...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, February 23, 2005

hari-hari yg bercelaru....

assalamualaikum

letih aku menaip td.. tiba2 page cannot display.... takper aaarr.... cuma nak ckp esok aku ada confirmation interview... doa2kan utk aku supaya dapat confirmation jawatan... kalu tak, good bye laa kat kompeni ni jawabnya!!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 16, 2005

mungkin nanti...

aku pun tak tau laa pesal aku suka sgt lagu nih... tp ni bkn lagu jiwang yek...

mungkin nanti - peter pan

Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kelmarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kelmarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, February 14, 2005

biru hari isninku....

pagi2 sampai kul 8.15 pg, bg salam kat dayana.. borak2 skit... ngadu2 skit... pastu bukak emel, cek emel... pastu kul 8.30 pg, masuk bengkel ngn mashitah.... ampess tul... org lain semua takde... mentang2 laaa bos besar takde arinih... jadiknya aku ajar mashitah, mashitah ajar aku... apa yg kitorng paham pun tak tau laa btul ke tak.... oh ya.... arinih ada sorg engineer baru masuk, yg selalu disebut2 oleh bos besar... zaharah nama dia... katanya masuk dept tender, tp dia dok dlm production la plak....

kul 9.00 pg, projek meeting pun bermula... spt biasa aku mmg takkan masuk punya... bosan dgr suara masing2 menjerit... tp arini aman, takde jeritan yg menggetarkan jiwa dan raga... pagi isnin cam biasa laaa.... fax mengefax pun bermula.... ada sorg budak trainee tanya "pesal tak masuk projek meeting??" "biasa ler, takde org bentang karpet merah, wat apa nk masuk"aku jawab... d balas balik "ni ler salah sorg budak degil yg tuan besar selalu cakap"... ehehehe... projek meeting abihs dlm kul 11.30 pg... pastu baru le rasa idup skit ofis nih... sorg2 kuar bawak angpau merah.... dpt angpau la plak... mr kok bg.... nyesal tak masuk meeting... ohsss... syed dah tlg amikkan utk aku.. tq...

kul 1 t/hari, masa utk rehat... pi mkn nasik beriyani kat balok... balik ofis sambung borak, pastu gi solat, sambung wat kije... arinih takde menda2 penting, uruskan miti ngn mida jek..sambil tugas fax mengefax yg tak berkesudahan.... tepat 5.30ptg... dayana pun dah kemas laptop dia nak balik umah dah... yelli pun dah tunggu kat punch card... aku??? masih di sini, menunggu sahabat taulan ku siapkan keja dia.. sbb aku tumpang keter dia... sedihnya laaa!! syukur gak ada org nak bg aku tumpang pi balik kije....

itulah kisah hari isninku yg biru....
-------------------------------------------------------------------------------------------------

dlm dunia arini, skrg nih.. bila kita bercakap benar.. kita akan dicop kurang ajar, takde sopan santun, tak berbudi bahasa....
kalu kita bermuka2, menyorokkan kebenaran, menidakkan kebenaran, itu laa sebenar2 sopan santun, itulah budi bahasa, itu laa baik budi.... kenapa ek??

dlm situasi mcm nih, org yg pendiam lg baik dr petah bercakap!!!

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 08, 2005

pd ari cuti yg rajin....

assalamualaikum...

aku rasa aku patut dpt anugerah pekerja rajin laa.... heheheh... sbbnya aku dah apply cuti ari ni... tp alih2 aku dtg jugak kije ari nih... tp mood nak keja takde.... pusing kiri kanan, depan belakang.. takde org... bkn sbb diorg tak dtg kije... dtg tp takde kat tempat masing2... maklum laa semuanya dah mood cuti raya cina.... bestnya.. 5 ari cuti sampai ahad nih....

ari khamis ni kita akan sambut maalhijrah 1426... berubah lg kalendar kita.... naik thn baru 1426.. hmmm.... umur aku pun akan bertambah jadik 25 thn laa kalu kira thn hijrah... aku rasa cam tua sgt... org kata umur 25 nih kiranya peringkat kematangan dlm hidup laaa... hmmm... tp aku rasa cam tu jugak.... still lg cam budak2... sblm tutup diari 1425, aku nak abihkan dulu azam aku yg aku buat pd 1 muharram 1425... moga2 aku berjaya insyaAllah.... tinggal 2 ari jek lg... insyaAllah sempat... dan utk 1 muharram 1426, aku tak rangka lg apa azam aku.... cam pelik kan?? lain ke azam utk thn miladiah dan hijriah?? azam lebih kurang sama jek... tp lain org lain la kot pengertiannyaa....

hijrah membawa maksud perpindahan dr satu keadaan kpd keadaan yg lain... dr segi istilahnya hijrah bermakna perpindahan rasulullah saw dr kota makkah ke kota madinah... itulah yg aku belajar masa zaman sekolah dulu... tp makna hijrah ni meluas dan mendalam maksudnyaa... sejarah hijrah rasulullah ni byk pengajaran dan hikmahnya utk kita hayati dlm kehidupan seharian kita di dunia ni....

rencana ni aku petik dr jakim...

Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat. Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan Rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep hijrah seperti itu mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik.

ebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka".


Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Pertolongan Allah s.w.t akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu".


Allah s.w.t membekalkan kita dengan cukup kelengkapan untuk menjadi manusia yang boleh berdikari dan berikhtiar dalam menentukan arah kehidupan. Kita dibekalkan dengan peralatan yang membolehkan kita memasuki dan merubah segala apa yang ada di sekeliling kita dan juga apa yang ada di dalam minda (pemikiran, persepsi, kesedaran dan emosi).

Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal.

akhir kalam... SELAMAT MENYAMBUT 1 MUHARRAM 1426H... semoga penghijrahan hidup kita selamanya berada di landasan Allah dan RasulNya, berpaksikan iman dan Islam daiman abadan....

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, February 07, 2005

mahligai gading...

"mulai hari ini hendaklah kita mulakan sejarah baru, kerana segala yg akan berlaku pd masa hadapan akan berdiri di atas tapak yg kita bina sekarang"

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 04, 2005

saya pencacai jek...

(i)
sdg aku menaip login aku, member seofis tanya...

dia: tufulah tu apa maknanya??
aku: aku ckp ko jgn gelak ek... maknanya 'keanak-anakan'
dia: hahahah (gelak besar) ko bkn tufulah... ko ni "abi"lah
aku: abilah??
dia: yer laaa.... 'kebapaan'... ganas sgt.... abi=bapa

ampess punya member....

(ii)

Selamat Berjuang

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu Tiada Berhenti
Oh Syahdunya
Sejenak Kuterkenang Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman Harungi Kehidupan
Oh Indahnya
Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya
Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita
Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan
Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

tiba2 aku teringat lagu ni.... tu jek bleh kata

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 02, 2005

gadis dulang

salam alaykum

sejak semalam aku sukar utk bernafas... hidungku tersumbat... nampaknya musim selesema melanda kuantan nih.... rasa nak pengsan aku ari ni dok kat ofis... sejuk bkn kepalang... selesema satu hal, jadi pekak badak dah satu hal.... tp inilah ujian dr Allah utk kita yg selalu berasa "sehat sokmo"....

disebabkan demam selesema ni, aku jadik tak lalu nak makan.... sarapan kat umah sebijik cek mek molek, dtg ofis bawak bekal sekotak tisu... eheheeh... pastu pi makan nasik lemak plak sebungkus.... sambung wat kije yg terbengkalai.... pastu dah rasa sejuk sgt tuh, aku pun pi pantri memanaskan badan aku dgn secawan nescafe panas dan biskut2 yg best.... sambung semula wat kije... tengahari plak pi mkn kat gebeng, mkn sebuku pau dan secawan teh o suam.... kenyangnyaaa..... alhamdulillah....

esok kat ofis ada ceremony... grand ke tak, tak tau laaa.... tp yg paling rasa lawak... aku telah dipilih sbg gadis dulang.... tak tahan aku rasa... mintak excuse tak dpt2.... sepanjang hayat aku laaa kalu bergiat pun dlm apa2 majlis, walaupun jadi ajk protokol, tak pernah hayat aku dapat pegang dulang.... diorg kata aku ganas... kang cacat plak majlis.... tu yg aku suka tuh.... tp lain la plak kat ofis ni.... adoi laaa..... kalu demam ku berpanjangan, alhamdulillah.... takdenya laa aku kena pegang dulang tuh.... huhuh.... kalu esok dpt mc, bestnya aku rasa..... dok kat umah tgk tv.... yeiihaaa!!!!

arini pun ada rasa sayu skit.. tak tau laa pesal... ada org nak blah ke???

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 01, 2005

musim limau...

salam alaykum...

jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam
Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi
Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman...
Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji."

"Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan." -Imam Hassan al-Banna....

maaf yek... aku ada byk citer yg nak diceritakan, tapi tak tau nak mula cemana... byk menda yg buat aku serabut, yg buat aku kusut... walau ramai yg tgk aku senyum, ramai yg kata aku cool... tp hati aku berkocak.... astaghfirullah....

wassalam

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::