...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, February 27, 2007

Semua remaja perempuan bermasalah pernah laku seks

Semua remaja perempuan bermasalah pernah laku seks

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Penemuan yang amat membimbangkan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah”.

Mereka yang berisiko tinggi itu terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah, melawan cakap guru dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah.

Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.

“Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada kesemua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.

“Ini keputusan yang amat memeritkan namun ianya adalah satu realiti yang harus kita terima,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM Bangi dekat sini hari ini.

Difahamkan kajian terhadap pelajar perempuan berisiko tinggi itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.

Hasil penemuan daripada kajian itu diharapkan dapat membantu kerajaan negeri untuk merangka modul latihan khas yang terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata, kajian itu juga mendapati pelajar perempuan yang berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk cuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.

Katanya, kajian itu juga mendapati kebanyakan pelajar perempuan itu berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing yang mempunyai masalah psikologi, bercerai, mengalami masalah kewangan dan kebanyakannya tinggal di rumah kos rendah.

“Kajian juga menunjukkan bahawa masalah itu bukan berasal daripada pelajar itu sahaja tetapi juga disebabkan pengaruh masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa mereka akibat tekanan hidup dan masalah lain,” katanya.

Beliau berkata, selain terbabit dalam hubungan seks, kajian juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).
Khaidzir berkata, hasil kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal.

“Walaupun hasil kajian ini agak mengejutkan, namun semua pihak perlu sedar tentang peranan mereka untuk membantu pelajar terbabit, bukannya menunding jari dan menghukum tanpa memberi jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Katanya, kebanyakan pelajar itu mempunyai kekurangan daripada aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri yang rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah.
Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, February 26, 2007

as dan aku

al salam alaykum

smlm ketua kelas aku masa form 5 dulu bertanya khbar ttg aku...tersebut laa plak ttg kawan baik aku dulu... asmiza... sungguh dah lama aku tak kontek dia... dia pun tak kontek aku...

merajuk ke? sibuk sgt ke... aku pun tak tau... last sekali aku jumpa dia 1 setengah thn lepas... semasa kenduri Syahru... kemudia hilang lg tanpa khabar berita...

kata ketua kelas aku... sepatutnya aku dan as tidak terputus hubungan... rumah pun dekat... sebelah taman perumahan je... kawan baik plak tuh... no tepon ada... bleh jek nak kontek bila2 masa...

mungkin aku yg berjauh hati... atau ego melangit tinggi... aku pernah bertanya khabar, namun tiada jawapan... telefon ke rumahnya... ibunya menjawab... kami baru je antar as ke airport, nak balik sarawak dah... agaknya as skrg nak menjalani kehidupan berprofil rendah... nak surprisekan kawan2 agaknya...

lepas aku tepon dia tp dia dah balik sarawak tuh... aku langsung tak mendengar khabar berita dr dia... jauh sekali mengirim sms, menelefon, bergurau senda spt dulu...

seperti juga ketua kelas aku kata... masing2 sibuk dgn kerjaya masing2... mungkin as sibuk dgn pesakitnya... seperti ketua kelas aku yg sibuk dgn tugasan mengajarnya, menanda buku latihannya, merangka jadual pengajarannya... maklum laa... guru kelas tingkatan 5...

teringat di zaman dulu kala... aku dan as pernah berjanji utk membuka perniagaan bersama... dia dgn kliniknya... dan aku dgn farmasi aku... hendak klinik dia dan farmasi aku sebelah menyebelah... pada masa tu kami mengandaikan satu masa nanti pesakit hanya berjumpa doktor utk mendapatkan rawatan dan deskripsi ubatan, dan ubat mesti dibeli di farmasi yg disyorkan... bila pesakit dah berjumpa ngn doktor as, doktor suruh beli ubat kat farmasi aku laaa... sebelah je kan??? ala... mcm dlm citer industan tuh...

nampaknya as je laa yg bukak klinik... aku??? dah terpesong jauh dr cita2 asal aku...

kena buang rajuk di hati nih... nak kontek as laa...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 23, 2007

mutiara hati 2

aku dah tanak dah balik awal...
tak habis2 pun citer tuh

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 21, 2007

mutiara hati

aku tak kira!!! AKU NAK BALIK jugak arinih tepat 5.30 ptg...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 20, 2007

dari pekan ke temerloh

al salam alaykum

18hb februari... selepas dirancang dgn tak rapinya oelh aku dan Dayana, aku pun berangkat ke Pekan... menghadiri majlis pertunangan staff AMB, Mariana dan Rahmat... dua2 dr Design Dept... majlis bermula tepat pukul 11 pagi... tp tak lama gak laa majlis ni rupanya... dlm kul 12 dah pun abis... kami pun makan2...

dlm kul 12.30... kami berlima pun berangkat ke Temerloh... menuju ke majlis kenduri senior sekolah aku, budak seuniversiti ngn aku, dan pernah menjadi rakan sekerja aku... al-akh Faisal Nordin ler a.k.a Icesoul

kami sampai lebih kurang pukul 2.30 ptg... selepas bersalam-salaman dgn ibu pengantin, kami pun masuk le ke dalam dewan utk santapan...

aku jenguk2... tinjau2... takde pun org yg aku kenal... dak ehsan ke, dak usmkkj ke, dak amb ke... tp dr jauh dah nampak kelibat mempelai beramah mesra ngn dif2 jemputan...
tp kami buat2 tak nampak jek... terus menikmati hidangan... sedap!!! alhamdulillah... eh.. pengantin dah dtg ke meja kami... pengantin buat2 tak kenal lak kat aku nih... cepuk kang... tp gaya pengantin lelaki cam tak gaya org baru nikah pun... cam kanak2 riang je aku tgk... heheheeh...

pengantin yang bersongket biru pun beredar ke meja tetamu yg lain... dr kejauhan aku pun nampak laa pengantin melayan kawan2 sekelasnya di ehsan, merangkap senior2 aku laa... aku nampak abg baju kotak, abg lidi, dan abg imam... yg perempuan aku tak kenal lak sapa...

abg baju kotak tuh... nama dia timangan dia kip... kenapa dipanggil abg naju kotaK?? sbb masa sekolah dulu... ptg2 dia main takraw ke, main volleyball ke, pi prep ke... pakai kemeja kotak jek... tak kira laa kotak kecik ke besar ke, kaler hitam ke oren ke... tp mesti berkotak... pesen dulu2 kot...

abg lidi?? ntah kawan aku bg nama... nama betul dia masli ke masri irwan ntah... budak pandai sekolah aku...

abg imam, nama dia shahrizan rasanya... bdk nasyid gak nih... tp tak glamer cam hazamin...

tp cemana aku bleh tak kenal faisal nordin nih??? dah laa satu badan redaksi sekolah.. tak kenal jugak... bak kata dia... dia tak glamer... hikhikhik

tak nampak la plak kak ida (emwin)... kak ida tak pi ek??? ke dah sampai awal???

selepas acara makan2... tibalah kami utk pulang... dapat laa sekuntum bunga telur sorg satu...
dan dpt laah jugak ambik gambor ngn pengantin... mana gambonya??? akan diupload kemudian... pakai digicam org, lmbt la skit...

Selamat Pengantin Baru kepada al-akh Faisal Nordin & pasangannya, al-ukhti Fatmawati... semoga ikatan yg terbina tidak terlerai selamanya dan kekal hingga di Sana...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, February 17, 2007

cuti tahun baru cina

al salam alaykum

cuti tahun baru cina nih... 18hb februari ni,3 rakan aku akan melangsungkan perkahwinan...

di parit buntar, haris, dak skul aku... Mohd haris, seorg engineer di Ann Joo Steel, akan melangsungkan perkahwinan dgn ex-tunang dia...

di kelantan, ex-staf AMB, Shahril Azrin... dpt cek mek kelate la pulok.. majlis menyambut menantu kat Sungai Isap Damai...

di temerloh, majlis menyambut menantu ex-ehsan, ex-usmkkj dan ex-amb staff, al-akh Faisal Nordin a.k.a Ujangzero la plak...

tak tau laa yg mana aku akan sampai...

nak gi temerloh ke ek???

malas laa... mcm jauh jek... hahaha... org nak kad 1 sorg... dia bg kad 1 utk 60 org... adoi laa!!!

kelate... nnt insyaAllah pi yg kat Sungai Isap je... ni pun... org nak kad 1 sorg... dia bg 1 kad utk 1 dept...

parit buntar??? jauh sgt... tp bleh gi melawat usmkkj nibong tebal.. dkt sgt dah tuh...

last2.. dok umah je laa tgk tv citer cina pun best gak...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 13, 2007

a love to kill














dalam hati kau bukan saja nak balas dendam terhadap aku kan???
kadang kala kau risaukan aku kan?
kadang-kadang kau sedih pasal aku juga kan?
kadang-kala kau rindukan aku kan?
kadang-kadang kau akan rasa bahagia demi aku kan?

aku dah agak....

cha eun suk


a love to kill... satu lagi produk korea yang menarik perhatian aku... dan mungkin juga penonton yg lain... cerita nih sedikit melodrama, bukanlah sesuatu yg aku suka... aku suka yg komedi2 je... tp ntah macamana tertarik jugak ngn cerita melodrama nih... mungkin sbb cerita nih realistik berbanding autumn in my heart, winter sonata, beautiful day dan seeaktu dgnnya...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 09, 2007

if you don't read this

salam alaykum

alang2 dah balik lewat... kita copy and paste laa...

IF YOU DON ' T READ THIS TO THE VERY END, YOU HAVE LOST A DAY IN YOUR LIFE. AND WHEN YOU HAVE FINISHED, DO AS I AM DOING AND SEND IT ON.

George Carlin ' s Views on Aging

Do you realize that the only time in our lives when we like to get old is when we ' re kids? If you ' re less than 10 years old, you ' re so excited about aging that you think in fractions.

"How old are you?" "I ' m four and a half!" You ' re never thirty-six and a half. You ' re four and a half, going on five! That ' s the key.

You get into your teens, now they can ' t hold you back. You jump to the next number, or even a few ahead.

"How old are you?" "I ' m gonna be 16!" You could be 13, but hey, you ' re gonna be 16! And then the greatest day of your life . . you become 21. Even the words sound like a ceremony . YOU BECOME 21. YESSSS!!!

But then you turn 30. Oooohh, what happened there? Makes you sound like bad milk! He TURNED; we had to throw him out. There ' s no fun now, you ' re Just a sour-dumpling. What ' s wrong? What ' s changed?

You BECOME 21, you TURN 30, then you ' re PUSHING 40. Whoa! Put on the brakes, it ' s all slipping away. Before you know it, you REACH 50 and your dreams are gone.

But wait!!! You MAKE it to 60. You didn ' t think you would!

So you BECOME 21, TURN 30, PUSH 40, REACH 50 and MAKE it to 60.

You ' ve built up so much speed that you HIT 70! After that it ' s a day-by-day thing; you HIT Wednesday!

You get into your 80s and every day is a complete cycle; you HIT lunch; you TURN 4:30; you REACH bedtime. And it doesn ' t end there. Into the 90s, you start going backwards; "I Was JUST 92."

Then a strange thing happens. If you make it over 100, you become a little kid again. "I ' m 100 and a half!"

May you all make it to a healthy 100 and a half!!

HOW TO STAY YOUNG

1. Throw out nonessential numbers. This includes age, weight and height. Let the doctors worry about them. That is why you pay "them "

2. Keep only cheerful friends. The grouches pull you down.

3. Keep learning. Learn more about the computer, crafts, gardening, whatever. Never let the brain idle. "An idle mind is the devil ' s workshop." And the devil ' s name is Alzheimer ' s.

4. Enjoy the simple things.

5. Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath.

6. The tears happen. Endure, grieve, and move on. The only person, who is with us our entire life, is ourselves. Be ALIVE while you are alive.

7. Surround yourself with what you love, whether it ' s family, pets,keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge.

8. Cherish your health: If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help.

9 Don ' t take guilt trips. Take a trip to the mall, even to the next county; to a foreign country but NOT to where the guilt is.

10. Tell the people you love that you love them, at every opportunity.

AND ALWAYS REMEMBER:

Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away. And if you don ' t send this to at least 8 people - who cares? But do share this with someone. We all need to live life to its fullest each day!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

cinta

A’idh al-Qarni pun bersenandung riang:

Kemarilah!
Kemarilah!
Kita akan mengukir “cinta”
Sebuah janji setia dengan derasnya air mata
Yang akan membersihkan segala penyakit dan dosa

Kemarilah!
Kita perbaharui janji setia itu di dalam hati kita
Kami mendatangimu dengan penuh sukarela
Dan kami akan membalasimu dengan cinta

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 02, 2007

terdetik di hati

hati mmg sukar dimengerti...

satu nama terdetik di hati...

tiba-tiba... dia ada kat bilik bos Design...

alahai...

suratan atau kebetulan???

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::