...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, March 29, 2004

salam salam... dari rumah...

setelah puas aku godek pc aku ni ngn line tenet kat umah... baru aku dpt online.. tu pun setelah kesabaran aku teruja..
diam tak diam, lama tak lama dah seminggu aku dok kat umah ni.. bosan tak terkira... aku try gak cari keja2 sementara.. tp payah nak dpt sbb aku jujur sgt bg tau nak keja sementara jek... eheheheh...

interview kat bangi aku dah pi ngn jayanya... jaya ke? insya Allah jaya laa kalu dpt 2nd interview.. lg 2 minggu dia panggil.. panggilan interview lain tadak... bangun pg selalu pk apa laa nak buat ari ni?? bosan tul... ari ni aku ilangkan kebosanan dgn kuar jalan2 ngn member2 aku masa sekolah dulu... best.. memula round kat kuantan parade.. pastu gi umah nurul jap, then pi teluk cempedak... aku, herny, pah n nurul... nnt nurul dah nak balik mesir laks.. amik master 4 thn lg.. herny dah abihs.. plan nak sambung master gak, pah tengah praktikal... aku? tanam anggur gak...

dak2 ihsan 98 sumer... kami nak buat gathering utk ihsan 98... nnt kalu jadik, kami kontek la korang... insyaAllah.. ihsan 97, korg tanak buat ke?? :D
tu dulu utk kali ni... adios...

p/s: utk ujangzero: org tak dpt keja lg laa... sian adnin, salah informasi... org baru intebiu maa.... fatimah,girlfriday: tq sudi melawat sini... syah ngn ilah: korg dah keja ke??? habaq mai no!!





Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.

Friday, March 19, 2004

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

apa khabar nasi di daun
nasi di talam bagai nak basi
apa khabar tinggal bertahun
tinggal semalam bagai nak mati

...jika kau rindukan aku, walau di mana kita berada, kita tetap merenung bulan yang sama...

teman...

di mana & sesiapa pun kita... sdg jasad bermandikan matahari & bulan yg sama, sempadan geografi tidak ubah sekadar garisan bengkang bengkok yg menghiasai peta dunia...

Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.

yeah... kumahu pulang...

assalamualaikum....
hari jumaat sok.. insyaAllah.. aku akan pulang ke kampung halaman.. kuantan... kalu ada masa, insyaAllah aku update la menda alah ni dr rumah... sedih laks rasa nak blah.. kawan2 aku sumer dok pujuk aku suh sambung master.. tp.. tak kan kot... tanggungjawab aku pd keluarga melebihi segalanya... tp.. kalu dah takdir aku balik semula ke kampus usmkkj nih, aku tak tolak.. aku lg suka.. dr keja baik belajar.. mmg cita2 aku pun nak belajar jek sampai tua... malas nak keja... leceh... (ni ckp org yg tak sedar ada tanggungjawab).. ehehehe... ok laa... aku nak kemas barang.. skit je lg.. pg nnt family aku sampai.. sedihnyaa.. nak tinggalkan kampus sawit tercinta nih... insyaAllah, kalu tak jumpa utk sambung pelajaran, kita jumpa konvo nnt.. ogos 2004... utk korg dr aku... khas utk rumet aku Azlina Aman... Sebuah Pertemuan.. UNIC
adios


SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaanSaat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.

Thursday, March 18, 2004

sesat di pulau... huhuhu....

assalamualaikum...
baru pulang dr penang.. anto member ke sana.. masa nak balik ke usmkkj nih, sesat la plak.. tak jumpa cari jalan nak ke jambatan pulau pinang, sudahnya ronda satu pulau.. signboard ke jambatan pulau pinang sungguh membuatkan drebar aku, kak rosna keliru, aku co-pilot jek... hehehe... ikut je mana drebar nak bawak... alhamdulillah, sampai jugak ke kampus dgn selamatnya...

hari rabu adalah hari yg memilukan, kawan2 yg kacik ngn aku dah balik.. memula syanana, pastu tengahari skit sally, pastu sofiah ngn mahani.. huhuhu.. bercucuran air mata... pastu ari khamis plak bakal balik.. cik firuz ngn kak rosna... hmmm... tinggal la aku sesorg melayari kehidupan kat sini..

ptg td gak aku dpt panggilan utk interview kat bangi... aku pun tak tau la keja apa.. haha.. bagus tak? tp berkaitan laa ngn kejuruteraan bahan, isnin ni interview.. aku penin, nak pi ke tak... jauh tu.. bangi.. aku dah la mmg gadis kampung (hikhikhikhik) yg tak suka gi kuala lumpur.. caner ni?? kalu bg tau mak, kompem dia suh pi interview tuh... penin penin... aku dah suh kak rosna apply sama, mana tau kot dpt interview sama2 gak... ada gak kawan... ngantuks... chow!

.:kongsi-kongsi:.

Renungkanlah.... Tanda-tanda saat kematian :

a) 100 hari : seluruh badan rasa bergegar
b) 60 hari : pusat rasa bergerak - gerak
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang mati di arash akan gugur dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematian. kadang-kadang orang yang akan mati merasa seolah-olah nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan kelihatan seperti sedang runsing.
d) 7 hari : mengidam makanan
e) 5 hari : anak lidah bergerak - gerak
f) 3 hari : bahagian tengah dahi bergerak - gerak
g) 2 hari : seluruh dahi rasa bergerak - gerak

h) 1 hari : terasa bahagian ubun-ubun bergerak - gerak di antara waktu subuh dan asar.
i) saat akhir : terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (bahagian belakang badan)
Bila sudah merasa tanda-tanda akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan bercakap-cakap lagi.

waallahu a'lam

Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.

Wednesday, March 17, 2004

milik, memiliki, dimiliki, pemilikan, kemilikan... hmmm...

salam alaykum... uuwwaa.... aku ingatkan pagi rabu nih.. mak ayah aku akan sampai dari kuantan utk menjemput aku pulang.. tp pagi jumaat baru nak sampai.. sedih aku... pagi rabu... 2 member aku nak balik... syanana ngn sally.. pastu malamnya plak ct sofiah ngn mahani.... tinggal la aku sesorg... kak rosna ada lg.. balik ari jumaat gak... tp tinggal aku berdua je la ngn dia... sedih, sunyi, sepi.. aku sendiri di sini.... huhss...

pg td pas subuh, aku terus print out satu copy report fyp. siap terus pi jumpa supervisor aku, alhamdulillah.. takde pembetulan dah kena buat, so.. terus amik sign, balik bilik terus sambung lg 2 copy, berkobar2 nak anta terus ptg tuh... tp bila mak aku kata nak dtg amik jumaat, terus malas nak antar, esok je la antar,, lambatl g nak balik... sedih sedih...

ari ni mmg takde aktiviti best.. lepaking di bilik sambil tgk vcd.. lost in time.. best gak citer ni walau tak abih lg aku tgk.. nak aku story tunggu aku abihs tgk lu... termenung kejap memikirkan apa la menda nak buat esok.. planning cam biasa la ari2.. nak kemas barang.. packing siap2.. tp tak siap2 jugak.. sbb masa nak balik lmbt lg.. itu lah aku... suka bertangguh...

aarggh... takde idea apa nak taip... dah jem.. mikir esok ku akan keseorangan... utk korang yg bakal balik esok, lusa, tulat... dan bila2 laa.. berhati2 dlm perjalanan korg.. pastu apa2 hal sekali pun, aku mintak maaf byk2 sbb aku ni manusia biasa, ada salah silap aku ngn korg yg sengaja atau pun tak... abadikan laa memori kita bersama (jiwang lak plak rasa, syahdu)....

hmmm... memiliki atau dimiliki?? ehehehe... relevan ke citer aku ngn 'milik' tu???.. jawapannya ada pd syanana... jawab syah... jgn tak jawab... utk korg dr aku... "tunjukkan satu bintang" sheila on 7

wassalam

Coba kau tunjuk satu bintang
Sebagai pedoman langkah kita
Jabat erat hasil karyaku
Hingga terbias warna syahdu

Akan ku ukir
Satu kisah tentang kita
Di mana baik dan buruk
Terangkum oleh indah

Akan kucerna
Semua karya cipta kita
Di mana hitam dan putih
Terbalut hangatnya cinta

Dan bila semua terwujudkan oh...
Di sisimu selalu hariku

Miss Kehelan
Hidup ini indah jika segalanya krn Yg Maha Esa


.:kongsi-kongsi:.

Sahabat...

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.


Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...

Tetapi.......
kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita
memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa
dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri
kita hingga,
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada
cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana
dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan
sahabat.....
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan
kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang
sahabat.....

Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu....
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yg
DISANGKA-SANGKAKAN .....

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita akan tahu....;
RENUNGKANLAH......

Tuesday, March 16, 2004

malam sejuta kenangan 2004

huhss.. letihnya... smlm pi dinner... melaram sakan semua org... yg tak disangka2 pun ada... mcm2 award ada.. tak larat nak senaraikan semua... tp yg aku tak sangka sekali.. aku pun menang award... Miss Sleepy of the Year.... uwwaaa..... dlm byk2 anugerah itu yg aku dpt.. hmm... rezeki rezeki... tp takper.. syukur.. dpt hamper maaa.... dinner semalam tu la yg last utk kami semua berkumpul.. dekan pun seronok.. sbb dinner kami tak brapa formal.. tak best laa ikut protokol sgt...

takleh nak bebel panjang.. byk lg keja nak kena buat.. nak burn cd utk utk member2 aku ni.... tak cukup space dah harddisk aku nih nyimpan barang2 kawan aku... takper kawan2 takleh lawan... report fyp aku pun tak print lg, smlm printer buat hal.. menambah ketensenan aku di saat2 akhir aku bergelar undergraduate student... ok... wassalam

Miss Kehelan
Hidup ini indah jika segalanya krn Yg Maha Esa


.:kongsi-kongsi:.

Keempat-empat khalifah yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.


Syd. Abu Bakar ra. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
Hatinya selalu berniat suci
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. "

Sekian buat renungan bersama.

Monday, March 15, 2004

hari ahad yg jemss!!

assalamualaikum.... baru lepas tgk tv ni... apa lg.. anugerah bintang popular aar.. havoc bilik tv sumer aras SH 2, dipenuhi dak2 bahan yg tak balik lg... tp mmg best laa... mmg dah agak apek menang, best kata2 apek.. "hidup adalah wayang, wayang adalah hidup".. hmm.... tp persembahan penutup tak best laa... kak pah kita lupa lirik lagu misha omar.. sian misha... huhuhu...

pg td sibuk suh org carikan paper mingguan malaysia.. tp dah abihss... sold out.. maklum laa citer pasal pilihanraya.. jdnya aku baca utusan online jek laa... tak best tul baca paper kot tenet... tak rasa cam membaca langsung.. aku mmg suka baca paper dr page belakang ke depan.. tak tau kenapa.. tu yg tak gemor sgt nak baca online.. takleh buat camtuh.. takper... aku dah pesan kat adik aku kat umah suh simpan paper ahad.. eheheh... minggu depan aku balik aku akan baca gak... edisi lewat seminggu...

pastu borak2 ngn member sebelah bilik aku nih.. pasal alam pekerjaan.. apa la nak keja nnti.. apa yg bleh aku katakan.. rezeki kita dah ditentukan... kita tak berhak mempersoalkan rezeki kita... itu hak Allah, Dia yg bg... apa yg penting bg kita, hak kita... usaha utk cari rezki tu di mana... teringat kisah senior aku.. cgpa dia takde la bagus sgt.. masa interview dia siap kena kutuk lg sbb knowledge zero, cgpa teruk... tp, dia ada kepimpinan, keyakinan utk mengharungi cabaran dia diterima bekerja kat situ, bkn calang2 syarikat tu... engineer aerospace lg... uhuhu... dah la fight ngn student master, tp dah mmg rezki dia, bekerja la dia kat situ dgn jayanya...

kul 4 td, dpt sms dr kenalan aku.. hahaha... padan muka!! terkial-kial ko kat kuantan... ni nak bebel nih... dah tau esok dah nak mula latihan industri, ari nih baru sibuk nak sampai kuantan... mujur la aku ada lg no tepon member aku yg juga merangkap member dia kat kuantan... dpt laa dia menumpang teduh sehari dua kat umah member aku tu... lupa laks... buat adik2 aku yg akan wat latihan industri walau di mana jua... selamat berlatihan... dunia pekerjaan takde la seteruk yg disangkakan.. juga tak seindah yg digambarkan... buatlah yg terbaik.. ada rezki, bleh apply keja terus kat situ..

ari nih aku n da geng buat sesi penggambaran lg.. kali ni kat pintu depan usmkkj ni laa... ye laa... tinggal baper ari je lg kat bumi usmkkj nih.. sambil2 tu jalan jalan cari makan laa kat pasar malam taman pekaka... 1st time aku gi pasar malam jalan kaki... biasanya naik moto je... kali ni dah takde moto nak dirembat... jalan kaki pun jalan kaki laa.. asalkan tak mis soru...

cukup la setakat ni utk ari nih... aku nak btulkan report plak... esok nak bg supervisor aku cek, pastu bleh print terus 3 copy, binding... hantar.... yuhaaaa!! lupa laks... mlm esok ada dinner school aku... start kul 8 mlm... tp dah kena pi kul 4 ptg.. naik bas usm laaa... awal gila.. isk.. esok semua dok melaram abihs laaa... aku??? aku tak minat... pakai je baju mana yg ada... (tp siap tempah baju baru tuh..), tp sedih gak laa.. ramai gak kawan2 aku yg tak pi.. termasuk la peneman aku tido saban malam (buat ganti rumet aku yg balik awal)... cik firuz.. puas pujuk... tp nak wat camno, org tanak gak... hmmm... best ke mlm esok?? keep wondering, still wondering... ilalliqa'

Miss Kehelan
Hidup ini indah jika segalanya krn Yg Maha Esa

.:perkongsian pintar hari ini:.

Sabda Rasulullah saw: org yg menunjukkan cinta kasih kpd sesamanya itu akan dicintai oleh Dia Yg Maha Kasih. cintailah mereka yg di bumi, maka Allah yg di langit akan mencintai kamu - riwayat Tarmidzi

ada 4 dipandang baik tetapi 4 lg dipandang baik
1. sifat malu drp lelaki itu adalah baik ttpi dr perempuan lebih baik
2. keadilan dr setiap org adalah baik ttpi dr pemimpin lebih baik
3. taubat dr org tua adalah baik ttpi dr org muda lg baik
4. dermawan dr org kaya adalah baik ttpi dr fakir lebih baik


wallahu a'lam...

Sunday, March 14, 2004

salam.. salam.. ari nih pi school amik report fyp.. alhamdulillah.. takde salah pd report aku, tp supervisor aku suh btulkan apa yg salah masa viva ari tuh... mujur tak banyak... tp tak start buat lg.. ari ni kuar gi PB ngn sya.. huhuhu... penuh sesak PB tu, maklum la hari ni hari penamaan calon, pilihanraya dah makin dekat... terlupa kejap pasal pilihanraya.. sibuk ngn viva (padahal takde apa pun ngn viva)... bercerita pasal pilihanraya ni, aku harap laa semua kawan aku yg dah daftar pemilih tuh dan layak utk mengundi thn ni... jom la kita pi mengundi.. tunaikan kewajipan pd negara.. undilah calon yg btul² memperjuangkan hak Allah, hak agama, hak kita, dan hak negara kita.... alhamdulillah aku sempat gak daftar thn lepas, ngam2 ari last thn 2003... so.. aku nak siapkan cepat report aku spy aku bleh balik Kuantan cepat.. aku nak ngundi... tarikh last anto report 22.3.04, tp aku nak siapkan awal.. ayah aku pun nak dtg amik awal gak... cam tak caya laks aku layak utk mengundi... aku malas nak bebel panjang.. adios!

Miss Kehelan
Hidup ini indah jika segalanya krn Yg Maha Esa


Renungan hari ini
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Wallahualam...

Friday, March 12, 2004

Renungan hari ini
3 hal yg dpt m'ungkapkan rasa kasih dlm dada saudaramu
1. bila engkau m'dahuluinya dlm m'beri salam
2. bila engkau m'berikan tempat duduk kpdnya dlm majlis
3. bila engkau memanggilnya dgn nama yg paling disukainya


'hujan yg turun b'sama air mata.. b'sama pedih resah merindu... kau datang dan kau pergi jua.. rindu lagi.. ' hehehe.. tetiba jek terngiang² lagu tu time aku gi kafe ngn biey.. ujan lebat... takleh nak redah... terpaksa pakai payung.. benci tul aku... tak macho aar guna payung ni... sedih lg ari nih... sbb tak sempat nak jumpa member aku.. dang fatihah yg balik ari nih... sempat jumpa Maya jek...
ari ni wat apa jek.. gi school amik cop pengesahan, beli cover utk disertasi, pastu biasa laa... sesi bergambar yg tak abihs.. ehehe... ptg ingatkan nak kuar ngn syanana pi Parit Buntaq... ujan turun tak berenti².. kul 5 cam dah reda skit, ingat nak anto Ilah lak pi PB, dia nak balik dah, baru je nak start moto... ujan pun turun... takleh balik lg ko Ilah... cian cian... huhuh... mlm ni aku ingat nak packing siap² menda yg patut.. nnt time dekat nak balik kang... takde laa kecoh² tak siap lg...
aiyyakkk... menda ni jd cam diari aku plak... aku sebenarnya nak jadikan menda ni lain dr yg lain.. tp malas nak pk lg.. idea dah ada.. kena develope lu... tp tgk laa... kalu jadik.. jadik laa.. kalu tak.. tetap la ia sbg catatan aku utk korg... hehehehe... aku nk makan laks... kang aku lupa makan lg... teringat laks kata kenalan aku... lupa makan takper, jgn lupa ingatan... ampess!

Miss Kehelan
Hidup ini indah jika segalanya krn Yg Maha Esa

Thursday, March 11, 2004

Sebuah kisah klasik???

salam alaykum... hehehe.. alhamdulillah.. kira-kira kul 2.40 ptg td.. aku dah pun abihs viva.. huhuh.. apa punya soklan tah aku kena jawab.. terkulat-kulat aku nak tepis soklan2 maut tuh... selama belajar 4 thn nih terangkum oleh satu final year projek dan 20 minit waktu viva.. letihnya ngaji... huhuh... harap2... btul la skrg ni aku bergelar seorg penganggur.. insyaAllah.. bulan 8 nnt konvo.. yahoo!! sedih la plak rasa di hati.. cheewaahh.. masa utk aku bergembira ngn kawan2 tinggal baper ari jek lg.. pastu masing2 blah dr kampus nih.. balik kampung.. rehat 2-3 ari.. carik keja... huhuh... sapa yg teringin amik master tuh... insyaAllah diorg dtg balik laa ke kampus sawit ni.. aku?? setakat ni cam tak mampu je nak sambung.. aku nak keja dulu laa.. pastu baru sambung master.. tp maybe not in engineering laa... aku nak amik bidang lain laks.... degree lain.. master lain.. phd pun lain... nnt dpt laa anugerah profesor serba tau... huhuhhu... aku nih angan2 jek melangit tinggi.... bila la lg kita nak berkumpul ek?? masa majlis kenduri kawin korg ke? takkan time konvo je kot... masa ni la baru rasa nak menghargai ikatan persahabatan yg ada.. selama ni... jumpa selisih bahu pun wat tak kenal jek... yer ker cam tuh??? acah je... takkan la cam tuh... huhuh.. kurang2 pun senyum laa kan.... tp bg kami dak final year bahan.. di thn akhir ni laa baru rasa keakraban persahabatan tu.. aku harap dinner kita nnt.. ramai la yg pi.. tu je last nak berkumpul utk sem last kita ni... pastu lepas ni masing2 bawak haluan sendiri... sedihnyaa!! jgn la kisah kita selama 4 thn ni jd kisah klasik laks.... dah laa.. malas dah nak bebel... makin sedih laks aku... last sekali.. aku tujukan lagu ni utk korg sumer... dr sheila on 7.. sebuah kisah klasik.. adios

Jabat tanganku
Mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu

Peluk tubuhku
Usapkan juga air mataku
KIta terharu seakan tiada bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Kerna hari ini yang kan kita rindukan
Di hari nanti
Sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Kerna waktu ini yang kan kita banggakan
Di hari tua.... Ohh

Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik
Untuk masa depan

Mungkin diriku
Masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku
Masih haus sanjungan kalian

Wednesday, March 10, 2004

assalamualaikum... ahlan wasahlan... aku saja je try test nakt gk ada kemampuan tak nak hasilkan jurnal sendirik... bleh dikatakan jurnal ke? apa2 je laa... tp ini lah hasil pertama... insyaAllah.. jika ada kelapangan akan aku baiki page aku ni... skrg ni tgh dok demam viva kat school aku... pusat pengajian kejuruteraan bahan & sumber mineral, USMKKj... aku punya turn esok ptg.. org 1st tuh.. slide pun tak siap2 lg... sibuk nak buat menda alah ni... gud luck utk mmber2 aku yg akan viva esok.. yg dah abihs viva.. selamat bergelar penganggur profesional... yg dah dpt keja tu... selamat menempuh alam pekerjaan!! adios.. wassalam

miss kehelan