...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, February 28, 2009

Mahligai Sakinah

Reasons why smart people stays single:

1. Single means you have the time to grow and be the person you want to be.
2. Single gives you space to grow. It is harder to grow when you are too close to someone.
3. Single means learning to live by yourself.
4. Single means freedom.
5. Single means learning not to need a man/woman to make your life meaningful.
6. Single is realizing that being married is not necessarily better.
7. Single means that there could be something wonderful around the corner and you can take advantage of it.
8. Single means you are free to love again.
9. Single means you have more time to care for other people.

Why Ladies today are still single?

1. The nice men are ugly.
2. The handsome men are not nice.
3. The handsome and nice men are gay.
4. The handsome, nice and heterosexual men are married.
5. The men who are not so handsome, but are nice men, have No money.
6. The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.
7. The handsome men without money are after our money.
8. The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough.
9. The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money, are cowards.
10. The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!
11. The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative.

Kelantan gerak unit cari jodoh

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD.
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 Feb. - Mahligai Sakinah, sebuah unit khas yang digerakkan oleh kerajaan negeri bagi merangka program pembangunan keluarga termasuk mencari jodoh telah berjaya menemukan 17 pasangan setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, sebilangan daripada mereka yang serasi telah melangsungkan perkahwinan.
Katanya, unit itu mula berperanan pertengahan tahun lalu termasuk bagi membantu mereka yang sukar atau bermasalah untuk mendapatkan jodoh di samping membimbing ke arah pembentukan keluarga bahagia.

''Mencari jodoh satu persoalan yang agak sensitif bagi sesetengah daripada kita. Silap cari atau pilih, boleh menyebabkan kehidupan merana dan keluarga sengsara.

''Mahligai Sakinah adalah satu institusi mencari jodoh yang kita tubuhkan untuk membantu mana-mana lelaki dan wanita yang ada masalah. Usaha ini akan terus dipertingkatkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, unit di bawah portfolio beliau itu beroperasi di Medan Usahawan di bandar ini di mana orang ramai termasuk ibu bapa yang merasakan anak mereka perlu dibantu boleh mendaftar di situ.

''Untuk memastikan ada keserasian antara pasangan itu bukanlah satu perkara yang mudah tetapi ini adalah satu usaha untuk menolong mereka yang belum berkahwin dipertemukan jodoh dengan segera," katanya.

Ubaidah berkata, selain membantu individu mencari jodoh, kerajaan negeri mahu menggalakkan perkahwinan dan mengelak perkara yang tidak baik berlaku.

Tambahnya, Mahligai Sakinah juga akan mengendalikan kursus pasca perkahwinan, motivasi kekeluargaan, kaunseling dan lain-lain program pembangunan keluarga.

Tambahnya, peluang ini dibuka kepada semua tanpa mengira status sama ada yang bujang atau pernah berkahwin di mana khidmat yang diberikan adalah percuma.

Sementara itu, Pengerusi Mahligai Sakinah, Nazri Deraman ketika ditemui berkata, calon juga diminta menyatakan ciri-ciri wanita atau lelaki yang diidamkan mereka dalam borang yang disediakan.

Unit 'cari jodoh' ini mempunyai panel yang bertanggungjawab memilih calon dan pertemuan antara pemohon lelaki dan wanita juga diuruskan pihak mereka yang terdiri dari kalangan yang sudah berumahtangga.

''Setakat ini calon yang telah mendaftar berumur antara 25 hingga 45 tahun. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian 09-7488442 atau 09-7488443.

Katanya, program Mahligai Sakinah akan dilancarkan pada Oktober depan serentak dengan majlis pernikahan dan persandingan 50 pasangan pengantin yang mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan negeri bagi melangsungkan perkahwinan.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 27, 2009

boss aku baik... hihihihi

Al salam alaykum

Pg td topic pagi Hot.fm ialah bos suka cari pasal… aku pernah mengalami situasi mcm nih… bos yg cari pasal ngn aku bukan bos kecik, tp bos besar… smpi sekali tuh aku terpikir, dia ni nak suh aku berenti ke? Tp aku pikir positif, aku ikut je “eghe” dia… maaf, tak reti nak translate “eghe” ke dlm bahasa melayu baku… aku pikir, bos betul, pekerja mmg salah… selagi aku pikir tak salah, aku ikut je laa… aku dgr, aku angguk, aku geleng… dh lama tuh, dia dh tak cari pasal dh ngn aku… tp kdg2 tak pasal2 dia cari pasal, aku membentak la jugak… kang buat bodo kang, aku plak sakit kat ati sorg2… tp jodoh aku ngn bos aku nih tak lama mcm yg aku harapkan, aku terpaksa pergi jua… aku malas dh nak layan sakit hati aku nih… walo mcm mana pun, aku berterima kasih kat bos aku tuh sbb bg aku peluang utk develop diri, karier dan kompetensi aku kat sana…

Pastu plak di suatu tempat kije yg baru, aku jugak yg cari pasal ngn bos… eh tak, bos yg mulakan dulu… segala mak nenek apa yg kitorg buat dlm umah yg disewakan utk kami tuh, semua dia nak amik tau… tp segala mcm masalah kerja yg kitorg bitau dia, dia buat tatau jek… ada sekali tuh, org lain dok bertungkus lumus bersilat dlm bilik meeting, dia sedang enak2 bercuti kat oversea… asal ada meeting urgent jek, dia pun pi bercuti oversea… masa nak berenti tuh, aku kena isi interview form… mula2 isi bodo2 jek… pastu HR kata form tuh akan diforwardkan ke HQ, director sendiri yg akan baca, aku pun buat la karangan… mcm dh lama jek aku tak mengarang dlm bahasa omputis, byk jugak mukasurat aku tulis… tak puas ati ngn tulisan aku yg buruk tuh (menulis dgn penuh perasaan la katakan) aku taip semula… hihihihi… dgr kata skrg, bos tuh MIA dh dr kompeni tuh… aku tanya HR pasal apa? apa yg korg tulis dlm form tuh, smpi director turun buat siasatan… hihihihih… aku yg carik pasal ke, bos yg carik pasal?

Kat tmpt terbaru nih, aku dh maals la nak layan karenah bos… terima seadanya… mujur lg, so far bos besar ngn bos kecik aku ok… aku tak kaco bos, bos pun tak kaco aku… bos kecik aku cool jek, tp kdg2 aku bleh terasa jugak aura kegarangan dia tuh… aku suka dgr bos besar ckp, penuh dgn motivasi… semangat tu ada… bos2 super besar pun aku tgk ok… Cuma aku kena jaga relationship aku ngn bos laa… jgn cari pasal… jgn buat silap kira2… buat saving sebanyak yg mungkin… jgn main internet byk sgt… jgn dok borak2 sgt… pendek kata, utk appraisal bulan 12 nnt, tak lama lg tuh, aku kena la tunjukkan performance aku mencapai tahap skala tertinggi…aku kena jaga la adab sopan kesusilaan & tingkah laku dlm kerjaya aku… kalu boss cari pasal? Angguk angguk geleng geleng la lagi yek…

tp, kalu boss cari pasal ngn kita, selagi menda tuh bukan di luar alam petala kelapan, terima laa dgn hati terbuka dan positif... kdg2 kita tatau, boss tuh saja je nak uji kita cemana... nak tgk daya ketahanan kita... nak tgk kebolehan kita... nak tgk kecemerlangan kita... nak tgk kematangan kita... haruskah diuji?? harus...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 26, 2009

kalu belajar skrg bleh pandai tak?

al salam alaykum

baru2 nih aku teman housemate aku pi berenang... aku pun konon2 nak berenang... tp oleh sbb pi kat pusat akuatik tuh sgt la ramai orgnya, niat dibatalkan... malu maa!! sbb aku bknnya tau berenang... setakat berendam tuh bleh laa...

dulu kawan2 aku ada gak ajar berenang... mula2 kena bubbling (btul ke eja?) dlm air... ok, lulus... pastu plak step kedua step mengapungkan diri dlm air... yg ni laa aku tak pass smpi skrg... berat sgt agaknya tak terapung2... dh laa belajar dlm air masin yg mmg senang laa kalu nak terapungnya... dlm kolam pun tak lepas... kat air terjun pun, pegang batu pun tak lepas... aku rasa aku nih mmg takut kot tenggelam dlm air...

arituh tgk citer apa ek kat astro kirana, flower in the pocket ke apa... dia ajar anak dia berenang... kat padang permainan, atas rumput tuh... buat kuak dada... aku pun tatau la btul ke cara2 belajar berenang ada ke camtu... tp berani ke nak cuba??

kdg2 kalu tgk budak2 kecik yg pandai berenang mmg jeles laa... pastu plak tgk ada kawan2 aku yg pi diving... lg laa aku jeles... aku pun suka gak menda2 cam tuh... mmg ada impian pun nak amik lesen padi... tp ketakutan pada air mengatasi segalanya... terpikir gak, aku ada ke pengalaman melemaskan diri? seingat-ingatnya, alhamdulillah mmg takde, mudah-mudahan dijauhkan aku dr musibah tu...

Rasulullah s.a.w pun menggalakkan kita utk menguasai kemahiran memanah, berkuda dan berenang... nak jadi angkasawan pun kena tau berenang... berenang ni pun bleh dikatakan salah satu ikhtiar hidup laa jugak kan?

aku mesti membuat anjakan paradigma dlm hidup aku... kena start belajar mengapungkan diri nih... pastu baru la pandai berenang... nak suh kawan2 yg tau berenang ajar ke, nak masuk kelas berenang? kat pusat akuatik tuh kelas dewasa RM 160 utk 8 kelas sebulan bersamaan 8 jam... tp aku tatau lg nak join ke tak... adik yg jaga kaunter tu ckp org perempuan ada la 3 org yg belajar... nak suh kawan2 ajar? kawan2 aku yg dulu pun agaknya dh fedap ngajar, tak reti2 lg nak apungkan diri... hheeheeheh

tgk la nnt cemana... pas abis belajar ke... pas abis citer bersiri kegemaran ke (mcm nih pun ada)... tunggu smpi seru laa pendek kata... lmbt lg laa nak amik lesen padi nmpk gayanya...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 25, 2009

bercucuran...

al salam alaykum

bercucuran air mata aku tengahari nih...
bkn sbb apa pun... nasi kukus yg aku beli nih, sambal dia tersangatla pedasnya... benarlah lagu nyanyian Yusri KRU dan Apek Saiful dlm cerita Lady Boss

cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan
walau pedas hingga mengalir air mata tapi mahu dimakan jua...

aku jarang sgt berborak ngn budak sebelah aku nih, seorang lelaki... sbb aku yg tak ramah atau dia yg pendiam... dia seorang lelaki yg beristeri dan beranak satu...

harini dia tego aku sambil tgk plastik nasi kukus atas meja...
hari2 aku tgk ko bawak bekal... ko nak beli banglo ke?
aku tak mampu laa nak makan nasi harga 10 inggit sehari... ni kan la plak nak beli banglo...

bulan nih aku byk makan kat luar... tak bawak bekal... simptom malas nak masak...
kdg2 makan nasi kerabu harga RM 4.00... kdg2 makan nasi lemak harga RM 5.00... kdg2 makan makan nasi bubur RM 4.40... kdg2 makan nasi kukus lauk ikan cencaru bakar (feberet) RM 5.50... paling mahal aku makan mee kari WaRung Kita kat KL Sentral tuh... pastu kat Sooka plak makan nasi campur... bila dia kira harga mesti start ngn 3, 4... 5 ngn 6 dia ikhfa' kan timbul2 balik 7.50... huhuhuh.... sbb tu la bulan nih poket aku yg mmg sentiasa kering bertambah2 laa lg keringnya... mujur lg bulan nih 28 hari jek... takyah nak budget utk 30/31 hari...

aku nak citer pasal lain sebenarnya...

aku nak mintak tukar silibus sekolah memandu laa... tambah detail lg cemana nak parking keter dgn betul di dalam kotak parking dan juga di kawasan2 lapang yg takde kotak parking... silibus baru nih bukan saja ajar cara nak parking, tp jugak ajar supaya diorg ada sensitiviti nak menjaga hati dan perasaan tuan punya kereta yg lain...

kalu aku parking cenggini... sian org tepi aku takleh nak masuk keter dia... kalu aku parking cenggitu, sian org depan takleh nak kuar parking dgn selamatnya...

nak parking nih bukan semudah tgk tiang parking, tgk tayar keter, kira 1 2 3 4 5...

mmg yer, aku geram nih... yg ada kotak parking, tak mcm ada kotak parking... terlebih depan belakang kiri kanan...

yg takde kotak parking plak, tak reti2 nak budget keter dia saiz cemana... tak reti nak adjust jarak selamat keter depan ngn belakang, keter kiri dan kanan...

erk... bila aku baca semula cam tak paham plak...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 24, 2009

siapa wanita syurga?

al salam alaykum

senangnya kita, wanita nak masuk syurga...

Daripada Anas, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai (Riwayat Ahmad)

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, February 23, 2009

...dan sebenarnya

al salam alaykum

lagu kegemaran buat masa ini...
pernah tgk videonya kat blog Areej



oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, February 22, 2009

Fatima...

video

al salam alaykum...

terfikir jugak, berapa ramai anak2 bangsa seagama kita yg sama usia dgn Fatima mempunyai pengetahuan sepeti Fatima?

Ketahuilah sesungguhnya anak-anak merupakan kain putih yang bersih, kitalah yang mencorakkan mereka samaada menjadi majusi, nasrani ataupun Islam...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, February 21, 2009

tiba2 je ada mood nak gaduh...

al salam alaykum

td kawan2 awak gaduh ngn kami kat depan ni laa... salah sorg ajk tu ckp kat housemate aku...

eh, pandai plak dia mengadu... aku bkn nak gaduh sgt... bercakap dgn kami mcam samseng... nak marah2... mcm la kami takut sgt... tp kira takut la jugak, sbb diorg kenal sapa teman2 serumah kami... dan tau no unit kami... padahal mana ada owner rumah pi letak nama kami kat mana2 borg diorg... kami pun kuar awal pagi balik kat maghrib yg kompem mmg tak bertembung ngn sapa2 kat lif...

ia bermula hanya kerana tentang stiker kereta... sebuah rumah kena ada 2 stiker sahaja... dan yg ada stiker, dpt satu lot parking kat bawah... yg lg 1 keter, kalu ada parking kosong bleh masuk, kalu dh takde parking, kna parking luar pagar...

notis dh kuar awal bulan 2... tp pakcik ajak tu ckp dh kuar berbulan2, sambil menjerit2... aku dh hangin... aku ckp baik2, sy bukan tanak beli stiker, asal sy turun jek kat ofis tuh, tutup... call tuan pengerusi, tak jawab, sms tak balas....

pastu dia bleh marah kami semula... awak turun time salah waktu! awak tak tgk jadual ke, minggu pertama setiap bulan... aku dh hangin... hello encik, notis baru kuar awal bulan 2, awak ckp dh kuar berbulan2... dh tau tak ramai lg yg beli stiker, bukak laa ofis tuh 2 minggu! takkan itu pun nak kena bitau...

kami concern keselamatan keter kami kalu nak balik kg... nak beli stiker utk 4 buah keter... dia marah lg... bknnya aku nak rebut parking kat dlm tuh... cuma bila time aku nak balik kg, takkan la aku nak tinggal keter aku kat luar pagar pangsapuri oleh sbb keter aku takde stiker... nak masuk pagar kompem tak bleh... dia bleh buat perumpamaan, awk parking kat tmpt kije awak pun parking dh bertanda kan? jawab housemate aku, takde laa... first come first serve laa... aku plak jawab, sy pi kije naik tren... even nak parking kat komuter stesen tu pun first come first serve...

aku dh malas nak layan... dia pun dh naik hangin yg teruk giler... aku pun mcm nak mengalah jek, malas nak layan ajk yg tak sedar diri melantik diri sendiri perasan bagus tuh... aku pun nak pi la ofis yg menurut kata pakcik2 ajk tuh tuan pengerusi ada kat situ dr pg smpi ke ptg... aku pi ofis takde org pun... senyap sunyi... mana tak hangin... sesuka hati diorg jek nak marah kami, ingt kami nih apa?

tiap2 ptg aku tgk diorg berkawal kat pagar nak cek sapa yg ada stiker takde stiker... aku cek kebanyakan keter kat dlm takde stiker lg dan keter diorg tak kuar2... pastu parking mmg sedikit lengang sbb byk keter yg parking kat luar pagar oleh sbb takde stiker...

aku pun tak paham atas tujuan apa sistem stiker itu diadakan, tp tak semua org bleh beli... aku tak kisah tak dpt parking kat dlm, aku nak parking kat dlm time balik kg je... sbb itu aku memerlukan stiker... susah sgt ke nak paham ngn masalah kami org bujang perempuan yg tak byk duit nak balik kg ngn keter ni?

oh ya, kesan dr pergaduhan aku kat depan pondok pakgad tuh, pakgad bangla tuh cam takut2 ngn aku bila aku tego aku dia...

samseng sgt agaknya aku ni!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 20, 2009

sapa nak jadi cikgu?

al salam alaykum

seminggu yg lepas iklan utk jadi cikgu sek rendah dh keluar... aku tak ingat diploma lepasan ijazah ke atau kursus lepasan ijazah... tp yg pasti cikgu sek ren aaa... ada la 2 - 3 org kawan2 aku yg bertanyakan pendapat aku tentang hasrat mereka yg nak mintak jadi guru ni...

aku tanya balik... atas sebab apa diorg nak mintak jadi guru ni?

ada yg jawab sbg back up masa zaman gawat nih...
ada yg ckp sbb dh tak minat nak buat kije skrg nih...
jadi cikgu senang, kije half day... ptg bleh concentrate on business...

ooo... jadinya, bukan la minat betul2 ni?

minat kan boleh dipupuk kemudian? ada yg jawab...
a ah... btul la tuh, minat bleh dipupuk kemudian atas sbb terpaksa ke atau sbb tanggungjawab?
takde jawapan...

ada sorg member aku, dia ckp kalu bisnes dia menjadi, dia nak berenti la dr jd cikgu... huhuhuhu... sadis... tp mmg ada pun yg berhenti jadi cikgu... dia join satu MLM, dia buat btul2... jadi penaja sana sini... skrg pendapatan dia sebulan lebih dr RM 60k, dia berhenti dr jadi cikgu dgn notis 24 jam... bg aku sgt kejam! dia bleh lg ckp, dgn jadi cikgu, dia tak dpt nak pakai jam tangan mahal2... tak dpt nak merasa beli umah RM 500k... tak dpt nak beli BMW... kejam lg aku rasa...

skrg nih ramai yg jadi guru (bukan semua org yek, hanya segelintir sahaja berdasarkan pemerhatian dan perbualan dan pengalaman kawan2 aku)
atas sbb dia tak dpt kije yg bersesuaian dgn kelulusan...
sbb kije dh ada tp gaji plak rendah...
sbb jadi cikgu senang, takyah balik jauh malam...
rehat pun banyak, cuti pun banyak...

bg aku, kalu betul2 mmg kita minat nak jadi cikgu, awal2 lg mmg kita dh apply mintak jadi cikgu, selepas matriks, selepas spm, selepas stpm...
mcm sepupu aku...
kita kan masa isi form nak pilih jurusan, kena pilih 5 jurusan...
kelima2 tempat kosong tuh mmg dia isi pendidikan...

mcm aku isi form dulu pun, pendidikan tempat ke-5... tp tak dpt, aku dpt pilihan kedua... tp aku apply jugak amik diploma pendidikan, dpt kat kedah, tp aku tak pi... sbb aku rasa takde minat ke arah itu... pas degree, setiap thn apply kpli, tp tak pernah lulus ujian... ada sekali jek aku lulus ujian, dan dpt temuduga, tp temuduga plak sangkut... dan selepas itu aku pikir2 semula, mmg aku tak ditakdirkan utk menjadi seorg guru sbb aku mmg tak minat jadi guru, walopun pemuduga ckp aku ada bakat nak jadi guru... dan skrg, aku dh tak isi borg dh nak jadi cikgu...

profesion seorg guru itu sgt mulia...
jgn runtuhkan kemuliaan itu dgn niat kita yg tidak betul...

jika betul2 mmg kita minat, dulu kita takde peluang utk amik bidang pendidikan, maka teruskan laa...
tp jika kita hanya berniat mengajar, cukup bulan dpt gaji, lupakanlah...

sbb aku sedih tgk anak bangsa aku skrg...
sgt sedih...

apa kaitan anak bangsa kita dgn minat tak minat kita semua nak jadi cikgu?
Allah kurniakan kita kecerdasan akal fikiran, fikir-fikirkanlah, dan timbang-timbangkan laaa...

Waallahu'alam...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 19, 2009

bertudung??

al salam alaykum




perbualan 2 sahabat semasa menonton tv...



dia nih pakai tudung dh skrg kan? (merujuk kpd pelakon dlm tv tuh)


a ah...


tp, tu dia pakai selendang, nmpk leher... pakai tudung apa mcm tuh...


dia pakai tudung jek... bkn tutup aurat... aku pun, pakai tudung tp tak semestinya tutup aurat...


knp? kita kan pakai tutup leher...


tudung yg kita pakai ni kan tudung bawal, bkn ke jarang? nmpk kan leher kita? ada org pakai tudung tak jarang, tp baju ketat, lengan pendek... still nmpk bentuk tubuh... ada org pakai tudung dh cantik, tak jarang, baju pun longgar, tp kaki plak terdedah... anggota badan kita yg bukan aurat kan muka dan tapak tangan...


hmmm...



tutup aurat ni bukan setakat luaran jek, tp juga suara, tingkah laku dll


Allah berfirman:


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah an-Nur: ayat 31)





Rasulullah bersabda:


“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian tiada menutup ‘aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadis riwayat Muslim)


juga sedang mencuba ke arah penutupan aurat yg sempurna...



Waallahu'alam


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 18, 2009

uwwaa!!!

al salam alaykum

Fida tagged aku...

Instructions:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.

tada!!!

sekali terkena folder "aku kay"

gambar ni diambil pada tahun berapa sungguh aku tak ingat... jap nak cek kat folder kot ada maklumat... ikut maklumat pada folder tahun 2006, Friday, June 02... tp seingat aku gmbor nih dirakamkan pada hari sabtu atau ahad... di kenduri teman persekolahan, Raz Izyantie Wahezar + Wan Mohd Hafiz... ni kira lepas acara makan2 laa...

ni gambr aku ngn Syuhada... kami nak lawan pipi sapa paling tembam selepas acara makan2... hihihi... cma perasan pipiku kempis jek masa tuh, walopun org dh ckp aku gemuk masa tuh... sbb skrg lg gemuk kot...

ingt masa sekolah dulu, kitorg asal berjumpa jek, bertikam lidah, asa jumpa jek, gaduh mulut... maklum laa dua2 kuat melaser... pas melaser2, dua2 jeling2 kucing... hihihhihi... pastu start baik bila Syuhada naik van sekolah sama ngn aku... sungguh mcm budak2 tak cukup umur kan?

skrg kami berdua tinggal di perkampungan yg sama, perkampungan Sungai Isap Perdana, Kuantan... Syuhada dah pun selamat mendirikan rumahtangga dan juga selamat melahirkan seorang cahayamata, yg aku rasa aku tak pernah tgk lg smpi skrg... asal aku balik kampung jek dia tade kat umah, asal dia balik kampung jek, aku plak hilang dok kat sini... huhhuhu... takde rezki lg nak jumpa dia pas dia kawin...

ok... itu saja ceritanya...

kena tag 6 org seterusnya... tak tau laa dh nak tag sapa! kalu korg rajin, buat la eh!

wassalam...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 17, 2009

kepala tak sakit dh...

al salam alaykum

dh tau nama proton mpv baru?? namanya proton Exora...

dh tak sakit kepala dh...

dulu sakit kepala nak bg nama...
pastu sakit kepala pikir sapa pemenangnya...
skrg, dh tau pemenangnya...

kecewa la jugak tak menang!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

u jump, i'll jump

al salam alaykum

aku tny member aku, gaji kat kampeni sekian2 best tak?

dia jawab cam nih:

Put it this way.. Kalau kita kita kejar gaji, so sorry to say Insya-Allah seumur hidup kita akan kejar gaji

So this is option;

M.Sc + some certification + loyalty
= you'll be rewarded fairly.

But if you keep jumping, you'll gain nothing at the end of the day. Believe me.
terima kasih kat ko bg nasihat yg berguna ni utk aku... aku akan jadikan pedoman dlm karier aku! tentunya dia bercerita drp pengalamannya...

ok... aku tny pasal gaji tuh sbb ada member aku nak berenti dr kompeni kami bersama dulu... bkn sbb aku lompat kije...

tp aku pikir gaji tak menjadi masalah utk dia... mesti ada sbb lain, sbb semua tak tau sbb apa dia nak berenti... (mungkin sama jugak sbbnya mcm aku dulu)

aku insyaAllah, nak terus kat sini... tp jika ditakdirkan sebaliknya, aku redha...

skrg ni pun bukan masanya utk melompat kerja... housemates aku 2 org tak tau apa citer... katanya kampeni diorg akan ditutup seawal Mac nnt... keyperson mungkin akan ditransfer ke China atau Gurun... harap2 mereka termasuk dlm keyperson tu...

aku pun bukan suka nak lompat2 kije... yg arituh pun terpaksa... sapa yg tau, tau laa... yg tak tau, biarlah rahsia... ekekekeeke...

apapun, aku ucapkan selamat berjaya di tempat baru utk sahabat aku itu... :)

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, February 16, 2009

untukmu palestin...

al salam alaykum

tgk majalah tiga (kuat btul kan aku tgk tv) arituh, tentera hamas menangis berpelukan dgn kru majalah 3... dgn air mata aku sekali keluar...

betapa mereka inginkan keamanan, sanggup mengangkat senjata, berkorban nyawa... kita nak boikot barangan negara yg menyokong israel tu pun sgt la susah... betapa kita nih bergantung sgt dengan barangan diorg...

askat kita di sini? masih tiada rasa apa, rasa selamat... kerana negara kita kononnya tiada musuh...

video nih dlu aku pernah tonton masa kat usm dulu... lagu2nya mmg menaikkan semangat... video penuh aku smpan kat kuantan...



nak lirik? klik sini

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, February 15, 2009

aku ingt tajuk tuh cam ampas jek...

al salam alaykum

ptg td dh start subjek baru... proposal aku yg aku rasa tajuk tuh mcm ntah apa2 jek dan skrg ini aku di dalam pembikinan tajuk yg kedua... tak disangka telah diterima... dan prof suruh ubah skit tajuk... dan dia akan bagi satu jurnal yg bakal mebantu aku esok... insyaAllah...

dan yg paling tak sangka, dia suruh buat betul2, dan nanti kena publish satu academic paper berkenaan tajuk aku itu... mampu ke aku ni?

dlm pada masa yg sama, aku ckp aku ingt nak tukar tajuk... dia ckp takper laa... awak bg proposal baru.... nnt sy tgk...

tp mmg nmpk gayanya mmg nak kena proceed ngn tajuk yg dia berkenan tuh... sbb dia nak membantu... dan mendapat sokongan selepas hasil diskusinya dgn lg seorg pensyarah...

apa lg nak difikirkan? aku teruskan je laa buat yg terbaik... aku telah dilorongkan ke arah itu... harap2 tiada masalah yg berat menanti aku... cuma perlukan surat pengesahan daripada universiti utk meminta kebenaran daripada pihak syarikat aku, utk membuat kajian di situ...

Ya Allah, terima kasih kerana membuka jalan utkku, permudahkanlah urusan aku seterusnya, aamiiin!

terima kasih Prof!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, February 14, 2009

bahan bacaan baru

al salam alaykum



smlm baru dpt notification dr Jemari Seni, buku aku dh dipos... td kat ofis, eh Kay, ada hadiah la utk awak... cepatnya dpt kali ni! satu hari jek... alhamdulillah.... tp kena peram dulu... bz la kena baca jurnal... tp tak kisah laa, dlm tren nnt mesti abis jugak baca...

aku tertanya2 jugak Hlovate ni perempuan ke lelaki... kalu tgk tulisan arab dia tuh, mmg macam tulisan lelaki... tp tak tau laa, sbb gaya penulisan seorg perempuan... macamana aku tertipu ngn penulis Untuk Kau dan Aku, Najwa Aiman tuh, nama perempuan, tapi gaya penulisan lelaki, dan bila jumpa blog dia, kompem mmg lelaki...

kena carik masa nak baca rooftop rant ni!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 13, 2009

nak pi mana ni?

al salam alaykum

dkt2 ngn lif

Z: korg sumer nak pi mana ni?
R & K: kami nak ke surau
Z: takkan laa si Amarjit ni nak pi surau gak?
A: aku nak pi shishi laa....
K: laa, pi la masuk toilet tuh...
A: takmoh laa aku... teruk sgt
R: ko turun tingkat baper?
A: 17 laa
R: tingkat 9 skrg pun tak best dh... kotor... tingkat 17 pun...
Z: laa... korg pun tak guna toilet tingkat ni ke? igtkan kami jek
K: takkan laa toilet laki pun kotor jugak... toilet pompuan siap ada puntung rokok...
Z: dlm toilet tuh air k**c**g bersepah2... geli... aku turun tingkat 13A
R: 13A ramai org tak? nak kena usha jugak la kat situ...

kebanyakan staff ofis aku akan pergi ke toilet tingkat lain utk melepaskan hajat... tempatm embuang hajat kami sgt la teruk, terutama pada waktu puncak...

nama jek dok kat bangunan pejabat yg bagus, nmpk cam org2 yg belajar sivik je kije sini... toilet pun tak reti nak jaga...

mentang laa ada org tukang cuci... tp tukang cuci tu bukan cuci toilet aras tu jek... ada la jadula dia... bkn 24 jam nak tunggu kat situ, pas korg melepas ada org tlg cebokkan... diorg pun aku rasa geli geleman nak masuk cuci toilet, sebab pe'el masing2 tak reti nak jaga adab sopan dan takde kesedaran sivik dlm toilet...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 12, 2009

semangat yg hilang

al salam alaykum

Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

* Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mati hati yang damai
Disana kejujuran

** Semarak impian
Segunung harap dujulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Api yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang
( * ulang)

Semangat yang hilang
Kita cari pulang
( ** ulang)

na...na...na...na..na
na...na...na..na..na


==> semangat aku hilang... tah ke mana... hilang utk meneruskan pembelajaran... bila mengenangkan mak dan ayah, semangat itu kembali datang... bila mengenangkan cita-cita, semangat itu menggunung tinggi... bila mengenangkan tesis, semangat menjadi buntu...


aku buntu pemikiran, buntu pemahaman, buntu penulisan...


kadang2 aku merasakan bukan semangat yg hilang, tetapi penyakit MALAS yg datang...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 11, 2009

alahai...



Faris Irsyad dah siap sedia nak balik ke KL... mama & papa dia sedang makan tengahari ngn atuk dan nenek dia... Faris Irsyad ditinggalkan dgn aku sekejap...


aku pun tak perasan keter aku calar balar... yg kat atas tu mungkin masa aku buat side parking kot... so, mungkin salah aku...

yg calar kat belakang nih aku kompius... aku tak pernah pun parking depan belakang keter aku lg 2 - 3 inci nak kena keter org... ni yg hati mula nak melilau mencari salah nih... ni pun ayah aku yg sedar... huhuhuh... mak aku ckp nmpk sgt tak 'cara' ke kereta dia... dok eh... 'cara' je... tp dok cakna sgt...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 10, 2009

tak perasan langsung!

al salam alaykum

pukul 5.30 pm aku kuar ofis... hujan turun dgn lebatnya... guruh berdentum...
sampai kat KL Sentral, tren port klang dh smpi... bergegas aku turn tangga... lg terkejut, takde org pun yg beratur nak berebut naik tren... agaknya sbb hujan lebat, so ramai org lg suka dok dlm ofis... naik tren dgn selesa...

kak jie sms, budak hensem tu ada tak? tah, tak perasan langsung... takde kot, pg td pun tak nmpk rasanya... azam aku yg baru tuk bulan february, aku dh tanak usha dh mamat yg pakai earphone putih anti isa kejam tuh... ekekeekek...

smpi batu 3, cuaca sepanas-panasnya... terang benderang lg... so, arinih berjaya smpi umah sebelum kul 7 laa... kak roza balik, dia tny...

keter awak takde apa2?
takde apa pun... kenapa?
9 buah keter kena pecah kat stesen batu 3...
aarrr? yer ker?
awak tak nmpk polis ke td?
takde pun, serius, tak perasan langsung!

tp aku rasa kete aku mmg takde apa, malas nak turun nak usha kete aku... insyaAllah takde apa2 la tu kot...

cemana esok nih? bimbang la plak...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, February 07, 2009

perjalanan yg lama...

al salam alaykum

aku smpi kat depan umah aku kul 7.30 pg td... bertolak dr cheras kul 11 mlm...
lama kan?

aku rasa aku tak larat sgt nak memandu, mata pun hampir tertutup... kat temerloh aku tido 2 jam... sambung drive lg... pastu mata nak tertutup lg... aku berhenti tido kat gambang sampai solat subuh... padahal dr gambang nak ke kuantan tuh dlm 30 km jek lg...

tp aku tanak tanggung risiko, drpd mata aku terpejam selamanya, baik aku berhenti pejamkan mata kat hentian gambang...

sori eh Fatimah! lamanya masa perjalanan ko dr uia ke kuantan... takper, sbb kita sesat sama2 smpi taman samudra... heeheheh...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 06, 2009

jgn makan sayur!!

al salam alaykum



jgn la makan sayur nnt jadi gemuk cam nih...



sbb tu aku tak makan sayur... tp knp gemuk jugak ye!!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 05, 2009

hidup kita...

al salam alaykum

kita kat dunia nih tak hidup sorg2... ada famili, ada kawan2, ada jiran, ada suami, ada isteri, ada anak, ada cucu sebagai peneman...

sbb tu Allah jadikan bulan bintang matahari, manusia dan haiwan, tumbuh2an dan macam2 lg...

dlm hidup kita nih, kita hidup saling tolong menolong bantu membantu... bukan saja sesama manusia, dgn haiwan jugak... dgn tumbuhan jugak...

jadi takde istilah dgn kejayaan yg kita gapai pada hari ini adalah atas hasil usaha kita sendiri... kita tetap meminta pertolongan yg lain...

oleh itu, suka saya nak mengingatkan pada diri saya dan juga teman2 saya...
jangan terlalu ego utk mengakui kesilapan sendiri...
jgn ego mengaku yg kita berjaya pd hari ini adalah hasil usaha kita sendiri
jgn pandang rendah pada org lain...
jgn terlalu cepat menghukum apabila sesuatu berlaku kpd kita...
jgn suka menyalahkan org lain atas apa yg terjadi...
jgn menidakkan pendapat atau kritikan org kpd kita...
jgn sekali2 berkata "knp aku nak pikirkan apa yg org kata pd aku?"
jgn memaksa org utk mengikut kata kita...

kita hidup bukan atas dasar "hidup kau, hidup kau... hidup aku jangan kacau"

org menego, tentu ada sebabnya...
tentu ada yg tak kena...
menego bukan mencari kesalahan...
kita ditego utk kebaikan...
bukan kita tak pernah tahu, sahabat dan famili itu adalah cermin kanta kita...

kalu tak reti nak hidup bermasyarakat...
sila tinggal di hutan!

yg dalam hutan tu pun hidup bermasyarakat, bermuafakat!

kita hidup, saling bergantungan... jgn tidakkan kenyataan itu!

hanya dr saya yg bukan siapa2...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:( Wahai manusia sesungguhnya Kami jadikan kamu dari kalangan lelaki danjuga perempuan. Dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenali diantara satu sama lain. Sesungguhnya yangpaling mulia dikalangan kamu disisi Allah s.w.t adalah orang yang palingbertaqwa........ )( surah al-hujrat : 13)

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 04, 2009

demi masa...

al salam alaykum

masa sungguh mencemburui aku
atau aku yang tak reti bermain dgn masa...

bangun pagi gosok gigi pergi mandi solat subuh senang hati...
turun bawah panaskan enjin keter, ke stesen komuter...
tepat (banyaknya lewat) 7.49 naik tren...
smpi ofis kul 8.30 (byknya 8.45), dh start sambung kerja yg tak berhabisan dr semalam...
tambah lg kerja baru...
bos dtg nak kena update report...
sedar2 dh kul 12 utk lunch...
kalu bawak bekal, aku makan kat depan pc, sambil2 browse internet...
kul 1, sambung rutin semula...
sampai la kul 6...
pukul 6 aku dh mmg tepu takleh nak buat apa...
aku rela beratur di KL Sentral
kadang2 garisan merah
sekejap2 garisan birupastu garisan hijau...
daripada aku dok melangut dlm ofis merenung langit...

dlm kul 6.25 naik tren, smpi kat batu 3 dh kul 7.10...
smpi dlm umah, kat 7.30, siap2 nak masak, solat maghrib...
sambil2 masak tgk berita, pastu pas makan plak banyaknya rancangan kegemaran nak kena tonton!!!
sambil2 tu plak nak cek emel...
nak cari bahan utk thesis...
sambil2 tuh plak nak taip assignment...
ada test kena baca buku...
tak dpt nak buat byk kije dlm 1 masa, pilih tv dulu...
agak2 citer dh habis kul 12, baru la mula buat kije sekolah...
kalu ngantuk, terus debum! tido...
dan rutin bermula lg subuh esoknya...

aku merasakan masa aku tak cukup bila ptg td dpt emel drp course coordinator, kami dikehendaki menghantar Abstrak thesis report selewat2nya 1 Mac 2009, atau kami akan disytiharkan menangguhkan kursus ini...

semuanya bertitik tolak daripada aku...
samada aku mahu, atau tidak!

demi masa
sesungguhnya manusia itu dlm kerugian
melainkan org2 yg beriman dan beramal soleh
yg berpesan2 kpd kebenaran
yg berpesan kpd kesabaran

al-'Asr 1-3

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 03, 2009

ada yg tak kenal rupanya!

al salam alaykum

ni namanya ikut bahasa aku ikan jebong...
ikut bahasa org bandar ikan ayam...
ikut loghat lain namanya ayam laut... isi ikan ni mcm isi ayam... rasa pun mcm ayam... sbb tu panggil ikan ayam...
kulit dia keras... nak masak kena buang laa...

sedap!!!
bakar cicah ngn air asam...
masak kari...
asam pedas...

goreng pun sodap!!

lapar nasi la plak...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, February 01, 2009

daerah kita...

al salam alaykum

"daerah kita bukan daerah bercinta
bukannya masa untuk merajuk
kasih memujuk
tiada senda gurau memanjang
kerana kita
dalam berjuang"

iyyer... mmg takde org memujuk aku...
tp skrg bukan masa utk aku bergurau senda...
bkn masa utk bermain...

pg esok...
ada kuiz...
pastu plak...
budak semester akhir kena present thesis proposal...
apa aku nak present ni???

proposal yg aku buat tuh just utk subject Research Methodology & Consultancy jek...
bukan utk final!!

uwwaaaa....

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::