...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, September 14, 2007

just for you

the beauty of life does not depend on
how happy you are
but
on how happy others can be because of you!!!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, September 12, 2007

ahlan wasahlan ramadhan al-mubarak

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan
Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina kemesraan mengambil masa
meruntuh hanya sekelip masa
Semoga RAMADHAN mengukuhkan
Ukhwah yang telah terbina

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak,
Mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata2 dan perbuatan,
Di dalam sedar atau pun tidak sedar,
Semoga kita semua di rahmati dan di berkati ALLAH SWT
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan*
doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.*
juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang * Baca ayat akhir surah Al Baqarah* Baca ayat Kursi* Baca surah Yaasin* Baca surah Al Zalazah* Baca surah Al Qafirun* Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas* Bangunkan isteri dan anak * Mandi* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al QuranNUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) * Tarikh turunnya Al Quran* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan
amal2 yg baik

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, September 11, 2007

buku-buku aku

al salam alaykum

dlm bulan nih dan bulan lepas... aku ada beli beberapa buah buku... di antaranya ialah:-

1. eh, wat yu talking? - dah abis baca dah...
2. honk, if you're malaysian - baru 3 bab kot habis...
3. tuhan manusia - dah separuh... tak tau lg bila nak sambung...
4. 9! - koleksi cerpen... aku baru baca cerpen ghafirah idris... sbb aku suka gaya tulisan ghafirah...
5. tiada lagi cinta - tak sempat baca lg
6. asmara asrama - pun tak sempat baca lg...

belum lg tambah senarai buku/novel yg adik aku dah beli kat Sarawak sana... raya nnt dia bawak balik buku tuh...

aku ingat nak habiskan dulu Tuhan Manusia, karya Faisal Tehrani dulu laa... best ke??? bagi aku best... nak tau lebih lanjut... layari www.ujanailmu.com.my

senarai buku yg aku nak beli:
1. tentang cinta - pahrol m. juoi
2. the right word at the right time - reader's digest (dah puas carik kat kuantan, kat kl... tak jumpa laa buku nih)
3. dekat di hati - alaf21
4. danur kasih & kasih kita - najwa aiman (pun tak jumpa gak kat mana2 kedai buku kat kuantan dan kl - tp aku tak pi lg CESB kat kuantan nih)
5. jika benar cinta - alaf21
6. ps, i love you - cecilia ahem
7. life is an open secret - zabrina
8. i am muslim - dina zaman
9. sahabat kole kacang (bleh bg free lg tak??)

takde buku agama ke kay nak baca??? :)

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, September 09, 2007

kawan-kawan lama

al salam alaykum
dalm setahun nih... ada 3 org kawan lama yg kontek aku...
1. kawan 1 nih... kawan masa usm laa... kira musuh aku laa... 2-3 menjak nih rajin kontek aku... sanggup nak turun ke kuantan... nak jumpa aku... nak belanja makan... kalu aku gi kl pun.. sanggup nak amik aku... sbb kononnya nak dapatkan sain aku pada borg takafulnya... dlm kata lain... dia nak jual takaful dia kat aku
2. kawan yg kedua... junior school aku kat usm gak... dia kontek aku 4 bulan lepas kot... sanggup dtg pas waktu kije... sbb dia kije syif malam... tak tido siang dtg ke gebeng nak jumpa aku... aku ingatkan apa laa... rupa2nya nak suh aku join dia MLM... aku tak jadik nak join... smpi skrg dia ilang tanpa khabar...
3. kawan ketiga... "kawan lama" masa sekolah rendah... tiba2 jek dpt panggilan dr dia... kononnya2 dia cam teringat kat aku laa... kisah2 lama kami masa sekolah... dia pun ckp dia kije kat bank... aku pun dah mula syak something... tp aku padamkan syak wasangka aku tuh... mana la tau kot betul2 dia mmg ingatkan aku... kisah2 kami masa sekolah rendah dulu... sempat laa jugak mengimbau kenangan lama... tp skrg dia dah pun kawin setahun yg lepas, dan ada anak sorg... tak kisah pun... sbb zaman sek rendah.. apa laa yg kitorg tau... walopun hanya berhubungan setahuin sekali sampai aku tingaktan 4, akhirnya senyap jugak di tengah jalan...
dia pun bg no hp dia kat aku... tak kisah laa aku amik je laa... tp pas 2 ari... aku dpt sms dr dia... dia buat marketing utk personal bank loan, kredit kad, house loan etc... silka laa kontek dia.. hangin jek... menyirap jek aku rasa...
kawan-kawan aku... terima kasih kerana masih mengingati aku...
aku amat hargai jika ingatan tulus ikhlas kalian terhadapku, tidak disertai dengan niat yg lain... melainkan utk mengeratkan silaturrahim kita yg terputus lama...
sekilan terima kasih
aku yg sering mengingati korg dgn setulus hati aku...
Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, September 06, 2007

kena marah!!!

meeting sdg berjalan...
juda ngn mashi berpandangan...
dan diorg berkata "first time aku dengar kay marah lee"

hahaha...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::