...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, September 30, 2005

pilihanraya MPP 2005

dipetik dr utusan malaysia (forum 30 sep 2005)

Apa tidak kena dalam pilihan raya kampus 2005

Saudara Pengarang,SAYA kurang bersetuju dengan pendapat Wind of Change dari Kuala Lumpur yang disiarkan dalam ruangan ini pada 29 September 2005 yang mengatakan bahawa terdapat kuasa luar yang telah `memerintah' pelajar-pelajar IPTA.

Anggapan itu dibuat seperti orang yang melatah tanpa memikirkan sebab yang menjadikan pelajar-pelajar yang berkelakuan begitu.

Apabila para pelajar membuat demonstrasi, terus sahaja disalahkan para pelajar dengan mengatakan mereka propembangkang.

Jika kita lihat, pilihan raya kampus kali ini adalah yang paling hambar pernah diadakan kerana ramai di antara mereka memboikotnya. Andai kata cuma segelintir sahaja yang memboikot pilihan raya, tentunya ia adalah perkara biasa di mana ketidakpuasan hati timbul oleh segelintir pelajar. Namun apa yang kita lihat, boikot oleh pelajar pada tahun ini boleh dilihat antara yang terbesar pernah dibuat. Pasti ada yang tidak kena!

Saya amat berharap agar masyarakat jangan terus menuding jari dan terus sahaja menyalahkan pelajar-pelajar ini. Tidak salahnya kita mengambil langkah mendekati pelajar-pelajar ini dan bertanya kepada mereka apa yang sebenarnya yang tidak kena.

Saya tidak fikir masalah yang sebenar menjurus ke arah syarat minimum CGPA 2.8 -3.0 seperti yang dikatakan oleh Wind of Change. Ramai di antara pelajar yang boleh mencapai syarat minimum tersebut.

Menurut pembacaan saya, apa yang mereka kurang berpuas hati adalah calon-calon dikehendaki melepasi temu duga oleh pihak pentadbiran universiti dahulu dan juga bayaran untuk menyertai pilihan raya yang dinaikkan!

Apakah soalan-soalan yang ditanya ketika ditemu duga? Adakah pihak pentadbiran universiti mahukan calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang tidak akan menentang mereka?

Jadi, apa gunanya diadakan pilihan raya jika pihak pentadbiran universiti sudah terlebih dahulu menapis calon-calon yang akan bertanding? Lebih baik pihak pentadbiran pilih sahaja calon yang mereka mahukan seperti mana pemilihan pengawas sekolah ketika di sekolah rendah dahulu! Ataupun, tidak perlu langsung MPP kerana pihak pentadbiran tidak mahu ada pelajar yang menentang mereka!

Tujuan MPP ditubuhkan adalah untuk membela nasib pelajar dan menjaga kebajikan pelajar. Jika perkara-perkara seperti yuran kolej dinaikkan, mata pelajaran tidak ditawarkan di semester-semester yang tertentu sedangkan ramai pelajar ingin mengambil mata pelajaran tersebut, para pelajar tidak boleh mendaftar mata pelajaran akibat disekat oleh pihak bendahari universiti dan sebagainya, kepada pihak MPP tempat para pelajar ingin mengadu.

Jika MPP sendiri ikut telunjuk dan tidak berani menyatakan bantahan mereka terhadap pihak universiti atas tujuan membela nasib pelajar, apa gunanya MPP?

Itulah sebabnya diadakan pilihan raya. Para pelajar sendiri tahu di kalangan mereka, siapa yang berani untuk membela nasib mereka atau siapa yang hanya jadi `pak turut' universiti!

Jika hanya `pak turut' sahaja yang `dilepaskan' untuk dicalonkan untuk bertanding, pastinya para pelajar tidak berpuas hati dan seterusnya memboikot pilihan raya!

Saya harapkan agar pilihan raya di IPTA tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik di negara ini. Cadangan saya agar dihapuskan istilah proaspirasi dan propembangkang. Biarkan mereka bergerak sendiri dengan ideologi masing-masing untuk membela nasib pelajar.

Mereka tidak perlu dipengaruhi oleh parti politik. Temu duga juga perlu dihapuskan. Jika pihak pentadbiran universiti `takut' dengan tentangan daripada MPP, pendapat saya lebih baik mereka berhenti kerja.

Saya tidak faham bagaimana pegawai-pegawai berkelulusan tinggi yang di amanahkan untuk mentadbir universiti boleh `takut' dengan wakil pelajar sehingga mereka terpaksa menapis dahulu para pelajar yang ingin bertanding untuk MPP.

Seterusnya, yuran untuk bertanding haruslah dikurangkan atau dihapuskan terus kerana ini akan menidakkan hak pelajar yang berbakat tetapi tidak cukup wang untuk bertanding. - AZIZUL RIZAL ZULKAPLI, Puchong, Selangor.

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Wednesday, September 28, 2005

wake me up when september ends

lagu yg org2 kat ofis aku, dan juga maybe korg gak suka nyanyi... tido kot selama ni... :)

Wake Me Up, When September Ends..

Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends

Like my fathers come to pass
Seven years has gone so fast
Wake me up when September ends

Here comes the rain again
Falling from the stars
Drenched in my pain again
Becoming who we are
As my memory rests
But never forgets what I lost
Wake me up when September ends

Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends

Ring out the bells again
Like we did when spring began
Wake me up when September ends

Here comes the rain again
Falling from the stars
Drenched in my pain again
Becoming who we are
As my memory rests
But never forgets what I lost
Wake me up when September ends

Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends

Like my father's come to pass
Twenty years has gone so fast
Wake me up when September ends

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Tuesday, September 27, 2005

memilih...

tempat: bilik mesyuarat 3
masa: dekat2 kul 11

aku: aku tanak dok dekat ngn air... kang dak2nih suh hulur air laa... bancuh air laa... tanak laa
mash: aku pun tanak dok kat ngn air gak... kita dok kat belah sana laa, belakang dayana
faris: memilih btul.. nak duduk meeting pun pilih2 tempat... patut laa tak kawin2... memilih jek! tak kawin la ko sampai ke tua

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Tuesday, September 13, 2005

daya tarikan

al salam alaykum

telah berkata big boss aku selepas satu jam meeting yg selalu men'jammed'kan aku di ofis...

"perempuan ni byk daya tarikannya.. cara dia bercakap, berjalan, bla bla bla...
mcm z*****h, daya tarikannya ada tahi lalat bawah mata...
d*****a plak tubuhnya yg mampan...
f****a plak, saya takleh laa nak komen... sbb dia anak saya...
awak k******i (aku la tuh)... saya tak nampak lg apa daya tarikan pd awak...
hmmm.... awak ni tinggi... patutnya jalan tu biar laa ada lenggang lenggok skit!"

huhuhuhuhu.... kena lg aku buat sekian kalinya!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Friday, September 09, 2005

ibu mithali

Dalam satu syair Arab disebut bahawa, ``Ibu itu laksana sekolah. Jika anda menyediakannya, samalah seperti anda menyediakan suatu umat yang baik keturunannya.'' Jika bijaksana individu yang bergelar ibu, maka akan baiklah anak-anak yang dididiknya dan seterusnya akan baiklah masyarakat yang terhasil kelak.

semoga aku akan menjadi ibu contoh, cemerlang, gemilang & terbilang di masa depan.. aamiin.

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Thursday, September 08, 2005

merajuk bukan berpanjangan

kenapa merajuk?

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Punca merajuk

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?

Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?

Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula...

wallahu 'alam

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Tuesday, September 06, 2005

kalau dah jodoh...

al salam alaykum

ko nak lalu kot mana lg? ikut kiri.. ikut kanan... ikut belakang... jalan depan?? kalu dah sehala tuh... kalu dah seiring tuh... kalu dah sejalan tuh... kalu dah jodoh tuh... ko lalu laa kot tang mana sekali pun... ko pegi laa ke mana sekali pun... jumpa jugak akhirnya... ehehehe...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Saturday, September 03, 2005

blacklisted

al salam alaykum

sukacitanya di maklumkan aku telah disenaraihitamkan oleh satu kompeni di kl yg juga mempunyai cawangan di depan mata kompeni aku kat kuantan ni (competitor kompeni aku lerr)... termasuk aku 3 org laa dr kompeni aku ni diblacklistedkan... tak paham aku... aku dah pi interbiu kat kl utk post estimation engineer... pastu HR dia called aku offer post buyer... sbb aku ada pengalaman lebih... tp aku kena pi interbiu lg sekali la plak... pikir punya pikir... campur ngn buah pikiran member2.. aku pun tanak pegi laa... aku tanya kat org tuh semula... kalu betul berminat nak amik saya kenapa lak kena pi interbiu lg sekali?? dia jawab hanya utk melengkapkan procedure... so, aku dah malas nak ke kl, aku pun tak pi laa interbiu tuh... pastu 2 ari selepasnya, dia called aku semula.. kenapa tak pi interbiu?? aku pun goreng sikit banyak, pastu panggilan terputus (aku putuskan dgn sengaja... hehehe). tak lama kemudian, aku dapat emel menyatakan bahawa aku telah disenaraihitamkan oleh kerana tidak menghadiri sesi temuduga utk post project engineer... dah aku terpinga-pinga... apa la kompeni nih buat aku cam nih... tuduhan tak berasas langsung...

mula2 aku ingat nak rekemen kompeni ni kat member2 aku... sbb kiranya mmg best laa kompeni nih... tp tak jadi laa... bila aku mengalami menda alah cam nih... aku tak laa rasa kesal sbb tak pi interbiu tuh.. lg pun aku berat ati lg nak tinggalkan kuantan ni... walaupun gaji yg ditawarkan mmg tinggi sgt.. tp takde keterbukaan ati dan kekuatan nak pindah kije... mmg nak bg kat kawan3 je laa... tp bila dah jadik cam nih... sori laa... aku tanak kawan2 aku terkena cam aku... nama kompeni je cam besar.. tp ampess jek....

wassalam

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com