...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, July 05, 2004

a step into the past

salam alaykum....

ehehe.... aku makin seronok dok kat umah... walaupun takde keja aku hepi jek... padahal ada je tanggungjawab.. tp saja tanak tunaikan lagi... dok kat umah seharian dok mengadap tv laa lepas mengerjakan rutin yg lain... dah la makin hari makin best jek rancangan kat tv... drama2 menarik.. salah satunya a step into the past laa... byk gak la pengajaran bleh diamik kalu kita leh pk... cam episod ari ni tak kira kita ni susah camana pun, kita akan rasa hepi kalu kita melakukan kerja yg baik cthnya jd petani... tak lama lg smallville plak muncul kat tv3... walaupun aku dah tgk abis smallville tu kat usmkkj lu (hasil perkongsian pintar dak2 usmkkj kat network), aku nak jugak tgk lg kat tv...

lama aku tak kuar bandar kuantan... pg td ronda2 la kejap ngn mak ayah aku kat bandar... sesak amat jalannya... jalan utama kat kuantan ni ditutup.. slaah satunya jalan tanah putih, depan hospital tengku ampuan afzan, kerja2 pembaikan sdg dijalankan... bangunan2 lama kat kuantan semua berwajah baru.. dicat baru atas arahan MPK dlm pekelilingnya... semuanya sbb kuantan dipilih utk menjadi tuan rumah sambutan hari kebangsaan yg ke 47... lama jugak kuantan tak berpesta lepas pesta air thn bila ntah...

lg sebulan insyaAllah aku akan pi usm... nak meraikan pesta konvo yg mula 4 ogos hingga 8 ogos 2004... oleh sbb aku ni tahap takde keja lg, maybe aku lepak lama la kat usmkkj, saja nak kaco member2 yg dok belajar peringkat sarjana sains ngn adik2 yg tak tamat lg... kawan2 aku semua citer pasal baju yg gemerlapan, yg cantik2, yg nak dipakai time amik scroll nnt... kompem laa dak pompuan sebok skit ngn baju2 nih... dak laki selamba jek... takyah pk2 pun nak tempah baju... sempoi jek dak laki...

okesss... caucincau...
wassalam


Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.