...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, May 05, 2004

rindu semakin jauh?!!

salam alaykum....

jgn kau simpan rindumu
luahkan saja apa yg kau rasa...

tu lagu... lagu fran dgn sapa ntah.. jgn simpan rindumu tajuknyaa... sememangnya aku sdg merindu.. rindu kat usmkkj.. rindukan penghuninya... korang laa.. sapa lg.. yg mewarnai kehidupan aku selama 4 thn kat sana.... kihkihkihkih.. tetiap malam aku renung bulan... mana la tau kot2 ada gak yg renung bulan cam aku buat.. kot ada gak yg rindu kat aku di sini... korang rindu aku tak?? kalu rindu, tgk la bulan kat langit tu.. tgh nak mengambang dah nih... cantik tul...

sofiah, tonn, ngn edd dah pun sampai kat negeri darul takzim sana.. dok kat tampoi, keja kilang... edd pernah ajak aku.. aku nak pi.. tp mak aku lak tak bg, sbb kalu kira gaji sana mmg la mahal berbanding ngn aku dpt skrg, tp tambah tolak, lebih kurang jugak dgn yg aku dpt skrg nih... tp bila aku tepon diorg, cam seronok je dok kat sana, cam dok kat usmkkj dulu laks... lg buat aku nak pi sana, apa2 hal mudah, nak apply keja jadik engineer pun senang... sana kan kilang byk.. nak ngn tanak jek... ada rezeki, alhamdulillah, jd engineer laa... takde rezeki nak kata apa, keja kilang pun ok gakss... aku skrg ni tgh tunggu greenlight dr mak aku je nak lepaskan aku gi sana... menyala je lampu kaler hijau tuh... ton, sofiah, edd... aku bersama korang!! ehehehe angan2 lg...

dah ramai ke kawan2 aku yg dpt keja yg relevan dgn apa yg korg belajar selama 4 thn kat usmkkj nih? tahniah sapa yg dah dpt keja yg relevan tuh, yg keja tak relevan lg cam aku ni, takper... keja jek.. rezeki tu bukan satu cabang jek, byk cabang, takde dlm bidang kita, dlm bidang lain pun byk, asal rajin nak keja, tak memilih, dan ikhlas, semua jadik... ramai gak member2 aku yg nak sambung belajar lg, teruskan cita2 murni tuh, firuz, ayu, kak na, kak wani.. ramai lg laa... maaf, aku tak dpt nak bersama korg, cita2 ada tp tak mampu dr segi lain laks, teruskan perjuangan korang ek!! setakat ni semua pompuan laa yg nak sambung, laki tak dgr lg...

ok laa... tetiba aku rasa sedihs laks... caucincau!! aku rindu sangat2 kat korang!!

wassalam

.:kongsi-kongsi:.

Mangkuk cantik, madu, dan sehelai rambut

Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a. & Uthman r.a.,bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a.isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut iaitu mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a.berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata,"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang
cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkn diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, "Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.