...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, June 30, 2009

bila la yek?

al salam alaykum


hari ni bestday mak aku, Puan Kamariah binti Ahmad yg ke 48! selamat hari lahir!

----------------------------------------------------------------------------------
sedih!

org lain dh bleh cek result... kami berlima tak bleh lg...

kawan2 yg lain dh hip hip hooray dh! dh tau dpt A+ ke, A- ke, A ke, B ke, B+ ke, B- ke, kami jek belum...

bkn sbb tak bayar yuran, tp disebabkan hal2 teknikal... yuran kami tip top, selalu bayar awal!



jgn la disebabkan masalah ini, kami tak dpt nak konvo akhir thn ni!



oitt! cek result tu dlu, baru la kompem bleh konvo ke tak!
bila la yek bleh cek result?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, June 28, 2009

coklat dan biru

al salam alaykum


dua pasang... insyaAllah, utk anak buah aku! lmbt lg, awal september, insyaAllah!
sindrom geram tgk baju baby!
tp aku beli saiz yg besar, bleh pakai lama skit!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

tunaikan hutang... hihihih

al salam alaykum

==== tak sempat nak bermimpi, aku terjaga, dalam jaga, aku jatuh... sakitnya Tuhan saja yg tahu! ====

----------------------------------------------------------------------------------------
aku dh janji ngn kak ecah nak jawab tag dia... ada 2 tag, tp yg lg satu tuh susah laa Kak Ecah... kay buat yg ni je laa eh! hihihihhi.... sblm aku balik shah alam naik bas mlm nih, inilah hasilnya...

1)"5" nama timangan

a. Kay
b. Kaklong @ Maklong @ Ciklong @ Along
c. Kartini @ Tini (dh lama takde org panggil ni)
d. Cik Kerini
e. Adik (17 thn dulu!)

2) "5" sifat/tabiat buruk

a. berangan
b. termenung
c. mengusha
d. sepak/cepuk org
e. perasa (yg sangat!!!)

3) "5" makanan kegemaran

a. nasi goreng USA
b. mee BANDUNG
c. nasi goreng BRAZIL (aku jumpa kat parit buntar jek, gerai kat tepi sungai tuh)
d. semua yg mak aku masak
e. semua yg org masak, janji halal! (dh hobi suka makan)

4)"5" subjek pelajaran paling suka

a. Balaghah
b. Matematik
c. Bahasa Arab
d. Subjek yg Ustaz Azhan ajar
e. Bahan Kejuruteraan... hihihihihi

5)"5" benda wajib dlm purse

a. Kad Pengenalan warna biru
b. Lesen Memandu
c. Kad Touch n Go
d. Kad Kredit
e. Kad ATM (kdg2 ada la duit 4 - 5 inggit)

6) "5" topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman

a. weh, arinih komuter wat hal la!
b. kije banyak tak?
c. tgk berita tak smlm? muka kak ros byk sgt ler...
d. jom pi surau!
e. ada kije kosong tak mana2?

7) "5" MANGSA TAG

tutup kedai dulu, nnt kita tag ramai2!


wokesh... nak berkemas!!! doakan saya selamat sampai yek!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, June 27, 2009

menyinggah

al salam alaykum

dulu Xara ada citer pasal dia singgah kat masjid al-makmur kat kuantan...

aku yg dok kat kuantan bertahun2 pun, baru first time singgah... masjid nih bukan kat kawasan bandar ataupun area umah aku... masjid terletak kat batu 10, jalan gambang... umah aku depan nun lg, kat batu 3...

kebetulan mak ayah aku singgah utk bersolat asar... aku pun teringt laa pernah baca blog Xara, dia pernah singgah kat masjid nih...

so amik gmbo laa... alhamdulillah! smpi jugak aku ke masjid nih...

arinih jadi minah rempit... keter adik aku pi teganu, tp kalu keter dia ada pun aku malas nak bawak, tak reti aku nak bawak keter manual masuk bandar kuantan yg penuh dgn traffic light nih... dulu pernah gak aku kira baper byk traffic light dlm bandar ni, tp dh lupa la berapa... aku pesan kat ayah aku suh ayah aku p kije bawak van, tinggal moto kat aku...

tp bawak moto pun aku takleh nak singgah satu2 tempat lama2, aku bimbang moto ilang... kalu moto aku takpe laa, aku belasah, ni sbb moto adik aku... tak tenteram nak jaga moto tuh... esok ada keter, aku nak ajak mak ayah aku pi kuantan parade, nak carik adiah utk member aku kawin... tp dh jumpa kt giant, tp bila tgk lama2 tak berkenan la plak... itu laa masalah aku... kalu dh berkenan, kena terus pi bayar, nnt akhirnya letak balik tak beli apa2...

nak makan durian laa! daaa...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 26, 2009

sapa kata takde mood!

al salam alaykum

sapa kata takde mood? ada le, amik cuti hari ni, sdg bersenang-lenang di kuantan... hihihihi... aku malas nak cancelkan cuti aku, walopun urusan kad bank yg ilang tuh dh setel minggu lepas... ni aku nak marah semula kat bank tuh! tp takper laa, urusan dh selesai, takyah laa marah2! yg aku tau, mmg teruk gila laa perkhidmatan bank tuh!

aku balik mlm td naik bas... duit gaji tak masuk lg... balik ngn poket kosong... huhuhuhu, yg penting hepi!

pg2 lg aku keluar ngn mak ayah aku, teman diorg pi spital amik ubat, redah segala mcm bank yg ada, tak semua laa...

kat salah satu bank tuh, aku gatal2 baca brochure pinjaman peribadi, tgk ada nama pegawai utk dihubungi yg dikenali... cek no tepon, kompem sama!

pastu, pegawai yg aku nak jumpa tu dh dtg, masuk kat pejabat dia, aku nmpk laa seraut wajah yg aku kenali itu... aku sengih sorg... dia pun pandang aku, sambil menegor, macam pernah kenal!

aku senyum jek, dia tambah lg... long time no see!

iyyer... dekat 17 thn aku tak pernah jumpa dia, atau serempak kat mana2! penyudahnya, terserempak jugak kat tempat dia kije skrg ni... sungguh sehat walafiat!

knp awk kije kat kl?

saja nak berjalan2 kat sana...

ok, aku dingin... sama laa dulu masa kali terakhir berjumpa kat bawah jejantas, seberang jalan sekolah rendah aku! sepatah pun tak kuar suara...

kami terpisah, dia menyambung pelajaran menengah di jerantut... aku masih di thn 6 di kuantan... terus terpisah tanpa khabar selepas aku tingkatan 4...

cuma 2 - 3 thn lepas, dia dpt no tepon aku dr sistem perbankan diorg tuh, dia called aku, itu laa pertama kalinya aku rasa pernah bercakap dan lama dgn dia...

pegawai bank yg aku jumpa ni plak, dok tny aku, kenal ke ngn dia? a ah, kawan sekolah... ooo! sekolah mana? masa sekolah rendah dulu... ooo! dh lama la eh...

sorry la kalu awak rasa saya sombong, semulajadi tu! ekekeke...

p/s: Kak Ecah! sy jumpa kawan sekolah menengah Kak Ecah td! dia dh berisi laaa! tp jgn ckp kat dia ek sy citer dlm blog! upah utk Kak Ecah, nnt sy jawab tag! ekekeke

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, June 25, 2009

takde mood ler...

disalin 100% daripada artikel yang dipetik dari mel elektronik yang dikedepankan...

Mengembalikan mood yang hilang

TIADA siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.

Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda.

Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.

Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.

Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.

Ketawa ubat terbaik

Terapi ketawa sebenarnya dizahirkan oleh seorang ahli terapi yang bernama Norman Cousins. Istimewanya, kajian menunjukkan apabila seseorang ketawa, ia menghasilkan imunisasi tubuh dengan tinggi terutamanya sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada penyakit kanser.

Apabila seseorang ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. Dan boleh dikatakan individu yang ceria mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang hidup dalam tekanan.. Jadi, jika anda 'tak ada mood', pergilah tonton filem komedi atau baca komik kegemaran anda dan ketawa.

Terapi sentuhan

Sentuhan manusia memang menghasilkan pengeluaran hormon seperti endorfin dan DHEA yang memanjangkan usia dan merendahkan kesan tekanan.

Kajian menunjukkan, pesakit yang sering mendapat sentuhan dari orang tersayang lebih cepat sembuh dari perasaan sedih berbanding mereka yang tidak mendapat apa-apa sentuhan dari sesiapa.

Jadi, jika sahabat atau pasangan anda 'tidak ada mood', berikan mereka satu pelukan ikhlas dan secara tidak langsung mood anda berdua juga akan lebih baik.

Jana 'hormon muda' anda

Tidak perlu makan pelbagai jenis pil untuk kelihatan muda. Kajian membuktikan bahawa dengan dengan posisi bertinggung dan kaki menekan ke bawah akan menambah 'hormon muda' anda secara semula jadi. Lakukan posisi tersebut bersama senaman seperti angkat berat, bangkit tubi dan mendayung untuk menceriakan diri.

Tarik nafas dan lepas dengan dalam dan cara yang betul

Cara pernafasan yang betul amat penting untuk mengeluarkan toksin dan kotoran dalam badan anda. Mengikut kajian, dianggarkan bahawa seseorang manusia itu mengeluarkan kira-kira 30 peratus toksin dalam badan menerusi sistem pernafasan. Pernafasan yang betul juga membantu anda melapangkan fikiran, mengembalikan kecergasan dan menaikkan mood. Latih cara pernafasan dengan senaman seperti tai chi, yoga dan senaman lain.

Hidu bauan yang sesuai

Kajian membuktikan bau bauan mempunyai impak ke atas tubuh badan dan fikiran manusia. Apabila anda memberikan stimulasi kepada sistem saraf menerusi hidu bau yang wangi dan segar anda telah mengaktifkan sistem limbik yang ada di otak anda.

Sistem limbik ini amat berkait rapat dengan mood dan ingatan anda. Justeru, jika anda tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma terapi seperti bunga jasmin, pohon eucalyptus atau anggur khusus untuk membangkitkan mood anda. Caranya dengan meletakkan sedikit pati minyak aroma terapi tersebut di poin akupuntur atau boleh juga di belakang tengkuk. Cara lain, titikkan minyak aroma terapi di dalam air panas yang dididih kemudian hidu wap tersebut. Pasti berbeza.

Khasiat bunga

Mengikut kajian bunga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit, sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, seorang individu yang melakukan tugasan selama lima minit tanpa henti pada kekunci komputernya dan di tepinya pula terdapat jambangan bunga akan lebih rileks berbanding individu yang hanya mempunyai tumbuhan hijau biasa di tepi komputernya.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, June 24, 2009

indahnya Rejab!

al salam alaykum

hari ni dah pun 1 Rejab... lg sebulan 1 syaaban... pastu 1 ramadhan... cepat sungguh waktu berlalu!

selamat datang wahai Rejab!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 23, 2009

antara 3 Nur Kasih...

al salam alaykum

antara 3 Nur Kasih ni... mana yg paling best?

1) Nur Kasih - Slam?

Bukan aku tak cinta
Kepada mu semakin kurela
Kau lah satu di dunia
Tapi kau tak mengerti
Getaran rasa hati ini
Masih ada kucari

Kau anggap aku berseloka
Dan asyik dalam misteri
Mencari Nur dan kasih Nya pasti
Akhirnya engkau curiga
Katamu aku berdusta
Memperduakan cinta

Mentari di tangan bulan
Kau serah di genggaman
Tak kuhirau karna Dia
Relalah aku korban
Andainya satu hukuman
Kau tinggal diriku
Tanpa satu pengertian

Dan sebenarnya cinta kita
Hanya cinta sementara
Kan hilang jua dibawa arus pawarna
Cinta pada kuterpandang
Kan pudar nafas hilang
Hanya ia menanti ku di Azali yang suci
Mengertilah kau sayang
Kau harus rasakan ke alam tanpa mati
Dan kita seabadi
Dan akhirnya engkau kucup oh tangan ku

Marilah ku bisikkan keramat kasih ini
Biar menjadi nadi
Rahsiakan kalimah ku
Hingga ia menjadi tanda
Hidup mati bersama
Hidup mati bersama

2) Nur Kasih - In-Team?

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

3) Nur Kasih - Yassin?

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

++ Nur Kasih - Slam takde lg jadik lagu tema drama Nur Kasih... lagu Nur Kasih In-Team, lama dulu 4 - 5 tahun sudah! drama Nur Kasih, lakonan Rusdi Ramli dan yg pompuan aku lupa namanya... sekarang timbul lg 1 Nur Kasih... tp serius, aku suka citer ni!

++ aku sdg carik mp3 Nur Kasih Yassin ni kat internet, tak jumpa lg! kalu sapa2 ada, sila2 la hulur yek! :)

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 22, 2009

jgn tepon aku lg!

al salam alaykum

aku cukup menyampah kalu dpt call dr tele-marketer! kompem aku terperangkap pastu byk laa caj kat kad kredit aku tuh... geram!!

cthnya ada la satu kampeni insurans - ada tele-marketer called aku thn lepas, utk insurans dia... dia ckp dia tak paksa, dan aku tak berminat, tp dia mintak aku cuba jugak utk 2 bulan, nnt kalu tak minat boleh call diorg balik ckp nak berhenti, dan bayaran akan dipulangkan... dalam sebulan nih, aku try call dia, nak ckp ngn minah yg kije kat kampeni tu laa, aku nak mintak potong insurans ni dan nak mintak dia pulangkan balik bayaran yg dia amik dr kad kredit aku...

asal aku called jek, cik minah tu takde kat tempat dia, mintak tinggalkan phone no nnt diorg akan call semula... 3x cam tuh, arinih aku ckp dgn suara marah2, ada laa org nak layan... dia ckp cik minah tu ialah seorg tele-marketer dan bukan pekerja dia, so skrg dia dh takde laa kat situ... aku mintak cek kan aku punya polisi, bg IC ngn nama penuh, takde pun no policy aku kat situ... bengkek jek aku rasa! cemana boleh potong bulan2 kat kad kredit aku kalu no policy takde?

aku called plak kampeni kad kredit aku, dia ckp dia akan tlg cekkan... pastu dia called aku suh call customer care insurans tuh... aku called dia pas kat org tuh, pas kat org ni... last2 aku ugut nak buat aduan! baru laa mcm bersungguh... aku bercakap dlm nada yg sopan tp berbisa... jarang aku buat camtuh! tak smpi setengah jam, dia called balik, ckp tak bleh dh kalu nak tarik diri, nak tarik diri boleh, tp duit tak dipulangkan laa... oleh sbb yg aku kena bayar tiap2 bulan nih jenis premium + simpanan, so aku tunggu lg 3 thn laa utk stop... kira ok la jugak kan, cuma lmbt la skit bleh kuar... takde la aku rasa ralat sgt!

setel masalah aku, baru 1! ada lg yg lain...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, June 21, 2009

hidup ini untuk berjalan ke?

al salam alaykum

tak pernah lg ari2 cuti, pas subuh kami berjaga... tp arinih bingkas2 mandi, mcm nak pi kerja je lagaknya! kami pi walk of life bersama jacob's... lama dh tak beraktiviti camni! azam je pas subuh setiap sabtu ahad nak pi jalan2 kat tasik shah alam, tp tak pernah jadi! harap2 ni satu titik permulaan hidup baru kami!

aku nak amik gmbo matahari sebenarnya, tp Husna bawak keter laju sgt! hihihhihi... terlepas matahari itu...

ni kami baru nak mula berjalan... aku cari fara fauzana, nak amik gmbo ngn dia... tp fara fauzana punya laa semangat, jalan paling depan sekali... kami nih org2 yg lmbt, belakang2 je laa...

dah separuh perjalanan, berenti sebentar melepaskan lelah amik gmbo kat tepi tasik... sepanjang jalan2 tuh, aktiviti dia jawab soalan kuiz, 10 soalan... soalan yg kacang2 jek! hihihhihi... tp kami amik borang jek, pensil lupa amik, pen pun tak bawak... bawak kertas jawapan tuh sambil2 mengipaskan diri... ekekekeke... dan jugak menghafal setiap soalan... nak mintak pinjam pensel ngn org lain segan! mintak ngn budak kecik, sy pun tgh jawab soalan kak!

nak mintak ngn faizal ismail, dia bz bergambar jek! aku pun dgn ramah tamahnya, abg faizal, kak fara kat mana? dia kat depan sana nun! abg faizal nih lambat la berjalan! rupa-rupanya anak isteri dia ada sekali... tp ramai la org yg nak bergambar ngn dia... aku je tak... aku nak amik gmbo ngn fara jek! tp tak kesempatan...

pas abis berjalan sejauh 5km tuh, kami buat jugak pemeriksaan kesihatan... berat aku tak ok lg, berat bulan ni sama jek cam bulan lepas... nurse tuh suh aku turunkan lg 6kg... insyAllah.. go go chaiyyok!! pastu dia suh kurangkan makan makanan yg berminyak, semua kena main rebus2, panggang2, bakar2... kurangkan nasi apa bagai... byk lg laa nasihat berguna! suh bersenam 3x seminggu (aku mmg liat!), ni adalah satu permulaan utk awak! kata nurse itu lg... semangat!

pastu buat pemeriksaan tulang la plak bersama anlene... kakak yg checkkan tulang aku tuh, sengih jek kat aku... tgk2 result dia -3.00! sgt teruk, berisiko tinggi utk pereputan tulang! aiyaaakkk! pastu ada akak sebelah aku tego aku, nak tgk result aku, aku pun tunjuk laa... teruknya! umur adik berapa? 28 baru.... ish kamu nih... akak dh 41, result akak 0.2 jek tau!

adik tak minum susu ke? sy tak suka susu... adik makan sayur tak? sy tak suka sayur kaler hijau... adik senaman tak? hmm... jarang sekali! adik dok kat mana? shah alam... patutnya adik boleh jalan2 pg2 kat tepi tasik tuh... hmmm lg... takper, ini satu permulaan utk adik... adik try makan supplement utk kalsium, tp sbb adik muda lg, yg lebih elom minum susu laaa...

aku malu! hihihihhi

konsultant sarankan kami minum susu 2 gelas sehari... huhuhuhhu... hmmm... tgk2 ada perasa coklat... miss, rasa coklat dia nih rasa cemana? ada rasa susu tak? takde, rasa cam milo jek! boleh buat coklat ais tak? boleh, asal jgn guna air panas jek! bancuh dgn air suam yek!

kira2nya mmg kena mulakan dr sekarang laa... nnt makin tinggi risiko aku nak kena osteoporosis ni!

ok, sebagai permulaan hidup yg sehat aku pd hari ni, makan tengahari kami ialah ikan bakar Fendi kat Kelana Jaya... hihihihihhi...

utk esok lusa tatau lg! poco-poco pun lama dh tak buat! tgk la malam kang, buat coklat susu ais! harap2 takde rasa susu laa dlm air coklat tuh!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, June 20, 2009

makan-makan... lg!

al salam alaykum...

hari khamis, kami makan tengahari sama2 ngn ex-bos aku dan juga ex-supervisor aku... kami makan kat Kelantan's Delight... hampir semua org ada kecuali 3 org, sorg ada kursus, sorg baru kuar spital, masih MC sorg lg, iaitu bos baru kami, tak dpt join...

inilah kami semua! satu department, nih selepas makan2... saja amik gmbo ramai2... ex-bos kami ckp, takde gmbo potret ramai2 heheheh... ni dh ada nih, jgn lupa wat frame besor!

ex-bos kami, yg di depan aku tu ler...

geng benggali, pat & amarjit...

yg baju merah ada belang hitam ni, ex-supervisor aku... suka sgt mengusik... dia citer kat aku, dia mmg tak lama kat satu2 kampeni, cukup 2 - 3 tahun dia berenti laa... terima kasih atas segala tunjuk ajar!

smlm last day, aku jumpa la mintak maaf ucap terima kasih apa bagai... dia tny awak tak nangis ke? apa plak nak nangis, jiwa kental ni, Ryan tuh nangis (Ryan plak kena!)... Ryan jawab: elleh, Khairini ni byk ckp sgt, dia balik umah dia yg nangis...

tp mmg aku sayu pun, walopun tak lama, tp sbb supervisor baik sgt, sayu la jugak... tgk dia berkemas, aku chow laa! tp sblm balik smpt pesan, kalu ada kije kosong kat tempat baru, jgn la lupa mintak CV kitorg yek! ekekeke

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 19, 2009

orang dah amik la tuh

al salam alaykum

orang dah amik la tuh...

ceritanya ialah:

aku masukkan duit kat cdm, aku malas nak tgk dlm handphone no akaun aku, aku guna bankcard... dh ditakdirkan nak hilang kad tu, aku tertinggal kat cdm tuh... sedar2 bila dh masuk ofis, kad takde! turun semula pi kat cdm tuh, kad dh takde... maybe org amik, maybe tertelan masuk dlm mesin... takper laa...

aku masuk ofis bank, aku pun cerita laa masalah aku... apa dia ckp? orang dah amik la tuh... aku pandang dia hangin jek! sy tak kisah laa org amik ke apa ke, sy dtg nih nak buat aduan! block kan kad tu ke, takpun ada org dtg pulangkan kad ke, apa ke... selenge jek muka dia... mujur ada org kat situ tlg cakapkan jugak, blockkan je kad dia...

beberapa saat kemudian baru la mintak IC aku... pastu baru la dia ckp nak pi cek, kot ada org pulangkan... dh kompem takde org pulangkan, dia pun blockkan kad aku... sadis btul! baru la sejuk ati aku! kalu tak, membara jek hati dgr ayat dia "orang dah amik la tu"

tp masalahnya ialah, aku kena buat kad baru... oleh sbb akaun aku tuh ada buku akaun, aku kena buat kad kat cawangan asal aku bukak akaun... aku kena balik kuantan! alahai, tak canggihnya sistem! alasan, nak kena cek sain asal aku sama ke tak... takper laa... ada alasan aku nak amik cuti! tp minggu depan la yek! Jumaat minggu depan kena setelkan kat kuantan, kalu lmbt lg ada la makan pasir jawabnya, takleh kuar duit gaji!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, June 18, 2009

jgn tepon aku!

al salam alaykum

panggilan 1

Cik, sy buat panggilan dr bla bla bla... cik ada menggunakan reward kad kami? cthnya bonuslink, kad mesra, real reward etc...
ada!
cik adalah pelanggan bertuah kami, kami akan bg cik hadiah berupa penginapan percuma di mana2 hotel di seluruh malaysia, 5 hari/4 malam... cik boleh amik di pejabat kami...
kat mana?
pejabat kami di jalan ipoh, kuala lumpur. bila cik boleh dtg amik?
oh jauh laa! sy tinggal kat kuantan...
ooh yer ker? cik tidak tinggal di kuala lumpur yek!
tak... lain kali sebelum telefon nak offer apa2, cek la dulu alamat saya!

panggilan 2

Cik, saya mendapat nama cik ni dr kawan cik... kawan cik yg rekemenkan nama cik ni pd kami... sebelum tuh, boleh kami sahkan ni IC cik? lapan bla bla bla bla...
sekejap, sapa yg rekemenkan nama saya ni?
kami takleh nak bgtau nama kawan cik...
takkan laa dia rekemen nama sy, bg no tepon sy sekali ngn IC? tlg bitau nama kawan sy tuh...
tak mcm ni cik, kami dpt nama cik nih dr data bla bla bla... kami nak terangkan produk prudential kami, dan kami tidak akan memaksa cik utk ambil polisi kami, cuma dgr dulu...
sy tak berminat (terus aku letak telepon)

panggilan 3

Cik, cik dh dpt kad EVO kami yg baru?
blum! ada kad baru ke?
yer cik, nnt kami akan antar ke alamat cik, alamat sama lg kan? no bla bla bla bla...
yer...
ok, keistimewaan kad ini ialah, cik akan dpt menikmati potongan harga utk menunaikan umrah. bila re-new roadtax keter (dpt potongan harga??), cik jugak akan dpt perlindungan insuran sebanyak 100k! dan lg, bla bla bla bla (aku potong ckp dia)
sekejap, ni saya kena bayar lg ke?
cik mmg bijak... sbg rakan niaga kami, kami akan mengenakan harga yg berpatutan, cik hanya perlu bayar sekali seumur hidup (x smpt dia ckp, aku potong)
takper laa, sy tak berminat, assalamualaikum!

sbb kad nih, aku kena bayar 480 thn lepas! bayar sekali seumur hidup apa kebenda! kad tu pun aku tatau aku letak mana! geram btul aku! ingt aku ni cop duit ke apa? penat tau kije seharian nak carik rezeki halal, diorg senang2 hati suka2 ati buat panggilan, ayat konon tak paksa tp memaksa, caj kat kad kredit aku! tatau ke aku nih hidup kais tiap2 hari, nak makan tuk sebulan cukup punya susah! kalu tak, takde laa aku nak pakai kad kredit time aku sesak2 nak isi minyak!

byk lg laa panggilan menyakitkan hati! kalu dulu aku tolak dgn cara baik, tp sejak terkena dgn amount yg besar2 ni, aku mmg tamatkan perbualan dgn kasar la skit! mintak maaf yek pada semua yg terlibat!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, June 17, 2009

rezeki masing-masing

al salam alaykum

sahabat lama called aku... dh 7 bulan di kampeni baru, 15 org saja pekerja, kije kat site... skit je laa... HQ kat KL ni... aku pun pernah nak try gak mintak kat kampeni tuh, tp pengalaman lama berhadapan dgn karenah2 kampeni nih, yg dulunya client, buat aku pikir 10 kali... last2 tak payah laa...

oh... gaji dia lg tinggi byk gila dr gaji aku! rezeki dia... kije pun senang, goyang kaki jek...

dia cerita, ada la org jeles dia kije senang, gaji masyukkk! so, dia dikatakan, walopun dpt gaji tinggi, tp motivasi dan skill mmg takde la, takkan meningkat laa, sbb goyang kaki jek, takde cabaran laa org kata...

jawab sahabat aku ni... kalu mu gi shopping complex, mu ingt citer pasal skill sumer hok mu ada tuh, bulih beli ke mu nok bli LEVI'S kalu tadop duit??

gitu laa lebih kurang...

analogi sahabat aku nih, dr dulu lg mmg power!

kita, sbg seorg yg berkerjaya, ada kerja, ada tugas, kdg2 kita nak jugak demand gaji yg lebih... ada org, tak kisah gaji rendah, tp dia happy dgn apa yg dia buat skrg... ada org, qualification dia tinggi, tp sbb dia takleh nak memilih kerja sgt, peluang terhad, berpuas hati dan bersyukur dgn apa yg dia dapat... ada org, alhamdulillah, reseki dia mmg lebih, walopun takde qualification, tp sbb dia bersungguh, dia dapat lebih!

tak salahkan kalau kita berusaha utk memajukan diri? tak kisah laa nak tinggikan gaji, nak kejar pangkat ke, nak tambah lg kemahiran dan pengalaman, nak mencuba benda baru ke...

bg aku, apa yg kita nak, dengan berusaha, usaha, usaha, dan usaha... bkn setakat berangan je tinggi ke langit, insyaAllah pasti akan jadi milik kita! bertawakkal la kita kpd Yg Maha Esa!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 16, 2009

kasih tak bertepi

al salam alaykum

aku tatau nak cakap cemana...
tp aku terharu sangat!

sbb mak ayah aku nak tlg aku!

alhamdulillah!!!

aku mmg tak reti nak luahkan dgn kata2, apatah lg dgn perlakuan...

bahawa aku sgt berterima kasih!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2 kedua ibu bapaku... kasihanilah dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil lg... Amiin Ya Rabbal'aalamiin...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 15, 2009

sabar yg ada hikmah! dpt mkn muffin...

al salam alaykum

pg nih aku rasa mcm nak hilang sabar jek! aku smpi ofis kul 10 pg!!! agak2 knp? tren la jawabnya... dh aku terpaksa balik lmbt nak cover 8 jam... time lunch pun aku kije, tanaknya balik kul 7 pm... huhuhuhhu...

yg paling tak tahan, akak2 yg selalu balik lmbt dr aku siap babai2 kat aku nak balik...

sabar lg!

tp tak tahan, bos aku laaa yg last day dia nnt ari jumaat ni... dia smpi je kat pintu nak kuar, dia bg salam...

Assalamualaikum...

aku ingtkan dia dtg nak bg task lg kat aku...

dia sengih-sengih... babai! sy balik dulu...

dh tak tahan sabar dh!

uuuwaaaa! mujur dh 6.30pm, kira aku dh kije 8 jam laaa... aku pun chow jugak!!! smpi umah dlm 7.30 pm, alhamdulillah!

pastu kak roza ajak main masak-masak... kami buat muffin kukus!

sedap!!! hingga menjilat kertas!!!

ada muffin blueberry... batch pertama, dh abis pun...

ada muffin kosong... on the way!

yg tgh kukus, peanut butter muffin!

on the way lg, strawberry muffin!

tak sabar nih nak rasa hingga menjilat kertas lg!

ekekeekeke....

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, June 14, 2009

tiba-tiba

al salam alaykum

tiba-tiba, air mata aku mengalir... sbb ayah dia meninggal, dia tak sempat nak mintak ampun maaf...

tiba-tiba... rupa2nya dia yg koma, ayah dia sehat walafiat...

inilah dia penangan cerita kat tv, mudah terpengaruh ngn emosi...

ok!

Selamat Hari Bapa utk ayah aku yg tersayang: En. Kamaruddin bin Md. Taib...

hari2 pun hari bapa!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, June 13, 2009

hari ini hari sabtu

al salam alaykum

ada org tny, takde entry baru ke arini? semalam pun tak update... tak sangka plak ada org nak tny...

semalam letih sesangat... aku bangun kul 5.30 pg, nak cek result exam... tp tak dpt! pastu kuar awal, smpi ofis kul 7.30 pg...

kul 8.15 pg aku kuar ofis plak, naik lrt, nak pi second interbiu... uwwaaa!!! walopun kawan aku dh ckp interbiu tu mcm tuh, tp aku tetap pikir yg interbiu tuh susah, dan tetap nervous... hasilnya nnt mesti kecewa!

aku dpt rasakannya!

takper laa... dh berlalu... tawakkaltu 'alallah!

pastu naik lrt lg, pi klcc, ada OGA exhibition... konon nak carik suppliers baru! tp aku pi carik kawan2 lama, ada jugak terserempak ngn diorg tak disangka2... aku jumpa suppliers lama masa aku kat amb dulu... paling penting aku jumpa budak2 amb... Dayana tny aku, rindu amb ke? rindu la jugak...

thn ni walopun OGA dikatakan yg terbesar berbanding OGA 2007 yg aku pernah pi dulu, tp tanpa kehadiran organisasi yg terkemuka, aku tak rasa best sgt... mungkin jugak sbb masa yg diberi hanya setengah hari, so aku gunakan utk jumpa kawan2 lama, dan jugak suppliers yg berkaitan jek...

dlm kul 3 smpi ofis semula... buat kije skit2... sambil2 nak cek result exam... still lg takleh nak cek... geramnya!! ada markah tak masuk lg... mood ilang... kul 5.30 chow balik!

ok, arinih nak try buat puding roti gula hangus versi mak aku! arituh tak jadi!

kali nih jadi, tp rasa gula pahit skit... so makan laa ngn susu skit...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, June 11, 2009

siri mari melawat baby

al salam alaykum

byk sungguh entry bergambar minggu ini...

ni pagi2 td smpi ofis... dlm ramai2 org kat kampeni nih, yg aku kacik skit kakak berdua ni laa... yg lain kacik gak, tp yg dua org nih happening la jugak... sorg nama dia kak gie, sorg lg nama dia kak lydia... pagi nih kami bertiga terpakai kaler baju dan tudung yg senada... terpakai tau! tak janji pun... aura dtg dr mana tah...

arinih aku melawat Muhammad Absyar kat umah dia laa... sbb esok abah dia nak bawak balik kampung... tah bila nnt dia dtg sini pun tatau...

aku hilangkan keseganan aku, aku pun pi je laa umah Absyar pas kije td...

lena btul Absyar tido... mula2 nak pegang takut gak, sbb kecik sgt! 2kg jek! tp dia tinggi! eh salah, dia panjang... halus jek kaki dia, tangan dia, muka dia, macam ibu dia laa... erk, tak nmpk lg cam muka abah dia ke, ibu dia ke... tunggu dia besar skit... comel btul!

aku geram sebenarnya... walopun dia kecik sgt, aku tak dpt nak tahan hati aku nak gomol2 dia... tp nak gomol lebih2 pun takleh, sbb dia kecik sgt... tak smpi ati...

ni baru lepas menyusu... terus tido... biasa laa baby! pas nyusu, tido... pas tido mengamuk nak kena tukar lampin, mengamuk nak menyusu... ibu Absyar kata, bangun tak bangun kang tgh malam karang laa... kaco ibu ngn abah nak tido eh!

erk! tangan aku lg besar dr Absyar... huhuhhuhu

eheheehe... muka gembira sbb dpt jugak tgk Absyar masa dia baru umur tak smpi 2 minggu lg... eh, btul laa 2 minggu la rasanya umur dia!

insyaAllah umur panjang, Absyar suh abah ngn ibu buat open house raya nnt ek! nnt cik long dtg beraya... kita main eh!

hihihihih...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, June 10, 2009

kueh apa ni?

al salam alaykum

ok, housemates semua sdg berdialog...

kueh apa ni?

kueh kapal terbang yg kecik dan halus dan comel!

rupa dia cemana??

ni la rupa dia...


nama pun aku tak pernah dengar... rupa pun aku tak pernah tgk!

lagu kapal terbang kertas aku tau ler!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 09, 2009

cerita kawan2 aku...

al salam alaykum

sabtu dan ahad dipenuhi dgn acara makan kenduri... antara yg smpt amik gmbo, kenduri kak ucu dan as laa... yg lain takde... aku pi makan, pi bg hadiah, pi salam... :)

dalam bilik pengantin... kak ucu laa... aku dgn as...

kak ucu di atas pelamin... selama nih berangan, hari sabtu arituh kenyataan...

eh, tiba2 gmbo sally! tak pi pun majlis pertunangan sally... sally anto gmbo! sorry eh sally, tak dpt p! maklum laa dok kt kuantan...

pastu as plak bertunang... dia bertunang ngn sapa? sapa pandai teka, diam2 jek eh! jgn tny, smpi kad nnt, soheh laa tuh!

ni ngn kak sida, jumpa kat kenduri kak ucu laa...

kak sida ngn kak ucu nmpk gak tembam, tp yg ketara aku laa... as mmg tak bertambah langsung... as tny aku "bkn ke masa sekolah dulu, ko laa yg paling tinggi kadar metabolisme, makan laa byk2 pun, tak gemuk2!" ampas jek... tlg jadi pakar diet aku bleh as?

aku ada amik gmbo as dan tunangannya... tp awal2 lg tunang dia dh warning, jgn letak dlm blog... aku baru plan nak hitamkan muka dia... tp sian la plak kan, muka cukup punya sifat, kna hitam dek aku, gara2 tanak wajahnya diketahui... kompius plak "awak baca ke blog saya?" tp tak per laa... sbg pemegang amanah, aku tunaikan la jugak... mana la tau kang, kot btul2 dia baca... tak ke naya!

ok laa... abis dh citer pasal sebahagian kebahagiaan aku...

nak lg bahagia? tunggu laa kedua2 sahabat aku ni diijabkabulkan!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 08, 2009

balik dr kenduri...

al salam alaykum

bercuti di kuantan 2 hari... satu famili menghadiri kenduri kendara...

lepas balik kenduri, utk hari sabtu saja...

sebekas gula2 kami kumpul... rongak laa gigi asyik kulum gula2 jek

ni plak himpunan kuih muih, kek2 dan sumi2 (jeli)...

ni bunga telur... bukan laa dlm masa sehari... ni dlm masa setahun! pasni tatau dh nak cucuk kt mana plak bunga2 telur lain... kena buat tempat baru...

kalu dh ada bunga telur, mesti laa ada telur! telur saja dkt 10 biji... kenduri lauk telur laa mak aku nnt... gulai telur, telur goreng pedas, telur masak kicap, telur goreng kunyit... eh ada ke?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, June 06, 2009

surprised?? tak pun... ekekeke


=====> entry ni aku dh tulis pada 28/05/09, sejurus aku menerima khabar gembira... sbb aku rasa sungguh bahagia... aku dh pun published, tp mengenangkan aku org pertama yg tau, dan majlis lmbt lg, so aku tarik balik... jadinya aku akan publish pada 06/06/09... suara hati aku... insyaAllah, aku akan berada di Kuantan untuk meraikan perkahwinan Kak Ucu di Bukit Sagu, Kuantan dan juga pertunangan kedua sahabatku ini...

Al Salam Alaykum



Tu laa… arinih terbongkar rahsia… doa aku makbul jua… akhirnya nak bertunang jugak korang!



Tp aku tetap kecik ati… sbg seorg sahabat yg sayangkan korg berdua, korg buat aku camni! Adakah aku org terakhir yg tau hal ni! Siap ko bila aku jumpa ko sabtu ni… ada rahmatnya bila aku ajak korg pi kenduri kak ucu… ada cerita di sebalik cerita...



Ko sms aku td, ckp nak bitau sumthing… aku dh agak dh ayat apa nak kuar… aaarrgghhh! Nyampah laa… sampai ati korg buat rahsia ngn aku! Nnt kalu ketua kelas online, siap laa dia!



Ni sapa tunggu sapa ni? Ko tunggu dia, atau dia tunggu ko? Tu laa… ekekekeke… aku suh ko kapel ngn dia tanak, sebok nak kenen2kan aku… layan sgt ati yg tgh sedih putus cinta kononnya… aku dh kata, ketua kelas tunggu ko! Dalam hati ada cinta! Ko tak caya! Punya la sabar ketua kelas tunggu ko... 10 tahun tau!



Walo bagaimana ia bermula, pasti ada pengakhirannya… tahniah! Ada jodoh korg berdua!



Aku dapat rasakan korang berdua insyaAllah ditakdirkan bersama! Tgk pun tau!


Eh, aku citer pasal sapa ni ek?



Aku citer pasal tuuuuuutttttttt.... (maaf nama kedua2nya dirahsiakan, nnt kawan2 lain carik diorg, aku yg kena seligi)




Akhirnya, insyaAllah selama bersamanya! yakin boleh!



Doa aku… yg baik2 utk korang! :) semoga dipermudahkan!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 05, 2009

tabik hormat

al salam alaykum

kalu korg melayu, mesti korg setuju ngn aku...

lidah org melayu nih, apa2 bahasa pun, apa2 telor pun, mesti bleh ikut...

cthnya... kalu bercakap dgn org indonesia, otomatik lidahnya pun jadik indonesia... ya begitu ya pak! btul aku tak tipu! bila aku call vendor aku kat indonesia sana, yg mula cakap omputis, jadi ckp indonesia... ya pak! ngomong2, bisa duluan ya pak!

pastu plak, kalu cakap ngn org Cina, otomatik, lidah pun ikut telor cina!

bila ckp dgn India, dgn kepala2 bergoyang2... tangan pun! telor India tuh takyah ckp la kan...

bila ckp ngn org arab, skit mesti keluar ana ente, ana enti... tafaddhol tafaddhol, ahlan wasahlan wamarhaban bikum, toyyib toyyib...

ckp ngn omputis... kita call diorg, kita dh ptg, diaorg baru je nak masuk ofis... otomatik kita pun, good morning sir! diorg call kita kat sini, ada tak diorg ckp kat kita good afternoon ke, good evening ke? takde kan?

apa motif sebenarnya?

org melayu mmg bangsa yg menghormati dan mengamalkan nilai2 murni... alhamdulillah!

setuju tak?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, June 04, 2009

org tanya kita jawab

al salam alaykum

aku letak jugak gmbo nostalgia lama kami ni, geng tujuh posen sebelas kat dlm friendster aku...

ada sorg kawan sekolah tinggalkan komen kat gmbo tuh... Azmaliana yg tanya...

soalan cepumas! dlm ramai2 nih sapa yg tak kawin lg? gitu laa lebih kurangnya soalan dia... takde laa cepumas sgt, cuma cepu cemas la jugak...

ok laa... ada 3 org kot yg belum dipertemukan lg jodohnya... ada hikmahnya!

salah sorangnya ialah: dia yg berdiri nak kata kat tgh2 pun tak, tp lebih kurang kat tgh2 la jugak! dulu bleh laa org nak describekan dia sbg yg kurus2 dan tinggi2 itu... skrg takde dah! nak nmpk tinggi cemana kalu dh tembam, nmpk rendang jek (btul, ada org kata dia rendang!) ok, cari la yek siapa dia!

semoga urusan mereka bertiga dipermudahkan Allah s.w.t...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, June 03, 2009

cerita je laa

al salam alaykum

ikutkan ati yg marah pg dan ptg td, aku nak citer pasal komuter + org2 yg menggunakan komuter tuh... tp tak jadi laa... sbb ati dh sejuk!

eh, tp ada gak yg aku nak citer skit... ptg td, announcement pasal tren yg dijadualkan akan tiba di kl sentral pukul 6.49 pm ke port klang telah dibatalkan, ada org bertepuk tangan... reaksi terbaru! hihihihhi, nak tergelak pun ada... mcm2! yer laa, dh tatau nak bg reaksi yg cemana lg dh!

reaksi aku lain kali... mungkin aku akan antar resume aku ke kampeni2 di kuantan! ada rezki, balik semula ke kuantan... jadi, aku takyah dh nak bercampur gaul dgn hiruk pikuk warga kota di kl sentral, terutama di platform no 5...

utk adik dlm tren maghrib td, dan juga seruan utk aku dan juga org2 lain, sila laa bertimbang rasa dgn pengguna komuter yg lain... kalu awak tanak masuk ke dalam, bg jalan utk org lain masuk, jgn byk bunyi mcm td yek! apa yg dia bunyi? "dh tak bleh nak masuk tuh, takyah la masuk!" aku jawab "bleh lg nak masuk, kalu nak" aku nak sambung lg, tp aku sempat beristighfar dlm hati... aku masuk lg smpi ke tengah... iyyer, kawasan tgh mmg byk kosong!

dan salah siapa kalu muka awak masam sepanjang masa, sbb org dok tolak2 awak sbb nak keluar dan masuk tren?

aku sakit ati sbb aku tak dpt naik tren, padahal kat tgh2 tren byk lg kawasan lopong... yg sendat dan sesak hanya di muka pintu tren jek!

teringt pg td, meting mula agak lewat, sbb bos2 ada meeting lain, so kami berkumpul dulu dlm bilik meeting... bercerita kisah pengalaman masing2 dgn pengangkutan awam di malaysia nih... tp yg paling byk pasal komuter laa... bos kecik aku, sanggup pindah dr rawang ke putrajaya, sbb tak daya nak menahan karenah tren komuter... dok putrajaya, hari2 dtg dgn erl... takde masalah! ada sorg lg kawan, sanggup naik putra lrt ke masjid jamek, pastu tukar naik start lrt, utk pulang ke bandar tasik selatan... walopun tmbg komuter ke bandar tasik selatan singgit jek, katanya! yg sorg tuh, time balik, sanggup divert smpi ke putra, utk elakkan sesak dan sendat di kl sentral... yg lg sorg, divert sampai ke sentul!

macam2!

kata td tanak citer pasal tren! citer jugak... nak wat cemana, lancar jek jari menaip!

kdg2, mmg byk nak salahkan ktm, sbb tren yg kurang selalunya di laluan port klang - sentul jek, tp kdg2 rasa nak gigit2 jek pengguna2 tren yg tak berapa nak beri kerjasama!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 02, 2009

doa tak terhafal

al salam alaykum

borak2 di surau...

ofismate: baca tak doa tuh hari2?

aku: tak hafal lg laaa...

ofismate: tu la pasal... bila nak hafal pun tatau laa...

aku: kita letak dlm blog... kat atas entry... bukak je blog... baca laa... tp tak terhafal2 jugak!

doa apa? kat atas entry ni jek...

pas baca aminkan yek!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 01, 2009

nama manja aku ialah...

lu mmg sarip dol kg dusun laa...

sepanjang aku belajar... aku tak jumpa la org mcm sarip dol kg dusun dlm citer bionik tuh...

ada lg ke mamat poyo semacam tuh? cari pasal ngn org2 yg nmpk lemah! ingt nih zaman dulu kala? budak2 skrg bijak laa... kalu tak, takkan laa masuk kolej... tak intellektual laa! lain laa kalu budak sek ren ke, men rendah ke... lain la citer...

ok, terkutuk plak citer artis kesayangan aku, KRU... eh TPM Kolej kat mana eh?

--------------------------------------------------------------------------

kali nih balik ke kuantan, member aku balik jugak, mama si Irsyad le... Irsyad dh terer berjalan, dh terer memanjat, aku yg tgh baring tgk tv pun dipanjatnya... tp mulut dia tak petah lg... amik ko! dia panggil mama dia bik bik bik!! ingt bibik ke apa!

aku juga selalu tersasul... membahasakan diri aku kaklong kat Irsyad... nak buat camno! anak sedara mama dia pun panggil aku kaklong! ni kan plak Irsyad... sepupu dia... panggil kaklong je la kan... Irsyad kan? kan? kan?

ok2... meh cik long dukung!

takleh laa long... kekgi mu dpt anok sedara, takkan nok panggil cik long lg, mak long laa! ngada betul mama Irsyad ni... jeles laa tuh! sbb dia jadi moksu masa umur dia 11 thn...

nama panggilan aku ialah:

kak long

sbb dh ramai sgt budak2 kecik keliling aku, kena la panggil (mak budak2 kecik ni la yg suruh)

mak long

meh sini aku nok ajor sifir mudah...

asal nama mak cik long ialah

mak cik darab dgn long
(mak cik x long)

ok, kalu dh kawin, dh layak dipanggil mak,

mak cik long / cik
(mak cik long bahagi dgn cik)

jadi laa

mak long

oleh sbb, aku muda belia lg, kawin pun blum, apatah lg nak ada anak, dan jugak bakal dpt anak sedara pun lmbt lg... (tak sedar diri)

mak cik long bahagikan laa dgn mak
(mak cik long / mak)

dapat laa

CIK LONG

nama manja aku yg baru laaa... wakaakakakaa

ok apa! btul la tuh! ekekekeeke

gmbo terbaru Irsyad? takde! aku takde mood nak amik gmbo org...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::