...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, November 23, 2006

alahai ika!!

al salam alaykum...
ni anak sepupu aku... aku lupa nama panjang dia... nama pendek dia Ika... gambar tak berapa clear sbb amik waktu mlm, dan kamera tepon aku mmg tak best... huhuhu...
aku suka tgk mata dia yg bulat... umur dia baru nak masuk 4 bulan... masa aku jumpa dia smlm buat kali ketiga kat awana kijal... dia kena demam campak nak masuk 2 ari... so... tak keletah sgt laa... demam laa katakan...
bg aku anak sepupu aku nih sgt laa keletah, galaktosa (galak & ceria) dan lasak...
uwwa.... mak long rindu la kat ika!!! dlm byk2 anak sepupu aku... ngn ika je yg aku bahasakan diri aku mak long... anak2 sepupu yg lain sumer wajib panggil aku kak long... eheheheh... tp ngn ika aku rasa lain... lebih selesa dgn panggilan mak long...
alahai ika!! bila lg kita nak jumpa ek!! 1st time jumpa masa kenduri pak sedara ika kat johor... umur dia baru nak masuk 2 bulan... 2nd time jumpa masa ika dtg raya kat umah aku... 3rd time smlm laa... itupun sbb sepupu aku buat jamuan makan2 kat pantai awana kijal... kalu tak mesti tak jumpa kan ika kan!!!
mak long rindu ika~~!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Saturday, November 18, 2006

pondok

kat amb nih, akan diwujudkan 4 pondok:

1. pondok asap - utk perokok
2. pondok hangit - utk org yg tak berapa nak bersih
3. pondok kelabu - utk org keliru
4. pondok aman damai - utk org yg baik2 jek

MD pun tanya... sapa nak duduk pondok asap, hangit, kelabu ngn aman damai...

tak ramai angkat tgn nak dok kat pondok asap... walaupun ramai perokok...
tak ramai nak dok pondok hangit, walaupun ketiak hangit...
tak ramai yg nak duduk pondok kelabu... walaupun ramai yg skit2 kompius jek time buat kerja...
tp ramai yg nak dok kat pondok aman damai...

MD pun tanya lg.... tak bleh ker kita tukar semua pondok tuh... jadik aman damai belaka???

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

risik merisik

al salam alaykum

arinih di ofis... meja sebelah aku kosong...

ke mana dia??

dia di rumah...
hari ni hari bahagianya...
bahagia seorg gadis...

sahabatku akan dirisik!!!
tahniah!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Wednesday, November 08, 2006

penawar rindu

2 minggu lepas nampak keter dia kat taman guru
smlm dgr suaranya di telefon (bkn tepon aku pun)
hari ni nmpk tuan punya suara kat ofis aku ni (bkn jumpa aku pun)

cukuplah...

Senyummu mengharum
segenap sudut suasana
Suaramu bagaikan nyanyian
pujangga di taman syurga
Sinar mata mu bercahaya
menembus seruang jiwa
Seandainya dapat kau dengar
suara hati ku menanti cintamu
Kau yg ku idam-damkan
yang ingin aku cinta
Tak dpt ku bongkar rahsia
biar ku simpan selama mana pun ku
Sedar ku tak secantik wajah
wajah bersaingan
Sedar ku tak secantik wajah
wajah bersaingan

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Friday, November 03, 2006

hijrah tak jadi

al salam alaykum...

lepas raya... aku ingatkan aku akan berada di Shah Alam, berhijrah utk memulakan penghidupan baru, suasana baru, rumah baru, kompeni baru, gaji baru, jawatan sama jek... takdirNya, aku masih di sini, di Kuantan, masih di kompeni lama...

bos aku tak bg aku pergi... abis sumer pro & cons dia kuarkan... tp aku dah istikharah... aku nak ke Shah Alam jugak... pun dah tender resignation...

tp... walopun istikharah pun sudah... aku masih lg memikirkan keada kompeni lama ni... apa akan jadik kalu aku takde kat sini... dept aku ni ada 3 org jek... manager, engineer & executive... executive aku akan bersalin lepas raya nih (dijangka 10/11/06), bos aku plak mmg by hook or by crook... dia tanak bg aku pegi... walopun pengganti bleh dicarik... susah nak train org baru kot... sapa yg nak uruskan dept aku nih?? tinggal bos aku sorg2 sbb anak buah dia takde dah...

aku pun bercakap laa ngn sorg manager yg bleh dikatakan warak dan bernas orgnya... dia pun citer bla bla bla bla... akhirnya, malam tuh aku pun istikhrah lg sekali... dan aku dpt ketenangan yg aku carik... keputusan yg aku carik... stay je kat kuantan nih... dah tak pening dah...

ramai gak yg membantah keputusan aku... sbb menolak peluang utk bersama dgn kompeni yg besar... gah di malaysia nih... benefit pun banyak... mcm2 lg laaa... kalu nak dibandingkan dgn komepni skrg nih... jauh panggang dr pulut panggang laa kiranya.... alhamdulillah, mak ngn ayah aku tak bantah dgn sbb musabab yg kukuh...

tp... aku tak pk pun satu kerugian... yg penting bg aku skrg... aku suka oil & gas... 2 thn pengalaman kerja dlm bidang nih... makin dalam aku gali... makin byk yg aku jumpa, yg aku tahu, dan yg tak tahu...

yg penting... aku berusaha utk berubah dr satu tahap, ke tahap yg lain... tahap yg lebih tinggi & baik...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com