...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...

Sumbangan anda dialu-alukan!

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

hari yg Isnin

>> Monday, July 20, 2009

al salam alaykum

ada beberapa perancangan yg terpaksa dibatalkan... antaranya, berjumpa dgn pakar mata yg rawat ayah aku... kena called semula hari khamis nnt, utk set masa temujanji yg baru... hari jumaat aku called, dia ckp pakar mata ada, cuma staff dia jek takde nak setkan temujanji... tp hari ni called semula ckp takde 3 hari, kena kursus... harap2 dpt la sblm puasa, aku pun kena balik semula selain drp temujanji ayah aku, jugak urusan aku yg lain...

bulan ogos, takde aral melintang, jika kesihatan mak ayah aku mengizinkan, diorg akan turun KL time cuti sekolah, nak meneman adik aku yg sarat menunggu masa... tak sabarnya!

ada kisah yg tak sabar itu...

kakngah: takper la kaklong, anak aku lahir kekgi mu main la puas2...
kaklong: masa ni mu ckp la gitu, kekgi kang mu jadi kedekut jugok...
suami dia jawab: kita ikat jek anak kita... huhuhhuhu...

ampas laa...

malam ni naik bas balik shah alam... esok kena kije! minggu kerja yg sangat sibuk akan bermula!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Read more...

sekejap je kan?

>> Sunday, July 19, 2009

al salam alaykum

sapa eh yg menang tilawah peringkat kebangsaan? aku tgk malam yg pertama, pastu skit2 masa tgh2 tilawah... aku smpt la tgk 3 org yg masuk akademi Al-Quran tv9, wakil negeri masing2 utk tilawah peringkat kebangsaan nih...

td sdg tunggu2 keputusan, aku dh tertido2 ayam, kambing ke, gajah ke... smpt tgk juara qari sdg memperdengarkan bacaan, tp tak perasaan td negeri mana... yg qariah, juara ialah Sharifah Khasif, wakil negeri Perak sdg memperdengarkan bacaan... pastu terdengar2 kat telinga nih penyampaian hadiah, pastu aku terus hanyut... ilang nak tgk citer babysitter kat tv3...

jaga2 dh kul 2 pg, tgk2 mak ayah aku tak balik lg ngn adik dan adik ipar aku... diorg pi berubat kampung... nak ikut tak muat keter, takkan laa nak pi 2 kete plak kan? adik aku si mak buyung dh takde kat depan, dh masuk tido dlm bilik... called ayah aku, tak siap lg, org ramai... aku bgn bukak pc, tny pakcik gugel, takde lg result utk tilawah kebangsaan... cek utusan online sat... ok, terselit2 jauh beritanya dalam sisipan Dalam Negeri, juara qari dr Sarawak... Awangku Omar Asfuaddin...

nnt Tilawah Peringkat Antarabangsa plak... pastu Ramadhan pun tiba... sekejap je kan?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Read more...

warna warni kehidupan

>> Friday, July 17, 2009

al salam alaykum

masuk lif nak menuju ke bilik meeting...

RYS: harini sumer baju kaler coklat...
CYF: khairini hari2 kaler coklat...
KHR: ampess laa ryan ni...

meledak ketawa dlm lif

tengahari pi makan kat restoran puteri kat brickfields, first time pi makan kat situ... pekerja dia dok kira2 laa harga makanan kitorg, tp dia tak bg pun, selit ke kertas harga tu kat pinggan kitorg... terus bg kat kaunter... dlm hati, cemana nak bayar nnt, nak tau harga baper...

kat kaunter, awak baju pink, harga RM bla bla bla... awak baju hijau, harga bla bla bla... awak baju hitam, harga bla bla... awak, harga RM bla bla bla...

KHR: baju sy kaler apa?
RP: takde tulis kaler apa...

wakakakaakaa...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Read more...

cuba cuba jangan cuba...

>> Thursday, July 16, 2009

al salam alaykum

aku dpt dr forwarded email... dh lama dh... aku called no tu... mmg wujud laa agensi ni...

dan iklan ni pun mmg iklan btul... ada sapa2 nak mencuba??

ada org ckp, giler aar mu kay, bleh dia tepon... aku tepon bukan berminat, tp nak tau btul ke tak iklan ni, wujud ke?

mmg wujud!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Read more...

tentang mata

>> Wednesday, July 15, 2009

al salam alaykum

siang td ayah aku kena buat pemeriksaan susulan pasal mata dia... aku dpt bercakap dgn doktor sendiri, tp dia tak bitau detail sgt pasal penyakit ni, dia ckp ini adalah strok mata, salur darah pada mata mengalami tekanan dan pecah/bocor... dia juga menerangkan kaedah rawatan dan kos utk rawatan tersebut...



ayah aku dpt penyakit mata nih, disebabkan faktor usia yg meningkat, darah tinggi (ayah aku kan pernah kena angin ahmar dulu) dan juga tabiat merokok, walopun dh berhenti merokok selepas pulih dr angin ahmar...


kos rawatan sgt la mahal, terkejut aku! walopun kat spital kerajaan! kalu p swasta, aku tatau la berapa kosnya tu... kena bawak berbincang dgn family... kaedah rawatan, ayah aku kena amik 3x kali suntikan, sekali sebulan... kesan rawatan samada berjaya atau tidak hanya dapat diketahui 3 - 4 bulan selepas selesai sesi rawatan... bila ditanya percentage utk sembuh atau dpt melihat semula, doktor tuh tak jawab, dia suh tunggu dan bawak bersabar... takde cara lain ke? pembedahan dan laser tak sesuai sbb usia...



aku tak sabar nih nak balik kuantan! nak carik kos utk rawatan... walopun time kejadian ayah aku sdg bekerja, tp aku tak pikir insurans tempat ayah aku kerja bleh cover kos rawatan ni, sbbnya penyakit ni disebabkan oleh faktor kesihatan ayah aku...



aku tny pakcik google, setelah membaca beberapa artikel, ini yg aku dpt dr sini...



1. Penyakit Degenerasi makula



Penyakit degenerasi (kemerosotan) makula merupakan salah satu punca masalah buta di kalangan individu berumur antara 55 hingga 60 tahun di serata dunia.


Sebanyak 3.5 peratus daripada individu berusia antara 40 hingga 80 di kalangan bangsa Melayu di Singapura dilaporkan mengalami masalah ini.


Kaum lelaki merupakan majoriti yang mengalami penyakit ini berbanding kaum wanita.


Kajian di kalangan warga Australia di Sydney juga menunjukkan peratusan yang sama. Walaubagaimanapun, kita masih tidak mempunyai data untuk prevalens (sebaran) penyakit ini di Malaysia.



Penyakit ini juga berlaku akibat faktor peningkatan usia. Namun, para penyelidik telah mengenal pasti hubung kait yang jelas di antara amalan merokok dengan penyakit degenerasi makula.


Mengikut laporan yang diterbitkan dalam salah satu jurnal perubatan antarabangsa pada awal tahun ini, mereka yang merokok pada usia muda dan telah berhenti merokok berisiko lebih tinggi untuk mengalami buta akibat penyakit degenerasi makula berbanding mereka yang tidak merokok.


Dalam satu kajian yang berasingan, mereka yang merokok mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi mengalami penyakit ini berbanding individu yang tidak merokok. Penyakit ini juga didapati berlaku 10 tahun lebih awal di kalangan mereka yang merokok.



Pesakit degenerasi makula biasanya mengadu kabur penglihatan pada bahagian tengah dan mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, menonton dan memandu.


Keadaan ini bagaimanapun tidak menyebabkan rasa sakit atau kemerahan pada bola mata. Lama-kelamaan pesakit boleh menjadi buta sepenuhnya.


Ubat untuk merawat penyakit ini melibatkan kos yang mahal. Penglihatan pesakit juga sukar dipulihkan sekiranya terdapat parut pada bahagian makula.


Sekiranya ini berlaku, pesakit akan mengalami buta secara kekal dan perkara ini pasti menjejaskan satu kehidupan yang berkualiti dan berwarna-warni.


Penyakit ini boleh dicegah pada peringkat awal. 'Jangan merokok' merupakan langkah pencegahan yang utama dan sepatutnya menjadi amalan kita.


Banyakkan pengambilan sayuran hijau seperti bayam dan sawi. Khasiat sayur-sayuran ini memberi kebaikan kepada salur darah pada lapisan retina.


Senaman sebanyak tiga kali seminggu juga dilaporkan dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit ini sebanyak 70 peratus.



2. Saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina


Saluran darah arteri yang tersumbat pada lapisan retina juga menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba.


Penyakit ini juga dikenali sebagai 'strok pada mata'. Ia merupakan satu keadaan kecemasan dan perlu diberi rawatan segera bagi mengelakkan pesakit menjadi buta.


Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan berkait rapat dengan amalan merokok.


Di Amerika Syarikat, penyakit ini berlaku pada kadar 0.85 bagi setiap 100,000 individu pada setiap tahun. Penyakit ini juga lebih banyak berlaku di kalangan pesakit lelaki berbanding pesakit wanita.


Pesakit biasanya mengalami masalah jantung atau saluran arteri karotid yang sempit selain amalan merokok dan tahap kolesterol yang tinggi.


Darah beku dari jantung atau saluran arteri karotid menyebabkan saluran arteri pada lapisan retina tersumbat secara tiba-tiba.


Ini menyebabkan kekurangan oksigen yang ketara pada lapisan retina dan mengakibatkan mata menjadi buta.


Pesakit boleh menjadi buta secara kekal sekiranya rawatan kecemasan tidak diberikan dalam tempoh empat hingga enam jam yang pertama atau lambat mendapatkan rawatan doktor setelah mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas.


Penyakit ini perlu dicegah sebelum berlaku. Sebanyak 65 peratus pesakit menjadi buta kekal akibat penyakit ini.


Amalkan cara hidup yang sihat. Pesakit perlu mendapatkan rawatan perubatan yang konsisten dan teratur bagi memastikan penyakit jantung dan paras kolesterol berada pada tahap yang terkawal.


Berhentilah merokok atau jangan merokok merupakan asas yang penting untuk mencegah mata anda daripada buta.



3. Saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina


Saluran darah vena pada lapisan retina yang tersumbat menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba. Pesakit biasanya tidak mengalami gejala sakit atau bola mata yang kemerahan.


Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan juga mempunyai hubung kait dengan amalan merokok.


Selain itu, pesakit juga turut mengalami masalah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi dan paras kolesterol darah yang tinggi.


Amalan merokok menyebabkan saluran vena mengalami kecederaan dan mengakibatkan berlaku tindak balas sel-sel darah pada tempat tersebut. Keadaan ini menyebabkan saluran vena menjadi sempit dan mudah tersumbat.


Saluran vena yang tersumbat ini menyebabkan kekurangan peredaran darah pada keseluruhan lapisan retina. Ini diikuti dengan terjadinya pendarahan dan bengkak pada lapisan retina.


Keadaan ini menyebabkan pesakit menjadi buta. Rawatan laser ditawarkan dalam kes-kes tertentu yang melibatkan bengkak dan timbul salur darah baru pada lapisan retina.


Sekali lagi, rawatan pencegahan amat penting. Dapatkan rawatan moden bagi memastikan penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal, serta pengawalan paras kolesterol yang optimum. Tinggalkan tabiat merokok yang terbukti menyumbang kepada masalah buta.



"Strok mata berbeza dengan penyakit mata yang lain. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit tidak mengalami kesakitan. Strok mata boleh dikenal pasti apabila mata menjadi kabur, gelap dan menyebabkan penglihatan seseorang itu hilang secara tiba-tiba pada satu atau kedua-dua bahagian mata," kata pakar mata Hospital Ampang Puteri, Datuk Dr. Baljit Kaur. -Harmoni 15-31 Mac 2007-



kawan-kawan, CEGAH SEBELUM PARAH!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP