...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, January 26, 2005

apa tindakan umat Islam apabila dihina??

petikan drpd utusan malaysia 26 januari 2005

Minggu lepas, gambar Putera Harry yang berpakaian Nazi telah tersiar di dalam tabloid The Sun keluaran Britain. Minggu lepas juga, surat khabar yang mempunyai jutaan pembaca dari seluruh negara, The International Herald Tribune telah menyiarkan satu rencana bertajuk When Muslims suffer, it's the West that helps out yang menyelitkan gambar lakaran seorang Muslim sedang sujud menyembah tabung makanan.

Utusan Malaysia telah menyiarkan lakaran tersebut. Pastinya kita terkejut dengan lakaran itu kerana ia begitu jelas menghina setiap orang Muslim yang sujudnya hanya kepada Allah s.w.t!
Jika kita buat perbandingan kepada dua isu tersebut iaitu di antara gambar Putera Harry berpakaian Nazi dan gambar lakaran orang Islam sedang sujud menyembah tabung makanan, kita akan lihat dua reaksi yang begitu kontra seperti langit dengan bumi.

Kumpulan Yahudi dari Los Angeles sehinggalah ke Baitulmaqdis telah bangkit mengecam, mengutuk dan menekan Putera Harry dan pihak istana Buckingham supaya mereka meminta maaf. Akibatnya, pihak istana di Britain itu terpaksa akur kepada permintaan kumpulan tersebut.

Jika kumpulan Yahudi telah berjaya menggegarkan istana Buckingham dek gambar Putera Harry dengan baju Nazinya, apakah umat Islam telah menyaksikan reaksi yang sama daripada pihak suratkhabar The International Herald Tribune akibat gambar orang Islam sujud menyembah makanan?

Apakah pihak surat khabar tersebut telah meminta maaf kepada umat Islam?
Apakah Stephen Savage, pelukis lakaran tersebut, telah meminta maaf kepada umat Islam?
Apakah Peter Bergen, wartawan yang menulis rencana tersebut, telah memperbetulkan segala dakwaan berat sebelah beliau?

Satu minggu telah berlalu dan pastinya kita amat hampa dengan jawapannya kerana tidak ada satu pihak pun yang meminta maaf. Jika kita layari web rasmi The International Herald Tribune iaitu www.iht.com, tidak ada kenyataan meminta maaf daripada pihak tersebut.
Secara logik, impak yang dihasilkan oleh kumpulan Yahudi mempunyai satu magnitud yang amat besar sehingga berjaya menggegarkan pihak istana di Britain. Begitu juga dengan rangkaian serta keseragaman tindakan kumpulan itu yang dapat bersatu untuk menyuarakan isi hati mereka.

Jika dibandingkan dengan trauma yang diakibatkan oleh gambar lakaran tersebut dengan jumlah umat Islam yang berjumlah 1.3 bilion ataupun satu per enam jumlah penduduk dunia, The International Herald Tribune sepatutnya boleh digegarkan juga oleh suara umat Islam. Malah, sesiapa pun sepatutnya tidak berani untuk memperkecilkan Islam dan umatnya.
Realitinya, umat Islam begitu rapuh dan tidak mampu untuk bersatu. Apabila berlaku isu sebegini rupa, saya teringat kepada ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau merasmikan The Islamic Summit Conference ke-10 pada 16 Oktober 2003. Beliau telah menggariskan kelemahan, kekuatan dan visi umat Islam agar lebih mantap dan mampu mengharungi dunia masa kini. Dan juga betapa benarnya bahawa dunia ini dikuasai oleh kaum Yahudi dan proksi mereka.

Sebagai makluman, The International Herald Tribune mempunyai rakan akhbar bernama Haaretz yang merupakan surat khabar utama di Israel!
Kini terpulang kepada pihak-pihak yang mewakili umat Islam di negara ini, mahupun di dunia untuk menyampaikan rasa tersinggung kita kepada The International Herald Tribune dan juga pihak-pihak lain yang cuba menghina kita. - Dr. Novandri Hasan Basri, Gelugor, Pulau Pinang.
Cik Kehelan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, January 20, 2005

raya datang lagi....

salam alaykum....

esok 10 zulhijjah 1245H.
cik kehelan nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha. semoga segala pengorbanan yg bakal dan telah dilakukan diiringi dgn keikhlasan hati dan mendapat rahmat dr Nya. sam2 kita hayati erti pengorbanan yg sebenarnya....

selamat pengantin baru juga buat pasangan sahabatku hasnitah andy & mohd shahril shah. kenduri kat pendang, kedah pd sabtu nih.. maaf tak dpt nak pi, balik kampung, pak sedara pun nak kawin jugak... hanya doa buat kalian, semoga bahagia dan barakah hingga ke akhir hayat...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 18, 2005

Masyarakat Barat lebih berbudi bahasa

dipetik drpd Utusan Malaysia, 18 Jan 2005

Kita sudah jauh ketinggalan dari segi amalan sopan santun dan berbudi bahasa. Dunia Barat lebih berbudi bahasa daripada kita di Timur walaupun seringkali dicanangkan nilai-nilai kesopanan Timur.

Bagi mereka yang pernah ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS) akan terasa jurang kesopanan yang ada. Atau bandingkanlah antara negara-negara timur dengan barat, umpamanya pergilah ke China, India, Mesir atau Indonesia, maka bandingkanlah dengan amalan orang di Britain, Perancis, Jerman atau Sweden umpamanya. Tentu apa yang kita sebut sebagai kesopanan Timur adalah sejarah yang sudah berlalu.

Agama kita mengajar kesopanan tapi kita tidak amalkan. Begitu juga tradisi China melalui Konfusius dan India meletakkan kesopanan pada takuk yang tinggi, tapi kita jumpa rakyat Malaysia yang perangai mereka amat memalukan.

Di tiga tempat penting dalam masyarakat, kita dapat saksikan betapa buruknya budi bahasa kita. Ketiga-tiga tempat itu ialah kedai, pejabat dan sekolah. Tahap budi bahasa kita sudah luntur.

Di kedai-kedai khususnya pada khidmat kaunter, jarang benar kita dilayan dengan senyuman dan kata-kata berbudi bahasa.

Sebaliknya kita berjumpa dengan orang yang sibuk bercakap sesama kakitangan dan membuat urusan kita seolah-olah kita tidak ada di situ.

Bagi pendapat saya, amalan budi bahasa paling teruk berlaku di hospital apabila jururawat dan setengah-setengah doktor terkenal sebagai mereka yang tidak berbudi bahasa.

Mungkin doktor dan jururawat kita tertekan, maka itu yang berlaku. Tetapi di kedai-kedai yang sepatutnya menganggap kita sebagai pelanggan juga melakukan amalan yang tidak berbudi bahasa.

Ada kalanya apabila kita memasuki kedai, pelanggan dilihat seolah-olah mengganggu mereka. Layanan tidak diberikan sepenuhnya dan semesra mungkin. Apatah lagi kalau kita hendak membuat aduan, umpamanya untuk mengembalikan barangan yang kita beli.
Sebagai permulaan, perangai ini dapat dilihat melalui penggunaan telefon. Cuba telefon ke pejabat, sama ada kerajaan atau swasta.

Sering kali, mereka jawab dengan nada yang sombong, sakit hati dan tidak membantu.
Tetapi kita yang menggunakan telefon pula tidak tahu berbahasa. Banyak kali orang telefon tidak mengenalkan diri mereka. Tiba-tiba meminta tolong itu dan ini. Sementara yang menyambut pula menganggap panggilan telefon hanya sesuatu yang mengganggu maka dilepaskan ke sambungan-sambungan lain.

Dengan berleluasanya penggunaan telefon tangan, lebih banyaklah kelihatan perangai buruk ini. Etika penggunaan telefon langsung tidak dipatuhi. Berdering semasa mesyuarat, pawagam malah dalam masjid. Apabila berbincang, ia sering terganggu dengan panggilan telefon yang penggunanya tidak sedikit pun mahu meminta maaf dengan rakan-rakan yang di sebelahnya.
Memohon maaf sudah tidak menjadi amalan. Walaupun seseorang itu tersilap atau tersalah, maka jarang untuk menyatakan mohon maaf. Begitu juga dengan ucapan terima kasih. Ia semakin jarang digunakan.

Banyak lagi amalan dalam masyarakat yang mencerminkan kelemahan disiplin seperti kurang memerhati ketepatan masa. Begitu juga dengan amalan tidak menjawab undangan.
Sebenarnya apa yang dapat menyemai amalan budi bahasa ini adalah upacara-upacara dalam masyarakat. Ketertiban upacara majlis seharusnya berjaya menyemai kesopanan dan budi bahasa.

Tetapi malangnya dalam masyarakat kita, perkara itu tidak berlaku. Kita gemar mengadakan majlis yang besar-besar dan hebat. Tetapi itu hanya kulit. Tujuan upacara yang antara lain adalah menyemai budi bahasa tidak dipenuhi.

Di luar majlis, kita menjadi anggota masyarakat yang sombong dan tidak menghormati orang lain. Kedudukan budi bahasa dalam negara ini sudah mencapai tahap yang memalukan.
Kempen wajar ditujukan pada tiga tempat penting iaitu sekolah, pejabat kerajaan dan kedai-kedai. Tetapi lebih penting ialah di rumah apabila budaya keluarga hendaklah menjurus kepada budi bahasa. Kalau dahulu nenek dan datuk yang menjadi anggota keluarga turut menyumbang kepada pendidikan budi bahasa generasi muda. Tetapi kini anak-anak dipelihara oleh pembantu rumah yang nilai budi bahasanya boleh dipersoalkan.

Sementara di pusat penjagaan kanak-kanak pula, mereka dipelihara oleh anak-anak gadis yang nilai budi bahasa mereka belum mantap. Satu lagi masalah yang menyebabkan kemerosotan budi bahasa ialah keadaan keselamatan dalam masyarakat yang tidak begitu kuat.
Akibatnya, untuk berbudi bahasa dengan orang yang tidak kenali merupakan risiko besar pada keselamatan sendiri.

Justeru budi bahasa juga ada kaitan dengan semangat kejiranan. Tidak cukup dengan sebuah keluarga yang berbudi bahasa. Ia harus diluaskan dalam bentuk kejiranan. Sementara kejiranan yang kuat akan meningkatkan keselamatan.

Keselamatan yang terjamin pula menyemarakkan amalan budi bahasa. Kita tidak dapat mengubah masyarakat dengan sekelip mata, tetapi sekurangnya-kurangnya kita dapat mengubah diri sendiri. Dengan sikap yang betul, amalan berbudi bahasa seseorang akan berkembang meliputi keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai dan akhirnya melahirkan negara uyang berbudi bahasa. - SYAMSUL ANWAR, Gombak, Selangor.

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 17, 2005

corat coret di melaka


khamis minggu lepas aku ke Melaka, ada urusan peribadi di bumi melaka... sgt meletihkan... bertolak pukul 1pg sampai melaka kul 5 pg pastu pi batu berendam, kul 11 lepak kat melaka sentral carik tiket bas nk balik kuantan, pastu melaka black out... takleh nak jalan2... dlm kul 3 lepak kat umah sewa angah, menunggu malam nak balik kuantan... kul 8.30 mlm naik bas ke kuantan... sampai kat paloh hinai bas kena tahan jpj, bas takde permit... ada permit tp dr melaka to kay ell.. bkn ke kuantan.. ampes tul.. aku sampai umah kul 2 pg.... letihnya perjalanan aku... pg plak kena pi kije.... dpt cuti sehari jek....

kat melaka aku jumpa semula kawan2 aku yg bekerja kat melaka... thanx to fendi, angah, jr, jepp... best la jugak layanan korang kat aku... eheheh... semua diorg support aku... makan minum, tempat tinggal... best laa korg! aku pun jumpa gak sufian walli ngn radhi... radhi kije kat shah alam, sufian walli RO kat usm... jepp pun ingat lg gelaran aku... cik kehelan... tp terkilan jugak laa sbb tak jumpa edd.. sedih maaa!!! sms edd kat aku... ko naik bas kul baper kay nk balik nnt? aku jawab naik bas kul 8.30mlm. kenapa? edd pun balas.. kul 9 td sampai umah, tgk tgk album ada muka ko,sedihnya.. nnt dtg laa lg aku ngn angah ada.... sampai arinih aku simpan lg sms tuh... menitik jugak air mata aku dlm bas tuh.. huhuhhu... insyaAllah ada rezki aku kat sana.. aku sampai laaa....

edd dulu kije kat johor dgn salary 2k sbln.. pastu pindah melaka mesti lebih 2k dr sbln... lg pun sara hidup kat melaka pun ok gak.. umah pun murah... hmmm.... aku ok gak laa dok kuantan... dok ngn mak ayah... tkyah bayar sewa umah... tlg2 yg mana perlu jek....

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 12, 2005

prinsip hidup rasulullah

Prinsip Hidup Rasulullah; Makrifat adalah modalku, Akal adalah asal agamaku, Rasa Cinta adalah landasanku, Rindu adalah kenderaanku, Zikrullah adalah kesenanganku, Percaya Pada Diri Sendiri adalah perbendaharaanku, Sedih adalah sahabatku, Ilmu adalah senjataku, Sabar adalah pakaianku, Zuhudd adalah pekerjaanku, Redha adalah keuntunganku, Yakin adalah kekuatanku, Kejujuran adalah penolongku, Taat adalah kecintaanku, Jihad adalah akhlakku, Kebahagiaanku adalah MENGERJAKAN SOLAT....

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 11, 2005

alahai susahnya....

Susahnya menjaga hati
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan
Ia merupakan wadah
Rebutan di antara malaikat dan syaitan

Masing-masing ingin mengisi
Malaikat dengan hidayah
Syaitan dengan kekufuran
Bila tiada hidayah,
ilmupun tidak menjamin sekalipun ia perlu

Susahnya menjaga hati
Bila dipuji ia berbunga
Terasa luar biasa
Bila dicaci aduh sakitnya

Pencaci dibenci
Bahkan berdendam sampai mati
Bila berilmu atau kaya
Sombong mengisi dada

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 10, 2005

"wahai org yg beriman! bersabarlah kamu dlm menghadapi segala kesukaran, dan kuatkanlah kesabaranmu (dlm perjuangan) dan bersedialah serta bertakwalah kamu kpd Allah supaya kamu beroleh kejayaan" ali imran 200.

biarlah masa melupakan aku dr terus mengingati dia...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::