...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, December 31, 2009

Ustaz Din?

Kak Su ckp Ustaz Din tak wujud...

ada sapa2 nak jadi Ustaz Din?


**** aku amik gmbo nih dlm tren shuttle Shah Alam - KL minggu lepas...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 29, 2009

Jaja & Din

Barang siapa jatuh cinta, kemudian beliau menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya lalu mati, maka matinya itu ialah syahid...

intipati dr novel Jaja & Din...

pg td, ada org tego aku di stesen komuter... dia tanya best tak novel ni? aku cakap mmg best... tak sabar nak habiskan... dia ckp dia nak beli, tp tatau best ke tak... sila la beli, novel terbitan Jemari Seni tak pernah menghampakan saya...

agaknya dia tgk aku sengih sorg2 baca Jaja & Din...

pesan Kak Suraya dlm autografnya (betul ke kosa kata aku ni) di muka surat ketiga...

"Bacalah cerita Jaja untuk fahami hati Din"

baru separuh, kisah ini mmg manis!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 25, 2009

siri melawat bayi... lagi

al salam alaykum

siri melawat baby yg ke berapa pun tatau laaa...

ptg td, kami berempat... Fidah, Fatimah, Asyha dan aku pi umah Herny... melawat Herny yg baru melahirkan seorang bayi perempuan... kali terakhir kami tgk Herny ialah, majlis kawin dia, tahun 2007... pi kenduri kawin dia, kami sama2 berempat la jugak... huhuhuh... oh ya, Maziah pun ada jugak di sana... tp putera dia, si Aisar takde laa plak...

ni anak sulung Herny, Ayyash nama dia... keletah sangat! geram betul! tak sempat nak melawat si Ayyash ni dulu2...


nama saya Areej Afaf... nama mcm nama junior Ihsan dulu2... si Areej Torla...

tidur jek dia! kecik lg... kalu tak silap aku lahir 6 @ 7 hb 12... tak sempat nak sama tarikh lahir ngn ummi dia... 12hb 12...

insyaAllah... moga Areej menjadi anak yg solehah utk ummi dan abinya!

Auntie Maziah, jangan lupa yek kirimkan gambar kita ramai2 td kat kami yek! tak reti facebook, e-mail mesti pandai kan? hik hik hik hik...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 23, 2009

....

al salam alaykum

terjaga kul 4.30 pagi... nak tgk jam, muka adik lelakiku yg timbul...

dpt panggilan pagi2 hari mmg menyesakkan dada dan fikiran...

"tak baca sms ke?"

tak sedar laa... bakper?

"mak andak meninggal dh pagi td... ni kat segamat dh"

innalillah... pastu, kaklong bertolak pas subuh aaa...

"pa kata takyah balik laa... arituh dh balik dah jumpa pun"

ok... kim salam la belaka...

aku tak ralat aku tak balik... aku dh jumpa dgn arwah hari sabtu dan ahad lepas... kami balik ke gelang patah utk melawat arwah... hari sabtu, keadaan arwah baik lg... pada hari ahad, keadaan nmpk teruk... mmg tak sampai hati nak balik tinggalkan arwah... hanya doa "semoga cepat sembuh" mampu diucap... walopun dalam hati aku lain perasaannya...

kawan-kawan, mohon disedekahkan Al-fatihah utk arwah ibu saudara saya (Mak Andak) yg kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 1 pagi td... semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yg soleh dan dipermudahkan urusannya di sana...

----------------------------------

hari ini hari lahir ayahanda saya Kamaruddin bin Md Taib yg ke 54...

selamat hari lahir Pa!

doa aku, moga dikurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala-galanya utknya!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 18, 2009

salam awal muharram 1431

al salam alaykum

awal muharram di kuantan...

tak keluar rumah, hujan turun mencurah...
batuk tak kebah, suara hilang sudah
...

apahal radio nih main sumer lagu lama2 ni?

cinta azali by nurul
hangatnya cinta by lyana
aku tak bersalah by pearl
ku ingin bahagia by rina rahman

.....

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 17, 2009

pusing belakang sekejap...

al salam alaykum

tiba2 teringt soalan kertas bahasa inggeris UPSR 1993...

If you are ___________, you will be bla bla bla bla (tak ingt la plak ayat penuh dia)

antara pilihan jawapan yg aku ingat: kindly, friendly... lg 2 aku tak ingt sbb mmg tak masuk ngn ayat...

aku jawab, mula2 friendly.... tp aku tanda bulat kat soalan tuh, maknanya tak yakin laa... saat akhir pengawas peperiksaan nak kutip kertas jawapan, aku pi tukar, jadi kindly...

org tak pandai bahasa inggeris la katakan...

keluar dewan, semua pakat berkerumun kat cikgu tanya soalan yg rasa susah dijawab... cikgu cakap: jawapan dia friendly... kindly tak masuk ngn ayat... kalu buang ly jadik kind jek, baru masuk...

nyesal aku!

kenapa tiba2 teringat? skrg nih kalu tulis email, skit2 "kindly"... nak buh "friendly" kang tak kena plak!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 16, 2009

misteri tukar beg

al salam alaykum

ingt tak lg mamat pakai beg galas ANTI ISA, ber earphone putih tuh?

dh lama jugak tak jumpa dia...

pg td nmpk dlm shuttle train...

masih ber earphone putih, tp beg dh tukar beg sandang... takde dah lencana anti ISA... kat beg tuh bersulam "Malaysian Human Rights Day"... itu jek yg aku nmpk utk dibaca... tulisan lain semua kecik2...

dan, dia turun kat KL Sentral la plak kali ni... aku nmpk dia naik eskalator, tp pastu tatau ke mana menghilang... hahahaha...

misteri la sangat! :p

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 14, 2009

sensitif

al salam alaykum

keluar dr touch n go kaunter, ada sorg mamat panggil... nak buat survey...

ok...

dipendekkan citer, sampai laa satu soalan...

"ok kak, ni soalan sensitif skit"

aku dh rasa mcm pucat, apa kemenda la plak survey touch n go ada soalan sensitip ni...

"umur akak berapa?"

"28, apa yg sensitifnya dik?"

"takde laa, ada setengah org tuh tanak bitau umur dia baper, sensitif katanya"

"ooo, yer ker?"

sensitif la sangat...

tp mmg yer pun, bg setengah org, umur adalah sesuatu yg sensitif...

hmmmm!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 10, 2009

hancurr!

al salam alaykum


semalam housemate aku masak lasagna...

lengkaplah satu hari aku semalam menu sumer ala2 barat...

makan pagi: spagheti
tengahari: salad
malam: lasagna

sedap!!!

apa yg penting... diet aku hancur... takut plak nak pi timbang bulan ni... huhhuhu...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 09, 2009

aku masih di sini

tit titt tit titt...

ada sms...

Kak Linda Komuter... Kak Linda nak pulangkan novel ke?

Assalamualaikum kay... lama tak nampak kay... kije kat sentral lg tak?

waalaikumsalam... kije lg kak! tp skrg nih kuar awal balik pas maghrib... bz skit...

ooo... patut laa...

itu kisahnya...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 01, 2009

dah biasa

al salam alaykum

i

dia: hello, bleh bercakap dgn PUAN kay?
aku: yer bercakap...
dia: bla bla bla bla... maaf nak tanya, ni PUAN ke CIK yek?
aku: mana2 pun boleh...

ii

1: kak nak buat apa ni?
2: eh, pesal ko panggil dia kak? umur dia sama ngn adik aku laa...
3: takper2, aku tau, dia hormat kat aku jek...

iii

1: anak awak ni dh umur berapa?
2: erm... tak, ni adik saya... umur dia 10 thn...

iv

1: kaklong makan nasi minyak dh sini (rumah jiran), bila plok umah 'nasi minyak' umah kaklong?
2: raya pertama arituh ma buat dh kan nasi minyak, bakper dop makan?

--------------------------------

aku tau, aku dh umur 28... aku tau, raut wajah aku matang...

aku dah biasa...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 30, 2009

biru hari Isnin...

al salam alaykum

aku mmg pakai baju biru pun...

aku bertolak pukul 10.30 mlm td dr depan umah... perjalanan sgt la lancar... sehinggalah sampai tol bentong, aku menjerit... jem giler! sejam jugak la kereta bergerak dgn agak perlahan... akhirnya, sampai shah alam kul 2.45 pagi...

4 hari kat umah, ckp je nak makan apa, insyaAllah dapat... 4 hari jugak la diet aku hancuss! baru berperasaan aku rasa aku kurus skit ni... dh rasa gemuk semula...

selepas beberapa hari mak aku tanya nak makan apa... nak masak apa... mlm td, mak aku cakap:

sudoh2 la tu makan... kurus2 la skit badan tuh!

tensen! selalu macam tuh...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, November 28, 2009

terjumpa lg...

al salam alaykum

belek2 gmbo lama, jumpa gmbo yg berusia 10 thn... ni zaman matrik kat ganu...

ni budak2 kelas matrik kimia - fizik...

ni kami keluar sesudah subuh panjat pagar permint harmoni, sbb guard kunci pagar depan dan belakang... pusing KT sampai batu buruk, singgah kat bulatan ladang... dulu penyu lg, pastu skrg batu bersurat... kami amik gambo kat sini sebelum penyu itu dihilangkan...

ni laa kolej matrikulasi terengganu, pastu bertukar jadi international college of terengganu... skrg tatau nama apa... lokasinya di hadapan hospital, jalan sultan mahmud tu laa...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 23, 2009

ubah

al salam alaykum

bukan saja2 dtg awal...

tempat duduk berubah... so kena kemas...


tempat lama... jumaat lalu... selepas semua barang dimasukkan dalam kotak...


tempat baru... kena bukak kotak dan kemas meja...

bukan jauh pun pindah... masih di bangunan sama... level yg sama... jarak dgn meja lama hanya la 10 langkah je...

moga prestasi kerja aku pun berubah... ke arah yg terbaik!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, November 20, 2009

result kuor doh la!

al salam alaykum


tak cek lg ngn mak aku ada tak budak2 kat rumah aku tersenarai dlm 64 org murid dpt 5A tuh... sepupu sepapat aku kat kampung tuh... ada la kot sorg dua yg amik UPSR thn ni... tak cek jugak lg...

apa2 hal pun... tahniah yek adik2 sumer! yg tak dpt byk A pun... takpe... sekolah cam biasa, belajar lagi rajin, jgn leka jgn alpa... PMR nnt buat kejutan yek!

3,225 dapat 5A di Pahang

KUANTAN 19 Nov. – Seramai 18,701 calon lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 di Pahang iaitu meningkat sebanyak 1.38 peratus berbanding tahun lalu.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1.38 peratus kepada 68.39 peratus berbanding 67.01 peratus pada tahun lalu.

‘‘Daripada 27,346 calon yang menduduki peperiksaan, seramai 3,225 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 5A bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan 7A bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

‘‘Malah, sebanyak 20 daripada 533 buah sekolah telah berjaya mencapai kelulusan 100 peratus,” katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR 2009 di SK Sungai Isap di sini hari ini.

Menurut Abdul Hamid, keputusan ujian itu juga menunjukkan peningkatan yang membanggakan di kalangan sekolah Orang Asli, sekolah-sekolah Felda dan murid pendidikan khas.

‘‘Bagi murid Orang Asli, seramai tujuh orang daripada 761 calon berjaya memperoleh 5A dengan peningkatan lulus semua mata pelajaran sebanyak 18.4 peratus.

‘‘Sekolah-sekolah Felda turut menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 3,923 daripada 5,437 lulus penuh dengan 524 calon mendapat 5A,” jelasnya.

Tambahnya, seorang pelajar pendidikan khas yang rabun penglihatannya, Nurul Aziatul Azizi, 12, dari SK LKTP Lurah Bilut, Bentong dekat sini berjaya memperoleh 5A.

Sementara itu, SK Sungai Isap di sini berjaya mencatatkan jumlah murid tertinggi yang memperoleh keputusan 5A iaitu seramai 64 orang berbanding 45 orang calon pada tahun lalu.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, November 19, 2009

amacam latihan?

al salam alaykum

teringat iklan biozip plak...

mak dia pi melawat anak dia kat PLKN...

dengan soalan:

"amacam latihan?"

ganas yek ibu2 sekarang...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, November 18, 2009

terkenang semasa dulu...

al salam alaykum

gambor lama... thn 1993... darjah 6 Arif @ 6 Raya kat Sek Keb Galing, Kuantan...

ntah ke mana masing-masing...

ada rakan cadangkan, kumpulkan balik semua cikgu2 nih dan murid2, amik gambar balik kat tempat yg sama... bleh ke?

insyaAllah... ada yg boleh, ada yg tak...

khabar terbaru,

ada yg dah pun kembali ke alam barzakh, samada cikgu dan murid-muridnya...

ada yg dh duduk kat oversea, tatau bila nak balik, tak pun mmg tanak balik2...

ada yg dh jadi model iklan tv...

ada yg berkhidmat kat Sabah Sarawak...

ada yg sedang belajar lg tatau bila nak habis...

ada yg mungkin sepejabat tapi tak pernah jugak nak terserempak...

ramai yg terus menyepi tanpa berita, takleh nak dikesan samada di facebook @ friendster...



ni plak, masa hari guru thn 1991, darjah 4... kawan aku upload dlm Facebook... kiut jek muka masing2... suci murni... hahahaha... bila la dpt jumpa eh?

insyaAllah... satu hari nnt kita akan berjumpa juga...

"walau di mana kita berada, kita tetap merenung bulan yg sama"


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, November 17, 2009

buah blackberry?

al salam alaykum

tgh borak2 ngn kak anor minggu lepas pasal telepon... bukak website maxis & celcom, ada promotion utk blackberry...

bg aku yg maxis ok kot... eh bukan! yg hotlink, prepaid punya package... package maxis utk postpaid tak menarik...

utk prepaid, harga yg perlu dibayar ialah: RM 488 utk device, pastu RM 98 x 6 bulan kontrak utk package BIS, total kena bayar sekaligus sekali harung ialah: RM 1076.00

dan2 tuh aku called kak gee yg mmg nak tukar handphone, sbb handphone dia mmg dh kiok dh... dan2 tu jugak kak lydia nak jugak beli, smpi 4! tp dia beli 2 jek, satu utk dia, satu lg hadiah utk husband dia... dan2 tu jugak aku berpikir, kalu laa aku pun senang nak membeli mcm tuh! hihihihih

nak dijadikan cerita, ptg2 tu jugak diorg pi maxis centre kat KLCC, aku jugak kena pi sebagai peneman, penasihat tak bertauliah, penyoal bg pihak diorg... diorg ckp, diorg buta teknologi... hikhikhik... siap salesgirl tu perli aku lg, you bleh kije sini aar, sumer you tau! ampass...

dh dpt blackberry kat tgn diorg, tp byknya utk hari pertama dan kedua kat tgn aku laa... nak setting sumer pelbagai menda dlm tuh... tp setakat hari ni, diorg dh terer giler laa guna blackberry tuh...

aku teringin gak... tp skrg nih keinginan je laa... bukan keperluan utama pun... kang merajuk plak handphone aku nih... tp kalu ada rezeki lebih, aku nak I-phone... best ooo nak browse internet... cumanya, aktiviti utk ber'sms semasa memandu sgt laa payah! dan mungkin juga, aktiviti utk mengupdate blog pun semakin slow... dan utk membalas sms pun dah takde... atau, mungkin dlm keadaan yg sgt extreme, I-phone dicampak sbb susah sgt nak nak ber'sms... hihihihi

berangan dulu tak salah...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 16, 2009

Alizad Shahdan?

al salam alaykum

ni laa padahnya byk sgt baca novel...

smpi terbawak2 dalam mimpi...

terjaga dari lena:

sapa Alizad Shahdan tu?

dh tanya pakcik google:



takde jawapan...

dlm novel2 yg aku baca, takde plak yg sama nama...

ada sapa2 kenal?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, November 12, 2009

tengkujuh

al salam alaykum

skrg nih berita2 di tv menyiarkan berita tentang banjir di kelantan, terengganu, kedah...

yg aku perasan sgt2 ayat dia ialah:

sekolah2 "digenangi" banjir...

digenangi??? mcm tak kena jek...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, November 11, 2009

buhsan...

al salam alaykum

hari ahad bertolak ke melaka... singgah sebentar di muar... umah makteh kat bukit gambir... pastu singgah tangkak... giler sekejap tgk kain2 yg bergantungan itu... beli 2 pasang jek... (beli lagi... eheheheh)

2 hari di melaka.... lepak kat MITC... konvo adik aku...

tgh syok nak amik gmbo, tiba2 bateri empty... konon ada spare, bateri lama ruapnya dlm beg... amik gmbo guna handphone jek...

kontek kawan2 lain kat melaka, sumer ke luar negeri Melaka...

tak tau laa bila lg bleh pi Melaka utk jumpa kawan2...

balik dr melaka, smlm masuk kije, byk giler kerja... balik kul 8 mlm... tu pun sbb nak kejar tren nak smpi umah nak tgk citer korea, the queen returns...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, November 07, 2009

nikmat...

al salam alaykum

nikmatnya balik Kuantan!

online dgn streamyx yg kdg2 mcm siputmix... tp still da best laa nak bandingkan dgn broadband lain... hihihihih

ari tak ujan... smlm tgk berita tajuk "banjir di Pahang membimbangkan", kat mana banjir tuh? dlm paper takde pun... tp aku agak mungkin kat sungai lembing kot... kalu musim tengkujuh tiba, sungai lembing naik air dulu...

ptg nih kalu tak hujan lg, agenda seterusnya makan pizza bersama kak wa dan mat shah... mat shah nak belanja... ntah btul ntah tidak... berjanji dlm FB jek... tp takleh gak nak tgk anak mat shah, anak dia dlm pantang lg... huhuhhu...

esok pi melaka, ari isnin adik aku konvo... walopun sijil, tp apa salahnya meraikan "kejayaan" dia menamatkan pengajian selepas mcm2 dugaan... cthnya dugaan itu ialah "iman nok berenti belajor la ma"

okes...

malam nih tgk bola... gomo kelate gomo!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, November 06, 2009

tingkap III



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

tingkap II

versi bahasa malaysia (melayu?)



Memang ku mahu segalanya
Fikir ku mampu laku semua
Ku melangkah dengan pasti
Ku mampu laku sendiri

Sekelip mata hari baru pun tiba
Beritahu lagi cara baru
Perasaan ku berbunga
Harapan ku mula ada

(korus)
Ada kau aku kita kan bersatu?
Kau aku akhirnya bersama
Di Jendela ku melihat
Segala ku inginkan
Kau aku kita kan bersatu
Berbeza namun tetap mesra
Pabila ku lihat kamu
Impian nyata ku tahu

Rasa hati mula membara
Penantian tiada ku rasa
Tak mampu ku hidup tanpamu
Sendirian selamanya

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, November 04, 2009

aku pikir aku betul

al salam alaykum

pagi td dlm tren... terbaca satu iklan sebuah bank... bunyinya mcm ni lebih kurang...

"tanya kami mengenai bla bla bla (aku lupa)"

tak paham laa...

aku belajar perkataan "mengenai" sejak darjah enam utk UPSR thn 1993...

dlm konteks ayat iklan tu, yg sebetul2nya ialah "tentang"

"tanya kami tentang bla bla bla"


cth ayat utk mengenai

"dia membaling bola lalu mengenai badan saya"


cek balik silibus nahu/tatabahasa....

ke dh berubah skrg ni? aku ke yg tatau?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, November 03, 2009

tingkap




Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 02, 2009

renjis renjis dipilis...

al salam alaykum

sblm apa2... sedih jugak terengganu kalah... takper laa... kita sokong kelate la plok...

------------------------------------------------

hari sabtu, kami pi kenduri kawan seofis... dua2 kawan ofis kami... yg pengantin laki plak, tak sangka la plak org kuantan, dok taman guru... sejalan jek kami nih sepanjang jalan gambang tu...

semoga berbahagia yek Siti dan Sono!


-----------------------------------------------------------------

hari ahad plak smlm konon nak pi hiking kat PJ, sekali tayar moto pancit kat seri setia... kalu sesapa lalu federal smlm tgk ada budak 2 org atas moto yg melawan arus jalan, kami la tuh! kami dok bertapa la kat seri setia sambil menunggu kedai moto bukak!

lepas tukar tiub, balik shah alam, tak balik umah terus pi stadium... bukan pi berlari ke bersukan ke... pi warehouse sales!

happening kan cuti hujung minggu aku!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, October 30, 2009

saja nak update 2x

al salam alaykum

bz la jugak sebenarnya + byk sgt menda nak citer... smpi dok katu mah smbil tgk tv, mcm2 idea nak taip dan nak dikongsi... tp bila smpi ofis, byk laa tugasan...

tugasan didahulukan, pencapaian diutamakan...

aku baru dpt tau... ada sorg kawan aku, yg lost kontek 3 thn lamanya, disebabkan perkara kecik (aku agak je laa, sbb dia langsung tak kontek aku dh), dh berkahwin rupanya... minggu lepas, terdetik di hati nak kontek dia... aku pun sms laa dia... takde jawapan, sms delivered... mujur tak buat read notification jek... takper la... org tanak reply...

pastu, dlm facebook kawan aku ckp, dia dh kawin... ooo! dan takde pun org yg tau... akaun friendster dia pun dh lama dia deleted...

ok, lg sekali aku antar sms kat dia, ucapkan tahniah bla bla bla laa... tp sms undelivered... dh tukar no kot....

uiks... baru seminggu jarak masa!

btul la tuh, agaknya dh kawin... nak jaga hati isteri kot... dpt msg dr seorg perempuan plak tuh...

apa2 hal pun, wahai kawanku! (aku tau dia mmg tak baca blog aku)

lupakanlah cerita2 lama... aku takde apa2, sehat sejahtera makin tembam sentiasa...

aku doakan ko pun mcm tuh jugak, berbahagia dengan isteri tercinta...

cuma, pesal la ko tak kontek kami nih nak bagitau ko dh kawin... ramai jugak mcm tak puas ati tuh... tp yer la kan, kalu nak pikir hati2 org nih, mmg sesak pikiran!

aku memahami...


peace!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

alahai!

dia sentiasa tersenyum!

btul2... jalan sorg2 pun dia senyum...

mmg muka muka, muka senyum kot...

.......





****sorry Fidza! tak smpt nak update!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, October 26, 2009

hari sabtu yg aku suka

al salam alaykum

aku suka no 1...

aku tgk perlawanan suku akhir piala malaysia, terengganu menentang selangor...

terengganu menang!

terengganu masuk semi final Piala Malaysia!

harap2 final nnt jumpa red warriors - kelantan...

peteh ganu peteh!

----------------------------------------------------------------------------

hari sabtu... kami ke Zoo Negara... utk Zoo Hunt...

first time oo masuk Zoo Negara... tp aku tak sempat nak bergmbo kat depan Zoo... sbb kami dh lmbt, pusing2 kota sbb sesat!

lain kali ikut kesas je kan senang!

sebelum acara bermula, dok dlm dewan utk taklimat...

jgn dipersoal kenapa baju aku kaler hijau! nnt aku akan marah kat budak intan... hahahahah!



selepas aktiviti zoo hunt!

sy tgk korang nih berjalan je! cemana nak menang? org lain sumer berlari!

takper2, tak kisah! kami jalan laju!

akhirnya kami dpt jugak no 3... alhamdulillah!
doa diperkenan!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, October 23, 2009

Thursday, October 22, 2009

kali kedua aku dengar...

al salam alaykum

mendengar pengumuman

"kelewatan ini adalah disebabkan masalah teknikal yg berlaku di antara stesen batu tiga dan subang jaya"

dlm hati: ada kereta jatuh lg ke?

dpt sms: btul la kay, ada keter jatuh atas track kat subang jaya... tayar 4 biji kat atas, tatau keter apa, dia jatuh dr flyover... nasib baik keter tu makan 1 track je...

macam2!

***updated***

MPV terbabas punca laluan komuter tergendala

22/10/2009 11:35am

SUBANG JAYA 22 Okt. – Sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria terbabas ke laluan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini pagi ini, menyebabkan laluan komuter menghubungkan Pelabuhan Klang ke ibu negara terkandas.
Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, dua lelaki yang menaiki kenderaan tersebut hanya mengalami cedera ringan. – Utusan.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, October 21, 2009

buku-buku yg bermuka-muka

al salam alaykum

semalam aku registerkan officemate aku, akaun facebook... sblm tuh ada lg sorg mintak tlg aku bukakkan akaun facebook utk dia... dia naik geram sbb sumer berita cerita, kawan2 dia hanya update di facebook... jemputan kawin ke, gathering ke etc sumer dlm facebook... dh takde dh nak emel2 nak sms bagai2 ni... apatah lg surat...

smpi balik kampung jumpa kawan2... eh, korg ada facebook tak? add tau! takde? bukak la satu... bukak jugak ptg ni... isk isk isk... mcm facebook nih dh jadi gaya hidup masyarakat la plak...

itulah dia penangan facebook!

dan aku kagum la jugak ada yg selalu dok mengadap internet ni, tp langsung takde akaun facebook, friendster etc... dan tak berminat pun nak create satu account... nak carik kawan2...

bg aku plak... aku lg suka friendster... mungkin jugak sbb friendster ni rupa gaya dia mcm org tua lama... aman damai tenteram... facebook sesuai la utk budak2 dan org2 muda belia yg happening giler... dan jugak utk org yg havoc punya bz...

aku bukak facebook pun sbb jumpa ramai kawan2 aku masa sekolah rendah dan menengah yg takde bukak akaun friendster...

aku pernah baca satu berita berbulan2 dulu, ada org kena buang kerja sbb main facebook... masa dia main facebook tuh kat umah, sbb dpt MC atas alasan tak dpt melakukan kerja dengan duduk di depan pc... main facebook? agaknya, sambil baring2, guna teknologi telefon...

tp kdg2 aku bosan, aku bukak jugak facebook main game... tp aku tak terjebak la plak ngn mafia war dan jugak farmville tuh...

tp jgn laa time office hour pun bukak facebook... mana la kije nak jalan... mujur lg office aku blockkan jaringan kawan2 ni time office hour... tp diorg ni kaya... main facebook guna handphone 3G je... so tak heran laa kalu internet office down...

harap2 facebook atau pun friendster, dan lain2 lg laa... tagged, flixter, hi5, wayn... semuanya akan membawa kita ke jalan yg benar... takde lagha2... mengeratkan ukhwah sesama insan... mungkin jugak ada yg bertemu jodoh... mana tau kan?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, October 20, 2009

sedang bosan

al salam alaykum

saja2 buhsan2...

yg pertama:

Pick Your Artist:
Sheila on 7

Describe yourself:
Percayakan Padaku

How do you feel about yourself?
Jangan Takut Gelap

Describe where you currently live:
Tunggu Aku Di Jakarta

If you could go anywhere, where would you go?
Hingga Hujung Waktu

Your favorite form of transportation:
Seberapa Pantas

Your best friend is:
Sahabat Sejatiku

Your favorite color is:
Tunjukkan Aku Satu Bintang

What's the weather like:
Pagi Yang Menakjubkan

Favorite time of day:
Buatku tersenyum

If your life were a TV show, what would it be called?
Kisah Klasik utk Masa Depan

What is life to you?
Melompat Lebih tinggi

What is the best advice you have to give?
Waktu yang tepat utk berpisah

If you could change your name, what would it be?
Sephia

Your favorite food is:
tunjukkan padaku

Thought for the Day:
Lihat, Dengar, Rasakan

How I would like to die:
Saat Aku LAnjut USia

My soul's present condition:
Bila Kau Tak Di Sampingku

My motto:
Just for my mom

yang kedua:

Pick Your Artist:
KRU

Describe yourself:
Penjunjung Namaku

How do you feel about yourself:
Hilang Kawalan

Describe where you currently live:
Diari Metropolitan

If you could go anywhere, where would you go:
Di Pintu Syurga

Your favorite form of transportation:
Impact maksima

Your best friend is:
Dua

Your favorite color is:
Luar Biasa

What's the weather like:
Getaran Jiwa

Favorite time of day:
Semuanya OK

If your life were a TV show, what would it be called:
Setia Bersama

What is life to you:
U Make My Day

What is the best advice you have to give:
Jangan Lafazkan

If you could change your name, what would it be:
Emilia

Your favorite food is:
Da Party

Thought for the Day:
Terima Kasih

How I would like to die:
Di Depan Mata

My soul's present condition:
Aint Got No Soul

My motto:
Enuff ezz Enuff

yang ketiga:

Pick Your Artist:
Raihan

Describe yourself:
Tanya Ibu dan Ayah

How do you feel about yourself:
Syukur

Describe where you currently live:
The Right Path

If you could go anywhere, where would you go:
Untukmu Palestin

Your favorite form of transportation:
Perjalanan

Your best friend is:
Mulianya Ramadhan

Your favorite color is:
Cahaya Salawat

What's the weather like:
Peristiwa Subuh

Favorite time of day:
Keamanan

If your life were a TV show, what would it be called:
Iman Mutiara

What is life to you:
Taqwa dan Iman

What is the best advice you have to give:
Mari Bersholat

If you could change your name, what would it be:
Senyum

Your favorite food is:
Hari Raya utk Semua

Thought for the Day:
Khabar Iman

How I would like to die:
Sesungguhnya

My soul's present condition:
God Is The light

My motto:
Kita hamba


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, October 19, 2009

siri melawat bayi

al salam alaykum


nama saya Muhammad Aisar Sidqi... ibu saya sukakan nama Aisar... ayah saya pulak nak letak nama Sidqi... jadilah nama saya Muhammad Aisar Sidqi... nama ibu saya Maziah, nama bapa saya Muhammad Nazmun... saya tak sabar nak lihat dunia ni, ikutkan tarikh due saya lepas raya, tp saya nak keluar cepat sgt, jadinya lahirlah saya pada 13 september yg lalu...

semalam kawan2 ibu saya, ciklong Khairini dan auntie Rafidah dtg melawat saya... dgr2 kedua2 makcik saya ni, ada lg sorg auntie tak dpt datang... nama dia auntie Fatimah... auntie Fatimah tak berapa sehat...

mintak maaf laa auntie Rafidah dan ciklong Khairini, sy tak larat nak bukak mata saya... saya berjaga malam, tido siang... hihihihihi... nnt2 sy besar skit, makcik berdua dtg laa lagi, masa tuh insyaAllah sy dh pandai main dh...

auntie Rafidah ngn ciklong Khairini ni konon2nya nak dtg tgk saya awal2 raya dulu... akhir2 raya baru ada masa... tu pun sbb ciklong Khairini dpt balik Kuantan tiba2 hari sabtu kelmarin... kalu tak agaknya, jadi laa mcm anak auntie Herny tuh... smpi skrg diorg tak jumpa lg abang Ayyash... abg Ayyash nak dpt adik dh pun insyaAllah bulan 12 nnt...

makcik berdua nih boleh tahan jugak mulut diorg... bising! mujur sy dpt tido jugak dengan lenanya... walopun makcik berdua nih kaco2 saya tak bg sy tido... hihihhihi... mcm2 la diorg ni bercerita... maklum laa nak jumpa kawan2 nih, kalu tak raya, tak kat kenduri, tatau laa bila bleh jumpa... btul tak?

eh, makcik berdua dh nak balik ke? makcik berdua ni nak pi melawat auntie Fatimah plak, pastu diorg pi umah Auntie Asyha... nak pi umah Auntie Herny, Auntie herny tak jawab telefon... Uncle Aris ngn Auntie As plak dok kat Muadzam...

takper laa makcik berdua, insyaAllah panjang umur kita jumpa lg...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, October 16, 2009

Pesta Konvo

al salam alaykum

alhamdulillah, selamat sudah satu majlis utk kami!



ma pa dan dua beradik ni je yg dpt hadir... alhamdulillah




Mohammad Azharie, Anas Najhi, Khairini, Sharida


kami tidak menyebarkan virus!




alhamdulillah! tetapi, suasana tapak pesta konvo tak semeriah di USM 2004 dulu laa... Ida ckp, mmg konvo UiTM mcm ni, kawasan terhad... tp tak apa laa... yg penting kami dh selamat bergraduasi...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, October 14, 2009

somebody save me!

al salam alaykum

smlm, aku bukak laptop aku... ok lg... takde menda terjadi... wallpaper air terjun sungai pandan pun cantik jek...

pastu... aku saja nak guna internet, Husna suh pakai internet jugak bulan nih... aku guna laa jalur lebar dia tuh...

tak smpi 5 minit lepas line connected, wallpaper aku terus jadi cam gmbo kat bawah nih...




uwwwaaaaa! sedih btul aku! aku pun try la donlod jugak apa yg dia recommended kan, tp kena bayar USD 49 ++... uwwaaaa!

ada sapa2 bleh bantu aku? btul2 aku tak tau nak buat apa ni...

aku selalu jek regular scan laptop aku ni... last sekali aku bukak laptop nih, minggu lepas...


sedihnya!

tolong eh kawan2!

terima kasih!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, October 13, 2009

setahun sudah!

al salam alaykum

diam tak diam, sedar tak sedar...

dh setahun aku kat plaza sentral ni!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, October 12, 2009

dok umah diam-diam

al salam alaykum

ari ahad semalam ada org yg sgt la tatau nak buat apa... nak tgk tv dh bosan, nak tido dh bosan... open house plak dh abis, tinggal sorg2 plak kat umah... pastu semua kerja dh abis dibuat...

dia pun keluar laa rumah... pi window shopping katanya... bawak la duit skit konon2 kot terjumpa apa yg dia nak, bleh beli terus... budget utk itu je... poket dh "kering" kan, jadinya kena berjimat cermat sementara nak tunggu "basah" kembali akhir bulan nnt...

dia tak pi cari lg apa yg dia nak, dia pi singgah MPH dulu, konon2 nak tgk la novel dan buku2 terbaru, nak cop dulu, bulan depan bleh beli... angkat letak angkat letak, dia terbeli:

1. dua buah novel... huhuhuhuhu
2. sehelai seluar
3. beg balik kampung... (balik kampung lg)

dia mmg tak bleh keluar laaa... kalu dia keluar jek, mesti duit dia yg mmg tinggal nyawa2 ikan, akan bertambah laa nazak... barang yg dia nak beli, tak terbeli pun...

pengajaran: "jangan keluar jalan-jalan" kalu anda keseorangan...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, October 09, 2009

maaf!

al salam alaykum

kepada Norasmiza Manaf dan Aris Tammiji...

maaf, aku tak dpt balik kuantan esok... tak dapat nak menghadiri hari berbahagia korang berdua... aku kena pi amik jubah utk konvo pagi sabtu... aku tak dpt cari wakil utk amikkan jubah aku + aku takleh nak amik waktu lain... mesti amik pada waktu yg ditetapkan saja...

aku plan nak pi kenduri sebelah Aris pada hari Ahad... tp sampai saat nih, aku tak dpt pun jemputan dari Aris... jadinya, aku dh batalkan la plan tu...

walo bagai manapun, aku, nak mengucapkan selamat pengantin baru (aku lupa la dlm bahasa Arab cemana nak cakap) buat korg berdua... aku mendoakan korang sentiasa dalam lindungan dan rahmat Tuhan Yg Esa... semoga dapat melahirkan zuriat2 yg soleh dan solehah, berjuang utk bangsa, agama dan negara...

hmmm... akhir kata, aku suka lagu nih, aku tuju kat korg berdua laa...

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu ==> aku doa hingga ke akhir hayat

Moga kekal hingga ke syurga

aku sedih dalam gembira... sedih sbb tak dpt pi majlis ko la As, gembira sbb kawan2 aku berjumpa jodohnya...

iyyer... kdg2 pasal kawan2, kita jadi emosi kan?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 08, 2009

zoo?

sekejap di "zoo"





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, October 07, 2009

tunjukkan jalan

al salam alaykum

pagi semalam...

adik nak pi mana?

sy nak pi bangunan PNB

***penat memikior...

bangunan PNB takde kat sini, setau akak kat Ampang Park

td sy tny kat information centre, dia ckp kat sini laa...

*** pikir lg sekali...

takde la dik... cuba tgk alamat yg dia bg...

kat Ampang Park kak!

adik pi naik Putra lrt, turun kat Ampang Park... jalan kaki la skit nak pi PNB tuh...

terima kasih kak!

tiba2 jadik baik hati tego adik yg mendongak ke langit tgk nama2 bangunan agaknya... ada org dok pandang2 dia, mungkin cuba nak menghulurkan bantuan, tp dia mcm buat tak reti je... so aku pun tego je laa...

bkn apa, menengokkan dia dgn bawak file apa bagai sumer, mcm nak attend interview je, mungkin interview kerja, mungkin interview scholarship... kecian la plak, kang cari alamat tak jumpa2 lewat kang, naya je! moga berjaya ye dik!

teringt jugak setahun yg lalu, masa aku nak interview kat sini, dgn muka tak malu aku tego jek sesapa yg sehaluan dgn aku, mana ek blok 2 ni? ada org pandang aku semacam jek, ada org menolong dgn baiknnya... sebelah bangunan Maxis... bangunan Maxis pun sy tatau! pada masa itu...

pastu teringt lg, ada org tny aku, kat mana pejabat PTPTN? eh, setau sy kat Chase Perdana... tak diorg ckp kat KL Sentral... dh tny information centre? diorg ckp kat Plaza Sentral... hmm... tak dpt den nak nolong, sbb tatau... tp la ni, dh tau laa kat mana pejabat PTPTN tuh...

ada lg, pejabat2 dan bangunan2 baru kat sini, kena tgk2 kelih2 skit... nnt kang org tanya, jawab tatau, malu!

eeekekeke...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, October 06, 2009

kali ini pun sama...

al salam alaykum

tak dpt jugak aku bunga ni kali ni!






:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, October 05, 2009

terkujat!

al salam alaykum

aku dan kakak itu berbual-bual...

dh setahun kita naik komuter sama2 ni, akak tgk awak makin gemuk laa!

aku pun terjaga, berpeluh2!

mujur mimpi... ngeri btul!

uisssshhh!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, October 03, 2009

dpt jugak~!

al salam alaykum

aku dpt jugak pi Sukhoi & Thunderbird kat TUDM Subang... lg gmbo cek Facebook je laa... internet lembab nak upload byk2!!!







sukanya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, October 02, 2009

habis sudah!

al salam alaykum

smlm, citer nih dh habis... suka!! tak larat dh nak tunggu tiap2 mlm, pastu kalu tertinggal berebut tv plak ari sabtu (aku berebut ngn mak ayah aku masa raya arituh) nak tgk ulangan...

esok kalu aku tak jadi agenda jalan2 makan di rumah terbuka, harus laa aku ngadap semula ulangan cerita ni...

aku try carik OST dia, tp guna internet ofis la kan, jgn harap la bleh donlod... adakah aku kena gunakan internet di rumah?

kawan2 yg rajin suka dgr lagu Korea dan suka carik lagu kat internet, kalu anda jumpa lagu nih, sila la emel kat sy eh! ada satu lagu tuh, aku dok humming jek dr td, sbb mana laa nak ingt lirik dia dlm bahasa korea tuh... mungkin jugak lirik yg kat bawah ni kot!

bila diterjemahkan dlm English, jiwang benor!!


Daka Kago Shipo / Daga gago Shipo Lyrics

I.

Mae-hil bonun olkun..donkatun pyojong
Chorum gu nal chorom ku-dae-ro-inde
Pyolildo [a]niniyuro datudakado
Tudol-dae-nun ni mosume u-sumi nawa…

II.

Shwimke torajiko / hwarul nae-nun na..
Orinayichorom je matdae-ronde…
Nowa hamkke / han shikani manhajilsurok
Waen-ji ma-u-mi tadu-thae…ki-dae-go shipo

Chorus

Chogum, aju chogum
nowi kyoturo dakakago shipo
Orae aju o-rae kakka-un kose isso jwo..

III.

Mae-hil bonun olkun..donkatun pyojong
Chorum gu nal chorom / ku-dae-ro-inde
Nowa hamkke / han shikani / manhajitsurok
Waen-ji ma-u-mi ddaddu-thae.. ki-dae-go shipo..

Repeat Chorus

Chichil ddae mada, ulgo shipul ddae mada
Ni olguri monjo ddo-olla
Nado noyeke himi dwijugo shipo..
ajik soturugo olyodo..

Mami, nae ma-u-mi parago isso..
yonggirul nae-ya hae..
Narul, I nukkimul jonhago shipo.. noyeke..

Chogum, aju chogum
nowi kyoturo dakakago shipo
Orae aju o-rae kakka-un kose isso jwo..
Chigum gudae-ro issojwo..

English Translation

I Want To Get Close by Kim Jung Eun

The face I see everyday…the same expression
It’s like how it was the first day
Even when I get close to you without a reason
I smile at your reaction..

I get grouchy and angry easily..
I act like a little kid..
As the time I spend with you grows
My heart gets warmer.. I want to lean on you..

A little, I want to get close to you just a little bit
A long, stay in a place close to me for a long time

The face I see everyday…the same expression
It’s like how it was the first day
As the time I spend with you grows
My heart gets warmer.. I want to lean on you..

A little, I want to get close to you just a little bit
A long, stay in a place close to me for a long time

Whenever I get weary, whenever I want to cry your face comes to mind
I want to become your strength.. Though I’m stalling now

My heart, my heart is looking forward to it..I have to be courageous
Me, I want to show you what I feel.. to you

A little, I want to get close to you just a little bit
A long, stay in a place close to me for a long time
Stay how you are like now

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 01, 2009

untuk hari ini

al salam alaykum

smlm, aku dpt sms ni, dan aku forwarded kat kawan2 seangkatan:

Sebuah syair Arab berbunyi:

"wahai wanita solehah...
jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman atau bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya...
sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita, andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar2 layak pasti akan hadir utk melengkapkan kekuranganmu"

mcm2 reply yg aku dpt... salah satunya pasal berusaha... btul, kita mmg perlu berusaha!

dan yg lain yg menarik perhatian aku:

"Ketika aku mendengar cerita cintaku yang pertama, aku mula mencari2 engkau, tak tahu betapa butanya aku, pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya, mereka sebenarnya sudah bersama sejak azali lagi" Penyair Sufi abad-13, Jalaluddin al-Rumi...

tiba2 aku teringat lg satu kata2 penyair ini:

"Jangan dicari kubur kita di bumi ini, kerana kubur kita terletak di hati org2 yg mengingati"

sekian sahaja, utk hari ini...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, September 30, 2009

25 sejam? aku pun nak!

al salam alaykum

smlm ada akak tuh citer, maid kawan dia lari... dia nak kije yg RM 25 sejam tu kot kak? tu yg lari tuh... kekekeke... mujur lari sendiri jek, tak bawak lari barang...

aku teringt yg ada usul nak bg gaji pembantu rumah asing RM 25 sejam... berpuluh2 kali beza ngn gaji aku ni...

kalu usul tu diluluskan laa, apa kata bukak tawaran kat warga malaysia ni? mesti ramai laa berebut2 nak kije... serius aku pun nak! buat part time jek... 4 jam sehari cukup laa... dh RM 100 sehari... kali ngn paling busuk pun 20 hari... kalu part time income (passive income) melebihi perbelanjaan bulanan, tu namanya financial freedom tuh...

kayo pakcik!

kalu nak kemas rumah, basuh baju, lipat baju, sapu lantai, mop lantai... insyaAllah aku boleh buat...

amacam, ada berani tak nak amik aku kije part time?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, September 29, 2009

serba salah

al salam alaykum

dh byk aku menaip, tp aku delete semula... serba salah, nak tulis ke tanak, ke nak pendam sorg2... simpan dlm hati jek... tp, aku sorg je la yg tau... aku sorg je laa yg memikirkannya... kalu aku tulis, sekurang2nya, mungkin juga ada yg boleh bg pendapat... tp aku bimbang plak, kang ada terasa plak dgn apa yg aku dh tulis (tp padam) td...

serba salahnya!

takper laa... tgk la nnt, kalu rasa nak cerita, aku cerita aaa... biar aku tension sorg2 dulu...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 28, 2009

penin2 lalat

al salam alaykum

aku bertolak balik dr Kuantan ke Shah Alam, kul 11.30 mlm td, dengan doa dan harapan jalan tidak sesak dan tidak jam... mmg tidak sesak dan tidak jam, alhamdulillah... tp kalu terlalu lengang menakutkan jugak! smpi Shah Alam kul 2.30 pg... ni penin2 lalat lg, tido tak cukup...

smlm rumah kami buat doa selamat gunting rambut (jambul) anak sedara aku... penat!! mak aku ckp, kalu tak org2 tua tak buat, tak tunjukkan cara, kang org2 muda tatau, nnt tatau nak buat kat anak cucu di masa hadapan! aku ckp, suh org sponsor jek! erk...

panggil kumpulan marhaban, ada la sorg akak tuh, umur dia dlm 35 rasanya, aku kenal dr kecik lg laa... Kak Nora pun dh join marhaban ke? A'ah, dh hala ke 'muda' ni, kena laa join jugak... nnt tadop org2 'muda' nak tunjuk ajar dh... takper laa, kaklong 'tua' lg, nnt2 la join... bkn laa, kaklong muda belia remaja lg laa...

aku join jugak marhaban semalam, aku dh ckp kat mak aku, aku nak join marhaban, aku nak gunting rambut Ammar... tp lepas berlagu berzanji (ikut jek org2 marhaban tuh berlagu apa), aku kena pegang dulang gunting la plak... uhuhuhhu.... jadinya, aku gunting rambut Ammar kat dapur laa...

Ammar Darwisy dlm pelukan Tok Mie dia... ni lepas aku gunting rambut dia laa dan pedajal kan dia, aku sapu bedak byk2 kat rambut dia...


ni kunjungan sepupu aku ke rumah... budak bertuah dua org nih, anak sepupu aku laa... Ika sy adik tak? tak sayang... kalu tak sayang, tinggal laa adik kat kuantan eh! takleh, adik kena balik ikut kakak jugak!
Ika lahir kat teganu, ayah org ganu, tp sepatah haram tak reti cakap teganu... ckp johor jek yg dia pandai, ikut lidah mami dia la (sepupu aku), sapa lg...

tido yang tak berapa lena kot... panas pd hari raya kedua...


kan btul tak lena, tiba2 tersengeh!

cukup2 laa aku upload gmbo anak sedara aku yg masih seorg lg ni... ibu dan abah dia pun tak upload lg dlm frenster diorg! bz amik gmbo jek!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, September 26, 2009

pemanasan blog

al salam alaykum

panaskan blog semula...

mula dgn album raya pertama... raya pertama jek yg amik gmbo... tu pun tak sempat habis satu famili... org dh dtg beraya dulu...


kami sefamili...


ma, pa, nisa



pasangan suami isteri dan anaknya...



Ammar Darwisy yg sedang nyenyak tido...

ok... esok insyaAllah majlis cukur kepala Ammar Darwisy... pastu aku kena kembali ke Shah Alam, lusa dh start kerja!

kena semangat ni....

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::