...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, July 28, 2006

akademi al-quran

al salam alaykum..

semalam telah berlangsung final Akademi Al-quran... setelah lama aku mengikutinya... Juara Akademi Al-quran, seperti yg aku jangka ialah Abdullah Fahmi, 22 dr Kelantan... tp takde la plak berita kemenangan dlm paper arinih!!! oppss.. ada!! dlm harian metro edisi KL..
mula-mula aku tgk dulu... aku heran skit... kenapa ada pelajar yg bacaannya salah (pd pandangan aku) tempat yg ada mad, dipendekkan bacaan, yg tempat baca patutnya 1 harkat, dibaca sampai 6 harkat... tp tak tersingkir dr akademi... malah hakim pun tak tego bacaan diorg tuh salah... sudahnya aku mengomel je kat mak aku... pastu suh mak aku tanya ustaz mengaji dia...
pastu mak aku pun bertanya laa kpd ustaznya... ustaz Fadillah (imam masjid negeri) pun kata... mmg laa bg kita salah sbb kita tak tahu... bg org yg tahu, betul laa bacaan dia tuh... bkn ker dia baca ikut riwayat?? baru la aku paham apa itu riwayat... bila tgk akademi al-quran nih... baru laa tau byk rupanya riwayat2 al-quran... cthnya, warsh, bazzii, suusii dll (sekadar menyebut beberapa riwayat)... lain riwayat, lain laa bacaannya...
begitu juga dgn tarannum... aku hanya tau baca tarannum Bayati... tp kalu dr 10 markah tuh... aku bg 2 markah jer kot kat aku... sbb tak reti2 lg nak baca ikut tarannum... ni apakan plak nak ikut tarannum Nahwan, Hijjaz dll?

walaupun dah beberapa kali khatam al-quran, cetek lg ilmu pengetahuan...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

around d corner i have a friend

Around the corner I have a friend,
In this great city that has no end,
Yet the days go by and weeks rush on,
And before I know it,
a year is gone.

And I never see my old friends face,
For life is a swift and terrible race,
He knows I like him just as well,
As in the days when I rang his bell.

And he rang mine but we were younger then,
And now we are busy, tired men.

Tired of playing a foolish game,
Tired of trying to make a name.

"Tomorrow" I say! "I will call on Jim
Just to show that I'm thinking of him.

"But tomorrow comes and tomorrow goes,
And distance between us grows and grows.

Around the corner, yet miles away,
"Here's a telegram sir," "Jim died today.

"And that's what we get and deserve in the end.
Around the corner, a vanished friend

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Wednesday, July 26, 2006

jika kau mengasihi

saja nak kongsi-kongsi, aku amik dr forward email...

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku Menegurmu Teman...
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman...

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia
Lantaran fitrah itu
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu
Tetapi itulah hakikat kejadianmu...

Wahai temanku ar-rijal
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi
Dan tentulah temanmu yg diimpi
Seorang serikandi...

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai
Dan aku juga tahu
Temanmu ar-rijal juga begitu...

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau
Bercinta itu fitrah
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah...

Kalau benar engkau mengasihinya
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah
Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNya
Engkau tak kan bisa
Melunakkan soutul engkau
Engkau tidak kan bisa
Melemparkan panahan menggodamu
Kerana engkau tahu
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!

Dan engkau mengetahui
Dia punya 9 akal dan 1 nafsu
Namun nafsu itu sentiasa beraja
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu
Nafsu raja yg menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila...
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya
Cintailah ia keranaNya
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa
Mengajaknya bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu
Dia punya 9 nafsu, 1 akal
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan
Kerana engkau tahu
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yg menjunam
Apakah engkau benar mengasihinya
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH
Lantaran itu
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?

Bercinta tak salah
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki
Dan engkau kan merasa cinta manusia ...
Sedikit cuma...
Andai Dia yg engkau dahului
Engkau takkan gelisah
Andai dia tidak mengirim sebarang sms
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata
Engkau tidakkan rindu
Andai sehari tidak besua
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love you
Kerana engkau percaya...
DIA yg terbaik...

Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu
Dan andai dia yg terbaik untukmu
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya...

Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana...
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman
Bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu
Tetapi aku membenci kemungkaran itu
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu
Aku menegur yg mana mampu
Kerana aku takut
Andai aku tidak menegurmu
Kita kan sama2 meredah lautan api...
Yg terlalu pedih
yg terlalu seksa
yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah Ia
Kerana DIAlah penjaga iman kita...
Yakinlah dengan Ia...
Serahkan segalanya pada Ia...
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak
Waallahu’alam

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah
andai DIA Tidak mendengar rintihanMu
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu
Engkau kan tak keruan

andai Doamu ditolak...
Dan itulah cinta hakiki...
Kerna engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah...
Bercintalah kerana ALLAH...
Dan Egkau akan merasakan
Erti bercinta yg sebenarInsya ALLAH!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Saturday, July 22, 2006

selamat hari lahir

selamat hari lahir utk kawan aku yg ke 25 thn pd hari ini... semoga segala kerahmatan & keberkatan, dan hidayah drpdNya menjadi milikmu abadi...

Awan berarak ceria tiada titis hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Di hari lahirmu sahabatku,
Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,
Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Friday, July 21, 2006

suatu masa

al salam alaykum

lagu nih bkn utk aku... tp utk org tuh... ni Dayana punya pasal la nih... pasang lagu nih dah 10 kali arinih... pastu aku dah memorize lirik... pastu terkena lak kat org tuh... tp tak ler sumer... skit2 jek terkena kot... sorry ek org tuh!!

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Thursday, July 20, 2006

jelajah tiga negeri

makan pagi kat usm engineering campus, nibong tebal, penang

makan tengahari kat pekan parit buntar, perak
(2 km je dr kampus)

makan malam plak kat bagan samak, kedah
(5 km jek dr kampus)

best kan belajar kat usm nibong tebal!!!

==>tiba2 teringat kat kampus... bulan depan bulan konvo...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Monday, July 17, 2006

corat coret berkebun

ahad, 16/07/2006, 4.30 ptg, kebun mak ayah aku, sekitar kuantan

>> mak aku: nanti kalu cari suami, cari org kg, tak pun org yg bleh main ngn tanah... nnt kalu mak ngn ayah takde nnt... senang... bleh tgk2 kan kebun nih... kang tak terjaga plak...
(masa nih tgh dok borak2 citer pasal kebun ngn mak aku, sambil pegang cangkul, ratakan tanah... kekok aku... dah lama tak main cangkul)

>> adik aku: kaklong laa turun... amik air tuh... ayah nak siram pokok... kaklong kan masa peksa darjah 1 dulu dpt no 1... takkan tak reti?? adik mmg tak reti... sbb adik dpt no 7 je...
(dlm ati aku... rasa nak debik je adik aku... masa nih acara terjun tali air, nak cedok air.. adik aku berumur 7 thn)

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Friday, July 07, 2006

kena tuduh

al salam alaykum

pagi nih fast track meeting, mula2 sekali MD masuk sambil pegang keratan akhbar hari Ahad, Mingguan Malaysia, wawancara ngn Tan Sri Hassan Merican, sambil bertanya... siapa baca paper ari ahad, sapa baca wawancara petronas tuh? aku pusing kiri-kanan... tgk member2... takde sorg pun nak angkat tangan... walopun aku tau diorg baca akhbar, lebih tepat lg, baca wawancara tuh... aku pun... jenis taklid (mengikut) tak angkat tgn jugak... dapat laa ayat ni.. "nak saya kata bodoh kang, awak marah.... tp paper pun tak baca... wawancara dgn CEO petronas pun tak baca... bla bla bla" sakit peritnya aku rasa... kena tuduh tak baca... itulah... lain kali berani laa angkat tangan... sbb aku baca wawancara tuh... tp tak rugi apa2 pun... sebab tak rasa bodoh pun... sbb aku baca...

antara petikan yg menarik perhatian MD aku ialah:

Dalam hal ini, wajarkah Petronas dilihat sebagai angsa emas kerana sumbangan yang diberikannya kepada negara?

MOHD. HASSAN: Jangan kata angsa emas, nanti kena sembelih (ketawa). Kami telah mendidik syarikat Malaysia dan usahawan menjadi lebih cekap serta mempunyai keupayaan yang tinggi dalam sektor minyak dan gas agar mereka keluar dan bersaing dalam pasaran sejagat. Hari ini, dalam aktiviti huluan, lebih 80 peratus daripada kegiatan dilaksanakan oleh syarikat tempatan yang para pekerjanya juga rakyat tempatan. Kadang-kadang dalam industri ini, dalam peringkat mana pun, kita kena lihat dari segi jangka panjang dan komitmen. Ada sebuah syarikat bumiputera di Kuantan, Pahang yang mengeluarkan peralatan untuk kegunaan syarikat kontraktor besar asing di luar negara. Syarikat ini berada dalam senarai syarikat dunia kerana berkeupayaan dan berdaya saing. Kita pun tumpang seronok. Lagipun, syarikat ini merupakan antara beberapa buah syarikat yang berterima kasih kepada Petronas. Ini adalah sebahagian sumbangan kami kepada pembangunan negara, selain pelaburan yang kami keluarkan untuk membina kemudahan, bangunan dan loji. Kami juga membawa masuk pelaburan langsung asing. Satu lagi contoh ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang.
(Mingguan Malaysia, 02 Julai 2006, Rencana: Bukan sekadar kejar untung)

itulah petikannya... aku dah baca ari ahad tuh... dah terdetik dlm ati aku... kompeni aku ker ek?? tp, aku ignore jer... sbb tanak kang org kata perasan... menda tak kompem... kot2 ada komepni lain lg kat kuantan ni... walopun aku tau kompeni lain kat Kuantan ni sumer bangsa Malaysia (selain Melayu ler) yang punya, bukan Bumiputra... tp tak syak lg... bila MD aku sebut... mmg kompeni tempat aku kije ni laa... kompeni Bumiputra yang dinyatakan dlm wawancara tuh... cuma tak disebut nama kompeni je dlm artikel tuh... itu yg MD aku angin tuh... takde org baca wawancara tuh... eheheheh... sapa tak bangga... tempat aku kerja nih bertaraf dunia!!! aku bersyukur diberi peluang bekerja di kompeni nih... sebahagian dr kebanggaan Petronas, kebanggaan dunia!!!

cemerlang, gemilang, terbilang!!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Monday, July 03, 2006

frust...

al salam alaykum

pg semalam terjaga waktu subuh, lepas dgr alarm tepon aku bunyik... tgk2 ada msg dr adik aku... Long, brazil kalah 0-1... kecewa lg!!!!! frust giler brazil tak dpt masuk semi... lg frust sbb sebelum tuh, argentina kalah penalti ngn jerman... aku ngn adik aku target 4 team mara ke semi ialah Jerman, Argentina, Brazil & England... tp Jerman je yg dpt... dah laa... maals dah nak amik tau pasal cawan dunia nih... ingat iklan Cadbury... tak tgk bola pun takper... kalah pun tak frust... sbb dapat makan...

dr jerman, kita pulang ke Malaysia plak... Piala Malaysia pun dah mula... harap2 Pahang bangkit utk Piala Malaysia nih... lawan ngn Perlis ar sabtu tuh, seri... dah laa dlm Liga Super dpt tempat nak corot2... musim depan dok dlm liga super lg ke tak agaknya... jgn laa turun ke Liga Perdana... tp ok jugak kalu turun... dpt laa pengajaran skit...

hidup Pahang utk Piala Malaysia...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com