...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, June 30, 2007

hello

hello!!!!!!!!!!! jgn pandang org takde mata!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 29, 2007

untuk yg single mingle

al salam alaykum
aku copy kat blog... tak ingat la blog sapa... saja nak share utk yg single... sharing is caring...
Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 25, 2007

sabtu & ahad

salam alaykum

ari sabtu pas kije dekat kul 3 aku smpi ke umah asyha... asyha dah siap bertunang... aku lmbt sbb dia tunang kul 12 aku hbs kije kul 1 tp balik lewat jugak laa 2 lebih br kuar ofis...
so, takde laa gambo aku ngn asyha... bakal suami dia umur 35 thn... tekojut den!!! jumpa kat dlm komuter... hahaah!!! aku ingat dlm novel je ada citer cam nih... realiti rupanya!!! aku penah baca satu novel tajuk "Mencari Cinta" nukilan Alleeya Myra kot... citerdia lebih kurang cam cite kawan aku ni laa...
tiba² Rafidah tanya aku... 26 nih dah tua sgt ke???
tiba aku pun teringat ada sorg kwn tanya aku... relevan lg ke quote ni utk aku? "daerah kita bkn daerah bercinta... bkn masa utk merajuk kasih memujuk... tiada senda gurau memanjang... krn kita dlm daerah berjuang..."
relevan lg la kot... aku baru jek register ahad smlm kat uitm...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 19, 2007

sekitar OGA 2007

al salam alaykum

ari jumaat minggu lepas aku, kak zaharah, fadhilah and lee ke OGA. sampai sana Ng plak tumpang sekaki... ni laa gambo2nya... sambil mencari ilmu pengetahuan, maklumat berguna kepada company dan carik kije kosong utk diri sendiri (heheeh)...
dpt gak naik katak nih walopun tak dpt gi offshore, bila laa ada peluang...
BMW ke??

jalan2 kat klcc kak zah, aku, lee, ng


lepas acara makan2

kat klcc lg....

lagi gambo.... klik album gambar aku

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 18, 2007

starlight

"Starlight"

Far away
This ship is taking me far away
Far away from the memories
Of the people who care if I live or die

Starlight
I will be chasing the starlight
Until the end of my life
I don't know if it's worth it anymore

Hold you in my arms
I just wanted to hold
You in my arms

My life
You electrify my life
Let's conspire to re-ignite
All the souls that would die just to feel alive

But I'll never let you go
If you promised not to fade away
Never fade away

Our hopes and expectations
Black holes and revelations
Our hopes and expectations
Black holes and revelations

Hold you in my arms
I just wanted to hold
You in my arms

Far away
This ship is taking me far away
Far away from the memories
Of the people who care if I live or die

And I'll never let you go
If you promise not to fade away
Never fade away

Our hopes and expectations
Black holes and revelations
Our hopes and expectations
Black holes and revelations

Hold you in my arms
I just wanted to hold
You in my arms
I just wanted to hold

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, June 16, 2007

moto ke keter?

al salam alaykum

aku sdg menimbang2 nak bawak moto ke tempat kije... malas nak drive keter... nak jimat duit minyak skit... nak tampung kos pembelajaran.... baik dan buruk bawak moto ke gebeng nih sedang dikaji... tak bg tau lg kat mak ayah aku... just mintak pendapat kawan2... bahaya sebenarnya bawak moto kat gebeng nih... ramai yg tak bg... aku pun tak tau cemana... aku pun malas nak bawak moto sbb takleh nak layan lagu... takleh nak dgr radio pagi di era... hihihihhi... tp kalu bawak moto... pakai walkman pun ok gak... tp bahaya la!!! kawan aku ckp... mmg jimat minyak... bawak moto dlm 80 je sebulan,... keter aku 250 sebulan... huhhu....
last sekali aku tanya "i like the way you move" tu... dia pun tak bg gak... jangan laa... bahaya lorrr!!!!!!!!! last2 dia ckp... dia bleh antar aku pi kerja... (kitorang duduk setaman tp tak senama) tp time balik laa plak... dia suh aku tumpang fadhilah... sbb dia balik lmbt... nnt projek on going kan... lg balik lmbt... sian kat aku...
hahaahah!!!! best jugak offer tuh... tgk laa nanti... akan dipertimbangkan sekali lg....

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 08, 2007

pemandu kat Kuantan??

al salam alaykum

pg td kat traffic light depan Shahputra, terpandang cermin pandang belakang... driver kat belakang... hmmm... hensem gak!!! bawak CBV 70*5, Wira SE kaler maroon...
tp tak semena2 ilang kehensemannya... sbb abis sumer org dia himpit2... termasuk laa aku sekali... bwk laju2 kat jalan sempit... bengong laa tuh!!!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 04, 2007

utk adnin

al salam alaykum

ni laa gambo2 kat kenduri kawin herny... jemputan 3000 org... ramai gak laa yg dtg...
yg paling best jumpa cikgu mustaparudin, cikgu yaakob, cikgu zaimah, ustazah wan saadah...
cikgu mus skrg kije kat jaip, cikgu yaakob selalu gi mesir tgk2 anak murid kat sana... ustazah wan saadah tak sempat nak bertanya khabar... tp dia ckp saya tembam skit... org lain mengurus... saya je menembam... tak sangka ustazah wan saadah ingat saya lg...
kawan2 yg saya jumpa... anita, azniza, juliana, kak eda, shahru, ramai lg laa.. ramai sgt!!!
azniza katanya sakit selepas melahirkan anaknya yg pertama... tak sempat nak amik gambar ngn azniza... tiba2 je ilang...
sempat jumpa umi nurul... anak nurul tak berapa sehat lg... masih memerlukan bantuan pernafasan...
nak tau kisah herny ngn ifzam... awk buzz la saya kat ym ke, msn ke, emel ke... tak best laa citer kat sini... heheheh... ifzam mengajar kat sabah, herny plak kat smart... ni laa ifzam khalil ngn pasangan herny farhanna adnan... bersama geng makan kenduri...
ingat lg nurul iman safiyyah??? anak siapa tuh???
senyuman herny utk adnin...

kak eda... hamil 5 bulan... ingat masa amik gambo dia kat tangga sekolah... camni jugak laa pesennya...
di dalam bilik pengantin...
dengan juliana la plak... jue tunang bln 7 nih...

sekian sahaja utk adnin...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

kawin dayana

kawan-kawan menjamu selera

fatimah dayana... merah hati!!!

i like the way you move!!! ;)



sirajulhuda & fatimah dayana mengapit aku dan adik kecikku...

bersama rakan-rakan!!!
Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 01, 2007

kasihmu amanahku

lagu untuk Fatimah Dayana + Sirajulhuda, Herny Farhanna + Ifzam Khalil, Noraini + pasangannya (Jr Bahan Usm), "bapak" aku Ellya Mazriq + pasangan (aku tak kenal), dan utk semua pengantin baru....

Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::