...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, April 23, 2004

angan-angan part II

assalamualaikum....

hmm.... aku masih lg berangan-angan.. angan-angan mmg

indah... hari tu dgr motivasi kat radio malaysia pahang..

menyentuh pasal angan-angan laa.... aku tak ingat dah

sapa nama pakar motivasi tuh... dia kata angan-angan tak

salah, tp biar la angan-angan tu angan-angan berisi, yg

boleh kita usahakan menjadi impian dan direalisasikan jd

kenyataan... jgn hanya berangan segalanya indah tp tidak

berusaha utk mencapai angan-angan tu...

indah ke angan-angan aku? aku pun tak tau... skrg dlm

kepala aku, angan-angan aku yg terbaru, aku mmg tanak

keja, aku nak belajar jek... baru-baru ni ada member aku

tepon, dia tanya aku keja apa skrg ni? aku jawab aku tak

keja dan tanak keja... dia kata aku gila.. lepas belajar

penat-penat 4 thn, tanak keja jawabnyaa... gila ke aku

tanak keja? pelik ke aku takde impian nak keja? tak

murni impian aku nak belajar je sampai bila-bila?

bg aku saat ini, kalau aku keja pun cuma memenuhi

tanggungjawab aku sebagai anak setelah mak ayah aku

bersusah payah membesarkan aku, menyekolahkan aku sampai

ke menara gading... tambahan plak keadaan ayah aku yg

skrg ni mmg tak keja, atas sbb-sbb kesihatan... tp tu

laa... org kata aku tak sedar lg, ayah sakit, tp anak

tanak keja... serba salah aku rasa... apa pendapat korg

ttg aku? adakah aku mementingkan diri? tidak memikirkan

keperluan keluarga aku?

saat inilah aku rasa best sangat dok berangan... masih

lg dlm angan-angan... adakah aku akan terus berangan??

adakah angan-angan aku hanya dalam fantasi mimpi aku?

atau akan berubah menjadi impian dan direalisasikan di

alam realiti? aku pun tak mampu nak jawab.. terus

mencari kemahuan diri, dan cuba utk memenuhi

tanggungjawab aku.. aku yakin.. hanya aku yg mampu

mengubah diri, doa kupanjatkan kpd Ilahi, moga aku jaga

dr terus terlena bermimpikan yg tidak pasti...

Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.

Sunday, April 11, 2004

angan-angan

salam alaykum...

salah ke aku berangan?? mak aku kata aku la org yg paling kuat berangan dlm dunia nih.... tah laa... aku pun tak tau.. tp aku cam org lain gak yg punya impian... yg ingin merealisasikan impian jadi kenyataan.... tp... sejak dr sekolah menengah angan2 aku byk yg tak kesampaian.. menyimpang jauh dr impian aku, dr cita2 aku... kecewa??? dulu ada la skit2... tp skrg aku yakin aku tabah... aku terima segala ketentuan takdir Allah... aku yakin, di sebalik apa yg berlaku ada la hikmah yg kita mmg tak nmpk, dan kita akan sedar sesuatu hikmah tu bila ada sesuatu yg berlaku pd kita, yg membuatkan kita terpikir mengenainya, dan kita akan kaitkan setiap kejadian tu, setiap takdir tu dgn kejadian atau takdir yg lain.. btul ke? kali salah tlg betulkan....

tp apa impian aku tuh, bior la aku simpan sesorg... mak aku pun tau skit2 jek.... skrg aku ada simpan satu impian... aku rasa impian aku ni pun mungkin tak kesampaian gak... hmm.... awal2 lg dah rasa camtu? caner la nak maju kan? insyaAllah, skrg ni ada masa lg utk aku usaha, kalu berjaya.. aku akan bg tau kat korg, kalu tak... aku akan ckp gak kat korg, bahawa ia tak berjaya... tunggu 2 bln lg... insyaAllah, korg doakan laa aku berjaya yek!

aku bengang dgn internet kat umah aku ni... nak cek emel cukup punya payah, dah la kom aku ni rosak... kaler tah apa2 jadinya.. adik aku laa sibuk nak install game, tetiba kaler ilang... sakit mata, tp still leh guna lg... kalu kat cc laks, takleh nak cek emel hotmail, kat umah lembap tahap gaban, printer aku rosak, nak print surat apply keja pun payah.... tu yg tahap pencarian keja aku kureng skit.... nak print apa2 kena pi cc... seminggu aku keja cuci pinggan ( 5 ari) dah dpt RM 100, dlm masa sehari, dah pun abhis, bayar utang mak aku, aku nak cuci gambo, adik aku pow, pastu ni kang nak baiki pc aku, sbb aku dah try godek2 takleh gak... kena anto kedai gak pc ni, manja tul....

dpt gaji utk minggu kedua nnt aku ingat nak pi johor laa, umah sedara mara, try keja sana plak... tu pun kalu mak aku bg laa, tp rasanya tak dpt kot... eeheheh... bkn sbb aku anak mak, tp mmg aku anak mak aku pun.... mak aku bimbang kang nyusah sedara marak at sana laks... tp aku dah bosan gaban kat umah ni.... nak balik usm laa.. hati aku nih merindui suasana dan keindahan alam pembelajaran dan pengajaran, maklum laa lama sgt berkecimpung dlm dunia nih, sejak dr umur 5 thn masuk tadika, pastu sek rendah, pastu sek men, pastu kang pi matriks, masuk U laks 4 thn, baper thn belajar? lebih kurang 18 thn aku belajar, tp aku rasa tak de la pandai sgt pun... aku nak belajar lg samapi umur 40 thn... bestnyaa..... takyah pk apa2.. belajar jek... pas belajar belajar lg... takyah pk pasal keja ke, apa ke.... tu yg mak aku kata aku kuat berangan.... pastu cam budak2.... budak2 ke? tak matang lg aku ni rupanya... tp mak aku yakin aku leh keja ngn jayanya... cuma takde rezki lg.. aku?? tak yakin sgt nak mencwburi bidang pekerjaan ni... apatah lg pekerjaan yg berkaitan ngn engineering... kalu kadi cikgu cikgi tuh aku reti laa... sbb pernah ngajar fardu ain pas spm dulu... mudir tu pun kata aku ada bakat nak jadi cikgu yg berdedikasi.. huhuhuhhu.... vangga kejap.... tp aku rasa aku akan jd cikgu yg garang tahap maks... sbb aku nih jenis tak sabo ngn org... tu yg aku pk 2-3 kali gak nak apply cikgu ganti sementara kat sekolah... cikgu sandran mmg tak dpt dah, sbb aku pi PPD kuantan air tuh, permohonan dah tutup bulan 2 lg... jawabnya tunggu KPLi la plak.. kalu korg tau KPLI dah kuar, jgn segan2 bg tau aku, nak gak aku apply, kalu ada rezeki, jd cikgu displin la aku... eheheheh.... ok laa.... cukup takat sini bebelan aku.... wassalam..

Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.

Wednesday, April 07, 2004

hmmm......

assalamualaikum...

ari ni aku dok kat cc pas pc aku buat hal utk kesekian kalinya... nak cek result.. org lain dah cek aku je blom... tp tak dpt nak cek jugak... pesal ntah... apa la aku dpt utk last sem nih...

sementara nak tunggu konvo n dpt keja tetap.. aku wat part time lu.. cuci pinggan kat kedai makan yg pernah aku keja 5-6 thn dulu.. jumpa la member2 lama... semua komen... dulu kurus cekeding.. cam papan.. skrg huhss.. kuss semangat!! hepi ke dok usm?huhuhuh.. sedih aku sbb diorg mengkategorikan aku sbg dak gemuk... huhuhhuhu.... tp aku tak kisah, perubahan tu.. bkn senang nak berubah.. eheheeh...

ok laa.. utk kekawan semua.. rajin2 la kontek aku nih.. eheheh.. babai

Renungan

Sama-samalah kita renungkan...
Allah telah menjadikan manusia ini
berpasang-pasangan.
Malam pasangannya siang,
jaga pasangannya tidur,
rajin pasangannya malas dan
lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianyaada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turunlagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita ituberseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada
kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka matalelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada
pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.
Jika hendak pakaipun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat. Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yg paling sukar untuk dijaga...

wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah..




Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.