudung? aku ada jual tudung, kongsi ngn member aku, tp tatau apa citer skrg tudung tuh, habis jual ke tak... tak nmpk lg modal aku akan dpt pulangan ke tak...

apa aku nak buat eh? nk melabur dlm unit trust, takaful pun, selepas capai tempoh matang dia, biasanya dlm masa 3 thn, baru bleh kuarkan... aku join tupperware, aku tak jual pun, sbb modal nak jual tupperware pun besar... org pun kdg2 amik nak bayar ansur2, bukan sekaligus... sudahnya tupperware tu, aku jadik ahli jek, utk kemudahan mak dan adik aku je, kot2 diorg nak membeli... nak join MLM? aku ada join hai-o, dia suh jual bio aura, tp plan yg dia bg tuh buat aku ragu2 plak... dia suh kita buat pinjaman bank, beli bio-aura, ikut suka nak jual ke tak, yg penting cari org bawah ramai2! duplicate je apa yg upline kita buat... itulah yg kita buat kat downline... yg aku pikir, ada ke bisnes takyah jual barang? musykil jugak... tgk iklan kat tv aku sengih jek sorg2...

aku takde la nak jadi jutawan, takde laa nak pakai keter besar2, tp kalu dpt, alhamdulillah! skrg pun aku bersyukur dgn apa yg aku ada, tapi aku nak capai taraf bebas hutang sebelum aku umur 35 thn... nak capai tahap bebas hutang tuh, berapalah pendapatan yg aku nak kena dpt sebulan... nak beli rumah pun, kena tanya ngn bank berapa dia nak bg pinjaman... nak setelkan bil kad kredit pun sakit... belanja bulan2 pun sakit... kalu ikut bijak wang tu, mulakan dgn setelkan hutang amountnya kecik2 dulu... kena setelkan hutang kad kredit dulu laa... padan muka! gatal lg pakai kad kredit!

ada sapa2 nak bagi aku kerja sampingan? nak jana pendapatan pasif? terima kasih!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 07, 2009

Precious moments!

Al salam alaykum

Aku salin dan tampal dr friendster kenalan aku...

Persahabatan,
Bermula dengan secebis senyuman,
Berputih dengan sebuah persahabatan,
Disulami dengan pergaduhan,
Berbunga dengan sekelumit cinta


Percintaan,
Pada mulanya tidak diduga,
Pada hakikatnya melahirkan perasaan kasih dan sayang,
Namun kita merancang tuhan menentukan,
Lalu terciptanya perpisahan


Perpisahan,
Mengajar erti keikhlasan,
Mengajar erti prinsip diri,
Mengajar erti menghargai,
Mengajar erti kelemahan diri


Persahabatan lebih bermakna untuk dikenangkan,
Lebih berkekalan untuk selamanya…

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 06, 2009

khabar dr kampung

al salam alaykum

mak aku cakap...
pak tam ngn mak tam tepon...
jemput kenduri, along nak kawin, 11/7/09 nih...
lmbt la along ckp nak kawin...
org nak pi family day kampeni...

takper laa... moga berbahagia along dan bakal isteri!

mak tam ckp lg... buah durian dh habis...
buah rambutan tinggal hujung2 dahan, ke hujung2 ranting...
itupun ada katu mah makngah jek...
sempat la kalu balik nak makan...

huhuhuh... adik aku ckp mak ayah aku insyaAllah akan balik Johor sabtu nnt...
jadinya, raya nnt tak balik la kot!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, July 05, 2009

jalan jalan makan kenduri

al salam alaykum

ok, alhamdulillah sampai jugak ke kenduri Jang... tawakkal jek...

kami salah masuk jalan, sbb peta tuh salah...

sampai2 kat kenduri... jumpa pengantin...

cemana kay, senang kan jalan? tak sesat kan?

apa plak... peta nih salah laa.. mujur kami pandai carik jalan... huhuhuh...

masuk kot mana td?

kat tol batu 11 laa...

pastu masuk la jalan yg korner macam tak siap tuh...

mana ada tunjuk korner, jalan straight ada laa...

ekekekeeke... takper peta salah, kami pandai carik jalan...

first time aku smpi Kajang... nak pi carik sate kajang, kami kenyang makan nasi kenduri...

kami pi lalu kesas - MRR2 - hubungan timur-barat - cheras-kajang

time balik kami lalu silk dan LDP...

insya Allah, lain kali bleh pi lg!



selamat berbahagia yek En Faizal & Puan Hasfa! :D

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, July 04, 2009

kali kedua?

al salam alaykum

Ini kali kedua aku dgr…

Awak dan saya, macam langit dan bumi
Tapi bukankah langit dan bumi saling memerlukan??

Semalam dalam cerita Rahsia Hati…
Hari ni dalam Nur Kasih…

Huhuhuh…

-------------------------------------------------------------------------------------

ahad ni ada "Walk for Charity"

jom laa ramai2! maklumat lanjut kat sini: Islamic Outreach

tp aku tak dpt nak pi... sbb time org berlari tuh, insyaAllah aku sdg mencari jalan utk sampai ke Kajang... bakal pengantin awal2 lg dh sms aku, melarang aku balik ke kuantan minggu ni...

awat la Encik Faizal Sapari nih tanak bg limousine jemput aku nak pi kenduri dia?

uhuhuhuh...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, July 03, 2009

Imagine me and you, I do

al salam alaykum

hari2 dgr lagu ayamas (axiata) kat tv3... aku geram! dpt carik lirik... mp3 tak jumpa lg...

Imagine me and you, I do
I think about you day & night, it’s only right
To think about the guy you love and hold him tight
So happy together

If I should call you up, invest a dime
And you say you belong to me, and ease my mind
Imagine how the world could be, so very fine
So happy together

I can’t see me loving nobody but you
For all my life
When you’re with me, baby the skies will be blue
For all my life

Me and you, and you and me
No matter how they toss the dice, it had to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together

I can’t see me loving nobody but you
For all my life
When you’re with me, baby the skies will be blue
For all my life

Me and you, and you and me
No matter how they toss the dice, it had to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together

Me and you, and you and me
No matter how they toss the dice, it had to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together
So happy together
How is the weather
So happy together
We’re happy together
So happy together
We’re happy together
So happy together
So happy together

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 02, 2009

Tag dr Kak Nieyza

al salam alaykum

Kak Nieyza sdg mengeTAG...

senang jek...



Peraturannya:
Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:
1) COPY gambar amal Islam di bawah - OK
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama - aku mengharuskan saja laa...


seterusnya....


1. Afida Anuar


2. Khairi Mohd


3. Mok Pah


4. Kak Nida


5. Kak Tasik


6. Adnin


7. Izma


8. Kak Yanti


9. Fidza


10. Syidah




Ok, dah selesai. Marilah kita sama-sama menyebarkan Islam dan gaya hidupnya ke seluruh alam. Semoga diri kita semua menjadi hamba Allah yang benar-benar berjaya di dunia dan akhirat.


okess... itu saja... daaa!





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 01, 2009

pasal makan...

al salam alaykum

hari isnin, aku bukak posa, mcm biasa laa makan nasi berlauk...
dan skrg kan aku dlm program utk menumpatkan tulang belulang aku, jadi minum susu coklat anlene tuh...
dan housemate aku beli tembikai, dan tembikai tu nmpk sedap, cukup 2x dia pelawa, aku makan 2 keping...

aku terlupa sebenarnya... susu dan tembikai dia tak ngam... tak kacik mana!

dan akibat dr keterlupaan itu, aku telah sakit perut a.k.a diarrhea, atau dlm bahasa melayu bakunya cirit birit... dlm bahasa aku, recet rebet!

dh lama tak mengalaminya! mmg sakit sgt2! tido melepek jek! dh sakit perut, tekak plak meloya nak muntah...

pg td, aku makan jus kurma 3 sudu, Kasih Adinda nama dia, dengan doa moga Allah meredakan sebentar sakit perut, utk aku smpi ke klinik...

lalu depan klinik, tak bukak lg, last2 aku pi stesen komuter, p office dulu laa... nnt sakit kat office, bleh pi klinik kat sebelah blok tu...

alhamdulillah sakitnya reda sedikit demi sedikit... tp aku mmg fobia nak makan! takut muntah dan sakit perut lg! dh tengahari skit, baru la makan nasi kukus... ni tak makan lg ni utk malam...

aku cukup fobia bab recet rebet n sakit perut nih, teringat2 kenangan dok kat ward spital parit buntar dulu... kena masuk air kat lengan ni... teringat2 doktor bubuh ubat dalam picagari dia, pastu dia cucuk kita... teringat2 nak kena telan arang yg padat jadi ubat... pastu kena minum susu garam tuh plak... sbb tuh kalu bleh elak pi klinik, aku elak!

alhamdulillah, takyah pi klinik ari ni...

sbb tu aku hati2 kalu nak makan, bedal2 bedal juga, tp tetap hati2!

--------------------------------------------------------------------------------------

gmbo durian aku amik kat sini...

eh kome doghoyan dh berbunge
moh kite balik kg segere

mak aku citer, makngah called ajak balik kg... kg kami kat gelang patah, johor nun! ajak balik makan durian! makngah ck dia tiap2 mlm pi tunggu kat kebun, tunggu buah durian jatuh... byk tuh!

jom la balik! kita makan durian yg pa tanam dulu tu!

durian yg pa tanam tak best sgt isi dia!

yg arwah atuk tanam best!

tak kisah laa jom balik! buah rambutan kompem bleh amik kat julai pokok jek!

buah manggis lg! bestnya! kedondong lg... huhuhuhu

jom la kita balik! hahahaha

adik aku, si Nisa ckp: kita balik raya nnt laa!

raya nnt abih doh laa durian... kompem dh jadi lempuk ngn tempoyak!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::